Followers

Monday, September 9, 2013

Berurut betulkan peranakan dengan Kak Suri lagi

Salam korang..

Hari ini saya masih bercuti di rumah sebab anak belum pulih daripada cacar air. Walaupun Emir sakit mama dan babah tetap bawa dia pergi melawat atuk n tokwan di Puchong. Dah lama juga kami tak balik sana. Tapi balik hari sahaja. Balik itupun ada satu lagi urusan. Yeah, urusan mengurut.

Alhamdulillah dapat juga saya berurut dengan Kak Suri tengahari tu. Leganya. Dia cakap peranakan saya ok tapi ada sikit senget. So, masa tu lah dia betulkan. Selain daripada memecahkan lemak-lemak selulit yang tidak diingini dibadan, dia juga membetulkan urat-urat yang tersimpul. Memang sakit tapi lepas itu lega sangat. Lepas berurut, saya bertangas pula selama 1 jam (macam sauna tu).

Lepas itu proses diakhiri dengan bertungku. Apa ingat bertungku tu hanya untuk perempuan selepas bersalin sahaja ke? Sepatutnya sebagai wanita, kita kena buat at least setahun sekali. Tetapi saya ingat nak buat setiap 6 bulan. Barulah badan rasa segar dan sihat sentiasa kan.

Pakej sekali dengan trasport dari Serdang ke Puchong, RM120 sahaja. Berbaloi-baloi. Kalau berminat boleh call Kak Suri di 012-344 9417. Kalau nak kena dapatkan khidmat urut lepas bersalin, korang kenalah book awal-awal. At least sebulan sebelum due. Ok lah. Tu je nak update. Bai!

3 comments:

Unknown said...

as salam,

bestnya dpt urut, tangkas..
sy nak sgt buat, xpernah buat urut2 traditional nih..igt nk jugak org tgk perut nih, sbb dah 6 bln kawen..

Anonymous said...

Salam tuan punya blog.. mmg bagus kak suri ni.. dia urut saya 2 kali terus saya pregnant selepas 4 tahun saya menunggu ..Alhamdulillah.. dah booking dia untuk bersalin .urutan dia mmg best.tpi dia ad cakap ini semua Allah yg beri ..kita hanya usha.dia betulknn peranakan saya.dia ckp tak center.itu sbb sukar nk pregnt. No hp kk suri tu 0123449417.bukan ikln ni tpi mmg best kk suri ni... Alhamdulilah ALHAMDULILLAH....

Hazel M said...

Great post, thankyou

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics