Followers

Saturday, March 29, 2008

Petua untuk berjaya...

Berikut ialah petua2 yang aku cipta sendiri berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga pengalaman orang lain yang nama2 mereka terpaksa dirahsiakan..
haha..

1) USAHA tangga kejayaan..

2) Jangan ada rasa hasad dengki pada orang lain..

3) Berfikiran POSITIF sentiasa..

4) Jangan malu untuk bertanya..

5) JANGAN SAKITKAN hati orang lain..

6) Jangan wat orang susah hati..

7) BERTAWAKKAL setelah berusaha sedaya upaya..

8) Banyakkan ibadat..

9) Elakkan dari pembaziran..

10) Elakkan melakukan perkara yang kurang/tidak baek..

11) Berehat dengan secukupnya..

12) Sentiasa lapangkan dada dan fikiran..

13) Sentiasalah membantu kawan2 yang memerlukan dengan IKHLAS..

14) Makan makanan yang berzat..(seeloknya masak la makanan sendiri..)

16) Bangun pagi selepas SUBUH..(elakkan tidur semula selepas subuh..)

17) REDHA apabila ditimpa KEGAGALAN..

18) GAGAL SEKALI BUKAN GAGAL UNTUK SELAMANYA..KEGAGALAN ADALAH PERMULAAN LANGKAH UNTUK BERJAYA..


Hmm..ada banyak lagi sebenarnya..
Tapi ni pun dah TERLEBIH cukup bagi aku..
Memang susah juga yer untuk melaksanakan petua2 di atas nih dengan sebaeknya..
Lagi2 petua yang ke16..

huhu~~~

Thursday, March 20, 2008

Visiting Singapore after Election Day..

8/3/2008..
Malaysia Election Day..

9/3/2008..
Ermm..What Im doing on that date?
huh..
Best..Im visiting Singapore for that whole day..
I already spend 300 for passport and another hundred n 50 for shopping..

First of all, my fren fetch and send us to sempadan Singapore Malaysia.
Near CS and KTM..
We bought something to eat before enter to Singapore..

While waiting for Passport check, I meet my frens..Farah,Nana,Shira n Mai..
They also were going to visit Singapore but them going in group.
So,I leave them and naek bus gi satu station MRT..

We( I with my soul) naek MRT to go to Orchard..
After walking around and take Singapore tourist guide map, we use the map to go by walk to Bugis Junction..
Jauh gak la menapak..
Masa tu aku pakai cute shoes. Im fell uneasy to walk with that cute shoes.
So, akupun beli la satu pasang selipar yang sangat comel
Dan aku terus guna..
kasut cute simpan dalam beg..
haha..
Lepas tu je jalan jadi laju..

After that, Im going to Bugis Street..
Beli la satu beg.
Lepastu kami gi pekena nasi ayam penyet..
Dijamin halal tau..
eheh..

Bila dah kenyang kamipun berjalan naek n naek MRT lagi gi satu tempat yang namanya Marina Bay..
Memula naek MRT sampai station Marina bay..
Rupanya salah tempat la..
Kena turun kat station sebelumnya.
Sampai jer sana kitorang gi la jalan2..
Memula kat Singapore river..
Ambik gambar sesikit..

Then we visit Espalanade Park..
Ada 1 builing that its top like durians..
haha..

Kami masuk gak la dalam bangunan durian tuh..
Erm..tu tempat aktiviti seni dijalankan..
Masa tu ada uncle n his son playing guitar..
Layan je la..
Memang best..

Pastu kami jalan2 sekitar park..
Naek MRT semula unruk balik..
Berakhirlah perjalanan kami di Singapore..

But I still have 20 dolar in my pocket..
Is it mean that I need to spend it another time?
I hope so..
I want to visit Singapore again next time..

Monday, March 17, 2008

Dating yang betul


Bersama:MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN:Bagaimanakah cara yang betul bagi pasangan muda-mudi masa kini mengaplikasikan konsep dating untuk mengenali hati budi masing-masing mengikut cara yang berlandaskan syariat dan peraturan Islam?

JAWAPAN:

Dating dalam erti kata berdua-duaan pasangan lelaki perempuan yang bukan mahram adalah haram. Ini kerana perbuatan tersebut boleh membawa kepada mudarat. Iaitu mendedahkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan sesuatu yang ditegah dalam agama Islam.

Mula-mula dating dalam telefon, kemudian ajak keluar makan. Mula-mula naik kenderaan berasingan. Lama kelamaan naik satu kenderaan bukan sekadar makan tetapi pegang tangan, tidur atas bahu kekasih. Sehingga kadang-kadang sampai melakukan perzinaan.

Walaupun pada mulanya rasa bersalah terhadap perbuatan yang terkutuk itu, lama kelamaan menjadi alah bisa tegal biasa. Sebab itulah Islam menegah sama sekali pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Allah s.w.t berfirman, Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). (al-Isra’: 32)

Peringatan dalam ayat ini ialah tegahan keras Allah supaya jangan sekali-kali cuba menghampiri zina. Kaedah fikah menjelaskan ‘Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram’. Dan mencegah adalah lebih baik dari mengubat.

Sekiranya usaha menghampirinya jelas ditegah apatah lagi sengaja terlibat. Islam mengajak penganutnya menjauhkan diri dari terdedah kepada maksiat. Menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tidak berguna.

Terjebak

Allah s.w.t menegah umatnya mendedahkan diri terjebak dalam kebinasaan. Firman Allah s.w.t, …dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…. (al-Baqarah: 195). Dalam ayat ini Allah sebut mencampakkan, maksudnya sengaja melibatkan dan mendedahkan diri dalam sesuatu perbuatan yang boleh membawa kebinasaan.

Allah s.w.t menyuruh setiap lelaki dan perempuan menundukkan pandangan. Ini kerana dengan menundukkan pandangan seseorang itu dapat memelihara kehormatannya. (al-Nur: 30-31). Ketika mentafsirkan ayat ini sebahagian ulama menyatakan bahawa; pandangan adalah panah beracun bagi hati, sebab itulah Allah s.w.t menghimpunkan dua perkara dalam ayat ini, iaitu merendahkan pandangan dan memelihara kehormatan (kemaluan). Disebut juga bahawa mata adalah punca kepada zina. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, jld:18, hlm:214 ).

Dating diharuskan bagi mereka yang sudah bertunang. Itupun dengan izin wali perempuan dan bersama mahram ahli keluarga perempuan. Bertunang adalah lesen awal untuk seorang lelaki mengenali tunangnya. Mungkin juga langkah awal untuk seorang lelaki dan seorang perempuan mengenal bakal pasangan hidupnya dengan lebih dekat lagi.

Namun Islam tidak membenarkan seorang pasangan yang bergelar tunang untuk berdating. Kalau nak dating mesti dengan memelihara hak Allah. Ulama haruskan pertemuan lelaki dan perempuan selepas pertunangan semata-mata untuk melihat sifat zahirnya, seperti melihat kepada rupanya untuk mengenal pasti kesempurnaan fizikalnya.

Namun percintaan dan dating yang halal ialah selepas diijab kabul, sementara itu pasangan kekasih hendaklah tunduk kepada perintah Allah. Adalah tidak wajar mencari kebahagiaan hidup dengan melanggar perintah Allah. Mungkin juga ada yang bertanya: kalau begini susahlah bagi pasangan kekasih mengenali antara satu sama lain.

Tidak ada pengenalan yang sempurna bagi lelaki terhadap pasangan kekasihnya melainkan selepas perkahwinan.

- SEBARANG pertanyaan boleh dihantar ke alamat Kemusykilan Agama di Utusan Melayu (M) Bhd., 46M Jalan Lima of Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur atau faks ke 03-92224967 atau e-mel ke agama@utusan.com.my


credit to : Utusan Malaysia 16hb Mac 2008

Friday, March 7, 2008

Pilihanraya Umum Ke-12..harapanku..

Esok adalah hari yang dinanti-nantikan semua rakyat Malaysia..
x kira sesiapa..
x kira di mana jua berada..
Semua menantikan siapakah bakal pemimpin Malaysia selepas PRU12 selesai..

Apa yang kuharapkan..
Hanyalah sebuah kerajaan yang telus dan ikhlas..
Memperjuangkan hak seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun agama..
tak kira la penimbang,roket,sabit mahupun bulan..
ataupun yang bebas..

Harapanku juga..
Semua yang disebutkan di atas ni dapat bekerjasama mempertahankan negara.
Kerana anasir luar jauh lebih berbahaya daripada yang dalam..
Yang di dalam perlu bersatu padu..
Menyokong kerajaan yang dibentuk parti yang menang.

Thursday, March 6, 2008

Today is today..

huhu..
x tau nak letak title apa..


ermm...
I dunno what actually is going on with myself..
Sometimes I am becoming so depressed..
And become so moody..
huhu..

selekeh tul la..
kadang2 out of control..
menyebabkan orang yang tersayang terguris..
x sengaja..
so sorry..

cukup ker dengan hanya ucapan maaf..
entah la..
Apa lagi yang mampu ku buat..

Memang x salah untuk bertanya..
tapi kena mesti bertanya perkara yang sudah pasti jawapannya akan melukakan..
Aku x mahu memberitahu jawapan..
Dan aku sendiri mahu melupakan jawapan tersebut..
Supaya aku x bisa lagi menjawab..
Seterusnya x rasa depressed sebab x mahu jawab..
sebab aku sendiripun x tau/lupa jawapannya..

Lirik lagu Bila Nak Saksi from Spider

Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama

Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan

Tuesday, March 4, 2008

PEREMPUAN DI NERAKA

PEREMPUAN DI NERAKA

Sayidina Ali ra menceritakan suatu
ketika melihat Rasulullah menangis
manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu
keduanya bertanya mengapa Rasul
menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku
di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa
dengan
berbagai siksaan. Itulah sebabnya
mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan
mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa
yang dilihat ayahandanya. "Aku
lihat ada perempuan digantung rambutnya,
otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua
kakinya dengan terikat tangannya
sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular
dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan
badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat
perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya
pekak dan matanya buta, dimasukkan ke
dalam peti yang dibuat dari api
neraka, otaknya keluar dari lubang
hidung, badannya berbau busuk karena
penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya
seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan
dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api
masuk melalui mulut dan keluar dari
duburnya sementara malikat memukulnya
dengan pentung dari api neraka,"
kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan
mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku,
adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah
wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh
laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah
istri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya
ialah perempuan yang tidak taat
kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa
izin suaminya, dan perempuan yang tidak
mahu mandi suci dari haid dan
nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri
ialah karena ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka
mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya
sendiri dengan gunting api neraka karena
ia memperkenalkan dirinya kepada orang
yang kepada orang lain bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat
laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan
tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya
karena ia bisa shalat tapi tidak
mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti bab*
dan badannya seperti himar ialah
tukang umpat dan pendusta. Perempuan
yang menyerupai anjing ialah
perempuan yang suka memfitnah dan
membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah
Az-Zahra pun turut menangis. Dan
peringatan ini bukan saje untuk kaum
perempuan tetapi untuk kaum lelaki.
Yang merosakkan perempuan adalah kaum
sebilangan lelaki kerana iman mereka
lemah dan mudah tergoda serta dengan
ayat dan janji manis yang tidak akan
dikotai.
Yang merosakkan kaum lelaki adalah
sebilangan kaum perempuan keraka
mendedahkan ape yang wajid
ditutup,mengoda kaum lelaki,lemah
iman(cepat cair),termakan kata-kata dan
janji-janji manis lelaki(DASAR
JANTAN).Jika antum berani bermaksiat
maka antum berani masuk dan merasai azab
api neraka.
MAKA JAGALAH AURATMU,PERGAULANMU,TUTUR
KATAMU,TINGKAHLAKUMU DAN MANTAPKAN
IMANMU DAN TAKWAMU SEBELUM DILAKNAT ALLAH!!!

saya terima artikel ini dari sahabat saya..
terima kasih Khalifah_Allah

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics