Followers

Wednesday, June 29, 2016

Cuti Bersalin | Sesi Bergambar Raya di Taska

Assalamualaikumwarahmatullah..

Pejam celik pejam celik tinggal 2 hari je baki hari kerja sebelum saya nak mula cuti bersalin. Kalau ikutkan plan asal, hari sabtu ni ada check up di hospital tempat bakal bersalin. Jadi nak minta pendapat doktor kalau boleh dapat MC selama yang mungkin sebab dah tak berapa larat pergi kerja. So, lepas itu barulah boleh apply maternity leave.

Tak pasti macam mana nak apply cuti nanti sebab dulu masa mengandung anak kedua, company ada bagi laptop kerja yang boleh bawa balik. Memang masa cuti berpantang tu saya bawa ikut sekali. So, bolehlah nak apply cuti dari rumah sahaja. Kerja sekarang ni memang 100% buat di pejabat dan memang dibekalkan desktop sahaja. Jadi, tak boleh nak ad hoc cuti kan. Kena merancang cuti bersalin tu cuma tak pasti boleh atau tidak kalau cuti itu apply kemudian. Maknanya apply lepas dah masuk kerja semula. haha..Boleh ke begitu? Dah lah cuti 12 minggu. Alhamdulillah syukur sebab di sini dapat cuti bersalin lebih sikit. Kalau di company lama dapat ngam-ngam 60 hari sahaja.

Sebenarnya buat blog post ni sebab rasa mengantuk yang amat sangat di tempat kerja. Maklumlah bulan puasa kan. Selalunya kalau bukan bulan puasa memang pagi-pagi dah sediakan kopi O panas secawan untuk lawan rasa mengantuk. Bila berpuasa ini memang tak dapat guna cara biasa. Itulah puncanya terhasil blog ini. Tempat meluah rasa dan menghilangkan rasa mengantuk.

 Hari ini macam biasa suami tolong menghantar anak ke taska. Hari ini juga merupakan sesi bergambar sempena Hari Raya di taska anak kedua saya. Jadi pagi-pagi lagi dah bersiap cantik-cantik dan wangi-wangi. Pakai baju kurung beli petang semalam di AEON. Kalau ada gambar dikongsi di Facebook Page taska tu bolehlah saya abadikan di sini buat kenang-kenangan di hari muka.

Oklah. Mata dah segar sikit boleh sambung buat kerja. Kita jumpa lagi di lain masa.
Bai..

Tuesday, June 28, 2016

Tertinggal botol susu pula

Assalamualaikum..

Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum masuk minggu Raya. Biasanya suami kena masuk office awal pagi untuk sesi bertemu boss dan reporting setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat tetapi menjadi amalan setiap tahun mereka tak perlu masuk office bermula 10 hari terakhir Ramadhan sehingga Raya. Maka minggu ini saya tak perlu menghantar anak ke taska. Sepanjang minggu ini suamilah yang akan hantar anak ke taska. Tapi, tugas menyiapkan beg anak-anak tetap saya sempurnakan.

Tapi entah macam mana hari ini saya terlupa langsung nak masukkan botol susu anak kedua saya dalam begnya. Mungkin disebab botol tersebut tidak berada di bilik semasa saya menyiapkan beg. Botol tu ada dalam sterilizer lagi iaitu di dapur. Entah macam mana boleh terlupa bawa naik ke bilik selepas sahur. Sedang sibuk kerja di office tiba-tiba mendapat panggilan daripada suami. Memang dia agak marah pada saya sebab diapun macam nak cepat sahaja pagi ini tapi dek kerana botol susu tertinggal, dia terpaksa ambil masa untuk patah balik ke rumah dan menghantar botol susu ke taska.

Apa lagi yang mampu kukatakan selain permohonan maaf. Harap marahnya hanya sekejap dan dia sudi memaafkan isterinya yang tiba-tiba jadi pelupa hari ni.

Esok pula ada sesi bergambar raya untuk anak gadisku ini di taska. Maka kejap lagi terpaksalah curi-curi masa ke Aeon untuk cari baju kurung. Huhu..

Ok lah.. tu sahaja update seorang isteri agen takaful buat hari ini.
Jumpa lagi di lain masa.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics