Salam
korang..
Kejap sahaja rasa tahun 2013 ni. Lagi 2 minggu sahaja 2014 akan sampai
dengan izinNya. Tahun ini Alhamdulillah pelbagai cerita dan impian tercapai.
1.
Dapat ke Jepun masa bulan 5.
2.
Dapat bercuti di Langkawi masa bulan 4.
3.
Dapat kunci rumah baru masa bulan 4.
4.
Emir membesar dengan sihat dan sempurna. Bermula
dengan dapat meniarap, merangkak, berdiri, bertatih dan seterusnya berjalan.
Perkembangan fizikal dan mentalpun ok . Cuma belum bercakap sahaja. Doktor
cakap biasalah budak lelaki memang lambat sikit bercakap berbanding perempuan.
5.
Kerja Alhamdulillah berjalan lancar dan dapat
surat confirmation pada bulan 2 hari tu.
6.
Mula start business Shaklee pada bulan 10 dan in
sha Allah akan teruskan semangat untuk Berjaya dalam business dan seterusnya
mencapai impian 2014 untuk jadi WAHM (Working At Home Mother).
Memikirkan juga azam tahun 2014. Antara yang terlintas di kepala
sekarang.
1.
Nak maju dalam business Shaklee.
2.
Nak capai matlamat jadi WAHM.
3.
Nak tambah umat Rasulullah SAW. In sha Allah.
4.
Nak mulakan tabiat suka menelefon/bertanya
khabar family di kampong setiap hari.
5.
Nak pergi umrah bersama keluarga. Kalau boleh
hujung tahun dan kalau keadaan kesihatan mengizinkan. Kot2 masa tu tengah sarat
mengandung kea pa tak dapat juga nak naik flight kan.
Setakat ini itu sahajalah yang terlintas di kepala berkenaan azam tahun
ini yang dah tercapai dan azam tahun depan. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
yang Allah berikan selama hidup ini. Bersyukur sangat. Cuma melihat kepada
trend kenaikan harga barang dan lain-lain ini, berdoa banyak-banyak agar Allah tunjukkan
taufik dan hidayah kepada peminpin-pemimpin Negara yang mana tak pernah lari
daripada kesilapan supaya mereka cepat tersedar dan kembali kepada Jalan Yang
Lurus iaitu jalan yang di redhai Allah.Seterusnya mentadbir Malaysia dengan sebaik-baiknya.
Setiap yang berlaku pasti asbab-asbabnya dan setiap dari kita kenalah
muhasabah diri sendiri. Rezeki itu datang daripada Allah jadi sentiasalah
bermohon dan berharap rezeki dariNya. In sha Allah, kalau kita jaga hubungan
kita dengan Allah, maka kita takkan rasa kesempitan. Malah kita akan rasa
lapang dan setiap masalah pasti kita akan jumpa penyelesaiannya. Kiranya Allah
akan mempermudahkan segala urusan kita.
Selamat melangkah ke tahun baru yang mungkin menjadi tahun mencabar
untuk kita semua.
=)