Followers

Thursday, July 19, 2012

Emir Ikhwan masih selsema

 

Salam korang!

 

Hampir seminggu Emir Ikhwan selsema. Kasihan pula pada dia. Tapi dia kuat. Hanya menangis bila betul-betul tak selesa. Masih boleh tersenyum sesekali buat hati rasa sebak. Kasihan anakku.

Semalam agak teruk juga selsemanya. Mungkin disebabkan cuaca sepanjang hari yang tidak seceria hari lain. Daripada pagi hujan turun membawa ke malam persekitaran lebih sejuk berbanding biasa. Sebaik sahaja, penjaga taska menyerahkan dia kepada saya, terus nampak hingus meleleh keluar dari hidung. Terus mama peluk dia erat-erat. Sedihnya hati. Kalau boleh biarlah kesakitan dan ketidakselesaan Emir Ikhwan itu dipindahkan kepada mama. Biar mama sakit, jangan anak mama, Emir.

 

Terus bawa dia masuk kereta. Aircond memang tak ON demi keselesaan Emir. Mama drive kereta secara penuh berhemah. Paling tinggi cecah 70kmh sahaja. Sampai di traffic light yang agak sesak dengan kenderaan, tiba-tiba Emir menangis minta susu. Aiyoo, rasanya 2,3 kali traffic light bertukar hijau baru lepas kereta saya. Jadi, terus keluarkan Emir daripada car seat dan terus menyusukan dia. Lapik kepala dia dengan bantal untuk elak terjatuh dan untuk keselesaan dia juga. Sampai depan rumahpun dia masih lagi menyusu. Dalam 15 minit juga dia tak mahu lepas daripada menyusu dan masa itulah rasa macam-macam datang. Rasa panas, rasa nak terkucil dan rasa nak buka seatbelt. Rasa nak menangispun ada sebab tak tahan rasa nak terkucil itu.Tapi, terpaksalah bersabar dan menunggu sampai dia habis menyusu.

 

Masuk sahaja ke rumah saya terus baringkan dia atas bantal tinggi. Untuk tinggikan kepala supaya hidung dia selesa untuk bernafas. Kalau baringkan, hidung dia mungkin boleh tersumbat. Saya tinggalkan Emir pada maklong dia (kakak ipar saya) sebab saya nak simpan susu perahan pula. Lepas simpan susu perahan, basuh botol-botol, mengemas barang-barang Emir dan lain-lain, mamapun turun ke ruang tamu. Tengok Emir dah terbaring terlentang depan TV. Tok Ma dia (mak mertua) memang suka kalau Emir baring terlentang atas tilam dia. Mama susukan lagi sebab dorang kata Emir lapar. Pukul 8 malam, naik ke bilik, mandi, solat maghrib. Selepas itulah Emir mula meragam. Rupanya dia tak selesa dengan kahak. Saya beri dia minum susu, lepas babah tepuk-tepuk belakang dia, terus keluar balik susu. Tapi, bukan sekadar susu sebaliknya ada sekali dengan lendir yang saya percaya adalah kahak. Lepas itu baru nampak dia lega sedikit. Itupun tak lama sebab selepas itu dia kembali meragam. Sudahnya,mama makan nasi di dapur bersama Mak Mertua dengan Kakak ipar, babah (suami) pula makan char kuey teow sambil mendukung Emir di depan TV. Kasihan anak mama yang tak sihat itu. Menjelang pukul 11 lebih barulah dia lena. Itupun lena bersama mamanya sekali selepas menyusu secara baring. Sedar-sedar pukul 3.00 pagi, Emir yang berada dalam posisi meniarap di sebelah saya tengah merengek minta susu. Lepas menyusu, dia terus tidur semula sebelum sedar pukul 5.00 pagi pula untuk menyusu juga.  Lepas menyusu dia tidur lagi sampailah dikejutkan untuk tukar pampers s pukul 6.30 pagi ebelum di hantar ke taska.

 

Malam ini tak tahulah macam mana pula ragam si Emir Ikhwan? Harap-harap Emir Ikhwan semakin sihat dan semakin kuat. Berkat minum susu ibu kan. Oklah, itu sahaja update saya untuk hari ini. Ok bai!

1 comment:

hazanis said...

moga dia baek dari selesema hehe.. kalau ada masa jenguk2 la blog saya http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics