Hari ni aku masak makanan lain plak..
Resipi hari ni ialah..
Sambal cili api style jawa..
minyak dalam secawan..
Blender bawang putih seulas, bawang merah kecil dalam 20 ulas dan cili api dalam 20 biji..
Asam keping sekeping..
bawang holland dihiris..
Garam dan (gula sedikit untuk org kelantan)
Ajinomoto sikit..
Cara-cara memasak..
Panaskan minyak..
Masukkan bahan yang telah di blender...
Kacaukan ia sekali sekala..
masukkan garam dan gula..
kacau sikit2 dan biarkan panas..
Masukkan bawang yang dihiris dan asam keping..
Bila mendidih,masukkan aji sikit..
Siap..
Ini cara simple yang aku belajar dari sifu norzam (mak aku ler..)
Sambal ini sesuai ditabur atas terung goreng dan ikan goreng..
Seterusnya..
Masak sayur kobis goreng..
RAMUANNYA..
Minyak sedikit.. (2 sudu)
Bawang puteh 2 ulas..
Bawang Holland sebiji dihiris..
Cili api 2 biji dipotong..
Sayur kobis yang dipotong2 kecil..
Daging yang dipotong halus..
Garam..
Aji..
Cara2 memasak..
Minyak dipanaskan dalam kuali..
Titikkan bawang putih..
Masukkan dalam kuali yang panas..
Masukkan bawang holland dan cili api ke dalam kuali beserta sedikit kiub ikan bilis..
Masukkan juga daging yang dihiris..
Kacau sekali sekala..
Biarkan air daging kering sedikit..
Masukkan sayur kobis..
Seterusnya garam..
Kacau..
Apabila dah hampir masak, masukkan sedikit aji..
Siap..
Sekian, terima kasih..
p/s masakan asam pedas aku semalam walaupun kurang ramuan..
tanpa daun limau purut..
namun,tetap habis licin..
bagus betul..
hehe..
3 in 1 Produk : Kuatkan tulang, tidur berkualiti & elak sembelit
-
Salam korang..
Yup, hanya dengan 1 produk Shaklee iaitu Ostematrix. Ostematrix ini antara
produk hot yang memang wajib saya amalkan sejak dahulu. Dulu mu...
8 years ago
No comments:
Post a Comment