Followers

Wednesday, September 30, 2015

Anak-anak pagi ni..

Salam korang..
Hari ni sempat lagi update blog. Tadi hantar anak-anak ke taska. Masing-masing sedih sahaja. Yang abangnya moody. Mama marah sebab tak nak pakai selipar sendiri. Hari2 nak kena pakaikan dan tanggalkan. Nak juga tengok dia buat sendiri semua itu. Tengok gaya macam belum sesuai nak hantar ke tadika tahun depan. Mandi, pakai baju dan seluarpun masih dibantu. Pampers memang kena pakai sebab masih tak dapat nak mendengar arahan dan memberitahu bila nak berak atau kencing. Moga anak mama cepat belajar. Kalau tak tahun depan, tahun lagi satu dah kena ke tadika. Tolong doakan yang kawan-kawan.

Yang adik pula memang hari-hari akan menangis setiap kali ditinggalkan di taska. Sedih kena tinggal. Normallah kan. Semalam dia meragam sebab demam. Asyik terbangun sahaja tengah malam. Lepas tu rasa macam tekak dia kering. Ni mesti sebab jerebu. Jerebu ni macam makin teruk sahaja. Hari ni memang rasa macak duduk dalam kabus. Padahal bukan kabuspun. Huhu..Aina dah mula pandai berdiri lama-lama. Jalan sahaja belum lagi. InshaAllah tak lama lagi tu. Doakan ye kawan-kawan. Aina ni ringan je. Dah setahun tapi berat dia baru 7.6 kilo. Tinggi 74cm. BMI dia atas sikit je dari garis ke kuning area dalam graf. Asalkan berat naik dan sihat serta aktif kan.

Oklah. Tu je dapay update kali ni. Nanti ada masa saya update lagi. Bai..

Tuesday, September 29, 2015

Cerita Emir Ikhwan

Salam korang..

Alhamdulillah ada juga kesempatan untuk update blog. Sambil-sambil duduk dalam nursing room ni kan. Nursing room sini macam kat jusco. Ada partition so macam ada small rooms untuk ibu-ibu. More privacy and more production surely.

Hari ni nak cerita cabaran yang datang sempena tukar kerja ni atau boleh kata tukar bulan. Masa hujung bulan Aug tu taska lama terpaksa ditutup hari khamis sebelum cuti hari kebangsaan. Suami terpaksa cuti hari jumaat dan dalam masa yang sama mencari taska baru. Kebanyakan taska dah penuh lagi2 untuk si baby. Nasib baiklah ada 1 taska ni masih available untuk baby dan abangnya. Bayaranpun sama sahaja dengan taska lama. Jadi kamipun proceed hantar anak ke situ bermula hari selasa iaitu hari pertama saya di company baru. Alhamdulillah nampak macam ok walaupun tak seelok taska lama.

Seminggu lepas tu dalam hari selasa ke rabu owner taska tu jumpa saya. Dia mengadu berkenaan Emir yang tak dengar cakap. Yang melasak panjat sini sana. Dan buat perangai pelik bermain pasir dan tepung dan juga bedak. Dorang cakap dorang beri tempoh sampai hujung bulan untuk cari taska lain. Alahai...kesiannya anakku itu. Berusahalah bawa jumpa ustaz agar Emir berubah sikit sebab umur dah 3 tahun lebih tapi masih lagi tak bercakap dan juga tak pandai nak ikut arahan.

2 minggu selepas itu bertanya pada kakak taska pasal perkembangan Emir. Dorang cakap Emir dah ok sikit. Owner taska pun setuju untuk extend sampai hujung tahun. Harap-harap Emir dapat improve sebelum masuk tahun depan. Sepatutnya tahun depan dah boleh masuk tadika. Tapi tengok dululah keadaan dia macam mana. Harap2 dia dapat sekurang-kurangnya mendengardan mengikut arahan. Doakanlah ye kawan2.

Ok tu je la setakat ini. Nanti saya cerita pasal jalan2 di JB dan juga Terengganu. Ok bai.

Monday, September 28, 2015

Almost a month in New Company

Alhamdulillah..bersyukur sebab dikurniakan rezeki semurah ini di company baru. Colleagues yang helpful. Boss yang sporting. Free flow drinks - coffee, milo, tea also free biscuits and fruits. Very nursing friendly environment, very goal oriented. They dont judge you if you coming late. They didnt check it neither. Very flexible working time. Lunch break also flexible. No fix time as long as you didnt miss any meeting schedule.

Kerja setakat ini dah boleh hadam sikit-sikit. InshaAllah lama-lama ok. Baru sebulan di sini. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari. 

Family always come first priority. Baru masuk sebulan dah ambil cuti sebab daycare anak-abak tutup. Sambil itu mengambil kesempatan pulang ke kampung berjumpa atok. Hampir 2 tahun tak jumpa sebab kekangan masa dan kesihatan. 

Pasal taska kena tunggu next entry. Banyak benda nak cerita pasal anak pertama. Ok la. Bai..

Tuesday, September 8, 2015

Seminggu di New Company

Salam..
Alhamdulillah..dah seminggu lebih masuk kerja di tempat baru. Pengalaman baru, kehidupan baru, lokasi baru, boss baru, kerja baru, colleagues baru dan nampak positif sahaja semuanya. Cuma masih di bangunan sama dan waktu kerjapun tak ada beza. Cuma tempat kerja sekarang ni waktu kerja lebih flexible. Kalau masuk lambat, balik lambatlah. Kerja nampaknya memang banyak. Terpulang kepada setiap orang macam mana nak manage kerja. Harap- harap dapat cope dengan cepat dan dapat follow KPO.

Anak- anakpun dah kena berpindah taska sebab taska sebelum ini terpaksa ditutup buat sementara. Harapan kami taska lama dapat beroperasi semula. Dah lebih 3 tahun kami hantar anak ke sana. Anak- anak dah selesa, kenyang dan wangi setiap kali saya jemput balik kerja. Rasa nak cium selalu sahaja. Sekarang dah tak wangi dan nampak kurus anak-anak bila tinggal di taska baru.

Emir dah pandai nak copy cat apa yang orang keliling cakap dan dah pandai menyanyi lagu- lagu nursery. Perkembangan yang amat bagus. Kena banyakkan berkomunikasi dengan Emir sampailah dia mahir bercakap. Doakan lah ye kawan-kawan.

Ok lah. Setakat itu sahaja nak cerita kali ini. Kalau ada masa saya cerita lagi ye. Bai..
Akhir sekali gambar anak-anak cinta hati mama buay kenangan. Gambar baru sahaja di ambil like fresh from oven gitu. Ok..till then.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics