Followers

Monday, May 23, 2005

Kami tertipu...

Tipah tertipu tertipu
Tipu tertipah..
Tipah tertpu tertipu
Tipu tertipah..
Tipah tertpu tertipu
Tipu tertipah..
tipah tertipu lagi..

Sila nyanyi dengan kuat dan bersungguh-sungguh..
Hehehe..

Aku nak citer perihal kehidupan di blok tempat aku menumpang tidur,makan dll nih..
Citer ni adalah benar..
Tiada yang benar
Melainkan yang benar belaka..

Bukan setakat Tipah jer yang tertipu...
Kitorang satu aras ni pun tertipu gak..
Tapi kesnye lagi haru daripada kisah tipah tu..

Macam mana nak mula ar..???
Hm..
Begini..
Untuk sem pendek ni
Aku ngan kawan-kawan aku kena berhijrah dari blok lama ke blok yang lagi veteren..
Tapi,buruk atau baru tak jadi masalah..
Asalkan dapat idup selesa dan tak jauh sangat nak menapak ke kelas
sebab kitorang ni pakai kaki je nak ke kelas..
Tak der transport lain..

Kat blok baru ni banyak ar kucing-kucing yang baru kitorang kenali..
Kire diorang nipun da daftar sem pendek ar..
Duk satu blok..
Kat aras aku ada la 2-3 ekor..
Semuanya betina..
Tau plak la kucing ni itu blok pompuan..
Kawasan larangan tuk lelaki..
Kitorang dapati sekor ni perut dia cam memboyot sikit..
Cam pregnant la kan..
Dan dalam kepala kitorangpun da pikir yang dia ni memeng pregnant cat..

Maka dek kerana kesian..
Kitorangpun jaga dier betul2..
Kucing lain kitorang halau..
Makanan sumer kasi kat dier jer..

Si Dayah yang memang fanatik ngan kucing lagi best..
Dah la kasi makan whiskes tetiap hari..
Siap beli piring yang agak mahal la semata-mata untuk kucing tu..
Siap bagi nama LILO lagi..
Lilo ni memang spesies yang kuat giler makan..
Tapi kitorang tak kisah..
Sebab kitorang pikir dia makan untuk banyak nyawa..
Maklum la pregnant..

Kadang-kadang timbul rasa sihan kat dier..
Biler tak der lauk lebih yang nak kasi kat dier..
muka Lilo ni plak selalu jer wat kitorang sumer sayu..
Sesiapa yang lalu dekat dia mesti kasihan..
Perut dah memboyot begitu..
Kitorang siap leh agak2 lagi berapa ramai la anak Lilo ni nanti..
Sebeb perut dia dah besar sangat..
Bile rasa masa beranak dah hampir..
(Berdasarkan saiz perutnya yang gedabak tuh..)
Kitorangpun mula la cari kotak tempat dia beranak kelak..
Kitorang siap masukkan si Lilo dalam kotak tu..
Test tengok...muat ke tak?
Lilo ni plak macam suker jer..Lepak2 dalam kotak tu..
Malangnya makcik cleaner buang kota ngan pinggan mahal yang Dayah beli..
Sedih bukan kepalang..
Siap kutuk-kutuk lagi makcik tu..

Si Farah pulak hari2 butkan susu untuk si Lilo tu..
Buat susu EveryDay lagi..
Maklum la nak kasi Lilo ngan anak dalam perut dier tu sihat..
Kalau ada lauk jer mmang dapat kat dier jer..
Kucing lain akan dihalaukan..
maklum la Kucing Istimewa..

Makin lama perutnya makin bulat.
Kadang-kadang perutnya bergerak-gerak ..
Macam nak terkeluar dah anak dari perut....
Nana yang nampak jadi gelabah..
Mencari-cari kotak sebaba ingat dia nak beranak.
Tapi tak de paper pun.
Belum sampai masa kut..

Suatu malam masa tengah lepak2 lepas makan malam,
Tetiba Si Farah masuk bilik..
Pastu dier bukak citer..

Aku ada berita buruk untuk korang nih..
Korang tau tak,Lilo tu tak pregnant..
Lilo tu memang GEMUK!

Kitorang terpempan..
Macam tak percaya dengan aper yang farah cakapkan..

Tadi tini ngan Dayah bagitau..
Masa tu aku baru jer nak buat susuu untuk dier..
Tapi aku buat gak laa susu tu..

betulla tu..
Masa nak makan malam tu..
Farah sibuk wat susu tuk Lilo..

Farah kucing ni tak pregnant..
Tini bersuara

Betul Farah..Aku baru tau..
Dayah mengudsap kepala Lilo..

Kau jangan main2..
Farah terkejut..

betul..
Tadi mak aku datang..
Dia cakap kucing ni tak pregnant..
Kalo tak caya tengok ni..
Tini mencucuk-cucuk perut Lilo menggunakan jarinya.

Eh,sakit la ko wat camtu..
Farah lagi terkejut..
Dayah pulak memicit-micit perut Lilo..

Farah dengan geram perus memicit-micit perut Lilo..
Memang betulpun..
Tak ada paper..
Hanya lemak2..
bengang gak sebab tertipu ngan kucing nih..

Lepas ni no more susu!..
Farah melepaskan geram depan kitorang..

Lepas ni kalo aku jumpa siapaku kerjakan..
Karang kalo aku nampak aku pijak2 perut dier..
Aku tertipu..oleh seekor kucing rupanya..
Lepas ni malas dah nak layan dier tu..

begitulah suara-suara yang amat kecewa kerana telah tertipudengan Lilo..
Tapi sebenarnya kitorang sedar..
Lilo tak bersalah..
Dia tak cakappun dia pregnant..
Kitarang yang salah..
Memandai jer cakap Lilo tu pregnant..

Tapi perut dier memang besar..
Perut jer besar..
Yang lain-lain kecik jer..
Dah la jalan pun macam tak larat jer.
Pastu kemain manja lagi ngan kitorang..
Mati2 kitorang ingatkan dia yang pregnant..
Rupanya memang kitorang dah jadi macam tipah..
huhuhuhu..

The moral of the story..
Jnagan mudah percaya dengan sesuatuyang tak pasti..
Pastikan dulu..
siasat betul-betul..
Kalo tak..
Jadi la macam kitorang ..
Haru..
Hehehe..

Saturday, May 21, 2005

Nak abis daa...

Tinggal beberapa hari jer lagi aku di sini..
Melalui situasi yang sebelum ni aku rasa membosankan.
Memang aku rasa bosan sangat waktu mula2..
Ye la..
Dengan tak der paper aktiviti selain gi bengkel..
Rata2 yang aku tanya semua berperasaaan yang sama...
Dah la poketpun kering time ni..
scholar ngan loan masuk sem depan baru dapat rasa..
So,memang kalo nak keluar tu kena pikir duit la kan..
Kalo tak banyak pakai duit..
Senang la citer..

Akhir bulan lepas..
Ada la kengkawan lelaki yang merancang nak wat picnic la..
Tido semalam kat Desaru..
Kalo bleh semua dak bahan kena pergi la..
Memula tu aku tak kisah ar..
Best gak wat aktiviti kelas kan..

Pastu..
Banyak lak problem yang timbul atau ditimbulkan..
Masalah yang di pihak galz biasalahkan..
Bila kena lak bermalam kat sana..
Aktiviti tak confirm lagi..
Susah sebenarnya nak kawal pergaulan antara lelaki ngan pompuan..
Lagi2 biler ada yang jenis nak ikut kepala sendiri..
Masa tu baru rasa tak bestnyer..
Memang la tujuan asal nak mengeratkan hubungan silaturrahim antara dak mekanikal bahan..
bukan ramai sangatpun..dalam 33 orang jer..
Pei ling takder..
Tak tau la apa problem minah tu sampai tak leh nak amik short sem..
Berbalik kepada citer asal aku tadi..
Memang itu satu problem la..

Masalah umum yang paling membantutkan hajat nak gi Desaru tu ialah..
jenjengjeng....
Seperti yang aku katakan..
Poket kering..
Tak der duit la..
Masalah ni memeang la tak dapat nak tolong..
Semua orang sama jer..

Biler pikir lagi..
Hmm..
Apa nak dirisaukan sangat kan..
Ada lagi kira2 3 tahun kita sama2 kat UTM nih..
Bleh buat sem depanker..
Sem lagi satu ker..
Last year ke..
Betul tak?


Maki lama kat sini..
Aku makin suka lak..
Best..
Sebab tak yah nak pikir pasal belajar..
Tak yah Wat assighmet..
Tak payah pikir pasal kuiz..
Tak yah amik exam..test..
Idup bebas nak wat paper..

Memang penat kalo gi bengkel..
tapi puas sebab dapat buat sesuatu yang menarik..
Dapat pengalaman baru..
Pegang mesin tu..
Pegang mesin nih..
Seronok sangat..

Habis kelas tu macam2 leh buat..
Tak payah nak ngadap buku jer..
tapi tu la..
Semua tu akan berakhir tak lama lagi..

Pasni..
Aku cuti dalam sebulan cam2..
Pastu kena datang awal sket..
Sebab tak sempat daftar sem baru..
pastu..
Tanggal 14 Julai..
Maka bermulalah hidup aku sebagai pelajar tahun dua kat U nih..
Alamak dah senior rupanya aku ni ek?
Tak puas lagi jadi junior..

Saturday, May 14, 2005

Aku penat la..

Bosannya hidup...
Apa aku nak buat tuk hilangkan bosan nih?
Aku tak tau kenapa aku jadi camni?
Aku seolah-olah dah hilang identiti sendiri..
Terlalu banyak perkara yang merimaskan otakku.

Aku rasa dah hilang arah..
Rasa dunia ni begitu sempit..
Rasa nak nangis..
Kenapa aku jadi macam ni..

Ke mana hilangnya keberanian..
mana pergi lak matlamat..
Dunia seakan gelap gelita..
Di mana bisa aku peroleh cahaya.
Menerangi jalan yang kelam.
Menunjukkan jalan kebenaran..
Di mana cermin..
Yang dapat menunjukkan
imej sebenarku...
Bukan bayangan kelabu..

Kadang-kadang aku rasa nak lari...
tapi ke mana?
Masalah wujud di mana-mana..
Walau aku berlari pecut ..
Ia tetap mengekoriku..
Seperti bayang-bayang.

kadang-kadang aku kesal..
Kesal dengan diriku..
Kerana begitu bodoh..
Bebal..
Dalam menilai apa-apapun..
Tapi aku berselindung disebalik kesempurnaan
Yang nyata kepura-puraan..

Aku rasa aku dah cuba sebaiknya
Menjadi diri sendiri..
Tak hipokrik..
tapi kadangkala aku gagal..
Gagal..
Gagal..
Gagal..
Gagal..
Gagal..
Gagal..
Gagal..
Gagal..
Gagal..
Gagal..
Gagal..
Gagal..
Aku tak rela menjadi orang lain..
tapi kadang-kala aku terpaksa..
terpaksa beralah..
dengan keadaan..

Kadang-kadang aku rasa bersalah..
Salah pada orang sekelilingku..
Salah pada DIRI sendiri..
Tapi itu lah diriku..
Manusiakan lemah..
tak bisa jadi sempurna..
Ada kelebihan dan banyak pula kelemahan..

Aku mintak maaf sebab aku rasa aku menaip dengan emosi yang tak stabil..
Peperangan sengit berlaku dalam setiap penjuru fikiranku..
Dan keputusan yang akan aku buat tepat pada masanya..
Aku ingat nak tangguhkan dulu update blog ni..
Aku benar-benar telah kehilangan semangat untuk menulis blog ni setelah menyedari konflik diri yang melemahkan otakku ..
Aku nak berehat sekejab..

Mungkin sehari je..
Mungkin seminggu..
Sebulan ke?
Atau beberapa bulan..

InsyaAllah,Bile aku dah OK..
AKU AKAN PERSEMBAHKAN ARTIKEL2 YANG LEBIH MENARIK KELAK..
Tunggu jer la k..
Adios..

Friday, May 13, 2005

Perempuan...mAcAm2 HaL!...

Penatnyer rasa..
Masa first day kelas rekabentuk aku ngan member2 kesayangan aku
macam bersemangat je nak gi kelas.
Muka masing-masing semuanya ceria.
Dalam ceria-ceria tu aku agak terkilan gak la kat dua kawan aku ni.

Teringat peristiwa malam sebelum ni.
Aku ngan Nana terpaksa membuang sedikit nasi yang berlebihan.
Ye la..
Kitorang masak nasi untuk 4 orang tapi yang nak makan hanya 2 orang je..
gile ape..
Kitorangpun bukan sengaja nak membazir nasi.
Biasanya mereka kan datang makan kat bilik aku ngan Nana.
Memula tanak nasi dalam kul 7.30 mlm.
Dalam kepala fikir mereka akan datang lepas maghrib.
Tapi,tunggu punya tunggu tak sampai2.
Kitorang dah antar massage,misscall tapi tak balas.
Biler jam dah menganjak ke angka 9 memang sahlah diorang ni takkan datang.
Macam mana la nak abiskan nasi nih..?
Pastu hajatnya nak minta Jetlin tulong beli lauk.
Telur goreng 2 bijikpun jadi la..
Tapi minah tu tak reply lak massage aku.

Pastu Nana try ushar bilik Jetlin.
Tetiber je black out..
Dah la aku sensorang kat bilik.
Cuak gak aku..
Rasanya lilin ada lagi kat rak.
Tapi tang mancis tu tak dapat la dipastikan.
Kalo adapun tak tau elok lagi ke tak.
Pastu try ar hidupkan mancis tu.
Sib baik idup gak.
Akupun pegang je la lilin tu.
Tak tau nak letak kat mana.
Bilik aku dah pakai tikar getah.
Sayang nak cacatkannya.
Tetiba Nana buka pintu bilik.
Pastu dia cakap jetlin dah tukar nombor kat aku.
Patutpun tak reply..
Tapi dia cakap Jetlin ada lauk.
So,apalagi aku ngan Nana usung la rice cooker tu turun bilik Jetlin.
Sib baik Jetlin ada lampu keselamatan.
Terang la sikit.
Ada la lauk sambal ayam ngan sup.
Diorang kata beli kat Kedai Pak Ali.
Aku tau kedai tu sebab pernah makan kat sana.
Area Taman U gak.
Masa makan tu rasa cam makan kat kampung je.
Suram dan sunyi.
Maklum la takde current.
Kitorangpun tak berapa nampak apa yang kitorang dok makan.

Tak lama lepas tu.
BEKALAN ELEKTRIK ELOK BALIK.
Tapi kitorang still lepak kat bilik Jetlin.
Takder apa nak buat.
Report untuk kelas sebelum ni dah anta.
Esoknya dah masuk modul baru.
Dah lama tak berborak panjang dengan Jetlin.
Biliknya kat aras lain .
Lagipun dia tercampak ke kumpulan lain.
Macam-macam topik yang disembangkan .
Cerita pasal Sure Heboh..
Pasal Bengkel..
Pasal balik kampung..
Semuanya keluar.
Siap ada rakaman video guna camera digital Madah.
Best gak kalo ada kamera digital ni ..
Nanti nak beli satu la..
Hmm..
Berangan je la dulu ek..

sib baik la dak2 tu ada dalam usaha untuk menghabiskan nasi yang ditanak lebih tu.
Walaupun tak habis sekurang-kurang tak banyak sangat.
Ada la dalam sekepal yang terpaksa dibuang.
Takpe la..nak wat camane kan..

Sampai je kat Fakulti kitorang dah berkira-kira nak naik lif.
Tapi ada satu bendayang pelik kat lif tu menyebabkan kitorang ragu-ragu nak guna.
Nombor2 kat luar lif tu tak nyala langsung.
Kitorang ingatkan rosak.
Kitorang lepak dulu kat tepi tu.
Ttibe lif tu terbuka.
Alamak macam mana ni..
Nak naik ke tak?
Chong ada kat situ.
Apalagi kitorangpun suh la dia naik lu.
Sebenarnya nak suruh dia test dulu.
Kalo dia sampai atas tu maknanya elok la lif tu.
Tapi macam mana nak tahulif tu OK kr tak?
Hmm,
Muncul la budak comel kat situ.
Kitorang suh Pip la plak naik.
Kalo lif tu bukak pasni maka eksperimen yang kitorang buat tu berjaya ar..

Hehe..

Sampai jer kelas kitorang lepak la lu dalam tu.
Masa tu tak ramai yang dah sampai.
Tapi En Fabilah tu dah ada.
dia kasi kitorang sign attendence dan dua contoh report.
Apalagi berrebut la nak tengok isinye.
Tebal la plak reportnya.
dAPAT 90% LA..
Nampak cam susah jer..
Pastu biler semua dah ada baru dia wat briefing..
Then kitorang dibahagi kepada 4 group.
Kitorang nyer group sumer galz..
Memula aku tak dapat terima kenyataan.
Ye la bekerja sesama perempuan ni payah sikit sebab
Perempuan ni memang agak cerewet.
Pastu mesti kalo bleh nak ikut kepala sendiri.
Takut la plak kan.
Aku kalo dah masuk group galz ni kena jadi pengikut la.
Itu la yang paling bagus.
Kalau diorang bagi arahan baru aku buat.
Tak nak pentingkan diri la.
Dan akhirnya berjaya gak taktik aku tu sebab aku mula rasa lebih selesa bekerja
dengan diorang.
Hasilnyapun mambanggakan jugak la sebab kitorang dapat siapkan
report tu dalam masa dua hari je.
Ada la dalam 30 page.Sedangkan En Fabilah kasi
tempoh tiga hari untuk hantar repot tersebut.
Mana tak cepat semua orang berhempas pulas dan tidur lewat pagi
semata-mata nak siapkan tugas memasing.
Biler tengok report yang dah siap diprint dan dibinding kat Cybersix
pukul 12.05 malam,Rasa puas hati sebab penat lelah berbayar juga.

Aku sebenarnya takut untuk bekerja dengan perempuan sebab
perempuan ni lain sikit cara bekerjanya.
Sentiasa serius dan nak buat semua cepat-cepat.
Pendek kata semuanya kena pantas.
Aku ni dah la jenis yang suka rileks.
Wat slow-slow.
Maintain cool..
Tapi aku tau aku perlu menyesuaikan diri dengan keadaan.
Jangan nak pentingkan diri je..
Akukan dah 20 tahun.
Patut dah pandai nak kawal diri sendiri.
Matang dalam membuat sebarang kerjadan dalam berfikir.

So,kirenyer aku berjaya mengatasi konflik diri la nih..
Aku dah boleh dikatakan matang di dalam bertindak la ni yek...
Kata orang'bertindak mengikut arahan'
Betul ke?
Ke hanya perasaan aku jer..
hehe..
Takper..
Ni baru permulaan..
Lepas ni aku kena la jadi lebih baik.
Siapa lagi nak puji kalo tidak diri kita sendiri.
Ini salah satu bentuk motivasi diri yang perlu ada pada semua orang.
Tapi jangan lak melampau.
Itu dah masuk golongan PERASAN..
HAHAHA..

Wednesday, May 11, 2005

PC tak der slot tuk disket...

Sebenarnyer cerita aku tak abis kat situ..
Ada banyak lagi perkara yang belum aku utarakan di sini..
Terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikiran aku saat ini..

Dah habis beli tiket tu..
Aku trus dapatkan bas nak balik Puchong.
nasib baik bas tu masih belum penuh.
Akupun duduk la kat satu seat tu..
Lepas jer bayar tiket..Aku trus jer layan diri sendiri..
Malas nak pedulikan alam sekeliling..

Ada banyak sebab kenapa aku tak suka melihat sekeliling..
Sebab aku tak mahu terpengaruh dengan keadaan tersebut yang
nyata tidak menggembirakan..
Aku tak mahu menambah dosa
kalau aku tahu ada yang buat maksiat dalam bas tu ..
Aku dah dikira bersubahat kalau aku mendiamkannya..
Baik tak payah ambil tahu..
Kalau tahu..
Akupun dapat tempiasnya juga..
Kiranya aku memang betul-betul tak tau adanya perkara yang tak elok berlaku kat tempat tu..
Walaupun aku maklum tak mustahil ianya boleh berlaku..
Memandangkan konsep negara Islam tidak berapa menusuk hati beberapa golongan.
Maka benda tu memang wujud..
Malah kadang-kala lebih teruk daripada situasi di beberapa Negara bukan Islam..
Lagi satu aku tak mahu mendengar atau berbual dengan orang yang aku tak kenal..
Aku bukan sombong ..
Masalahnya aku ni mudah ramah ngan orang..
Kadang-kala kita tak tau orang tu siapa?
dunia dah makin ke penghujung..
Kata-kata fintah begitu mudah terlontar dari mulut-mulut yang berhati busuk..
Kita tak dapat mengukur tahap kebersihan hati seseorang itu dengan hanya melihatnya
secara fizikal..
Aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang sebegini..
Aku tidak kuat untuk menahan diri..
Setiap orang ada kelemahannya..
Iman aku tidak cukup kuat untuk menjadi sentiasa positif..
Bak kata orang elakkan dari mengumpat..
Mengumpat umpama membunuh saudara sendiri..
Begitu hinanya seseorang yang gagal mengawal suaranya..mulutnya..
Jadi cara terbaik ialah berdiam diri..
Selagi kita tak menyakitkan hati orang..
Selagi kita tidak menyusahkan orang lain..
Selagi itulah kita kan terselamat..

Aku bukannya langsung taknak pedulikan sekeliling..
Tapi berpada-pada..
Setakat menceritakan perihal diri sendiri tidak menjadi hal..
Kita berhak terhadap diri kita kan..
cuma kalau rasa telah melampaui batas lebih baik diam..
Kalau macam tu kita takdikira sombong sebab kita telahpun bercakap perkara yang patut kita cakap sahaja.
Tegur orang tu?
hisy..Bukan takut..
Tapi kalau yang bercakap dengan kita tu golongan yang lebih tua dari kita..
Apa nak buat tu..
Fikiran orang veteran masa kini tak sama ngan orang dulu2..
Mudah terima kritikan..
Orang tua zaman sekarang ni agak keras kepala sikit.
Bukan semua tapi kebanyakannya begitulah..
Lagi2 kalau yang tegur tu budak-budak macam aku nh..
Tercabar la rasa ..
So,apa lagi nak buat selain daripada diam..

Nasib baik ar yang duk sebelah aku semuanya jenis yang senyap gak.
Mungkin diorangpun berfikiran sama ngan aku..
Aku rasa tenteram la sikit..
Sampai jer kat Puchong Permai aku teru tekan loceng..
Tapi loceng kat tepi aku tu semput la plak.
Sib baik ada aci tekankan loceng..


Selamat la aku sampai ke Puchong..
Aku memang selalu balik malam..
Adik aku datang..
Aku bonceng belakang dia..
Lalu ar kat satu-satunya cyber cafe yang wujud kat area tu..
cakap pasal cyber Cafe nh..
Aku teringat la..
Tahun lepas ada satu lagi Cafe yang dibuka..
Masa awal pembukaannya..
Agak laku jugak la..
tapiyang sedihnya..
cuma kanak2 yang keluar masuk gedung maklumat maya tuh..
Kanak-kanak tu tak der kerja lain la selain daripada main game..
cuma ada segolongan jer orang dewasa.
Tapi memang cafe ni lengkap la siap ngan headphone,sistem antivirus,leh masuk disket ngan pendirve..
Kirenyer complete pakage ar..
Tak lama kendian..
Cafe tu dah tak kasi kanak2 bawah umur masuk..
Tak tau kenapa?
Tapi sedih ar..
Sebab lepas tu memang tak ramai pelanggannyer..
Kadang2 biler aku sampai akulah pelanggan pertamanya.
Sedih yang amat sangat lar..
Then,baru-baru ni aku try ar nk gi surf kat sana.
Tapi,Seperti yang dah aku jangkakan..
Kat depan cafe tuh ada satu papan tanda yang berbunyi..
'TO LET,CALL 0123XXXXXXX'
Hampa la jugak tapi aku try cari tempat lain.
Adik akupun bawak aku satu pusat internet..
Kat dalam tu kemain ramai lagi orang..
Kecik besar..
tua muda..
Tapi yang peliknya ramai lelaki jer..
Tapi aku tak dulik semua tu..
Dalam kepala aku hanya satu.
Nak surf internet..
Aku dudk ar depan satu PC
PC dier memnang canggih..
Flat screen lagi..
Aku try surf..
Memang laju giler ar..
Pastu baru aku perhatikan sekeliling aku..
Sumer tengah layan game..
bukan budak-budak jer..
Bapak budakpun ada..
Apa nak jadi la dengan dunia hari ini..
Pastu aku try ar nak cari lubang nak masukkan pendrive tapi
aku terkejut tengok lubang tu..
macam PC lama..
berkarat..
Aku perhatikan PC tu..
Bahagian tempat CD DRIVE,DISKET DRIVE..
Semuanya terlindung disebalik cover PC..
Aku terkilan ar..
Takat dapat surf jer tapi takleh bawak
keluar maklumat buat apa kan..
hmm..
Tapi itu lah msalahnya..
Nmapaknya kat UTM jugak lah yang bagus..
Dah lah free..
Hehe..
dunia.. dunia..

Uik..mahalnya tiket..

Aku baru je balik dari KL.
Aku bermalam di sana selama lebih kurang 3 hari..
Masa balik tu ada beberapa agenda yang telah aku rangka..

Kalau ikut pada rancangan tu
Hari pertama aku akan ke pesta Buku bersama putera.
hari kedua aku akan habiskan dengan keluarga.
Hari terakhir aku akan pergi gathering kat Mid Valley..
Wah..Memang penuh ar jadual aku..

Aku pegi SP naik teksi ngan 3 lagi member aku.
Aku dah berkira-kira nak dapatkan tiket balik ke JB petang tu juga.
Takut tiket habis..
Maklumlah masa tu heboh dan kecohlah dengan masalah
diesel yang dah makin meruncing..

Sampai jer SP kitorangpun jalan reramai pegi kat tempat aku ngan Putera beli tiket..
Nak sahkan no.bas yang akan kitorang naiki.
Sesampai jer..
Pakcik tukang jual tiket tu layan dengan baik sekali..
Suruh lelepak dulu..
Siap kasi air mineral sorang sebotol..
Biasa ar tuh..

Pastu kitorang tinjau ar kat satu arah..
Tetibe jer diorang cakap nampak Putera
Dalam masa yang yang sama handset aku berbunyik..
Aku ushar lagi mamat yang diorang tunjuk tuh..
Sahlah..
Orang tuh tengah buat call..
Gaya jalanpun memang sama..
Die lah tu..
Akupun jawab ar..
Suh dier gi kat tempk kitorang lelepak..
Masa tu cuaca cam tak seceri mana..
Ala2 suam gitu..
Awanpun macam makin hitam jer aku tengok..

Pas rehat beberapa minit.
Dia ajak aku tanya tiket balik ke JB..
Bas Transnational..
Ala kaunternyer pun kat situ gak..

Aku sampai lambat sket..
Apatah Putera cakap kat operator tu..
Kakak Operator tu cakap ada 20 seat lagi untuk tiket 3 ptg..
Akupun kire setuju jer lah
Aku ingat tiket 2hb mei..
rupa-rupanya itu tiket 1hb Mei..
Putera salah mention tarikh kat kakak tu..
Apa lagi putuslah harapan..
Dengan langkah longlai kitorang dapatkan member2 aku yang
lain menyampai berita yang tak berapa manis nih..

Takper ar..
SampaI KL nanti kena la gi dapatkan tiket terus..
risau juga sebab bayangkan tiket Trans pun leh habis cepat..
Memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang tak best tu maka aku ngan
rela hati menawarkan diri membeli tiket..
kirenye aku ngan putera akan beratur dan menggagau mencari tiket..

Sebenarnya kitorang try gak ushar tiket kat pusat tiket lain tapi
sumer takder service tiket pergi balik..
So,terpaksa beli kat Pudu juga la..


Aku bertolak dari JB kira-kira pukul 4.30ptg la.
Sepatutnya kul 3.45 dah gerak tapi biasalahkan janji melayu..
Aku balik dengan 4 orang lagi iaitu putera,Mimah,Mai dan Nina.
Perjalanan balik tU OK la..



********************************************************************


Alamak..ramai giler orang..
begitu la situasi kat Puduraya..
Masa tu jam aku menunjukkan pukul 9 lebih kot..
Memang ramai sangat manusia yang keluar masuk Puduraya tuh..
Memang hari ni rsa cam balik raya jer sebab meriah semacam je..
kitorangpun gi la ke kaunter Konsortium..
Kena beratur la plak.
Si Putera lak beratur kat line plusliner..
Mana la tau Konsortium nyer tiket takder..
Tapi barisan die tak sepanjang barisan aku..
Sekejab je..
Dia datang kat aku bagitau takder tiket..
Yang hampehnyer Konsortium pun takder tiket gak..
Alamak macam mana ni?
Dalam otak aku dah pikir yang bukan-bukan..
Terpaksa balik lambat atau amik tiket malam..
Dalam pada tu aku try tanya kat Jebat..

fuh..nasib baik ada..
Tapi..
Harganya macam nak cekik leher aku jer..
Kul 4 tiketnyer RM35..
Gile mahal..
Pastu kitorang wat la muka kesian..
Then dia kasi tau tiket kul 6 RM30...
Putera pandang aku mintak kepastian..
Aku dah tak peduli paper dah..
Janji dapat balik JB hari Isnin.
Sebab Selasa kitorang ada kelas..
Mana bleh tak pegi..
Terpaksa la keluar duit lebih sket..
Nasib baik Mimah ngan Mai dah kasi RM30 sorang..
Persediaan memandang keadaan sekarang yang agak meruncing..
Terketar-ketar tangan aku nak ulur duit RM120..
Bayaran tiket untuk 4 orang..
Putera pakai duit dier la..

Putera cakap sumer ni satu konspirasi..
Ye ar sumer nak tunggu bulan Mei baru nak jual tiket tu..
Sebab masuk jer bulan 5 harga tiket automatik naik..
Ni kira nak untung lebey lar nih..
Itu la dunia perniagaan sekarang..
Hanya mementingkan keduniaan..
Tanpa menyedari telah menganiaya beribu-ribu orang..
Termasuk aku..
Ye la..
Student pun nak berkira ker..
bukan student jer yang rasa sakitnya..
Orang yang idup cukup makan jer rezeki yang ada
terpaksa berjimat semata-mata nak memuaskan kemaruk syarikat bas..
Manusia hari ni dah makin hilang nilai-nilai mulia dalam diri..
Terlalu mengikut telunjuk nafsu
Mengetepikan akal yang benar..
Wallahualam..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics