Followers

Wednesday, August 15, 2012

Iftar di Seoul Garden

Salam korang..

 

Hari ini dah 26 Ramadhan. Tik tok tik tok cepat betul masa berlalu. Ahad ini insyaAllah rayalah kita. Yuhuuu~

Walaupun sedih nak meninggalkan Ramadhan tapi kita terpaksa juga mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan dan tunggu lagi setahun untuk berjumpa dengannya lagi. InsyaAllah kalau umur masih panjanglah kan.

 

Semalam berbuka di Seoul Garden yang terletak ditengah-tengah KL iaitu di Festival City Mall, Danau Kota. Masa on the way balik semalam macam-macam dugaan dilalui dan semuanya bersangkutan dengan kesesakan. Bermula dengan kisah kereta yang tak reti nak tengok kiri kanan sebelum keluar simpang sampai hampir-hampir accident dengan kereta saya. Kemudian, kesesakan berlaku di MRR2 daripada Taman Layang-Layang sampai ke mana entah membuatkan saya terpaksa ikut jalan dalam untuk pergi ambil Emir di taska.

 

Nasib baik jalan dalam tak berapa sesak. Jadi sempatlah saya solat di masjid sebelum fetch si kecil tanpa lewat. Kalau fetch dia melebihi pukul 6 petang, itu sudah dikira ‘lebih masa’. So, kena bayar berapa ringgit entah setiap jam. Sampai di rumah dalam pukul 6.10 petang. Ingatkan dah terlambat, rupanya suami saya lagi lambat. Sempat saya letak Emir depan TV sementara saya pergi simpan susu perahan dan juga mengambil beg Emir pula. Langsung terlupa untuk bawa telekung solat. Dah tengah perjalanan baru teringat.

 

Dalam pukul 6.30 baru bertolak. Memang sudah dapat membayangkan betapa sesaknya MRR2 masa itu. Jadi, suamipun ambil jalan dalam yang lalu Greenwood. Kami berjaya sampai di Festival City Mall dalam pukul 7.10 petang. Wahh, hebatkan. Kamipun secara ‘laju’ pergi ke Seoul Garden. Senang sahaja nak mencari sebab ada Guide Map. Bila melihat bermacam rupa makanan dan minuman terus hilang rasa penat. Paling best free flow orange juice la. Rasanya ada 3 gelas juga saya minum. Sangat sedap. Makanannya macam biasa kena masaklah kan. Berbaloi-baloi rasanya sebab dah lama tak makan di sana.  RM290 untuk 6 orang.

 

Emir pun sangat behave sepanjang waktu berbuka itu. Duduk dalam stroller sampai satu masa itu tertidur sendiri. Alhamdulillah, rasa syukur sangat tengok dia macam itu. Nasib baik mamanya dah siap-siap bagi susu dalam kereta sebelum sampai Festival City Mall. Memang sampai habis makan dan nak balikpun, Emir masih kekenyangan. Dalam pukul 9.30 macam itu kami bertolak balik. Actually, selsema Emir tak hilang-hilang. Asyik ON OFF sahaja. Sekejap OK. Sekejap lagi tak OK. Kasihan pula tengok anak mama bila tak sihat. Huhu~

 

Oklah, itu sahaja cerita iftar hari ke 25. Hari ini berbuka di rumah sahaja. Bai!

1 comment:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics