Followers

Showing posts with label dugaan. Show all posts
Showing posts with label dugaan. Show all posts

Friday, August 22, 2014

Hidup tanpa Smartphone

Salam korang..

Fuhhh..tak mampu dah nak menulis di blog kerap sebab banyak sangat komitmen. Ditambah pula sekarang ni saya dah tiada smartphone. Bukan hilang tapi rosak disebabkan terjatuh. Bukan anak yang baling atau campak pun tapi salah sendiri juga. Letak handphone di tempat yang tak stabil. Lepas tu jatuh.

Hari ni sehari tak ada samrtphone. Memang terasa sangat kehilangannya. Pagi-pagi tiada lagi bunyi alarm mengejutkan kami. Hampir terbangun lewat tadi. Nasib baik saya tersedar sendiri. Alhamdulillah Allah tolong kejutkan saya. Selalunya saya akan belek-belek Facebook, whatsapps, check gmail dan kadang-kadang kala utak duduk depan PC check email kerja melalui smartphone tu. Paling terasa bila balik kerja tu biasanya saya akan pasang bacaan surah Al Waqiah. So, sayapun baca bersama-sama sepanjang perjalanan balik.

Bila tak ada smartphone saya hilang petunjuk arah bila drive ke sesuatu tempat. Selalunya saya akan gunakan aplikasi Waze untuk mencari sesuatu tempat yang tak pernah saya pergi. Dan saya selalu juga buka Waze tu untuk check kenapa jalan sesak bila balik kerja. Selalunya jalan sesak disebabkan berlaku kemalangan atau ada road block. Kalau ia dapat dikesan lebih awal, boleh cari jalan alternatif. Hehe..

Bila balik rumah terus nak on PC untuk update blog, check gmail, dan juga skodeng Facebook. Sabar sahajalah kan. Kena ganti smartphone baru ni. Dapat yang murah-murah pun jadilah asalkan ada aplikasi Waze, Facebook,Whatsapp dan juga boleh install gmail.

Ok lah, itu sahaja nak update buat masa ini. Sekarang usia kangsungan dah masuk 36 minggu. Maksudnya bila-bila masa dari skearang saya dah sedia untuk melahirkan anak. Doakan segalanya dipermudahkan ye kawan-kawan. bai!

Saturday, August 9, 2014

Kantoi Result MGTT semasa Ramadhan

Salam semua.
Dah berkurun lamanya tak terupdate blog ni. Haha..macam la duk dalam dunia ni lama sangat sampai berkurun kan. Padahal baru sebulan dua je kan. Betul tak? Cerita puasapun dan lepas. Rayapun dah masuk hari ke 13. Alhamdulillah, tahun ini daapt puasa sebanyak yang boleh walaupun mengandung dah lebih 7 bulan. Cuma ada beberapa hari sahaja sangkut. Itupun disebabkan ujian MGTT ( Minum air gula buat ibu mengandung) yang secara kebetulan jatuh pada bulan puasa.

Dugaan datang bila keputusan MGTT tu tak normal. Tiba-tiba saya dapat juga tempias diabetes ketika mengandung. Masa 1st MGTT (usia kandungan 3 bulan) hari tu result OK. Tapi, sejak masuk bulan puasa ni lain pula. Sudahnya, kena buat repeat test selama 2 hari dalam bulan puasa juga. Kalau buat repeat test tu memang tak boleh nak berpuasalah. Saya syak ianya berpunca daripada amalan pemakanan di bulan puasa. Buka pausa minum air manis. Lepas itu kurang minum plain water. Makan kurma pula sampai 7 biji sekali hadap. Belum campur kuih muih lagi. So, lepas dapat result MGTT tu, kena mengawal dirilah. Buka puasa minum plain water sahaja. Kurmapun makan sebiji dua. Banyakkan minum air masak sepanjang malam sampai sahur. Alhamdulillah repeat test memang OK resultnya. Tapi once MGTT result not OK, Akan kena buat repeat test tu setiap 2 minggu sampailah bersalin nanti.

Saya perasan juga masa sebelum puasa itu, saya kurang minum air masa di office. Kerja banyak sangat sampai tak sempat nak pergi refill air. Terlupa nak minum air. Masalahnya, boleh pula pergi vending machine beli Air Jus Tropicana Twister tu kan. Masalah betul. Sejak akhir-akhir ini memang suka bebenar minum air manis-manis. Bila dah raya lagilah bahaya. Di mana-mana semuanya air-air manis, biskut raya manis, lauk-pauk manis dan desert yang manis. Tapi, kenalah kawal diri tu kan. Ambil dalam jumpah yang sedikit. Lagi satu sekarang ni kan musim biuh. Habis semua buah manis nak dimakan. Durian, rambutan, duku dan manggis menggamit selera sungguh. Makan jugalah. Tapi lepas itu  telanlah plain water banyak-banyak.

Cuti raya pula sampai 11 hari. Hari rabu masuk kerja terus mula berpuasa. Rasa dah terlalu banyak makan masa raya. Tu yang berazam untuk berpuasa juga. Lagipun kalau boleh nak ganti puasa sebelum bersalin. Sekarang tinggal 2 hari sahaja lagi yang perlu diganti. Minggu depan ada jamuan raya pula di office selama 4 hari. So, terpaksalah postpone puasa minggu seterusnya pula. Tak apa. Syawalpun masih lagi berbaki. Kalau sempat cukupkan 6 hari lagi bagus. Untung-untung dapat pahala puasa enam walaupun niat nak ganti puasa.

Oklah, setakat itu sahaja update saya kali ini. Buat ibu-ibu mengandung semua, mesti ramai juga yang sangkut MGTT result kalau buat masa puasa kan. Kakak saya bagitahu di KK Dengkil (kot?), masa bulan puasa hari tu, hampir semua ibu-ibu mengandung yang MGTT test result tak OK. Dia kata tak sampai 10 orang sahaja yang result OK. Fuuhhh..mesti disebabkan alasan yang sama macam saya juga kan.

Ok, bai!

Tuesday, May 20, 2014

New Challenges

Salam..

Alhamdulillah syukur. Setelah beberapa hari status saya untuk transfer company tergantung, akhirnya petang semalam semasa sedang memandu pulang, saya menerima SMS daripada HR Manager tempat kerja sekarang yang surat pertukaran saya telahpun ditandatangan oleh boss company baru. Kalau ikutkan hari ini saya kena pergi terus melapor diri ke sana. Office sekarang terletak di Rawang manakala office baru terletak di 1 First Evenue, Bandar Utama Damansara. Perbezaan yang cukup ketara dan pengalaman baru yang bakal saya lalui bermula sebentar lagi. Saya minta kebenaran untuk ke Rawang dahulu untuk kemas barang. Takkan nak biarkan barang tak berkemas kan. Dah lah tempat saya dah ada orang booking.

Berbalik kepada cabaran baru, banyak perkara yang memang dah terang jelas nyata perbezaannya berbanding sekarang.

Dulu, tak ada tol yang perlu dibayar. Sekarang, kena bayar 1 tol pergi dan 1 tol balik.

Dulu, tak perlu nak keluar awal pagi. Pukul 7.45am pun sempat lagi untuk pastikan sampai ke office sebelum 8.30am. Sekarang, kena keluar awal. Selewat-lewatnya pukul 7 pagi. Sebab nak hantar anak pergi taska lagi kan.

Dulu, kerja dengan Planning. Sekarang, kerja dengan Procurement.

Dulu, pergi kerja melawan arus kesesakan. Memang jalan clear. Sekarang kena masuk dalam kesesakan. Sebab tu kena keluar awal berbanding dulu. huhu.

Dulu, pakai sempoi-sempoi sahaja pergi office. Tak ada dress code yang ketat. Sekarang, kerja di HQ memang kena ikut dress code office attire.

Dulu kerja naik tangga, sekarang kerja naik lif.

Dulu, boleh jemput Emir awal. Pukul 6.00pm dah sampai taska. Sekarang, paling awalpun 6.30pm baru sampai taska.

Dulu, shopping mall jauh. Waktu lunch duk dalam office sahajalah. Sekarang, shopping mall sebelah office sahaja. hahadoi..

Banyak pula perbezaannya kan.
Apapun perbezaannya saya akan positifkan fikiran dan bekerja sehabis baik. Tak mahulah ada politik-politik kotor. Biar rezeki yang diperolehi betul-betul halal.


Wednesday, April 16, 2014

Muhasabah Diri

Salam korang..

Sekarang ni dok fikir macam mana nak menambahkan pendapatan keluarga. Nak mengurangkan hutang piutang dan kalau boleh tak nak berhutanglah. Dalam masa yang sama bersemangat untuk menyumbang kepada badan-badan amal di Malaysia dan juga negara-negara Islam yang sedang bergolak lagi-lagi di Syria dan juga Mesir.

Dalam masa yang masa teringin nak bawa satu keluarga, mak dan ayah pergi umrah/haji. Meringankan beban suami. Banyaklah sebenarnya impian dan harapan diri ini di dunia dan juga di akhirat. Sebab itu saya usaha juga kurangkan belanja, lebihkan sedekah, lebihkan amal ibadah walaupun kadang-kadang terkincit juga. Rasa lemah betul iman sendiri padahal tak ada dugaan besarpun yang melanda. Baru diuji sedikit, cepat sangat goyahnya. Nasib baik Allah maha pengasih lagi maha penyayang, walaupun goyah, tak jatuh rebah.

Berdoa adalah kunci kejayaan.
Tapi berdoa tanpa usaha bukanlah jalan terbaik.
Lepas itu mengeluh kenapalah aku tak boleh?
Lepas itu mengeluh kenapalah dia boleh, dan aku tak boleh?
Bukan kata saya seorang yang begini.
Ramai lagi diluar sana yang begini.
Sama ada nak bangkit atau terus layu sahaja.
Bangkit dari kegagalan.
Atau hanyut dalam kegagalan.


Yakinlah pada janji Allah.
Siapa yang usaha, dia akan berjaya.
Lakukanlah segalanya kerana Allah.
In sha Allah, kita takkan mudah mengaku kalah sebab Allah juga tak pernah berhenti daripada membantu kita kan.
Walaupun kita banyak melakukan kesalahan dan langgar perintahnya, dia tetap bantu kita.
Cuba kalau kita langgar perintah Boss di tempat kerja kita, sudah tentu kita akan dihukum dan paling teruk akan dibuang kerja. Betul tak?
Betapa penyayangnya pencipta sekalian alam ini. Berapa ramai sahaja daripada kita yang sedar.

Hari ini memang nak bebel sahaja.
Bukan bebel pada sesiapa tapi pada diri sendiri.
Tapi, dalam masa yang sama juga berusaha menyedarkan orang lain.
Muhasabah diri.

Saturday, April 2, 2011

Sajak tak berseni saya : terapi tekanan

Salam korang,

Entry sebelum ini saya ada cerita pasal sajak nukilan saya sendiri masa saya tak ketentuan akibat terlalu memikirkan pasal katering untuk majlis kenduri saya bulan 6 nanti.
Mmeang magic kot sebab selepas saya menulis sajak ini saya secara automatik menjadi sedikit tenang. Menulis ini kalau kena caranya umpama terapi. Yang bisa buat kita jadi tenang.
So, tak salahlah saya kata bahawa ada blogger yang menjadi blog tempat untuk melepaskan tekanan atau dalam erti kata lain tempat terapi minda.

Kalau korang sudi bacalah sajak saya yang langsung tak ada seni ini. Janganlah hentam saya sebab saya tak ambil kelas sastera masa sekolah dahulu. So, fail sikit kalau bab-bab seni menulis ini.

Tajuknya sayapun tak tahu nak letak apa. Sekadar luahan perasaan mungkin.
Tajuk emai saya begini;

Luahan : Manusia lemah mencari kekuatan!

Sejak pagi ini hatiku berdebar.
Fikiran entah ke mana melayang.
Perasaan?
Tak tahu dan tak reti untuk ditafsirkan.
Tapi, yang pasti makin lama makin berselirat.
Makin lama makin berat untuk otakku menggalas.

Kenapa baru sekarang?
Kenapa bukan bulan lepas?
Ataupun tahun lepas?

Menduga akal atau iman?
Atau keduanya sama melawan.
Yang pasti bukan masa yang lepas tetapi sekarang.
Jangan pakai istilah ‘kalau’ atau ‘kenapa sekarang'.

Pilih satu antara dua.
Mahu troubleshoot atau mahu troublemaking.
Troubleshoot?

Yeah pilihan bijak dan terus ke penyelesaian.
Tapi, masih adakah ‘cahaya’ untuk menyuluh jalan.
dan masihkah ada 'laluan' untuk menjejak.
Percayalah,'cahaya' atau 'laluan' bukan persoalan.
Ia sudah tidak penting.
Sebab cahaya dan laluan boleh dirintis sendiri.

Senyumlah.
Berlapang dada.
Sebab Allah itu ada dan pasti tunjuk jalan.
Dengan syarat usaha tanpa mengenal kalah.
=)

Luahanku,
noorafzan
PJ, 5.05pm

Oklah korang.
bai!

Friday, April 1, 2011

Cemas: Katering punya pasal!

Salam korang..

Semangat berkobar-kobar nak update tapi kadang-kadang bila semangat itu datang tidak kena masapun tak guna juga kan? Lagi-lagi biola idea pula datang mencurah-curah masa di office. Perghh..memang tak boleh nak buat apalah kan. Kalau saya terlebih masa free barulah saya taip dulu guna email kerja dan direct send to email personal. Tapi jarang sangatlah masa free itu datang. Sebabnya lunch break saya suka tidur. Tidur sebelum zohor kan elok.

Sebenarnya hari ini merupakan hari mencabar jiwa raga saya bilamana saya baru sedar yang katering belum ditempah. Fuh, sudahlah majlis saya itu buat time cuti sekolah dan lagi 2 bulan sahaja daripada sekarang. For sure orang berebut nak gunakan khidmat katering. Makcik yang tolong handle urusan katering masa my sis kahwin dahulupun gagal dihubungi pula. Walaupun kami dah inform dia dulu tarikh untuk booking tapi hati tetap dup dap dup dap mana tahu pakcik katering itu lupa sebab bookingpun pakai mulut sahaja kan.

Di office tadi puas saya search internet waktu rehat 10 minit. Sudah tak fikirlah kena marah sebab online atau tidak sebab dok risau kalau katering tak dapat. Ini kira back up plan lah kalau catering yang kami nak itu tak dapat. Puas saya cari tapi kebanyakannya dah fully booked pada tarikh yang saya nak. Hampir menangis jugalah kan. Siap buat sajak lagi tadi gara-gara nak lepaskan tekanan. Nanti-nantilah saya kongsi sajak tak seberapa itu. Langsung tak ada seni tapi tetap degil juga nak tulis.

Saya siap bagitahu my sis lagi pasal problem ini tapi dia rilek sahaja tak jawab call dan mesej saya. Berapilah juga. Tunggu melerup sahaja. Siaplah dia bila saya balik nanti. Itu sahajalah yang ada dalam kepala saya yang runsing berpusing masa itu. Masalahnya petang kena balik lewat sebab ada jamuan syarikat. Dalam dok risau itu seronok jugalah sebab nama saya naik untuk mendapat cabutan bertuah. Walaupun dapat jug kettle tapi tetap bersyukur. Dalam 600++ pekerja itu saya antara 30 orang yang bertuah. =)

Balik sahaja terus terjah my sis. Dengan muka cool dia menjawab masalah dah settle. Rupanya ayah dah contact direct to pakcik caterer. Dan berjaya book khidmat katering untuk tarikh itu. Saya mengucap syukur yang amat sangat. So, masalah besar sudahpun selesai. Sekarang ini dok fikir pasal kad jemputan dan juga doorgift sahaja.

ok da,next time saya share sajak itu ye.
Malas dah nak edit.
haha~

Friday, March 11, 2011

Gua tak gembira : Internet punya pasal!

Salam korang!

Company saya dah makin tak best sekarang. Masa mula-mula saya masuk ini company saya rasa sangat best. Colleagues semua menyenangkan hati dan menghiburkan. Tapi lately suasana best ini makin lama makin pudar. Paling terkini perkara best yang buat saya sayang nak tinggalkan company ini telahpun ditarik. Iaitu kemudah berinternet. Erm, rasa kecewa sangat bila diorang sengaja menguji pekerja dengan monitor penggunaan internet setiap orang di office.

Alasannya bukanlah sebab mengurangkan produktivi company tapi disebabkan viruses dan takut data company dicuri outsider. What the fish. Korang yang kedekut sangat untuk mengupgrade internet security company ke level yang tinggi. Data company kalau nak disebarkan tak pakai internetpun boleh. Nothing impossible kalau orang yang yang buat dajal tu nak bocorkan. Lagipun apalah sangat maklumat yang golongan marhaen macam kami ini ada untuk dibocorkan kepada umum. Lain kali haramkan untuk top management sahajalah kan. Yang simpan banyak rahsia syarikat itu mereka. Kitorang yang biasa-biasa ini tak mendatangkan kesan apapun sebab kami tak tahu rahsia syarikat.

Yang buat saya geram sebenarnya ialah waktu break pun tak boleh access internet. Sekarang ini pagi-pagi saya dah tak online guna PC. Saya online FB dan Twitter guna Phone. Saya bukan pakai smartphone. Phone biasa-biasa sahaja kan. So, takkan tercalit sikitpun viruses masuk ke network company. Don’t worry k.

Saya yakin lepas ini confirm ramai akan cabut. Tunggu sahajalah =)

Saturday, February 26, 2011

February 2011 penuh dugaan - Part 2

Salam korang!

Sebelum ini saya cerita pasal dugaan kesihatan kan? Kali ini saya nak cerita pasal dugaan lain pula. Dugaan seterusnya ialah kesesakan jalan raya. Ok fine topik ini terlalu commonlah. Biasalahkan kalau sudah namanya kerja di KL-Lembah Klang, memang bagaikan aur dengan tebinglah dengan kesesakan. Sebenarnya saya tak kisahpun kalau jalan sesak tapikan bila kesesakan itu sengaja dicipta memanglah tak suka kan.

Macam hari khamis lepas mencatat sejarah. Sampai rumah kul 7.00 malam. Satu setengah jam bertarung dengan kesesakan. Puncanya ialah projek naik taraf jalan. Projek itu telah menyebab lane jadi sempit. Yang bestnya tempat yang sempit itu merupakan titik kesesakan (sebelum projek naik taraf). Kalau jalan tu luaspun sesak apatahlagi bila sudah sempit kan? Korang Fikirlah sendiri!

Sekarang ini saya rasa macam dah malas nak balik rumah awal-awal sebab kalau keluar awalpun kena hadap kesesakan. Dahlah sesak, ramai pula gengster jalan raya yangtak reti nak que untuk bayar tol. Kami yang jenis 'tak gengster' inilah yang menjadi mangsa. Langsung tak gerak-gerak. Rupanya ada 'gengster' potong que kat depan. Hangin beb hangin!

Friday, February 25, 2011

February 2011 penuh dugaan - Part 1

Salam korang!

Hmm, bulan 2 ini memang banyak dugaan yang saya hadapi. Alhamdulillah walaupun kadang-kadang rasa tertekan tapi tak lah seteruk mana. Kena banyak fikir positiflah kan.

First sekali, kesihatan

Terus terang cakap, apa yang saya hadapi ini tidaklah seteruk waktu di sekolah dulu. Saya ini memang ada masalah dengan 'darah'. I mean bukan takut tengok darah tapi darah saya ini mudah sangat terkena jangkitan. Tapi masalahnya jangkitan itu bermusim. Setakat ini, sudah 3 kali saya terkena. Mula-mula masa saya sekolah rendah. Masa darjah 1 kalau tak silap. Saya pergi sekolah dengan kaki berbalut sampai atas lutut. Dah maca orang accident simen kaki pula gayanya. Hari-hari kena rendam kaki dalam air ungu (iodin). Berbulan-bulan jugalah nak tunggu sembuh.

Then, saya kena jangkitan semula bila mula tinggal di asrama. Tak tahulah apa puncanya,mungkin pemakanan dan jua persekitaran. Jangkitan kena pada kaki sahaja. Bawah buku lali. Tapi still pernah pergi sekolah dengan kaki berbalut. Tapi tak lama. Lepas sebulan sudah sembuh. Masa itu saya di penghujung tingkatan 4. Saya teringat sebab ada orang sound sebab saya sebagai pengawas pelatih masa itu tapi tak pakai kasut pergi sekolah.

Dan sekali lagi kira-kira 10 tahun kemudian, saya terkena balik jangkitan yang sama. Puncanya ialah kudis buta. Tak tahulah sayaberjangkit dengan siapa tapi kesan dariapda kudis buta itulah yang menyebabkan berlaku jangkitan. Dan sekali lagi ia berlaku di tempat sama iaitu di kaki kanan. Pergi klinik 3 kali tak jalan, last-last saya kena refer hospital. Sebenarnya, ubat terbaik saya ialah mengawal makan. Tak boleh makan makanan yang ada ayam dan seafood (seafood yang boleh dimakan cuma ikan selar kuning sahaja). Saya boleh makan ikan sungai dan daging sahaja selain daripada sayur, ubi dan buah. Kalau makanan berasaskan kacangpun tak boleh.
Kalau tak, akan naik gelembung-gelembung di tapak kaki yang berisi air bisa.

Ahamdulillah, selepas mengamalkan makan secara sihat, jangkitan dah makin kurang dan gelembung-gelembung dah makin surut. Isk2, esok dah nak pergi vacation Family Day. Mesti kena sembuh cepat ok! Chaiyok!Chaiyok!

Er..cerita pasal kesihatan sahaja dah cukup satu entry. So, nantilah pula saya sambung cerita pasal dugaan lain pula ye.

k, bai!

Tuesday, February 15, 2011

Jumaat yang penuh dugaan!

Jumaat hari itu macam-macam dugaan menimpa 'life' ku.
Jumaat pagi masuk Office sudah ada drama pendek;

Masuk je pintu utama, jumpa si kecil (sebab saiz badannya yang comel).

"Hai, awal hari ini!"
Saya tegur dia berbahasa bahasi.

"Hai, cuba pegang tangan ini, sejuk tak? "
Seraya menyentuh tangan dia ke tangan saya (ok, dia pompuan ye!Jangan salah faham pula.)
Dalam hati --> aik, buang tebiat ke hape tiba-tiba suruh rasa suhu tangan dia pula ini.haih!

"...................."
Saya tak berkata sepatahpun sebab tangan sayapun sejuk maa..baru keluar daripada tempat beraircond gitu.

"Sebenarnya saya demam ini. Tapi sebab dah janji nak buat satu report penting, saya datanglah juga. Awak jangan dekat dengan saya nanti berjangkit pula."
Bila saya tak menjawab pertanyaan dia tadi terus dia explain tanpa dipinta.
Dalam hati --> aik, tadi bukan main minta ku rasa suhu tangan dia. Ini tak bagi berjalan dekat-dekat pula. Aiyoo..fenin..fenin..

Dah dia cakap macam itu sayapun blah sahajalah kan. Buat apa nak cari penyakit.heh!

Masuk sahaja office terus ON PC dan pergi buat coffee secawan. Office memang lengang betul. Macam baru kena langgar GARUDA pun ada. Mungkin ramai yang ambil cuti.

Cerita jumaat memang tak habis di situ.

Habis sahaja makan sarapan nasi lemak berlaukkan ikan masak sambal dan juga gading masak black pepper, saya rasa satu macam pula. Perut sakit tapi bila pergi toilet tak ada apa pula yang keluar. Tension mak! Perut pula rasa sebu semacam. Langsung sampai balik kerjapun tak jamah apa-apa.

Sudahlah perut tak berapa nak sihat. Perjalanan balikpun terganggu sebab ada accident. Jalan sesak tak hengat punya. Sabar sahajalah. 

Itu tak apa lagi. Balik sahaja ker rumah sayapun bergurau senda dengan anak buah. Hajat nak pergi beli barang-barang sikit untuk majlis ahad nanti tapi entah macam mana lepas maghrib perut sakit dan rasa 'mual' nak muntah pula datang. Uih..jangan dok fikir bukan-bukan noo..bukan sebab tuttt!!. Tak kahwin lagi maa..

Malam itu mak dan abang bagi macam-macam ubat. Lepas dah menelan ubat terus saya muntah. Bila dah macam itu terus saya collapse kan. Tak larat sudah nak buat apa-apa sampai ke pagi.

Penuh dugaan tak? Ke tak tak cukup sarat? huhu~
Sabar sahajalah kan.
ok, bai!

Thursday, February 10, 2011

Februari 2011 : Bulan penuh!

February memang bulan yang agak packed untuk saya. Tapi bulan ini jugalah dugaan yang menduga hati, jiwa dan kesabaran menyapa. Tapi alhamdulillah masih dalam keadaan yang terkawal. Dan segala yang dirancang masih lagi berjaya direalisasikan.
Macam last weekend, cuti 4 hari memang tak berapa nak melekat di rumah.

Hari Khamis saya ke office menyelesaikan hutang kerja yang sepatutnya langsai sehari sebelum itu. Tapi tak lama sangat. Daripada pukul 11 pagi sampailah 3 petang lepak di office. Balik sempat lagi drive thru McD. Dapat Angpow merah daripada McD tuu..Tapi dalamnya ada kupon free fries setiap belian set besar dan kupon valid sampai 31/Mar ini. lalalalala~ Kentang free! Lepas itu memang lepaking sahajalah di rumah sampai malam sambil layan anak buah seorang itu, Aliya Batrisya yang makin menggebu-gebu pipinya.

Hari Jumaat saya bangun agak awal mengemas bilik sebab kena 'ceramah free' supaya belajar menjadi 'pengemas berjaya'. hoho. Bukan tak kemas cuma tak taklah sekemas bilik macam dalam drama TV tu kan. Golongan marhaen macam saya ini bilik memang banyak barang. Lepas itu sudah tak larat nak lap perabot dan lantai sebab habuk hari-haripun memenuhi ruang bilik itu. Sapu pagi, tengahari dah berhabuk balik. Tensi kan!

Sebab penat mengemas boleh pula tertidur pukul 10 pagi. Then, bangun pukul 11 pagi. Sempatlah memasak 2 lauk. Lepas waktu solat jumaat incik tunang pun datang rumah. Saya minta tolong rawat PC saya yang diserang penyakit bengong-bengong. Lepas dia operate akhirnya pulihlah PC saya itu. Alhamdulillah. Sambung borak-borak dengan mak pula di ruang tamu. Tup-tup tiba-tiba terpacul idea untuk ke PD. Rendam-rendam kaki yang ada sedikit jangkitan. Orang kata elok kalau rendam luka dalam air laut. So, pukul 4 petang kami gerak ke pantai PD. Seronok dapat cecah-cecah kaki di air laut. Lepas itu terus balik. Sempat lagi saya ajak tunang makan McD (lagii..?). Almaklumlah jualan Curly Fries akan stop tak lama lagi. sob sob. Tunggu next year ye kalau mahu lagi.

Sabtu dan Ahad pula full dengan Kursus Pra Perkahwinan yang kami berdua hadiri di Shah Alam. Alhamdullillah di permudahkan segala urusan dan selamat sudah mendapat sijil Kursus Kahwin. Overall pengisian kursus memang mantap cuma macam mengejar masa at certain time lagi-lagi bila penceramah berkobar-kobar nak bercerita pengalaman dorang. hehe~

Itulah dia 4 days straight dengan aktiviti-aktiviti menarik. Yang saya tulis semuanya yang best-best sahajakan. Yang part dugaan itu nanti-nantilah saya story di sini. Belum ada mood nak taip.Hujung minggu inipun dah ada plan. Dan harap-harap urusan hujung minggu inipun dipermudahkan. Aminn..

Thursday, November 11, 2010

Dugaan : Mak masuk hospital part 2

Salam to all.
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memberikan komen, ucapan, doa dan nasihat kepadaku berkenaan sakit mak dan juga perancangan untuk berkahwin tahun depan. Bila tengok mak sakit macam ini biasalah hat ianak mana yang tak tersentuh kan. Lagi-lagi bila mak cakap;

"sakit ini mak sahaja rasa, korang tak rasa dan korang takkan faham"

Saya memang automatik jadi speechless bila dia cakap macam tu atau paling-paling pun saya akan slow talk dengan dia macam ni.

"takpe la mak, nak buat macam mana. Dah nak sakit. Mak sabar sahajalah ye"

Malam sebelum dia kena masuk wad, sekali lagi bersuara.

"Mak selalu sahaja sakit. Orang lain sakit diabetes juga tapi tak adalah macam mak ini sampai rasa sejuk semacam, kaki sakit berdenyut-denyut, kaki bengkak."

Mak merujuk pepada makcik saya yang juga menghidap penyakit yang sama tapi kaki dia tak pernah bengkak macam mak. For your information, 5 years ago (ecewahh..berabuk pula dia speaking..) mak saya dah pernah melalui pengalaman sama. Masa itu kaki kiri dia memang dah teruk bernanah dan perlu dibedah. Nasib baik tak kena potong kaki. Doktor cuma membuang daging kaki yang tak sihat itu sahaja. Sekarang ini infection tu berpindah ke kaki kanan pula dan di kedudukan yang sama pula tu. huhu.

Tapi sebab kali ini ayah bertindak pantas, maka doktor cakap hanya perlu ditahan di wad untuk diberi injection supaya bengkak kaki jadi surut dan doktor boleh kawal sikit pemakanan mak supaya tak makan makanan manis-manis. So, gula dalam darah itu bolehlah dikurangkan. Tapi since mak masuk hospital swasta memang mahal lah kosnya. Nasib baik ayah kerja kerajaan. Dapatlah dia melangsaikan bil ini nanti secara potongan gaji bulanan.

mak sedang bermanja dengan ayah di wad kecemasan malam tadi.

Oh ya, saya mencuba kaedah mengupdate blog menggunakan email. So, bermula daripada entry sebelum ini Dugaan : Mak masuk hospital part 1, saya update thru email. Nampaknya macam berkesan sahaja. Cuma saya tak dapat nak baca kalau ada komen-komen daripada rakan-rakan sehinggalah saya jumpa PC. Buat masa ini saya terpaksa update entry thru handphone. Pasal planning perkahwinan itu, saya tolak tepi dahulu untuk fikir buat masa ini sehinggalah mak sembuh. Setakat ini keadaan mak terkawal. Alhamdulillah.

Sekali lagi saya memohon jasa baik kawan-kawan untuk mendoakan kesihatan mak saya, Norzam binti Said. Dengan harapan semoga dia cepat recover dan cepat boleh discharge daripada hospital.

p/s : hari ini tak ada gambar baru. So, recycle gambar part 1 sahajalah ye. Nanti kalau berkesempatan saya nak tunjuk macam mana keadaan kaki mak.

Update terkini pukul 10.30 malam: 
saya baru pulang dariapda melawat mak di hospital. Alhamdulillah berkat doa dan kasih sayang anda semua mak saya telahpun pulih daripada demam menggigil badan. Dia juga bagitahu kakinya sudah tidak rasa sakit bisa. Tapi dek kerana bengkak di kaki still tak hilang dan dan tahap gula dalam darahnya still melebihi tahap bahaya iaitu masih tahap 15 (orang normal antara 4-5 sahaja manakala mula bahaya ialah 7). Selagi tahap gula dalam darah mak tak turun ke paras normal maka selagi itulah mak akan terus di tahan di wad.


Satu sahaja yang buat kami masih risau. Mak masih lagi belum 'lalu' makan. Tak ada selera. Dan terbaru ayah saya berjangkit demam dengan mak pula. huhu. Tapi ayah bertindak pantas. Terus dia telan ubat untuk elak demam berterusan. Saya juga tak perlu tidur di wad sebab keadaan mak sudah stabil. Tapi tetap kena pergi hospital juga esok selepas kerja. Doakan urusan saya dipermudahkan esok dan doakan juga mak saya dapat recover cepat daripada penyakit yang dihadapinya ini. Terima kasih =)

Thursday, September 30, 2010

Kenapa jarang online Twitter?

Ku amat jeles dengan rakan-rakan yang aktid bertwitter sebab ku seringkali kalah bila nak log in Twitter. Setiap kali nak log in sahaja mesti dia kata tak boleh sebab Twitter dah overload! (tak hingat apa ayat yang keluar bila ku cuba log in tapi lebih kurang macam gitulah maknanya kan).

Memang twitter dilayari terlalu ramai orang dan memang tak mustahil 'satu-satu masa' dia akan overload. Tapi kenapa banyak kali kucuba online itu pada masa 'satu-satu masa' itu ye? Adakah kebetulan ataupun suratan? (dah macam tajuk lagu pula)

Once dapat log in, memang tweet tweet la kejenya.

Tapi once dapat log in memang ku akan guna twitter itu dan update apa yang patutlah kan. Tapi berapa kali sahaja ku berjaya log in.Twitter kena do something la supaya benda-benda macam ini tak berlaku lagi. Bila ini terjadi semangat nak ber tweet tweet jadi merudum seyh.

Sudahnya berFB sahajalah sebab twitter tak boleh nak masuk kan. Dan perkara di atas in menjadi penyebab atau punca utama ku jarang online Twitter.

Wednesday, September 29, 2010

Orang lepas raya jadi gemuk, Kau pula jadi kurus. Apa kes?

Macam itulah respon yang saya dapat masa event 'Jalan-jalan raya dengan kawan-kawan yang kita suka'.

Seriously saya rasa macam legalah sebab sebelum bulan puasa memang rasa diri ini 'lalu' sangat makan. Dan rasa macam paling berisi dalam hidup selepas zaman sekolah. Zaman sekolah jangan cakaplah. Memang bulat betul saya lagi-lagi masa form 4. Hanya geng-geng sekolah teknik sahaja yang tahu. Masa zaman tu semua makanan yang asrama sediakan saya sumbat. Tak cukup dengan itu, masa rehat pagi memang kena makan di kantin. Dan stok makanan dalam almaripun banyak. Dengan biskut, roti, dan jem coklat. Memang heaven sangatlah first time duduk asarama itu. Sedangkan sebenar-benarnya saya tension duduk asrama sebab tak biasa kan. Saya release tension dengan makan makan makan.Kenangan yang takbulehbelah sungguh.

Lepas habis sekolah saya memang betul-betul dietlah. Tambah-tambah bila mula bekerja sebagai Sales Assistant. Masa itu saya memang kena seksi sikit (err..seksilah sangat). Padahal tak ada kena mengenapun dengan produk yang dijual. Jual alatan mekap, aksesori wanita sahajapun. Pakai cantik-cantik untuk attract perempuankah? errrk..I'm straight ok! Adoi, kelaut pula dari entry ini. Masa kerja situ masuk kerja pukul 10 balik pukul 10 juga. 12 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gajinya memang banyak. Pernah dapat lebih seribu sebulan. (untuk lepasan SPM memang besar kot nilainya masa tu). Kerja keras dan hanya makan karipap 3 biji. Tapi saya kerja di situ hanya 3 bulan sebab dapat tawaran matrikulasi. So, tak sempat nak kurus betul la kan. Still debab la.

Masa di matrikulasi saya jadi kurus. Kurus sampai beratpun 52-53kg sahaja. Bagi saya dah cukup kurus sebab saya ini jenis berat tulang (tulang berat ye bukan malas ye!). Sangatlah suka masa zaman itu sebab zaman kurus kot. haha. Habis sahaja matrikulasi sayapun masuk U pula. Masa first year memang saya jadi bertambah kurus. Mungkin sebab kali ini betul-betul kena survive sorang-sorang di JB dan masih tak biasa. Masa itu berat saya jadi 48kg. Memang ketara betul. Tak pernah rasanya berat saya bawah 50kg sepanjang hidup sebab masa sekolah rendahpun saya dah besar (saya jenis yng cepat tinggi, darjah 6 dah tinggi lebih 1.5meter) dan beratpun dah lebih 50kg kot masa itu.

Tapi bila dah boleh adapt dengan dunia kampus, berat badan saya naik sedikit demi sedikit sampailah bila hujung semester berat dah kembali kepada berat masa di matrikulasi dahulu. Habis belajar pula makinlah naik lagi-lagi bila masuk kerja di tempat sekarang ini. Semua rakan sekerja sangatlah rajin berkongsi makanan sampai rasa macam asyik makan sahaja di office. Tapi naik tak ketaralah. Sikit sikit sahaja sampailah sebelum puasa saya timbang berat dah melampau ni sebab nak dekat angka 60 sudah. Siapa tak risaukan.

Silapnya saya minum susu tepung segera. Kononnya nak sihatkan tulang tapi dengan badan-badan sekali jadi terlebih sihat. Susu itu buat saya jadi 'selera' makan. Saya terus stop minum susu itu. Bila bulan puasa saya jadi tak lalu makan dan berat turun agak mendadak. Raya pula saya demam maka ketika orang lain enak menambahkan berat badan. saya pula menurunkan berat badan. Ada hikmah juga sebenarnya. Lepas ini kena mantain lah kan 55kg lah.

Bak kata bakal mak mertua;

'kenalah jaga. Nanti tak muat pula baju pengantin'

huhu. memang betulpun kan. Kenalah berjaga-jaga. Memang kalau kurus sangat tak cantik tapi gemuk sangatpun tak cantik jugakan.huhu~

p/s : dah mula exercise guna alat senaman macam basikal setiap hari. Selain sihat, dapat control berat badan juga kan. =)

Saturday, September 18, 2010

Update terkini Kes Kehilangan, Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya & Happy Birthday Mai!

Hari ini hari sabtu..
Selalunya hari begini kumasih lagi dibilik.
Berbaring sambil layan novel ataupun melayari internet mungkin.
Tapi kenapa aku di sini? Di office.
Ohh..lupa pula hari ini hari kerja untuk warga office ku.
Walaupun ramai yang masih kecundang dan tak masuk office hari ni.
Kugagahkan diri untuk bangun tegak berdiri menendang dan menumbuk rasa mengantuk serta malas dengan kasar bertubi-tubi.
Dan sebab itu jugalah ku berada di sini ketika ini.
Kuanggap mereka yang menyindir kata"bangla dan nepalpun 'cuti' hari sabtu ini" itu sebenarnya jealous sebab mereka tak macam saya.huahua!

Ok, berbalik kepada tajuk kita hari ni ye.
Kronologi kes kehilangan dan pembunuhan Datuk Sosilawati telahpun diketahui umum.
Daripada saat dia hilang 30/Aug/2010 sehinggalah 15/Sep/2010 telah saya selidiki melalui laporan akhbar.
Berikut saya update lagi untuk hari-hari berikutnya.

16/Sep/2010
Menurut akhbar semalam,

Polis mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.

Polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini.

17/Sep/2010
Menurut akhbar hari ini pula,
Profil asid deoksiribonukleik (DNA) dan keterangan mengikut keadaan boleh menyabitkan suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, walaupun mayat mangsa tidak ditemui untuk dijadikan sebagai bahan bukti dalam pendakwaan.
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, berkata pendakwaan boleh dilakukan berdasarkan bahan bukti memadai dan keterangan dikumpul polis atau pihak pendakwa mewujudkan prima facie dalam kes jenayah termasuk bunuh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, dipetik berkata polis kini dalam peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap sembilan suspek yang ditahan setakat ini.

Antara keterangan mengikut keadaan yang boleh dijadikan bahan bukti dalam pendakwaan di mahkamah ialah senjata diguna untuk membunuh(jumpa di dalam sungai), pengecaman waris terhadap mangsa(dah jadi abu, susah sikitlah) atau barang milik mangsa (seperti jam tangan dan kunci kereta) termasuk profil DNA mangsa (yang ini rasanya paling penting sebab mayat dah tak dapat di cam kan).

Tapi sebenarnya kenyataan di bawah ini paling menakutkan kita.
Sebab suspek sebenar ini kan licik.

“Apa yang penting, pihak pendakwa perlu mempersiapkan segala bahan bukti diperoleh menerusi siasatan mereka untuk dikemukakan di mahkamah bagi dijadikan inti pati pertuduhan dan berupaya mewujudkan prima facie.
Jika tidak wujud prima facie, suspek akan dilepas dan dibebaskan tetapi jika wujud prima facie, suspek dalam pembelaannya perlu mengemukakan bukti yang menimbulkan keraguan munasabah terhadap dakwaannya,”

Saya berdoa dan berharap sangat suspek ini tidak akan terlepas kali ini.
Sama-samalah kita berdoa agar suspek (jika betul-betul bersalah) akan di hukum setimpal dengan kekejaman yang dilakukan selama ini.
Jka dibiarkan bebas berleluasa, amatlah membahayakan.
Umpama melepaskan anjing yang tersepit! (rasa pesalah ini lebih teruk daripada anjing dalam perumpamaan ini).

Dalam pada kenyataan terdahulu yang menyatakan DNA boleh dijadikan bahan kes, keluar satu kenyataan daripada Jabatan Kimia pula berkenaan status DNA mangsa termasuk Datuk Sosilawati.

Berita berbunyi begini,
Jabatan Kimia berdepan kesukaran dalam menentu dan mengenal pasti profil asid deoksiribonukleik (DNA) serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain berikutan keadaan tulang yang terbakar teruk berikutan suhu pembakaran terlalu tinggi.

Bagi mendapatkan keputusan ujian, Jabatan Kimia dijangka mengambil masa seminggu kerana terpaksa mengeluarkan kalsium yang masih terkandung dalam tulang berkenaan terlebih dulu.
Katanya, buat masa ini semua sampel tulang masih belum dikenal pasti sama ada milik empat mangsa yang didakwa dibunuh atau milik orang lain atau milik haiwan sehinggalah ia siap dianalisis.

“Apa pun besar harapan mudah-mudahan sampel yang dihantar ini akan memberikan petunjuk dan antaranya yang mudah untuk diproses dan dianalisis,”

Sebahagian daripada sampel tulang dari lokasi kejadian diterima Jabatan Kimia daripada Unit Forensik Polis.

Sama-samalah kia berdoa supaya dipermudahkan urusan Jabatan Kimia untuk menganalisis DNA tulang-tulang tersebut.
Kekejaman yang berlaku perlu dibongkar segera dan yang bersalah kenalah dihukum untuk memberi pengajaran kepada orang lain.

Berita malam semalam (terkini), polis menemui pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa da njuga beg kriket.
Nak baca lebih lanjut bolehlah ke entry DARKBATMAN ini.
Rasanya lebih detail siap dengan link ke keratan akhbar online.
Punyalah malas nak taip. Huhu~

Nota kaki :
tulisan senget (itallic) : copy from Berita Harian Online.
tulis tegak (biasa) : ayat bikin sendiri. Original ok!

p/s : Saya memang harap tak terlepas megikuti kes ini sehinggalah pesalah dihukum!

p/s : hari ni ulang tahun kelahiran sahabat baik saya masa di UTM dulu, Maisarah. So, dikesempatan ini saya nak wish happy birthday to her! Semoga segala urusanmu dipermudahkan selalu ye kawan. =)

Sunday, August 29, 2010

Anak Derhaka : Part ni memang gua sensitif!

Tadi time online FB, tengok kat wall..
Tiba-tiba mata ku terlekat pada satu video yang di shaerre oleh rakan-rakan.
Tajuknya anak derhaka.
Kalau kamu ada add saya sebagai 'friend', akan nampaklah video ini di profile saya.


Bila saya tengok memang nangis beb.
Walaupun tak nampak jelas, tapi description yang disediakan cukup buat kurasa
marah, geram dan seangkatannya dengan anak itu.
sedih, kasihan dan seangkatannya dengan si ibu itu.

Siap masuk metro rupanya insiden itu.
Bila saya cari sumber video ini, rupanya ia berasal daripada SINI.
Siap ada artikel yang diambil daripada akhbar tersebut.

Bukan nak mengaibkan sesiapa tapi ia lebih kepada nak menyedarkan diri sendiri dan juga orang lain.
Tidak perlulah kita nak menggunakan kata-kata kesat, marah-marah, dan juga menambah aib mereka kerana setiap daripada kita juga ada potensi untuk melakukan sedemikian rupa kerana syaitan akan berusaha keras menyesatkan umatnya termasuklah untuk melakukan dosa2 besar.
Tak semestinya menyentuh berkenaan meninggalkan solat, puasa, zakat, haji serta minum arak dan melakukan maksiat tapi menderhaka kepada ibu bapa juga termasuk dalam dosa-dosa besar yang ditegah melakukannya.
Sudah tentulah syaitan dan iblis bergembira bila anak-anak adam berjaya disesatkan termasuklah dengan cara melukakan hati ibu bapa kita walau sedikit.
Hanya keimanan yang dapat menepis kita daripada godaan syaitan dan iblis ini.
Semoga kita sentiasa dilindungi Allah daripada melakukan dosa-dosa besar ini.
Dan juga semoga mereka yang dalam video ini diberi petunjuk serta hidayah oleh Allah SWT supaya sedar akan kesilapan yang mereka lakukan itu.
Aaaminnn~

Friday, July 9, 2010

Journey to Utara~ hantar adik pergi IKM -3

Hari tu saya ada cerita berkenaan sesi yag menguji kesabaran iaitu sesi pendaftaran yang makan masa daripada pukul 10 pagi membawa ke pukul 4 petang.

Kenapa lama sangat ya?
Ermm..biarlah saya cerita dengan lengkap apa yang terjadi.

Seperti biasa bila dah sampai ke dewan itu, saya tinjau2 mencari adik dan family member yang lain.
Maklumlah saya ketinggalan kereta api sebab sibuk mengambil gambar kawasan IKM Sik itu.

Cari punya cari ternampaklah mereka di hujung dewan.
Bila saya tanya mereka cakap adik saya sedang beratur untuk mendaftar.
Entah macam mana hati saya terdetik untuk masuk dewan jenguk dia (family members yang lain tunggu di luar dewan).
Kelihatan adikku sedang beratur bersama pelajar2 lain di kaunter no 2 tapi kurasa pelik sebab pelajar lain semua memegang fail pelajar kaler oren Fail yang sama pula tu. Jadi, tak mungkin secara kebetulan semua pelatih beli fail sendiri yang sama untuk sesi pendaftaran itu kan.
jadi, aku saya terus bertanyakan dia.
Diapun nampak begitu blur.
Nampak sangat tak tahu apa-apa.
Jadi akupun terus tarik dia keluar baris.
Bertanya pula di kaunter 9.
Rupanya adikku kena ke kaunter 1 di luar untuk ambil fail oren itu.

Kaunter 1 kira2 pukul 10.15 pagi..
Lepas fail itu kubuka maka bermulalah kisah hidup yang panjang dan penuh berliku KAMI BERDUA.
(KAMI bukan dia seorang sebab sebagai kakak yang pernah ada pengalaman mendaftar di IPT sudah tentu saya perlu tolong dia).

Dalam fail tu, ada terlalu banyak borang yang perlu di isi.
Untuk aktiviti isi borang-borang pun dah makan sejam.

Kaunter 9 (silap kaunter sebenarnya) kira2 pukul 11.15 pagi..

Pukul 11 lepas dah habis mengisi borang, saya ke kaunter 9 itu semula.
Rasa blur lagi.Lalu, sayapun bertanya kepada cikgu yang jaga kaunter.
Dan diapun bagi tahu yang kaunter 9 itu kaunter terakhir yang perlu pelajar pergi.
Mula-mula kena ke kaunter 2 diikuti 3, 4, 5 dan seterusnya sehinggalah kaunter 9 tu.

Kaunter 2 kira-kira pukul 11.25 pagi..

Selepas mengangguk faham, ku suruh adik ke kaunter 2 yang kosong.
Rupanya kaunter itu untuk ambil kad matrik sahaja.
Patutlah tak ramai orang.

Kaunter 3 kira-kira pukul 11.30 pagi..

Azab kedua kami bila mula beratur di kaunter 3.
Punyalah panjang barisan macam keretapi.
Ada 2 barisan sebenarnya. Satu pendek dan satu lagi panjang sampai menjadi bentuk L.
huhu~
Adik pula beratur di barisan panjang.
Oleh kerana nak cuba tolong adik ,sayapun beratur secara solo di barisan pendek.

Tengah beratur baik punya saya terdengar perbualan makcik2 di tepi saya.
Katanya, boleh bayar di kaunter 4,5 dan 6 dulu sebelum ke kaunter 3. (tak payah ikut turutanpun).
Cuma bila nak ke kaunter 7 kena selesaikan dulu kaunter 1-6.

Kaunter 4-6 (adik pergi sendiri) kira-kira pukul 2.00 petang

Dah pukul 2 petang tu.
lambat sangat dah rasanya.
Sayapun sebagai kakak yang baik panggillah adik saya itu dan minta dia pergi selesaikan urusan di kaunter 4-6 dulu.
Saya cakap yang saya akan beratur bagi pihak dia di kaunter 3.
Diapun menurut sahaja. (baik sahaja perangai sebab ikut cakap tak degil)
Lepas selesai urusan di kaunter 4-6, diapun berbaris bersama saya di kaunter 3.

Kaunter 3 kembali kira-kira pukul 2.30 petang

Di sini barisan dah pendek.
Hanya ada lebih kurang 12 pelajar depan kami.
Dan tak ada masalah.
Di situ melayang RM75 .
Habis di kaunter 3 terus lompat ke kaunter 7.

Kaunter 7 kira-kira pukul 2.45 petang

Kaunter 7 ni tempat nak daftar kursus.
Cikgu yang jaga kaunter itu akan jadi cikgu adik saya juga nanti.
Di sinipun ada masalah.
Cikgu tu check ada satu salinan yang tak cukup untuk lengkapkan urusan pendaftaran di kaunter 9 nanti iaitu salinan IC adik (kenapalah dia bawa 1 sahaja salinan sahaja dari rumah?).
Sepatutnya dia bawa lebih salinan IC.
So, tambah kerja pula sebab kena beratur di kedai fotostat.
Punyalah ramai manusia yang beratur.
Untuk fotostat pun dah makan 30 minit.

Inilah tempat adik daftar kursus. Kursus Air Cond

Kaunter 8 pula kira-kira pukul 3.25 petang.


Urusan di kaunter 8 pula bermula.
Saya ingatkan urusan di sini mudah sebab adik dah buat akaun di rumah tapi rupanya tidak.
Adik buka akaun konvensional sedangkan requirement IKM akaun Islamic.
Tak pasal-pasal kena buat akaun baru di situ.
Makan masa lagi.
Sebetulnya memang patut kami geram sebab dalam surat tawaran tu tak ada pula mention bukan akaun jenis apa dan biasanya orang prefer akaun konvensional.
So, hati ada ada sedikit bengkak la sebab mereka bagi maklumat tak cukup dan membuatkan kami kena buat double job pula.
huhu~
Abang saudara, Ayah dan emak sedang tunggu adik. Belakang mereka itu kaunter 8 tempat buat akaun. Baju biru tu semua pekerja bank.

Kaunter 9 kira-kira pukul 3.45 petang


Masa ini saya dah mula tengok dewan kosong.
Dan masa ni saya ambil gambar dalam dewan tu.
Siap snap gambar jam dewan sekali as a proof.
Kasihan adik saya.
Ingatkan datang awal dapatlah settle kan awal.
(err..tak adalah awal sangat tapi tak lambat. Ada yang pukul 12 baru nak mula register tapi cepat sahaja mereka habis. Pelik dah ni).
Adik sedang disoal siasat oleh kakak kaunter (cikgu juga tu..)

Nampak tu dah pukul 4 masih tak selesai lagi ke? haiya~

Lepas sesi pendaftaran, kamipun meninggalkan dewan.
Haa..masalah tak berhenti setakat iu sahaja.
Ada lagi sambungannya.
Tunggu~~~

Thursday, June 10, 2010

Template blog saya sudah tukar!

Kalau yang memang selalu ke blog saya ni tentu perasan perubahan pada template saya ni kan?
Actually, saya sayangkan layout lama tu.


Tapi entah macam mana start last week, layout warna maroon cantik tu dah disappeared.
Background jadi putih kosong suci murni saja.



Mula2 saya ingatkan sebab server lembab menyebabkan background gagal di load sepenuhnya tapi kalau dah hari2pun macam tu pelik bin hairan la kan.

Jadi, sayapun cuba jayalah rujuk tutorial di blog adik kesayangan intanurulfateha , godek2 sikit dapatlah rupa sekarang ini.
Sekarang ni masih dalam progress untuk hias lagi.
Baru ubah di sidebar kiri kanan sahaja.
Tengok kat gambar kedua di atas tu, kalau sidebar widget tu tak di ubah maka blog saya memang berbackgroundkan layar putih sahajalah.
Amat dull.
Yang lain2 masih kosong sebab tak ada masa nak godek2 lagi html code.
Nanti saya cuba cari lagi tutorial untuk cantikkan dan pastikan blog ni tak 'kosong' sangat.

Kalau ada sumber2 tutorial merarik bolehlah tolong ajar.
Contohnya macam mana nak adakan 'border' pada tulisan tajuk post?
Tak berani nak cuba tanpa guide.

pleaseeeee help me...
ngeee~
sayang kamu kalau kamu tolong.

Wednesday, June 2, 2010

Kenapa mengalah sebelum kalah! Ayuh kita berjuang menentang Israel.


Helicopter Regim Zionis berlegar mengelilingi kapal sementara
kapal perang mereka memintas kapal Freedom Flotilla.
gambar dan caption saya pinjam daripada blog Anak Sungai Derhaka

Sekarang ni heboh dengan isu kekejaman Israel yang tergamak mengepung dan menyerang kapal LL4G (Life Line For Gaza)
yang dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan.
Dan saya sebagai manusia yang punya rasa, punya hati dan punya jiwa menentang keras kekejaman mereka itu.
Dan begitu jua rakan2 blogger yang lain.
Turut membantu menyebarkan berita sedih ini kepada seluruh dunia. Ya, seluruh dunia supaya menunjukkan penentangan kepada sikap
Israel yang betul2 berlawan dengan fitrah manusia.

Tup2, ada juga dikalangan kita yang berfikiran negatif.
'Orang2 itu' yang menganggap isu ini sekadar hangat2 tahi ayam sahaja.
'Orang2 itu' yang rasa masa ini sahaja rakyat Malaysia akan bersuara.
'Orang2 itu' juga suruh tunggu dan lihat bulan depan, adakah kita akan masih hebat berdebat menghentam kekejaman Israel ini?
dan 'orang2 itu' bertaruh yang tiada siapa akan peduli lagi masa itu.
Mungkin ia akan berlaku jua jika semua dari kita berfikiran seperti 'orang2 itu'.

Dengar sini saya mahu bagitahu.
Orang yang gagal ialah orang yang langsung tak mahu mencuba kerana takutkan kegagalan.
Tegarkah kita untuk disoal di akhirat kelak kerana tidak menghulurkan batuan kepada mereka?

Pernahkah mereka dengar pepatah..
Berusaha dulu, berikhtiar dulu, sebelum menyerah dan bertawakkal.

Kenapa perlu tunggu bulan depan?
Kenapa tak memulakan langkah sekarang?
Jika kita tak berbuat apa2 sekarang, bulan depan dah terkubur kapal tu agaknya.
Kenapa perlu tunggu dan lihat tanpa berusaha sikitpun untuk membantu mereka.
Allah knows everything!
Even kita tak dapat bersama-sama mengangkat senjata di sana,
doa2 yang dikirim dari jauh dan solat hajat yang tulus ikhlas sekurang-kurangnya dapat
menaikkan semangat mereka untuk berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.
Kalah dan menang bukanlah penentunya sekarang.
Yang penting kita berusaha.

Dan percayalah.
Bila kita berusaha menentang mereka walaupun hanya dengan menyebarkan maklumat ini kepada yang lain,
ataupun dengan hanya menentang dalam hati dengan berdoa,
ataupun dengan menyertai demostrasi secara aman menunjukkan penentangan terhadap kekejaman Israel,
Kita telahpun menyumbang kepada 'kekuatan' mereka yang terkepung di dalam Kapal LL4G tersebut.

Tadi saya ke blog Mazidul dan saya ambil sikit pesanan yang baik untuk saya share kan di sini.

'Salam ...

Anda boleh kemuka kan dalam blog anda (ramai pembaca) dan melalui FB ini supaya semua umat Islam melalui solat fardhu berjemaah membaca Qunut Nazilah di rakaat akhir selepas ruku', sama seperti Qunut Subuh tetapi mendoakan keselamatan dan keamanan di perairan Gaza dan bumi nya.

Ini ialah apa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Terima kasih'

Tolonglah..
Tolong jangan menyerah sebelum kalah.
Tolong jangan berhenti berdoa sebelum kekejaman di Gaza belum berakhir.
Tolong jangan membantutkan semangat yang membara ini.
Tolong berikan ruang untuk meluahkan rasa amarah dan simpati ini.
Sebelum ianya tidak diperlukan lagi.
Sebelum ianya sudah terlambat.
Sebelum kita menyesal.
Menyesal yang tiada bergunanya lagi di kala itu.

Hari ini milik kita..
Buatlah apa yang kita mampu dan mahu..
Hari esok dan seterusnya milik Allah..
Yang belum pasti..akan kita miliki atau tidak..
Jadi gunakanlah hari ini sebaik2nya kerana bila ia berlalu, kita tak akan mampu mendapatnya semula.

p/s : berita terkini 12 rakyat Malaysia yang berada di sana dilaporkan selamat dan sekarang di tahan di Haifa. Alhamdulillah, berkat doa seluruh rakyat Malaysia juga. =)

Tuesday, May 25, 2010

Dilemma oh Dilemma. Bukan tak Mahu tapi..

Ok, semalam saya dapat call daripada besties time kat UTM dulu, Nana.
Dia kata dah sampai dengan selamatnya ke Shah Alam.
Dia call lepas maghrib gitu.

Planning awal nak la jumpa dia sebab dia menetap di utara.
Dan possibility untuk turun ke KL ni memang rendah la.
Last week dia bagitahu akan ke Shah Alam mengikuti kursus.
Asalnya dia sampai weekend(sabtu or ahad) dan masa tu saya rasa peluang macam cerah je nak lepak dengan dia hujung minggu.
Tapi, last minute cancel pula.
Postponed ke Isnin pula sebab kawan2 sekursus tak nak lepak lama di Shah Alam.
Dan masa dia call semalam dia baru check in bilik.
Dia sampai dalam kul 7 petang camtu.
Dia call ajak lepak semalam.
Tapi tengok 'line saya' macam tak berapa clear sahaja.

Sebabnya satu, honestly saya ni buta jalan sikit.
Lagi2 Shah Alam yang terlalu kaya dengan 'bulatan'.
Memang fenin sikit nak cari tempat dia berkursus tu lagi2 pula malam jalan tak clear.
Tak ada geng pula tu nak join.
Takut gak nak drive sorang2 pergi sana malam2.
Seriau dengan kes2 jenayah yang tak mengenal masa dan tempat sering masuk TV tu.

Lagi satu yang paling takut, ialah SESAT.
Tak dapat jumpa dia, pastu tak jumpa jalan balik rumah.OMG.
Memang nangis la kan kalau jadi camtu.
Rasa macam lepas ni kena belajar la berdikari.
Belajar jalan di KL, Shah Alam dan area PJ, Damansara.
Tempat2 tu kena explore kalau tidak tak leh nak ngaku anak KL-Selangor kan.
Buat malu kaum je.
huhu~

Dan alasan paling tak boleh blah ialah saya takut keluar malam seorang ke tempat yang tak biasa.
Kalau setakat area2 kawasan rumah ni anytime boleh sahaja keluar seorang.

Jadi, saya meminta maaf sangat2 pada kawan saya itu kerana tak berpeluang untuk berjuma dengan dia yang memang susah nak jumpa.
Saya harap hujung bulan 6 nanti masa daftar adik masuk IKM Sik saya dapat jumpa dia.
Sebab ayah bercadang nak bermalam di Penang semalam dua.
InsyaAllah, harap dapat jumpa dia =)

Cantiknya ciptaanNya. Apa yang berlaku ada sebab dan hikmah disebalikNya


Dari selepas dia call tu saya rasa terkilan yang amat sebab tak dapat nak jumpa dia.
Dah berkali-kali juga saya minta maaf kat dia(masa dia call tu la).
Walaupun dia cakap dia tak kisah, tapi jauh di lubuk hati saya tahu dia 'kecewa' la kan.

Nana, mungkin ada hikmahnya yang kita tak tahu.
Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
So, mungkin ada reason untuk kita tak berjumpa kali ni.
Walau apapun tetap sedih =(

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics