Followers

Tuesday, July 17, 2012

Kisah Ahad : Petua untuk hilangkan selsema pada bayi

Salam korang!

 

Weee..pagi ini sempat nak update sedikit. Semalam keluar office macam biasa on time sebab nak pergi jemput baby Emir pulang. Kenderaan lebih banyak daripada biasa jadi nak masuk ke LDP pun ambil masa lama sedikit. Masuk LDP jalan sedikit sesak bila melepasi KDU College membawa ke OU. Tidaklah jauh sangat sebenarnya. Tapi sampai di Kepong jam dahpun pukul 6.00 petang. Bila masuk Jalan Ipoh barulah mula risau sebab jalan sesak. Kenderaan bergerak macam siput. Bila jam menunjukkan pukul 6.20 petang terus saya masuk lane kecemasan. Masa itu dah hampir dengan susur keluar yang saya kena lalui.  

 

Ingat dah selamat. Rupanya belum lagi. Masuk je susur itu, terus kena beratur panjang di traffic light. Taska sudah semakin hampir tapi dek kerana kenderaan yang beratur bersusun dan traffic light pula hijaunya tak lama, maka saya tersangkut di situ sahaja hampir 20 minit. 6.50 petang baru sampai taska. Lega rasanya sebab bermula pukul 7.00 malam kena bayar OT pula. Sampai di rumah pukul 7.15 malam. Hampir-hampir maghrib tu. Kasihan Emir Ikhwan. Nasib baik mood dia baik semalam dan selsemapun sudah sembuh.

 

Bercerita pasal aktiviti ahad (yang kononnya nak disambung daripada entry sebelumnya), tak adalah beraktiviti sangatpun sebab Emir selsema teruk. Jadi, kami decide nak lepak di rumah sahaja. Mak mertua dah panggil Uncle cina untuk collect  barang-barang lama di rumah yang tidak diperlukan lagi. Uncle itu akan datang lewat petang katanya. Jadi pagi membawa ke tengahari memang dihabiskan dengan mengemas.

 

Dalam masa yang sama si kecil Emir sedang sengsara kerana selsema. Babahnya google cara nak hilangkan selsema. Caranya ialah dengan menggosok kunyit hidup pada batang hidung baby sambil membaca selawat sebanya 3 kali. Dan buat sebanyak 3 kali dalam sehari. Oleh kerana mak mertua memasak pakai kunyit debu maka kunyit hidup tak wujudlah dalam rumah. So, saya dengan gigihnya pergi membeli kunyit di Mydin. Alang-alang pergi Mydin terus saya borong juga stok makanan.

 

Balik sahaja, saya praktikkan petua itu. Mula-mula memang tak berkesan. Malah rasa macam makin teruk pula selsema dan rasa ketakselesaan Emir. Kasihan pula tapi saya lagi risau kalau selsema melarat. Malam itu selepas mengamuk, saya menyusukan dia secara baring. Terus dia terlelap dan hanya bangkit untuk minum pukul 5 pagi sebelum sambung tidur. Alhamdulillah sebelum ke taska, dia dah nampak segar. Lega rasanya.

 

Oklah, itu sahaja kali ini. Bai!

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics