Followers

Tuesday, August 14, 2012

Cerita sebelum raya~

Salam..

 

Salam Ramadhan ke 25. Pasti ramai yang tak sabar untuk bercuti panjang kan. Sebenarnya tiada apa yang lebih menyeronokkan selain dapat bercuti panjang bersama keluarga dan sanak saudara di hari raya. Memang sudah menjadi trend, sanak saudara berkumpul beramai-ramai bila raya. Kalau di masa lain, payah sikit nak dikumpulkan semuanya melainkan kalau ada buat kenduri kendara.

 

Malam ini kami akan berbuka puasa di Seoul Garden. Seronoknya, rasa macam dah lama tak ke Seoul Garden. Last sekali pergi masa perut tengah memboyot lagi. Sekarang yang dalam perut dahpun keluar. Umur Emirpun dah 3 bulan. Tahun ini kuih raya saya beli satu jenis sahaja iaitu Choc Oat. Oat boleh membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan. Kerepek pula saya beli kerepek pisang, Tiram dan juga Udang geragau. Tak tahu macam mana nak membahagikan kerepek ini. Kalau di rumah mak mertua dah banyak kerepek, saya hantar semuanya ke Puchonglah nanti. Tengoklah macam mana.

 

Sepatutnya sebelum raya ini ada misi penting yang perlu diselesaikan dan keputusannya sedang dinanti antara LEPAS atau TAK LEPAS sahajalah. Kalau TAK LEPAS, memang kena sambung misi ini selepas rayalah. DUE DATE dah semakin hampir. Kalau TAK LEPAS LEPAS juga, memang susah sikitlah. Apa misi penting tu? Rahsialah. Selagi belum LEPAS, selagi itulah ia menjadi rahsia. Apapun, kawan-kawan tolong doakan ye.

 

p/s : Untuk Apiey yang bertanyakan berkenaan FB owner Daging Arnab Panggang, saya sebenarnya bukan tak nak jawab tapi di office memang tak boleh online. Saya baca komen dan update entry pun melalui email sahaja. Nama FB owner Daging Arnab Panggang itu Syawal Narutohbtwo

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics