Followers

Monday, December 18, 2017

After A While..

Assaalam..

Berhabuk berkarat dah blog saya ni tak ter update. Mengejar dunia dan akhirat sampai terabai blog ini. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini. Terlalu banyak suka dan duka berlaku sepanjang tahun 2017 yang dah nak sampai penghujungnya.

Kerjaya..
Alhamdulillah masih bekerja di tempat yang sama. Tapi tahun ni boss kesayangan pergi meninggalkan kami demi minat mendalam dalam YOGA. Sekarang dia jadi YOGA INSTRUCTOR. Sekali-sekala dia datang office bila kami panggil untuk jadi Yoga Instructor kami. Gaji naik bulan 12 ni. Walaupun tak banyak tapi bersyukur. Jawatan masih sama. Berharap agar ada peluang untuk naik gred tahun 2018 nanti.

Emir..
Alhamdulillah dah banyak sangat improvement sejak bertukar sekolah INSANI sejak bulan 2 2016 dulu dan seterusnya dapat masuk ke Permata Kurnia pada bulan 7 2016. Tahun depan 2018 dia akan berhenti sekolah di INSANI kerana dapat tawaran prasekolah di Permata Kurnia. Dan hari ini hari bersejarah buat kami kerana Emir ada trial di Taska Sri Al Insan ( taska biasa). Kami perlu menghantar Emir di sini selama 2 minggu sahaja sebelum buka sekolah January nanti. Harap-harap tiada masalah yang ditimbulkan Emir di sana. Aaamin.

Tokma..
Tahun lepas tahun sedih sikit buat Tokma kerana tokma disahkan menghidap Kanser Payudara tahap 2 hampir masuk ke tahap 3. Bulan 11 Tokma menjalani surgery untuk buang sel kanser. Kimoterapi hanya bermula pada bulan January iaitu seminggu selepas tokma balik dari menjalani ibadah umrah dengan Uda dan Adik.

Adik Alif..
Alhamdulillah Adik Alif kahwin juga pada bulan March 2017. Bini dia bunting pelamin dah selamat melahirkan baby boy pada 15 December ( jumaat lepas). Bertambah ummat Nabi Muhammad SAW.

Mak..
Tanggal 5hb 5 2017, mak pergi meninggalkan kami menghadap sang pencipta pada jumaat malam. Tiada seorangpun dari kami disisinya ketika itu kerana masa tu waktu melawat di hospital telahpun tamat. Mak dibedah pada hari kenduri kahwin rakan sekerja, Mira. pada pertengahan bulan April 2017. Mak hanya boleh mendengar dan mengangguk selepas pembedahan. Selepas sehari pembedahan mak dapat pindah wad tetapi entah macam mana berlaku pendarahan yang cukup banyak  sehingga mak hilang nadi salama lebih 30 saat. Mak dipindahkan semula di wad kecemasan. Mak dikhuatiri koma dan tidak sedar apa yang berlaku disekeliling. Mak bertahan lebih kurang 2 minggu sebelum pergi menghadap Illahi.

Adik Ipar..
Adik bertunang pada bulan July 2017 dan mengikut perancangan bakal bernikah pada cuti sekolah bulan 3 2018 di Kelantan.
Uda pula baru sahaja bertunang pada awal bulan Dec 2017 dan mengikut perancangan bakal bernikah di Sri Iskandar pada bulan 8 2018.

Oklah..setakat ni dahlu cerita saya. Ini lebih kepada flashback dan juga diari supaya tak luput di ingatan.

Sampai berjumpa lagi di lain masa.
Assalamualaikum wbt.

2 comments:

Outing di Bandung said...

untuk info seputar paket Outing di Bandung yang murah tapi ga murahan ya https://javaorganizer.co.id jagonya :)

Aidilfitri Awaludin said...

Tq utk post ni.....seronok baca posting ni

Leasehold vs Freehold

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics