Salam..
Semalam anak bujang saya buat perangai pelik. Pintu bilik kami tu ada letak macam system yang bila kita buka pintu dia akan tutup sendiri. Anak saya ini dia sendal badan dia di puntu suapay pintu tu tak tertutup. Masa itu dah lepas waktu berbuka dan suami saya pasang cerita Kung Fu Panda dalam bilik. Saya pada mulanya cakap baik-baik pada dia minta dia tutup pintu. Sama ada dia duduk di luar bilik ataupun masuk terus dalam bilik tetapi dia tak mahu. Dia tetap nak duduk di tengah-tengah pintu yang terbuka tu. Saya geramlah sebab saya dah pasang aircond. Macam membazir pula bila pintu terbuka kan. Jadi saya marah dia. Tarik masuk bilik dan tutup pintu. Sendal dengan tangan saya tapi dia meraung-raung minta keluar bilik. Bila saya keluarkan dia dan tutup pintupun dia menangis minta nak masuk bilik. Pening melayan dia sayapun biarkan sahaja perbuatan dia dan off kan aircond.
Entah macam mana dalam pukul 9 macam tu cerita Kung Fu Panda tu pun habis. Elok pula dia masuk bilik terus baring atas katil. Kasihan anakku. Rupanya dia tak suka cerita Kung Fu Panda. Sebab itu tak mahu duduk dalam bilik. Lepas itu memang dia terus terlelap sampai pagi. Maafkan mama sayang. Mama tak cukup memahami anak mama lagi. Tak pasal-pasal dia sedih dan kecil hati dengan mama. Bilalah nak bercakap dengan mama sayang? Kalau pandai bercakap kan senang nak bagitahu apa yang awak nak. Ini mama dan babah kena berteka-teki sahaja sebab awak tak nak cakap.
Ok lah, itu sahaja update kali ini. Jumpa lagi.

No comments:
Post a Comment