Followers

Friday, January 28, 2011

White Coffee pilihan korang untuk pagi yang segar?

Pagi-pagi sampai office mesti kena buat air White Coffee.
Rasa dia sedap ohh..memang takleh banding dengan yang lain.
Ada 2 jenis/brand Whit Coffee yang kusuka dan kalau korang nak cuba ku suggest yang 2 jenis itulah.

First,
Old Town White Coffee Original 3 in 1.
Rasa dia memang terbaik dari ladang. Tak berapa nak pekat sangat tapi kaw punya. Tapi harganya memang agak mahal sikitlah. Tapi lebih murahlah kalau banding dengan Pearl Kacip Fatimah dan Alicafe Coffee. Jangan tanya berapa harganya sekarang sebab erk sayapun tak berapa nak ingat. Lama sudah tak layan ini coffee sebab hati dah terpaut pula dengan 2nd choice of White Coffee. Apakah ia? Jom baca next perenggan pula.

Second,
Nescafe White Coffee 3 in 1.
Entah macam mana saya jatuh hati dengan kelazatan air ini. Kadang-kadang dalam sehari boleh minum 2 pack. Huh, tapi yang pasti apa yang buat saya lebih tertarik ialah harganya yang jauh lebih murah daripada Old Town White Coffee. Itu sebablah saya dah lama pencen minum Old Town White Coffee.

Even ada yang meragui keHALALan Old Town Cafe, saya percaya produk yang 3 in 1 keluaran mereka punya memang mendapat status HALAL. Tak percaya bolehlah korang check sendiri pada packing bag nya di kedai/pasaraya. Saya ingat lagi memang ada logo HALAL. Lagipun Old Town Cafe mungkin susah nak apply HALAL untuk semua menu yang disediakan di cafe nya tapi untuk 3 in 1 coffee semata mungkin tak ada masalah sebab senang nak control kan.

So, tak payahlah susah-susah nak ragu-ragu itu semua sebab status dah disahkan HALAL. Kalau dorang tipu, dorang yang terlibat bagi status HALAL itulah yang bertanggungjawab di akhirat kelak. Kalau semua perkara nak diragukan keHALALannya maka kurus keringlah kita tak makan. Takpun, semua orang kena bertani, berkebun, menjadi penternak haiwan. Lepas itu kena pandai masak, sembelih haiwan sendiri dan lain-lain. Mari kembali ke zaman PURBA. Confirm HALAL punya kalau segalanya kita buat sendirikan.

Ok, dah penat membebel.
Jangan lupa terjah blog saya yang satu lagi http://www.noorafzan.com/
Bai!

Thursday, January 27, 2011

Pengalaman ngeri : Dibuli di jalanraya!

Salam korang.
Ok, semalam balik dari kerja saya ada shout pasal ini. Geram sangat bila fikir balik. Sebab yang tukang buli itupun drive kereta Kancil sahajapun tapi berlagak macam bawa Ferrari. huh!
geram sangat terus shout kat FB!

Alkisahnya semalam macam biasa saya drive nak balik kerja. Lepas trafik light saya masuk simpang kanan, then kiri. Masa inilah saya perasan ada Kancil Silver belakang saya. Tapi masa itu saya rasa tak ada apa yang pelik. Sehinggalah tiba di hujung simpang 3 yang agak sibuk. Saya nak ke simpang kiri. Tapi punyalah banyak kereta yang lalu dari simpang kanan. Dengan motor, kereta yang tak reti bagi signal awal-awal. Tiba-tiba kereta kancil yang masih dibelakang saya bunyikan hon banyak kali. Ini jenis tak sabar punya orang. Dan jenis tak berapa sayang kereta. Agakya ada 10 kot kereta kancil dia di rumah itu. Tak menyempat-nyempat nak keluar simpang.Saya biarkan sahajalah. Alaa..bukan matipun kena hon kan.

http://i1.lelong.com.my/Malaysia/-0808-05-COMMANDOSS@11.jpg
Kancil oh kancil!

So bila saya rasa jalan dah clear, saya pun keluar simpang. Dan dia ikut follow di belakang saya untuk masuk simpang kanan pula. Insiden ngeri tak berapa ngeri berlaku selepas itu (di lorong itu telah ditakdirkan hanya ada kereta saya dan kancil itu sahaja sampai hujung simpang). Mula-mula dia cucuk-cucuk kereta saya. Lepas itu dia cuba nak memotong. Bila dah dapat memotong dia slowkan kenderaan dia dan saja nak brek brek mengejut.

BODOH punya a**k tua! Dahlah jenis tak sabar, bodoh sombong, berlagak tak bertempat lepas itu sengaja nak buli saya yang masih lagi berstatus P di cermin kereta depan belakang. Fine, saya tak secekap dia untuk keluar simpang dengan pantas lagi bergaya tapi apa salah saya untuk dia buat saya macam gitu!Saya tak bawa kereta secara merbahaya, saya tak melanggar peraturan jalanraya.

Rasa rugi pula sebab tak ambil nombor plat kereta kancil tersebut. Kalau jadi lagi memang saya terus adukan kepada POLIS. Geram bila ingat-ingat balik. First time tu kena buli di jalanraya. Korang pernah kena buli tak? Cerita la sikit kat saya ini?

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics