Followers

Thursday, March 31, 2011

AF9 : Pelajar akan tinggal di bangunan berkaca di tengah Mall?

Salam korang!

Hari ini saya dapat tahu benda yang sumpah tak kelakar langsung dan saya rasa tak patut dilakukan. Isk-isk kesian jugalah kepada mereka yang jadi peserta untuk penutup program ini. Dorang kena tinggal di bangunan kaca yang tembus mata ke dalam di tengah-tengah pusat membeli belah tu. Tak dapat bayang kalau saya jadi mereka. Tapi, saya tahu dek kerana nak jadi artis maka benda itu akan dianggap cabaran oleh peserta.Betul tak?

Tapi saya tetap cakap ianya tak patut.
Fuhh..

Sebabnya bagi saya ia macam mengganggu pravisi yang merupakan fitrah seorang manusia. Sedikit sebanyak kita kadang-kadang perlukan satu ruang dan masa untuk melepaskan tekanan dan kadang-kadang menjadi bukan diri kita sendiri. Dan tingkah laku diluar kawalan itu akan dimanipulasikan orang-orang yang melihat dari luar yang sebenarnya tidak memahami apa yang mereka rasa di dalam sana.

Ok, fine. Mereka boleh lepaskan tekanan itu ditempat yang tertutup seperti di toilet dan di hostel (semestinya bukan di bangunan kaca itu kan?). Kita tak tahu lagikan apa sebenarnya strategi yang cuba dibuat oleh Astro untuk program ini selagi ia belum berlangsung?

Tapi yang pastinya kalau saya menjadi mereka, saya boleh menjadi sedikit 'mental' kot di situ sebab tak boleh men jadi diri sendiri kan. Dah jadi nature manusia yangsecara automatik akan menjadi sopan santun terlebih anggun bila diperhatikan dan silap-silap dilabelkan hipokrik oleh peminat. Lagipun, sudah menjadi fitrah dunia hari ini kan.  Bila jadi diri sendiri, di tuduh tak sopan, gedik bla bla bla tapi bila jadi sopan, baik dan jaga tingkah laku dituduh pula hipokrik. Macam-macam dunia ini kan.

Apapun saya sudah kurang berminat untuk ikuti program realiti macam ini. Dulu memang suka sangat layan konsert AF lagi-lagi pada zaman AF3. hehe~

ok lah setakat itu sahajalah kali ini ok.

bai!

Wednesday, March 30, 2011

Apa kaitan Hari Rabu dengan Keberkatan?

Salam korang!

Hari ini rasa macam-macam. Mula-mula entah macam mana ku tersedar pukul 4.00 pagi. Damn ah, hujan pula tu. Patut bila hujan mesti lagi syiokk tarik selimut tapi dek kerana sejuk sangat dan ditambah pula dengan guruh berdentuman maka susah sikitlah nak lelap. Haih.

Jengok ke luar bilik nak check router internet dah OFF ke belum. Selalunya bila hujan dengan guruh macam gini gaya, router berada dalam posisi bahaya jika dibiar terus menyala. Tengok-tengok abang saya tengah syiok layan internet. Fuhh..tak tidur gamaknya abang ku ini. Jadi kelawar. Dengan sepantas kilat terus ku minta dia OFF Router dan juga PC. Diapun dah maklum betapa sengsaranya bila router terrosak akibat lupa OFF ketika hujan. Pengalaman mengajar kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Lalalala~

Maka diapun tutup sampai ke MAIN SWITCH. Bukan MAIN SWITCH electricity rumah ye tapi yang berkaitan dengan PC dan router sahajalah. Then, bila rasa lega terus kumasuk bilik semula untuk sambung tidur tapi dek kerana guruh kuat maka mataku still lagi segar bugar tak mahu pejam. Gerampun ada. Baru pukul 4.00 beb. Kalau pukul 5.50 itu logiklah sikit. Boleh terus bersiap pergi kerja. Tapi, lepas paksa diri akhirnya terlelap juga. Tapi yang tak bestnya bila tidur style paksa ini bila bangun sahaja mulalah berat rasa untuk bangkit. Tapi gagahkan diri untuk pergi kerja. Chaiyok!

Rupanya hujan tak berhenti lagi. Patutlah susah sangat nak bangun. Pergi kerjapun dalam keadaan yang masih hujan. Sesak jugalah sebab kereta semua bawa dengan penuh sopan santun. Kalau hari tak hujan jalan clear sahaja. Laju-laju belaka termasuklah baby orenku. Korangf yang tak tahu kena tahu yang saya ini memang jenis yang suka drive laju (tapi tak over speed limit k. Biasa 90-100 je kalau jalan clear). Sampai officepun hujan masih lagi menderu-deru turun dari langit. Alhamdulillah, selamat juga sampai office.

Bila bagun pagi ingatlah kita ada tanggungjawab dalam dunia ini selain beribadat iaitu bekerja dengan penuh dedikasi untuk dapatkan rezeki yang betul-betul berkat. Sayapun masih belajar untuk mempositifkan diri supaya rajin datang kerja. Untuk studentpun sama ye? Jangan suka sangat memonteng, tiru dalam exam, tiru assignment member. Haa.nanti bila korang dah kerja korang akan nampak apa gunanya itu semua. Bak kata mak adif dalam cerita Dunia Baru dulu. Apa yang penting, kaf baa ro kaff alif taa nun iaitu keberkatan. Kalau tak berkat ilmu itu, memang tak ke manalah.

Ok, bai!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics