Followers

Wednesday, November 28, 2012

Jom Makan Durian Free~

Salam korang..

Berhabuk sikit sudah blog ini. Nasib baik belum ada lagi labah-labah buat sawang. Sebenarnya banyak je benda nak update tapi tak terupdate.


Jom Makan Durian.

Alhamdulillah, semoga murah rezeki company sebab dorang beli durian 1 tan untuk buat program Jom Makan Durian petang ini bermula sejam sebelum waktu balik. Selain daripada durian, ada juga manggis. Durian dari Taiping katanya. Kalau nak belipun boleh, sekilo RM1.70 sahaja. Gila murah kan?

Emir OT kat Taska.

Alkisahnya minggu ini minggu yang agak busy untuk saya sebab kena duduk meeting buat kerja untuk expedite barang. Kejepun planner. So, kenalah buat plan kan. Hmm. Jadi ada satu hari tu boss besar masuk bilik meeting pukul 5.30 nak tahu progress. Tung tang tung tang..pukul 6.30 baru habis meeting. Terus naik office dan solat dulu. Keluar office dha pukul 6.50. Memang tak sempatlah nak menjemput anak kesayangan mama ini on time ( before 7pm). Kebetulan hari jumaat, hujan pula tu. Jalan yang smooth pun boleh jadi sesak bila hujan kan. Maka pukul 7.10 baru sampai taska. Masa drive tu menitik jugalah air mata sebab ambil Emir lambat. Dah lepas azan maghrib baru sampai taska. Huhu~

Drama Babah kena extend di Jepun sampai Rabu.

Hari isnin malam skype dengan suami. Suami bagitahu bahawa semua yang kat Jepun tu kena extend stay di sana sampai rabu sebab kerja tak siap lagi. Tapi suami kata belum discuss dengan boss dia condition kami di sini.  So, masih ada harapan walaupun setipis kulit bawang untuk suami pulang on time (sabtu ini). So, mulai malam itu dah mula solat hajat supaya suami dapat pulang on time. Dan malam semalam menunggu dengan debar keputusannya. Alhamdulillah, suami dapat pulang awal dan yang kelakarnya hanya suami sahaja yang dapat balik. Yang lain kena stay sampai Rabu. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepadaNya kerana memperkenankan doa kami. Kalau tidak terpaksa panggil adik ipar duduk rumah untuk jaga kami sementara nak menunggu rabu.

Tokma pergi Dubai.

 Haaa, mulai awal pagi Khamis Tokma aka mak mertuaku akan ke Dubai dengan TokNgah dan WanNgah. Dorang pergi melawat adik mereka merangkat pakcik suami saya yang bertugas di sana. Dorang excited sebab tak pernah pergi sana. Biasa dengar cerita sahaja daripada Pak Teh (adik dorang tu la). Tokma pergi lama juga. 10 hari. Babah belum balik, Tokma dah tinggal kita dulu kan Emir. Nasib baik dia ganti sat dengan Ochu pastu babahpun balik. Yeah, tak sabar nak tunggu sabtu.

Ok lah. Update ringkas daripada saya sepanjang seminggu tak bersiaran.
Bai~

Friday, November 23, 2012

Planning seorang Planner~

Salam korang.
Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini dahpun Jumaat. Rupanya semalam genaplah sebulan saya berkhidmat di wilayah Sungai Choh ini. Dah mula get used to dengan suasana kerja di sini. Dah boleh catch up dengan tugas-tugas di sini yang bukan lagi bertitle Engineer tetapi bertitle Planner.

Plan untuk hujung minggu ini hampir tiada. Ingat nak lepak di Selayang sahaja. Minggu depan baru banyak planning. Planning untuk belanja family makan, pergi Motherhood & Children Fair dekat Mid Valley dan juga menyambut kepulangan suami tercinta dari Jepun. Malam ini mungkin tak dapat nak bersykpe dengan suami sebab mulai hari ini dia akan berpindah ke hostel sebab hotel di sekitar Osaka dan Kobe semuanya fully booked. Di hostel mana mungkin ada perkhidmatan internet kan. huhu~

Dia hanya akan kembali ke hotel pada hari ahad. So, paling lewat malam ahad bolehlah kami berborak. Suamipun boleh tengok Emir yang dah semakin lasak. Hujung minggu tanpa babah memang agak mencabar. Sebab segalanya perlu dilakukan sendiri. Paling sukar masa nak bagi makan sebab di kecil bukan reti nak duduk diam masa disuap makan. Tangan mama pula seperti manusia normal lain hanya ada dua sahaja. Cukup sempurna untuk pegang dia dan juga pegang sudu untuk menyuap. Tunggulah esok macam mana ye. Apapun mama yakin boleh sahajalah. 2 hari sahaja. Nanti hujung minggu berikutnya babah dah balik.

Nak share satu gambar dia meniti atau memanjat untuk tatapan korang. Rindunya pada anak mama ini.
haih~Sila abaikan persekitaran yang 'kemas' dikerjakan si kecil ini. hehe~

Thursday, November 22, 2012

Emir dah mula meniti di usia 6 bulan. =)

Salam korang.

Hari ini dahpun masuk hari Khamis, 22/11/2012. Agak-agak ada tak yang bernikah hari ini? Tarikh itu agak cun juga sebenarnya walupun tak secun 20/12/2012 atau 12/12/2012. Baca paper dan feeds di FB pasal perkembangan terkini peperangan di Gaza. Alhamdulillah, Israel Laknatullah telah membuat genjatan senjata. Harapan kita kali ini mereka betul-betul menunaikan janji. Banyak kali juga sebenarnya mereka ini berjanji untuk membuat genjatan senjata tetapi tup tup serang Palestin balik. Geram pula rasa bila mendengarnya. Jauh di sudut hati masih mengharapkan suatu hari nanti kemenangan akan berpihak kepada Palestin jua. Sama-sam kita berdoa ya kawan-kawan.

Hari ini sebenarnya nak sambung bercerita pasal si kecil Emir Ikhwan pengarang jantung saya dan suami. Menjelang pukul 3 pagi tadi sempat saya online FB dan update status. Begitu pesat perkembangan Emir sejak babahnya ke Jepun. Dalam masa 8 hari daripada hanya boleh merangkak seperti 'ulat beluncas', dia kini sudah mampu untuk merangkak betul-betul, duduk tanpa jatuh dan juga mula memanjat/meniti. Hari ini usianya genap 6 bulan 12 hari. Seronok melayan si kecil ini bermain. Semua barang nak sisentuh, dipegang dan ditarik.Sudah boleh bermain/ buat kerja sendirian. Tak perlu mama sentiasa di sisi. Cuma kena dipantau juga takut-takut dia pergi ke tempat bahaya.

Gambar nanti saya upload. Sekarang ini busy sangat dengan kerja sampai hujung bulan ini. Minggu depan insyaAllah ada dapat 1st gaji. So, hajat nak balik Puchong belanja family makan. Kebetulan minggu depan mak mertua ke Dubai. Suamipun balik daripada Jepun sabtu minggu depan. Memang wajib ke Puchonglah nampaknya. Oklah, itu sahaja nak update. Bai!

Tuesday, November 20, 2012

Doa buat saudara kita di Palestin

Salam korang.

Di saat ini, saudara kita di Gaza sedang bertarung nyawa di sana. Sangat sedih melihat orang awam yang tidak berdosa diseksa, dibunuh oleh rejim zionis, israel laknatullah lagi-lagi anak-anak yang masih kecil.












Kanak-kanak Palestin Ini Kembali Penciptanya Dalam Senyuman... 
“Sayangku, kau masih mampu tersenyum saat kematian menjemputmu. Ya, kau tersenyum kerana melihat tempatmu di syurga. Bahagialah kau di sana”- Imam Muda Hassan
(Sumber: Facebook)-Sumber dari MyNewsHub.

 Lihat sahaja gambar si kecil yang terkorban di atas. Tersenyum saat dia kembali kepadaNya. Ramai lagi yang sepertinya. Saya ralat sebab tak mampu nak membantu tetapi setiap kali lepas solat saya pasti titipkan doa agar bumi Palestin dibebaskan daripada rejim israel laknatullah.

Dipetik daripada komen di entry sama di MyNewsHub, saya terpanggil untuk berkongsi kata-kata doa di bawah ini untuk mereka di sana.

✿~✿ TAKBIR!!! Allahuakhbar!!! ✿~✿

Kita tidak pertaruhkan nyawa disini, tapi mereka menanti DOA kita untuk KEMENANGAN ISLAM!!!! TOlonglah! Tolonglah! Tolonglah!!

✿~✿ kami bersama rakyat GAZA....✿~✿

Ya Allah,Kau berilah kekuatan dan kesabaran kepada saudara kami di Gaza..Kau lontarkanlah
didalam dada saudara kami keberanian Saidina Umar Al-Khatab,kehebatan
Khalid Al-Walid dan kemenangan Salahuddin Al-Ayubi...Kau lontarkan
ketakutan didada musuh kami sehingga mereka berlari katakutan...
 Sama-sama kita berdoa setulus hati selepas solat fardhu. Nak menghunus senjata tidak mampu. Nak memberi bantuan dan sokongan moral tak kesampaian. Hanya ini sahajalah bantuan terpantas yang mampu kita buat. Lagi satu selagi israel laknatullah tidak menghentikan serangan, boikotlah barangan mereka. Paling utama ialah McDonalds. Jom pakat boikot makan McD ok.


Friday, November 16, 2012

Aksi Si Comel : Part 4 (Duduk di Child Seat)

Salam korang.
Lamanya tak update blog.
Too busy ok.

Mulai minggu ini lagilah busy sebab kena menjadi supermom.
Sebab suami saya aka babah Emir outstation ke Jepun sejak hari selasa sampai 1 Disember nanti.
Lama kan?

Setakat ini saya tak rasa kehilangan sangatpun sebab setiap malam kami akan berskype sekejap. Buat melepas rindu dia pada Emir. Walaupun selalunya Emir tak tengok sangat tapi sesekali bila babah dia agah-agah panggil nama dia, dia pandang skrin dan sengih-sengih. Kadang kala tangan memegang skrin komputer seperti nak menyentuh babah dia tapi tak tersentuh.

Semalam, Tok Ma, Ayah Uda dan Ochu dia bawak pergi jalan-jalan ke Kuantan. Hajat nak menziarahi sepupu suami yang baru sebulan lebih bersalin. Ini kali kedua saya dan Emir melawat Muhammad Faris. Sebelum ini kami pergi dengan babah. Masa Raya AidilAdha lepas. Kali ini pergi agak lama juga. Gerak daripada pukul 8 pagi, pukul 11 baru sampai Kuantan. Lepak di sana sampai pukul 4.30 petang. Bertolak balikpun lepas membeli ikan di Tanjung Api. Sampai di Temerloh masa maghrib.

Sempat berwhatsapp dengan suami. Tujuannya untuk beritahu tak dapat nak berskype sebab masih lagi di Temerloh. Biasanya pukul 8.00 malam dah berskype. Sudahnya suami suruh juga skype sebaik sahaja sampai di rumah nanti. Sementara tunggu sampai rumah, sempat saya send gambar improvement anak kesayangan kami. 

Taraaaa...~

Emir sudah pandai duduk dalam Child Seat lah. sebelum ini di rumah sepupu suami dia sudahpun berjaya duduk walaupun badan dia still tak boleh tegak (melipat ke depan) tapi boleh dikira berjayalah sebelum dia menangis (mungkin sebab lenguh kot?). Kali ini dia lepak lama dalam Child Seat di RNR Temerloh ini.
Siap gelak-gelak lagi tu. Sukanya anak Mama!

Semalam dia dah mula nak 'meniti'. Memanjat apa sahaja benda termasuklah badan mama dia ini. Lepas berwhatsapp dengan suami pujuk dia tidur tapi dia tak mahu. Mata masih segar dan masih lagi nak bermain. Akhirnya pukul 12 baru dia tidur. Mama diapun pengsan sama. ZzzzzZzzz..

Ok, itu sahaja update kali ini. Bai!

Friday, November 9, 2012

Majlis Solat Hajat Company

Salam korang..

Alhamdulillah hari ini dah hari jumaat. Dah 3 weeks saya di tempat baru. Alhamdulillah boleh adapt dengan suasana kerja baru ini. Semalam company buat Majlis Solat Hajat khusus untuk berdoa memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan, kejayaan, kelancaran dan keselamatan projek yang sedang kami jalankan dan akan dijalankan di masa akan datang.

Bermula pukul 2.45 petang sampai Asar. Mula-mula buat bacaan Yassin. Lepas itu solat hajat dan terakhir sekali solat Asar berjemaah. Lepas habis majlis, jamuan makan disediakan. Sebelum solat hajat bermula, hujan turun mencurah-curah lebatnya. Semoga doa kami semua diperkenankan oleh Allah SWT. Orang kata doa ketika hujan lebat elok. Orang katalah. Tak ada hadis pula untuk buktikan. 

Lepas majlis selesai, kamipun bersantap. Makanan yang disediakan ialah bihun goreng, kuih karipap, kuih seri muka dan kuih kacang hijau goreng. Air pula ada dua jenis iaitu Air Teh Tarik dan juga Nescafe. Alhamdulillah, semoga rezeki company bertambah-tambah selepas ini. Siap tapau bawa balik lagi kuih muih yang ada tu. Harap company akan buat lagi majlis sebegini di masa akan datang.

Oklah, itu sahaja nak cerita hari ini. Bai!

Wednesday, November 7, 2012

Great Night- Jalan-jalan dengan Emir

Salam korang.
Fuh, semalam saya balik awal. Sampai di Perodua sebelum waktu dorang balik. Ingat nak pergi isi petrol on da way ke taska Emir tapi terlupa pula. Sampai ke taska ingat nak terus ambil dia tapi terpaksa tunggu sekejap sebab Emir membuang pula. Terpaksa tunggu tukar baju dan pampers dulu.

Planning nak pergi TESCO menghabiskan voucher yang suami dapat. So, lepas ambil Emir terus gerak ke TESCO Jalan Ipoh. Oh ya, lupa pula nak cerita. Before this, waktu service taska antara pukul 6.30 pagi sampai pukul 7.00 petang. Kalau lewat ambil, setiap sejam akan dikenakan RM5. Tapi semasa menunggu Emir sempat saya membaca notice untuk pengambilan 2013. Waktu service dah revise jadi awal. Paling lewat kena jemput 6.30 petang pula. So, lepas ini memang kena balik ON TIME la.Unless kalau bosses dah mentioned minta stay back lama sikit.

Berbalik kepada cerita pergi TESCO, Asalnya plan memang nak ke TESCO Jalan Ipoh sahaja. Dekat dengan rumah kan. Tapi apakan daya kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan Jalan Ipoh sesak pula. Both way pula tu. Terpaksalah suami naik Duke ke Jalan Duta dan dalam kepala memang nampak TESCO Damansara sahaja. So, kamipun heading to that point. Malang sekali lagi sebab bila kami lepas Tol Plus, jalan sesak semula. Maghrib di Petronas depan TESCO sambil mengisi petrol sekali. Nasib baik sempat sampai Petronas sebelum petrol habis. huhu~

Lepas itu, kamipun masuk TESCO. Shopping barang-barang keperluan dan juga baranga Emir termasuklah pampers. Biasanya kami gunakan Drypers. Tapi disebabkan stock Drypers habis, kamipun belilah PetPet. Nak cuba dahulu. Kalau ok boleh proceed kot. hehe.Sebelum balik isi perut dahulu di KFC. Elok lepas saya beli hidangan KFC dan pergi ke meja tempat suami dan Emir menanti, Emirpun terlentok tidur. Letih agaknya kan. Tadi masa dalam kereta bukan main aktif lagi dia. Balik rumah terus menyusu sebelum dia tidur lena.

Oklah, itu sahaja kot cerita semalam. Hari ini punya cerita baru nak bermula. Bai!

Monday, November 5, 2012

Aksi Si Comel : Part 3

Salam korang..

Selamat pagi.
Suppose hari ini monday blues.
Kita tengoklah macam mana sekejap lagi.
Minum milo dulu untuk kumpul energy hari ini.


Hujung minggu macam biasa kalau tak keluar ke mana-mana maka resah gelisah si kecil di rumah. Walaupun pagi itu tak ke mana-mana sebab babah Emir pergi photoshoot sunrise di Putrajaya, tetapi petang itu tetap kena luangkan masa bawa Emir jalan-jalan. Dalam pukul 4 petang kamipun keluar ke Taman Layang-Layang. Harap-harap hujan tak turun walaupun masa itu langit sudahpun gelap.

Babah Emir malas nak cari parking dalam taman. Babah Emir parking di stesen minyak sahaja. Jadi, kami terpaksa naik jejantas menyeberang jalan untuk ke sana. Payung kecil dibawa in case kalau hujan turun. Seronok Emir dapat hirup udara segar. Cuaca pula redup. Langsung tak panas. Seperti saya katakan tadi, langit sudahpun gelap. Tak sampai 5 minit melepak, hujanpun turun. Terus kami guna payung dan berjalan laju-laju menuju ke tempat parking kereta. Emir dibalut supaya tak terkena tempias hujan. Kami basah tak apa asalkan si kecil ini tidak. hehe~


Lepas itu, babah Emir bawa jalan-jalan naik kereta pusing sampai Taman Tasik Perdana di KL. Memang round guna kereta sahaja sebab Emir tidur sepanjang jalan. Haih la si kecil. Orang nak bawa dia jalan-jalan, dia tidur pula. Ok, itu sahaja update sabtu. Ahad lagi penuh aktiviti. Siap singgah pantai main pasir lagi. Nantilah saya cerita. Ok bai!

Friday, November 2, 2012

Bulan di siang hari~

Wonder macam mana dah siangpun boleh nampak cahaya bulan?

Adakah matahari masih memantulkan cahayanya melalui bulan walaupun bumi dahpun disirami cahaya matahari? Erm..~

Anyone can explain?


Aksi Si Comel : Part 2

Salam korang..

Addicted pula nak post gambar anak di sini. Ni muka si kecil Emir Ikhwan bila bangun pagi ini. Dia bangunpun sebab nak 'membuang'. Kalau tak kerana itu, mesti dia masih dibuai mimpi (eh, babypun mimpi juga kan?) Ini masa dia betul-betul baru buka mata. Sempat lagi mama snap picture sebelum menukar pampers. hehe~

Monyok muka dia sebab nak kena tinggal kat 'playschool'.

Updates semalam.
Jemput dia di taska awal semalam. Pukul 6.05 dah sampai sana. Oleh kerana pagi semalam baru perasan lampu brek ke tiga kereta padam, kamipun pergi BBS untuk cari bulb LED. Cari punya cari tak jumpa pula sebab semua kedai claim yang bulb LED tu kehabisan stock. Kebetulan pula ada pasar malam di BBS hari khamis. Jadi end up singgah pasar malam. Suami beli Yong Tau Fu (Pasar malam Selayang Utama lagi sedap kot. Saya beli Char Kuey Teow (sedap gak tapi minta kerang dapat udang. haish). Sepanjang jalan mengusung si kecil sekali.

Dinnerpun dia join. Nampak begitu berminat untuk makan. Bila babah dia suakan sudu berisi gulungan beras (macam laksa tu), semangat dia buka mulut. Siap nak pegang sudu guna kedua-dua tangannya. Tapi bila masuk mulut, diluah balik. Tak sedap kot. Bila Tokma suap oren perah dengan madu, suka pula. Sedap kot. Bagi rasa sikit-sikit sebelum mula makan solid food minggu depan.Harap dia suka makanlah. Boleh kurangkan susu. hehe~

Ok itu sahaja update hari ni.
Bai!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics