Selamat Pagi semua..
Cerita hari ini adalah berkaitan dengan permasalahan menyusukan anak saya Emir Ikhwan. Hari ini dia sudahpun berusia 1 tahun 4 bulan 2 hari. Wahh..dah besarpun anak mama ni. Dan mama akan berusaha untuk terus breastfeeding Emir sampai 2 tahun nanti. InsyaAllah dengan izin Allah jua. Ada lagi 8 bulan untuk ditempuh. Harap-harap dapat membekalkan dia dengan susu perahan yang mencukupi ke taska untuk lagi 8 bulan ni. Ameeennn~
Cerita pasal menyusu ini saya mula sedar yang masalah pengurangan susu badan saya ini bukanlah berpunca daripada stress, kurang makan, kurang minum air masak ataupun kurang urut tetapi punca ini jarang kita sedari termasuklah saya sendiri. Rupanya cara lekapan mulut bayi di breast kita memainkan peranan yang paling penting untuk menggalakkan susu menjadi meriah.
Yeah, saya baru perasan kebergantungan saya kepada hanya direct feeding di rumah dengan harapan ia cukup untuk menstimulasikan penghasilan susu tidak berjaya. Yeah, puncanya anak saya punya lekapan serupa macam lekapan dia pada puting botol susu. Kadang-kala ok dan kadang kala tak ok. Hasilnya susu yang terhasil setiap kali perah sekarang paling banyakpun hanya 3 oz untuk 1 breast. Kadang-kala hanya 1 oz je.
Jadi bagaimana cara untuk kita atasi masalah ini. Sekarang saya cuba untuk memperbetulkan cara lekapan anak saya ke breast. Selain itu, saya akan membuat sesi mengepam di rumah selepas anak menyusu. Untuk menggalakkan stimulasi susu walaupun hasil perahan tak banyak. Awal-awal memang begitulah. Lama-lama nanti dia banyaklah. Kena istiqamah dan yakin dengan rezeki Allah.
Selain itu saya juga tak berhenti mengamalkan set menyusu shaklee. Saya tak ambilpun set 3M. Saya ambil yang basic sahaja. Ok lah. Itu sahaja nak update buat masa ini. Bai~

No comments:
Post a Comment