Followers

Saturday, September 3, 2016

Ibu beranak 3..

Assalam semua..

Alhamdulillah hari ni dah 62 hari usia Umar. Lebih kurang 3 minggu sahaja lagi cuti mama. Kakak Aina dah mula di hantar ke taska sejak 2 hari lepas iaitu pada 1st sept. Seingat saya setahun lepaspun Aina mula masuk taska baru pada 1st sept sebab taska lama terpaksa ditutup atas arahan JKM. Hari yang sama merupakan 1st day mama berkerja di company baru. Maknanya dah setahun mama kerja di tempat baru. Alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya.

Setiap kali tukar company sahaja mesti ada baby baru. Dulu di Saxx daripada bujang sampai berkahwin dan dikurniakan Emir. Usia Emir 5 bulan saya dapat kerja di Scxxx pula. Di situ mengandungkan dan melahirkan Aina pula. Bila Aina hampir setahun, dapat kerja pula di Scxxxxxxxxxx. Tak lama lepas tu iaitu dekat hujung tahun disahkan mengandung lagi. Dan belum cukup setahun dah melahirkan Umar. Alhamdulillah dapat guna segala benefit yang company berikan khas untuk maternity dan delivery. Lahirlah anak terakhir ni (insyaAllah..belum mahu tambah lagi setakat ni) di hospital Al Islam di KL. IC dia sahaja IC KL. Abang Emir dan kakak Aina lahir di Hospital Selayang. Jadi IC Selangor lah.

Kalau perasan semua nama company tempat saya pernah bekerja semua bermula dengan S. Kebetulan sungguh. Haha.. Kalau ikutkan seronok kerja tempat sekarang ni sebab sangat bersesuaian dengan status ibu anak 3. Waktu kerja flexible sangat tapi kena pastikan cukup 8 jam sehari atau 40 jam seminggu. Pandai2 lah fikir macam mana nak bagi cukup. Kalau datang awal, boleh balik awal. Kalau terlambat alamatnya kena balik lambatlah. Sebab itu kena pastikan hantar cepat sebab saya ni kena keluar office paling lewatpun 5.15 petang. Kalau tidak akan terlewat ambil anak di taska. Nasib baik taska baru ni OT tak semahal taska lama. Kalau ambil lambat 1/2jam kena bayar RM2.50 seorang. Kalau taska lama kena bayar RM 8 tak kiralah walau lewat hanya seminit dua. Kiranya fix amount kalau ambil anak lewat. Dia kira bayar RM 8 walaupun lewat antara seminit sehingga pukul 8 malam. Alhamdulillah sebab dipermudahkan urusan dan moga terus dipermudah bila anak dah 3 ni. Huhu..

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics