Followers

Tuesday, December 17, 2013

Azam untuk Tahun 'Naik' 2014

Salam korang..
Kejap sahaja rasa tahun 2013 ni. Lagi 2 minggu sahaja 2014 akan sampai dengan izinNya. Tahun ini Alhamdulillah pelbagai cerita dan impian tercapai.

1.       Dapat ke Jepun masa bulan 5.
2.       Dapat bercuti di Langkawi masa bulan 4.
3.       Dapat kunci rumah baru masa bulan 4.
4.       Emir membesar dengan sihat dan sempurna. Bermula dengan dapat meniarap, merangkak, berdiri, bertatih dan seterusnya berjalan. Perkembangan fizikal dan mentalpun ok . Cuma belum bercakap sahaja. Doktor cakap biasalah budak lelaki memang lambat sikit bercakap berbanding perempuan.
5.       Kerja Alhamdulillah berjalan lancar dan dapat surat confirmation pada bulan 2 hari tu.
6.       Mula start business Shaklee pada bulan 10 dan in sha Allah akan teruskan semangat untuk Berjaya dalam business dan seterusnya mencapai impian 2014 untuk jadi WAHM (Working At Home Mother).

Memikirkan juga azam tahun 2014. Antara yang terlintas di kepala sekarang.

1.       Nak maju dalam business Shaklee.
2.       Nak capai matlamat jadi WAHM.
3.       Nak tambah umat Rasulullah SAW. In sha Allah.
4.       Nak mulakan tabiat suka menelefon/bertanya khabar family di kampong setiap hari.
5.       Nak pergi umrah bersama keluarga. Kalau boleh hujung tahun dan kalau keadaan kesihatan mengizinkan. Kot2 masa tu tengah sarat mengandung kea pa tak dapat juga nak naik flight kan.

Setakat ini itu sahajalah yang terlintas di kepala berkenaan azam tahun ini yang dah tercapai dan azam tahun depan. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang Allah berikan selama hidup ini. Bersyukur sangat. Cuma melihat kepada trend kenaikan harga barang dan lain-lain ini, berdoa banyak-banyak agar Allah tunjukkan taufik dan hidayah kepada peminpin-pemimpin Negara yang mana tak pernah lari daripada kesilapan supaya mereka cepat tersedar dan kembali kepada Jalan Yang Lurus iaitu jalan yang di redhai Allah.Seterusnya mentadbir Malaysia dengan sebaik-baiknya.

Setiap yang berlaku pasti asbab-asbabnya dan setiap dari kita kenalah muhasabah diri sendiri. Rezeki itu datang daripada Allah jadi sentiasalah bermohon dan berharap rezeki dariNya. In sha Allah, kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah, maka kita takkan rasa kesempitan. Malah kita akan rasa lapang dan setiap masalah pasti kita akan jumpa penyelesaiannya. Kiranya Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.

Selamat melangkah ke tahun baru yang mungkin menjadi tahun mencabar untuk kita semua.

=)

Friday, November 8, 2013

Shaklee Set Menyusu Budget : Lebih Murah, Lebih Jimat

Salam korang..

Dulu, permulaan saya mengenal Shaklee ialah sebab nak maintain penghasilan susu semasa Ramadhan pertama selepas kelahiran Emir Ikhwan. Masa itu usia Emir Ikhwan 2 bulan setengah. Saya memang beli set menyusu budget sahaja iaitu ESP dan Alfalfa. Alhamdulillah sebab susu langsung tak merudum walaupun bersahur ala kadar gara-gara terbangun lewat. Masa tu bersahur dengan minuman oat dan juga kurma bersama segelas ESP dan Alfalfa.

Lepas habis Ramadhan, sayapun berhenti guna Shaklee sebab masa tu memang langsung tak ada masalah susu merudum sehinggalah masuk bulan ke 6 saya mula period (masa tu period dah stabil). Cycle dia memang tak best. Seawal seminggu sebelum period, susu akan menyusut sedikit demi sedikit sampailah kepada hari ke 3 atau 4 period (kira-kira 2 minggu jugalah bekalan berkurang). Sampai satu masa tu dapat 2 botol je. Padahal nak menghantar ke taska 5 botol hari-hari. Sayapun hubungi semula orang yang jadi tempat saya membeli shaklee dulu. Dia cadangkan saya ambil set menyusu budget ni ditambah dengan Ostematrix (akan membantu semasa dekat-dekat nak period/ masa period.Memang susu tetap berkurang tapi tak adalah macam dulu. Paling sikitpun 2 1/2 botol. Itupun tak termasuk yang di pam di rumah di awal pagi dan juga malam. Kira boleh kumpul stok 4 botol sehari masa nak dekat-dekat period tu. Saya cover yang kurang tu dengan mengepam lebih banyak semasa minggu-minggu tak period dan juga hujung minggu.

Alhamdulillah masih ada rezeki untuk menghantar 5 botol susu ke taska setiap hari sehingga kini. Lagi 4 harigenap anak mama berusia 1 tahun setengah. Tinggal 6 bulan sahaja lagi. InsyaAllah dengan izinNya jua.

Tapi tanpa usaha tak mungkin ianya datang bergolek kan?
Anda turut mengalami situasi macam saya?
Jangan risau sebab setiap masalah atau dugaan itu pasti ada jalannya.
Dulu saya pernah hampir putus asa. Siap dah beli siap-siap susu formula in case tak cukup stock.
Tapi, saya teringat akan janji Allah SWT kepada setiap hambaNya yang berusaha.
InsyaAllah. Jom usaha untuk yang terbaik untuk anak-anak kita.
Klik link bawah ni ye untuk tahu lebih lanjut pasal set Penyusuan budget Shaklee ini.
=)

Shaklee Set Menyusu Budget : Lebih Murah, Lebih Jimat

Thursday, November 7, 2013

Vivix Testimonial: Not only for Diabetes..

Salam korang..

Yeehaa..bertemu sekali lagi dalam segmen kesihatan anda keutamaan anda.
Pernah dengar tak pasal VIVIX SHAKLEE. Yup, saya sebelum ni pun tak kenal juga. Tapi orang kata tak kenal maka tak cinta kan. Bila saya kenal Vivix ni terus saya jatuh cinta dan naaakk sangat hadiahkan kepada kedua orang tua saya. Mak saya sekarang ni menghidap diabetes dan darah tinggi yang agak kronik manakala ayah saya pula di paras berjaga-jaga untuk terkena darah tinggi.

Memang pemakanan menjadi punca yang ukar untuk dielakkan. Pemakanan kita hari ini bukan macam dulu. Berminyak, bertoksin, ada bahan kimia dan sebagainya. Jadi, Vivix ini minuman kesihatan yang membantu sel-sel badan kita untuk menghalang melambatkan kesan daripada pemakanan tak seimbang ini. Orang kata anti penuaan di peringkat sel tubuh badan kita.

Teruja untuk tahu lebih lanjut pasal VIVIX SHAKLEE ni. Klik je link di bawah ni. Siap ada testimonial pengguna lagi tau.

Vivix Testimonial: Not only for Diabetes..

Wednesday, November 6, 2013

Produk hot : Lecithin licin di pasaran Malaysia

Salam korang..

Jom tengok update terbaru blog kedua saya.
Kali ini bercerita pasal stok Lecithin yang kehabisan di Malaysia sekarang.
Yang buat saya terkejut bukan Lecithin sahaja yang habis stock, ada beberapa lagi yang telah diumumkan Shaklee Malaysia juga telah habis stock.
Klik-klik di bawah yea. Ni kira macam blog rasmi berkenaan kesihatan dan shaklee saya. Yeahaa..

Produk hot : Lecithin licin di pasaran Malaysia

Sunday, October 20, 2013

Promo Oct 2013 for Shaklee still ON yea | Buat blog baru for biz

Salam you all.

Dulu saya rasa nak guna blog ini juga sebagai base untuk berbisnes. Tapi bila fikir-fikir why saya set another blog khas for business. Nak buat blog sekarangpun mudah sahaja tak macam dulu kena tukar-tukar coding kan. So, sekarang ini dalam usaha untuk set up new blog. Tengah fikir url apa nak guna untuk blog bisnes tu.

Any idea?
supplemen4urhealth.blogspot.com ok tak?
Ni belum test lagi check ke 'availability' an url ni. haha.
Lepas ini saya akan still update pasal produk dalam ni tapi just bagi link je la untuk ke blog baru tu.

Ok, promo Oct masih lagi berjalan yea.
Shaklee Collagen Powder yang sekarang ni mendapat sambutan hangat di pasaran sebab tengah ada promosi harga runtuh. Beli 6 box percuma 1 box. Jimat sangat dan hasilnya memang marbeles.

Lain-lain set yang saya jual. Cepat-cepat grab dalam bulan ini juga sebab bulan ini semua set ini saya bagi HARGA PROMO.

Set Kesihatan optimum
Set Maigrain
Set Weight Gain
Set Kurus
Set Mengandung
Set Berpantang
Set Milk booster
Set Kesuburan
Set Smart Brain
Set Kanak-Kanak
Set Kecantikan kulit
dan bermacam-macam lagi.

Just inform je ada masalah apa. Saya akan cuba suggest supplement terbaik untuk anda. Ni bukan ubat tapi supplemen (makanan tambahan) semulajadi yang badan kita perlu hari-hari tapi kita gagal untuk dapatkan dalam pemakanan seharian kita.

So, jom sayangi diri anda dan keluarga anda. Bertindak sekarang untuk sihat.
SMS/Whatsapp : 012-3728374(Afzan)
email : supplement4urheath@gmail.com

Friday, October 18, 2013

Shaklee Omega Guard : Masalah batuk, selsema dan asma

Salam korang.

Hari ini saya nak sharing pasal supplemen Omega Guard keluaran Shaklee. Husband saya lately asyik batuk-batuk sahaja. Kadang-kadang kasihan juga. So, saya survey lah di internet mencari testimonial terbaik produk shaklee untuk mengurangkan/meredakan batuk. Rupanya Omega Guard jawapannya itupun dengan izin Allah lah. Kita hanya berusaha dan hanya Dialah yang Maha Mengubati.

Antara testimoni yang jumpa ialah daripada blog http://ainsglobal.blogspot.com/



Ni pula testimonial daripada blog ini http://putryellymarrisya.blogspot.com/


Shaklee ini bukan ubat tapi supplemen untuk memenuhi keperluan badan kita yang sepatutnya kita dapat melalui pemakanan. Ianya semulajadi dan insyaAllah tak memberi kesan sampingan kepada kita. Apa kata kita tambah menu harian kita dengan Omega Guard. 

Sayapun nak cuba bagi pada suami. Kasihan dia sebab dah lama sangat batuknya tak baik-baik. Daripada terlalu bergantung kepada ubat, baik kita guna cara alternatif kan. InsyaAllah.

Set Shaklee yang available ialah ;

Set Berpantang
Set Menyusu
Set Kurus
Set Kesuburan lelaki dan wanita
Set Kanak-Kanak
Set Kecantikan kulit
Set Resdung/Asma/Allergy/ Ekzema
Set Hamil Trimester 1,2 dan 3
Set Migrain
Set Kesihatan Optimum
SeT Smart Brain
Set Menambah berat badan

Berminat nak membeli supplemen ini atau set supplemen shaklee yang lain dengan saya.
Just SMS/Whatsapp " SAYA NAK SHAKLEE" ke number saya 012-3728374 (Afzan)
or drop email to bejangutm@gmail.com

Afzan
Shaklee Independent Distributer
COD : Selayang, Rawang, Sg. Choh dan Serendah



Wednesday, October 16, 2013

Shaklee Ostematrix : Risiko Osteoporosis tulang, dan juga Sembelit

Salam you all,

Kembali lagi kita dalam segmen kesihatan.

Saya adalah pengamal tegar Ostematrix sejak bulan July lagi. Ostematrix ini adalah supplemen semulajadi yang mengandungi Kalsium, Magnesium dan juga Vitamin D. Gabungan mantap sebenarnya ni.

Ni hasil penemuan saya akan rahsia yang terdapat dalam Ostematrix. Saya dapat daripada blog http://latifahsuleiman.blogspot.com/

Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis***
Kalsium dan Vitamin D yang terdapat dalam Ostematrix mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*

Ia Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kaplet bersalut yang mudah ditelan

  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.




KESIMPULANNYA


Jika anda adalah seorang yang mudah STRESS, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix

-komen saya : memang mengatasi masalah sembelit dan pra haid. Langsung takde rasa hormon changes masa nak kena period. Tiba-tiba je dah datang.

Jika anda seoarang pengidap BUASIR tegar dan sering mengalami kesakitan atau sembelit setiapkali membuang air besar, Ostematrix menbantu anda dari terus dibelenggu kisah Ngeri itu.

- Betul tu. Sebelum ini sayapun hampir-hampir terkena buasir. Tapi Alhamdulillah kini tiada lagi.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering KELETIHAN, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
 
- Betul juga sebab sekarang ni dah tak mudah penat/mengantuk. Bangun pagipun senang. Kalau dulu rasa berat nak bangun pagi.

Jika anda seorang IBU MENGANDUNG, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang IBU YANG MENYUSUKAN anak, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.
 
-Yup, dulu ini antara sebab saya ambil supplemen ini. Tapi sekarang combo dengan masalah susu merudum masa pra haid and masa haid. 
Jika anda seorang WANITA dan LELAKI, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)
 
- Kandungan kalsium dan magnesium di dalamnya memang terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Jika anda mempunyai masalah OBESITI (berat badan berlebihan), anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda
 
 
So, apa tunggu lagi. Segalanya dah terhidang di depan screen anda.
Hanya perlu usaha sedikit dengan menghubungi saya 
 
SMS/ Whatsapp : 012-3728374 (Afzan)
atau email : bejangutm@gmail.com
Free consultation provided.
 
 
Tinggalkan je komen anda di post ini. Jangan bertangguh kerana kesihatan anda keutamaan hidup kan?



Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha : Aim nak jadi WAHM bersama Shaklee !

Salam semua..


Hari ini 9 Zulhijjah. Esok raya haji tapi saya masih lagi tercongok di office. Bilalah saya boleh jadi macam sifu dan sifu kepada sifu saya. WAHM (Work At Home Mom). Akan kuusahakan supaya dapat juga mencapai tahap itu nanti. Tak perlu fikir nak minta cuti kalau nak balik kampung beraya, anak tak sihat ataupun bila nak pergi bercuti.

Bisnes Shaklee ini sama sahaja pada dasarnya tetapi yang membezakannya ialah siapa sifu /guider anda. Saya dah jumpa sifu yang saya cari. 

Bisnes yang saya join ini bukan sekadar nak ajak kita kaya di dunia tetapi kaya di akhirat kelak. Memang itupun yang kita kejar dalam hidup kita selama ini kan. So, kepada kawan-kawan yang nak tahu atau berminat nak bersama saya menjadi seperti sifu kepada sifu saya, just tinggalkan komen di blog post ini ataupun hubungi saya.

Noor Afzan
ID Shaklee : 1066883
SMS/Whatsapp : 012-3728374
email : bejangutm@gmail.com

Friday, October 11, 2013

October Shaklee Promo : Buy 6 Collagen Powder FREE 1.

Salam you all,

Bulan ini bulan istimewa untuk sesiapa yang nak mencantikkan kulit. Kita biasa dengan produk berkaitan kolagen. Kolagen memang bagus untuk memperbaiki tekstur kulit kita dan memperlambatkan proses penuaan. Kalau kita tengok baby, kulit mereka lembut sahaja sebab masa bayi kolagen banyak tapi makin meningkat usia kolagen semakin berkurang. Dan itu adalah proses normal dan kita takkan dapat elak. Tak baik kan melawan takdir.

Tapi dengan persekitaran dan pemakanan yang tidak sesihat dulu, ramai di antara kita yang tua sebelum usia. So, macam mana nak elakkan atau nak rawat balik kalau ianya terjadi. Yeah, dengan mengamalkan kolagen. Shaklee ada jawapannya dan bulan ini pula bulan istimewa sebab ada promo menarik.

BELI 6 KOTAK PERCUMA 1 KOTAK.
1 KOTAK ADA 15 SACHET UNTUK KEGUNAAN 15 HARI atau LEBIH KURANG 2 MINGGU.

Kesannya boleh dilihat seawal hari ke 7.Dan pengambilan secara berterusan selama 8 minggu menjadikan tekstur keseluruhan kulit menjadi lebih baik meningkat sebanyak 71%. WOW!

Apa itu Collagen Powder Shaklee?

Di bawah ni adalah 10 soal jawab popular tentang Collagen Powder Shaklee (CPS).


Apa kandungan Collagen Powder Shaklee (CPS)?

Kandungan utama CPS adalah dari sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain. 


Ada 7 lagi kandungan tambahan iaitu:
  1.  Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata
  2.  Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. 
  3. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dna anjal
  4. Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen
  5. Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata 
  6. Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas
  7. Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.
Apa istimewanya Collagen Powder Shaklee? 

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal) 




Macam mana bentuk Collagen Powder Shaklee? Serbuk ke pil?


Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. 1 kotak mengandungi 15 sachet di mana setiap sachet mengandungi 15mg. 




Tahan berapa lama Collagen Powder Shaklee ni? 


Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sachet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15 hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

Macam mana aturan makan Collagen Powder Shaklee?


Macam mana aturan makan collagen shaklee sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: - jus twister tropicana + collagen - Milo/Serbuk Coklat Cadbury +collagen - any fruit juice + collagen Pengguna bebas nk campurkan collagen dengan mana2 minuman. Asal sedap sudah.


Siapa sesuai ambil Collagen Powder Shaklee?


Siapa sesuai amik collagen shaklee? Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 

  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, 
  • Kesan bengkak bawah mata, 
  • Penglihatan kabur. 
  • Gusi yang tidak sihat 
  • Rambut kering dan bercabang di hujung 
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering 
  • Garis halus pada leher 
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. 
  • Kelihatan tua daripada umur sebenar. 
  • Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan. 
  • Payudara dan punggung kelenturan 
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi. 
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
Macam mana rasa Collagen Powder Shaklee

Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tapi rasa tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba.

Boleh tak Collagen Powder Shaklee diambil bersama product lain?  


Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam.

Ibu menyusu boleh amik tak Collagen Powder Shaklee?
 

Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah-curah. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen selama 4 hari berturut-turut, jika tiada kesan kepada bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba.
Dan ia pernah masuk majalah iSihat masa Sept 2012. Mantap kan?



Retail price per box is RM298. Peoduk ni mahal sikit berbanding biasa setanding dengan khasiat dan keberkesanannya. Tentulah produk ini superb. Try sekotak dulu dan rasai perbezaannya. Tapi kalau nak jimat terus beli 6. Dapat 1 percuma. Boleh pakai sampai 3 bulan setengah atau sharing je dengan kawan-kawan. Ajak kawan-kawan dalam 3 orang. Boleh cuba 2 1/3 kotak sorang kan?


Saya bagi diskaun lagi kalau beli dengan saya. 
Pertanyaan?

Sila hubungi saya,
Noor Afzan
bejangutm@gmail.com atau SMS/Whatsapp 012-3728374
Shaklee Independent Distributer
ID : 1066883
COD to area Selayang, Rawang, Sg. Choh and Serendah.


Credit for information to http://www.vitaminsuci.com/2013/08/cantik-dengan-collagen-powder-shaklee.html

Wednesday, October 9, 2013

Testimoni sendiri : Produk shaklee untuk memperbanyakkan penghasilan susu badan

Salam korang..

Dah lama saya amalkan produk shaklee untuk membantu impian saya menyusukan anak saya secara penuh sehingga usianya 2 tahun nanti. Esok umur anak saya genap 1 tahun 5 bulan. Ada lagi 7 bulan mencabar untuk saya tempuhi. Alhamdulillah, syukur Allah masih mengurniakan rezeki yang bukan sedikit untuk baby Emir Ikhwan mendapat khasiat susu ibu.

Tapi saya rasa macam tak best kalau saya tak share dengan anda semua berkenaan produk ini. Jadi hari ini akan menjadi titik permulaan saya berkongsi rahsia ini dengan anda semua. Saya tak ambil set 3M. Saya ambil set asas menyusu (ESP dan Alfalfa) sahaja dengan tambahan lecithin untuk maintainkan berat badan dan juga ostematrix untuk ibu menyusu yang telahpun datang bulan. Yeah, datang bulan bukan alasan lagi untuk berhenti menyusukan anak.



Susu meriah dan tetap ada walaupun ketika hormon tidak stabil disebabkan datang bulan. Anda nak juga? Hubungi saya di 012-3728374 -Call/Whatsapp segera.

Noor Afzan
Shaklee ID :1066883
Area : Serendah, Sg. Choh dan Selayang

Monday, October 7, 2013

Jom amalkan Shaklee

Salam korang.

Part 3 terpaksa ditangguhkan buat seketika memandangkan entry ini saya tulis untuk umumkan bahawa saya dah jadi ahli shaklee. Selain untuk kebaikan diri sendiri saya juga nak sharekan kebaikan shaklee kepada semua orang juga. Yeah, itulah yang di tuntut oleh agama Allah kan. Yang baik jangan di simpan sebaliknya hendaklah dikongsi. Supaya orang lainpun boleh merasa kebaikannya juga.

Saya mula consume shaklee sejak baby Emir berusia 3 bulan. Masa itu saya memang consume simple set sahaja iaitu ESP dengan Alfalfa sahaja. Alhamdulillah susu sepanjang bulan puasa tetap meriah. Tapi lepas itu saya stop guna produk shaklee dengan beranggapan dengan hanya menjaga pemakanan dan minum air banyak-banyak sudah cukup untuk memastikan penghasilan susu meriah. Tapi kegembiraan itu tidak lama.

Bila Emir Ikhwan masuk setahun, susu dah mula drop. Period saya yang mula datang ketika usia Emir 6 bulan semakin stabil dan saya beranggapan perubahan hormon menyebabkan susu drop. Bukan drop sikit-sikit ye. Drop sampai separuh daripada biasa. Saya cuba menjaga makan, meperbanyakkan makan makanan yang menggalakkan penghasilan susu ibu seperti kurma, bayam dan lain-lain tetapi keadaannya tetap sama. Keadaan ini hanya berlaku seminggu sebelum period sehinggalah period hampir habis. Lama tu beb. Kesian pada baby Emir malam-malam kerap bangun sebab tak puas menyusu. Masalahnya bila susu kurang, badan saya yang makin naik. Sebab makanan tak bertukar menjadi susu.

Akhirnya sayapun kembali mengamalkan shaklee. Selain mengambil ESP dan Alfalfa, saya tambah dengan Lecithin (dengan harapan berat badan boleh susut) dan juga Ostematrix ( yang akan membantu maintainkan pengeluaran susu semasa period). Ostematrix ini juga boleh menggantikan pengambilan susu oleh ibu menyusu. Tak perlu nak beli susu. Just consume 4 biji sehari sudah cukup untuk keperluan kalsium harian. Vitalea pula saya amalkan juga tapi saya tak consume hari-hari. Saya amalkan selang 3 hari sekali sebab kalau saya ambil hari-hari saya rasa macam orverdose. Terlebih vitamin boleh menyebabkan selera makan bertambah. Sayakan nak berdiet.

Saya mula amalkan shaklee secara konsisten daripada bulan May 2013 lagi dan akan terus amalkan sebab ianya bagus untuk kesihatan. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan tubuh badan malah ia bagus untuk mencantikkan kulit. Suami mula perasan yang kulit muka saya semakin licin. Jerawatpun jarang keluar. Alhamdulillah. Berminat untuk memelihara kesihatan seperti saya. Kini bermacam-macam set ada. Ada set slimming, set menyusu, set bersalin, set untuk orang yang berusia, set untuk kecantikan dan lain-lain. Kalau berminat, just hubungi saya, Noor Afzan di 012-3728374.

OK, itu sahaja. Bai!

Thursday, October 3, 2013

Cuti Cuti di Tanjung Biru, Port Dickson : Part 2

Salam korang.

Ok ni sambungan kepada part 1. Last sekali cerita pasal si kecil Emir berseronok bila terapung dalam pelampung. Sepupu dia pula takut bila tengok pelampung tu. Maklumlah warna kuning terang bersaiz besar. Menangis-nangis si kecil itu bila pelampung ni menghampirinya. Aktiviti mandi manda berakhir lewat petang. Tengoklah dalam gambar ni. Seronoknya si kecil ni dapat mansi laut.



Malamnya kami sekeluarga pergi makan malam di Medan Ikan Bakar Pasir Panjang. Kitorang makan Sotong goreng tepung, Ikan siakap 3 rasa, kangkung belacan dan juga ikan jenahak masak stim. Memang terbaiklah rasanya. Habis licin semuanya kami habiskan. Kuah masak stim dan juga 3 rasa tu sedap sangat. Sotong goreng tepung pun rangup. Bukan tepung yang banyak tapi sotong yang banyak. Malam tu semuanya balik tidur kekenyangan.

Esokannya..tetetttt..bersambung Part 3

Tuesday, September 24, 2013

Cuti Cuti di Tanjung Biru, Port Dickson : Part 1

As salam..

Lama tak update blog ni. Dah berhabuk sikit. Sikit je sebab tak lah lama sangat kan kan kan?
Last post cerita pasal Emir dah sembuh daripada cacar air dan planning ke PD. Alhamdulillah plan tu berjalan dengan lancarnya. Mula-mula tunggu kakak ipar sampai. Dekat pukul 12 kot baru gerak from Selayang. Bayangkanlah kalau dah hampir tengahari baru nak gerak ke selatan memang jalan sesaklah. Apa lagi suamipun guna application Wave di smartphone untuk cari jalan alternatif. Kami memang ikut jalan dalam sampai betul-betul kat Seremban Terminal 1. Tujuan menyinggah di sana ialah untuk  menjemput adik ipar yang datang naik bas from JB. Diapun nak join juga percutian kali ini.

Sampai kat sana masa tu dah pukul 2 lebih. Lepas menjemput adik ipar, kamipun terus ke destinasi kami iaitu PD. Kami singgah makan di kedai Nasi Kukus Ayam Panggang( ke bakar eh.?) kalau tak silap la. Lokasinya ialah on the way ke Tanjung Biru sebelah Marina Resort tu. Reviw pasal makanan memang sedap. Nasi dia ok. Ayam dia bagi banyak. Harga saya tak sure sebab orang lain bayar. Emirpun sedap makan nasi ayam tu. Alhamdulillah, mudah makan anak teruna mama seorang ni.

Lepas makan, kamipun terus ke lokasi percutian kami, Tanjung Biru. Yeah, kali ini bilik di tingkat 2 sahaja. So, tak perlula bersusah payah panjat tangga tinggi-tinggi. Masuk sahaja rumah, kamipun lepak melepaskan lelah. Aktiviti seterusnya mestilah aktiviti mandi manda. Tapi sebelum itu, suami pergi beli baju mandi Emir. Maaflah, mama terlupa nak bawa swim suit Emir la. huhu~

Kali ini dua-dua tempat kami pergi. Pantai dan Swimming pool. Yang paling happy ialah Emir sebab dapat duduk dalam pelampung. Nasib baiklah anak mama ni tak ada masalah takut pelampung. huhu.
Ok la, itu sahaja dulu buat masa ni. Mungkin ada part 2 pula haih..

Friday, September 13, 2013

Emir Ikhwan dah sembuh | Fakta Intiviral Cacar Air

Salam korang..

Alhamdulillah, nampak Emir Ikhwan dah semakin sembuh daripada sakit cacar air. Dah hampir kering dah nampaknya chicken pox di badan tu. Ingat nanti hari Selasa (sebab Isnin cuti Hari Malaysia nak pergi jumpa doktor minta surat untuk masuk taska. Harap-harap masa tu Emir dah boleh masuk taska. Kesian dia boring duduk rumah. Mamapun bukan 24 jam layan dia. Mama ada juga buat keje office dari rumah.

Setakat in sejak khamis lepas saya mula bercuti. Jumpah MC 3 hari manakala jumpah EL 3 hari juga. 6 hari jugalah tak pergi kerja. Itu tak termasuk hari sabtu ahad. Lama juga ye nak sembuh. Ubat antiviral itupun doktor dah suruh berhenti bagi. Sepatutnya bagi selama seminggu sahaja. Dan memang betulpun sehari kena bagi 4-5 kali. Bukan 2 kali sebab antiviral ni cepat habis/serap fungsinya sebab itu kena bagi kerap. Please take not ye kepada rakan-rakan yang terken cacar air. Kalau doktor cakap 2 kali je sehari try confirmkan balik sebab sepatutnya at least 4 kali sehari.

Esok kami sekeluarga besar (family mak mertua) nak pergi bercuti di PD. Rasa macam baru sahaja sebulan lepas ke PD dengan family belah mak saya. Dah la pergi tempat yang sama iaitu Tanjung Biru. Harap-harap Emir betul-betul sihat esok untuk bermandi manda di kolam. Yeah..ok tu saja nak update. Bai!

Thursday, September 12, 2013

Teknik memperbanyakkan susu badan: Lekapan mulut Baby semasa directfeeding.

Selamat Pagi semua..

Cerita hari ini adalah berkaitan dengan permasalahan menyusukan anak saya Emir Ikhwan. Hari ini dia sudahpun berusia 1 tahun 4 bulan 2 hari. Wahh..dah besarpun anak mama ni. Dan mama akan berusaha untuk terus breastfeeding Emir sampai 2 tahun nanti. InsyaAllah dengan izin Allah jua. Ada lagi 8 bulan untuk ditempuh. Harap-harap dapat membekalkan dia dengan susu perahan yang mencukupi ke taska untuk lagi 8 bulan ni. Ameeennn~

Cerita pasal menyusu ini saya mula sedar yang masalah pengurangan susu badan saya ini bukanlah berpunca daripada stress, kurang makan, kurang minum air masak ataupun kurang urut tetapi punca ini jarang kita sedari termasuklah saya sendiri. Rupanya cara lekapan mulut bayi di breast kita memainkan peranan yang paling penting untuk menggalakkan susu menjadi meriah.

Yeah, saya baru perasan kebergantungan saya kepada hanya direct  feeding di rumah dengan harapan ia cukup untuk menstimulasikan penghasilan susu tidak berjaya. Yeah, puncanya anak saya punya lekapan serupa macam lekapan dia pada puting botol susu. Kadang-kala ok dan kadang kala tak ok. Hasilnya susu yang terhasil setiap kali perah sekarang paling banyakpun hanya 3 oz untuk 1 breast. Kadang-kala hanya 1 oz je.

Jadi bagaimana cara untuk kita atasi masalah ini. Sekarang saya cuba untuk memperbetulkan cara lekapan anak saya ke breast. Selain itu, saya akan membuat sesi mengepam di rumah selepas anak menyusu. Untuk menggalakkan stimulasi susu walaupun hasil perahan tak banyak. Awal-awal memang begitulah. Lama-lama nanti dia banyaklah. Kena istiqamah dan yakin dengan rezeki Allah.

Selain itu saya juga tak berhenti mengamalkan set menyusu shaklee. Saya tak ambilpun set 3M. Saya ambil yang basic sahaja. Ok lah. Itu sahaja nak update buat masa ini. Bai~

Wednesday, September 11, 2013

Awal 1 Jam,kak..

Salam korang..

Setelah hampir seminggu bercuti, akhirnya hari ini dapat juga masuk kerja walaupun tak berapa dapat kerja sangat. Sebabnya lappy kerja saya koma. Windows failure katanya. Kebetulan pula minggu ini IT Support tak turun langsung ke Rawang ni. Haih la. Buat kerja pakai excel boleh lah tapi kalau nak buat kerja pakai software lain tiada pula dalam lappy sendiri ni.

Mulanya bersemangat juga nak download software kerja tu masuk ke lappy sendiri ini tapi oleh kerana internet di office ni slow plus dia block sharing file/folder punya server maka tak guna jugalah kan nak download-download. Setengah hari ni habis begitu sahaja sebab gigih bebenor nak mencari free download software. Lepas itu boleh pula tertinggal handphone di rumah. Lagi satu perkara yang buat hari ni kurang bersemangat.

Dah la lappy ni time setting ikut negara jepun. Awal 1 jam. Jadinya tadi pukul 11.15 dah turun kantin pergi tapau makanan. Pelik lah juga kenapa makanan tak berhidang lagi dalam tray. Tapi dalam pelik-pelik itu minta juga kakak-kakak kantin hidangkan juga untuk kupilih-pilih. Dorang cakap kenapa turun awal? Pelik juga dengan soalan dorang tapi dengan yakin kujawab. Saya cakap kantin yang lambat sebab mati-mati saya ingat dah pukul 12.15. Biasanya pukul 12 saya pergi tapau. Kiranya dok rasa hari ni dah lambat pergi tapau la.

Naik office sahaja, officemate yang duk sebelah meja tegur. Dia kata awalnya tapau nasi. Masa itu masih yakin lagi yang rehat dah semakin hampir. Lepas itu dia jawab yang masa itu baru pukul 11.30. Eh, baru perasan. Check jam lappy dan betulkan time zone nya kepada KL. Huhu..

Sudahnya 1 jam lepas tapau baru boleh makan. Dan disebabkan tadi turun tapau awal sangat tak dapatlah den makan sayur sebab sayur kan masak lambat sikit. Huhu. Hancur diet hari ni. Ok bai!


Tuesday, September 10, 2013

Teringin punya pasal.

Salam korang..

Rasa macam tengah confinement pula sekarang ni sebab anak kena demam campak. Mamanya ini tak boleh nak bawa dia keluar jalan-jalan. Kalau tidak boleh saja bawa dia sekali pergi shopping. Akhirnya awal pagi ini ketika Emir tengah syok tidur mamapun pergi ke 7E untuk membeli apa yang diidamkan iaitu...ROTI GARDENIA SAMBAL IKAN BILIS. Hahaha..

Betul. Daripada minggu lepas lagi dok teringat nak beli tapi apakan daya tak mampu nak pergi beli. Tadipun pukul 7.20 pagi keluar. Pukul 8 pagi si kecil nipun bangun. Nasib baiklah pergi 7E yang tak perlu beratur panajng. Kalau pergi Mydin memang lambatlah  baliknya kan. Sempat capai milo sepeket tadi sebab stok milo di rumah dah kehabisan.

Lega sudah walaupun berhabis lebih sikit pagi ini.

Monday, September 9, 2013

Berurut betulkan peranakan dengan Kak Suri lagi

Salam korang..

Hari ini saya masih bercuti di rumah sebab anak belum pulih daripada cacar air. Walaupun Emir sakit mama dan babah tetap bawa dia pergi melawat atuk n tokwan di Puchong. Dah lama juga kami tak balik sana. Tapi balik hari sahaja. Balik itupun ada satu lagi urusan. Yeah, urusan mengurut.

Alhamdulillah dapat juga saya berurut dengan Kak Suri tengahari tu. Leganya. Dia cakap peranakan saya ok tapi ada sikit senget. So, masa tu lah dia betulkan. Selain daripada memecahkan lemak-lemak selulit yang tidak diingini dibadan, dia juga membetulkan urat-urat yang tersimpul. Memang sakit tapi lepas itu lega sangat. Lepas berurut, saya bertangas pula selama 1 jam (macam sauna tu).

Lepas itu proses diakhiri dengan bertungku. Apa ingat bertungku tu hanya untuk perempuan selepas bersalin sahaja ke? Sepatutnya sebagai wanita, kita kena buat at least setahun sekali. Tetapi saya ingat nak buat setiap 6 bulan. Barulah badan rasa segar dan sihat sentiasa kan.

Pakej sekali dengan trasport dari Serdang ke Puchong, RM120 sahaja. Berbaloi-baloi. Kalau berminat boleh call Kak Suri di 012-344 9417. Kalau nak kena dapatkan khidmat urut lepas bersalin, korang kenalah book awal-awal. At least sebulan sebelum due. Ok lah. Tu je nak update. Bai!

Saturday, September 7, 2013

Petua mudah sembuhkan cacar air bayi.

Terlanjur Emir dah terkena cacar air ini, sayapun gigihlah mencari maklumat tentang cara-cara nak handle si kecil ini semasa terkena cacar air ini.

Petua mudah sembuhkan cacar air bayi.

1. Jumpa doktor. Doktor akan bagi ubat demam (paracetamol). dan ubat antiviral. dan juga krim calamine lotion.

2. Orang kata jangan mandikan anak semasa terkena cacar air, tapi menurut doktor boleh mandikan. Saya mandikan dia dan gunakan sabun sebamed daripada kepala sampai ke kaki. Lepas keringkan air di badan si kecil terus sapun calamine lotion satu badan (daripada kepala sampai ke tapak kaki).

3. Berikan ubat yang dibekalkan doktor itu mengikut dos dan masa yang ditetapkan selepas setiap kali menyusu/makan.

4. Anak saya tak demam, tapi tetap diberikan paracetamol bagi mengurangkan rasa gatal--gatal di badan.

5. Beri minum air masak sebanyak yang mungkin.

6. Beri minum air kelapa. Saya cuba berikan kepada anak saya tetapi dia tak mahu. Minum sedikit sahaja. Orang kata kena tunggu semua bintik-bintik merah habis keluar baru boleh berikan air kelapa. Betul ke?


InsyaAllah tak lama lagi sembuhlah si kecil. InsyaAllah.

Friday, September 6, 2013

Emir Ikhwan diserang cacar air

Assalam korang..

Kami tak perasanpun yang Emir terkena cacar air sehinggalah petang rabu itu bila ambil Emir di taska, bintik-bintik merah dah mula merebak ke satu badan. Alkisahnya, isnin hari tu saya perasan yang hidungnya seperti ada kesan merah. Masa itu ingatkan dia tercakar dengan kuku sendiri. Hidungnya jadi berair masa hari Selasa. Esok paginya, naik lagi bintik merah di sideburn kiri. Ada 2 bintik merah yang menggelembung. Kena gigit nyamuk mungkin. Itulah yang saya fikirkan masa itu.

Balik sahaja dari taska petang itu taska inform yang Emir mungkin terkena cacar air. Dah penuh bintik-bintik merah naik sampai ke kulit kepala dan perut. Petang itu juga saya kejarkan Emir ke klinik panel kami di Taman Melati. Doktor mengesahkan yang Emir memang betul-betul terkena cacar air atau bahasa biasanya kita guna 'chicken pox'. Dugaan untuk kami sekeluarga setelah kami diduga dengan kenaikan harga petrol sebelum itu.

Hari ini Emir masih lagi dalam kategori tidak sihat. Bintik-bintik merah makin banyak di badan. Alhamdulillah, dia meragam juga tapi tak kerap. Tapi, selera makannya berkurang secara mendadak. Langsung tak mahu menjamah nasi. Biskut pun dia makan sedikit sahaja. Susu ibu sahajalah yang dia mahu. Alhamdulillah syukur kerana masih ada rezeki Emir untuk minum susu ibu.

Hujung minggu ini kalau ikutkan perancangan nak tidur semalam di Puchong. Tapi mungkin terpaksa cancel kot. Pergi hari ahad sahajalah. Nak bercuti di sana lama-lama pun tak boleh sebab mak kena jaga Aliya. Aliya belum kena lagi chicken pox. Takut pula berjangkit dengan Emir nanti.


Monday, September 2, 2013

Cara nak hilangkan Monday Blues

Salam petang semua.

Mesti ramai yang masih monday blues lagi ni. Saya hari ini tak sempat nak feeling that blues sebab nak kejar target. Bila buat target sendiri untuk group baru terasa nak achieve it with flying colors. Dulu masa kerja kat company lama, everything was set by superior and jobs done by just follow the flow only without enough understanding about the targets/goals to be achieved by the end of the Financial Year. Poor me!

So, lets understand and follow our goal plan and you might forget the monday or friday blues.  But make sure you enjoy your quality weekend as a reward. Dont overstress sampai sabtu ahad pun dok fikir pasal target.

Ok, bai!

Tuesday, August 6, 2013

Masih bekerja pada 28 Ramadhan

Salam korang..

Hari ini dah 28 Ramadhan. Hari ini juga menjadi hari terakhir bekerja di bulan puasa sebab esok dah mula cuti raya. Yeay yeay.. Bila dengar rakan sebelah ni pasang lagu raya baru ada rasa excited nak beraya. Esok pagi baru nak bertolak pulang ke kampung yang tak berapa jauh tu. Kampung Sri Puchong je. Paling lama masa perjalanan dalam sejam camtu. Sepanjang perjalanan tu bolehlah menyanyi lagu balik kampung secara berjemaah. heh~

Ramai yang masih stuck kat office ni sebab ada meeting, ada Group CEO turun mencemar duli ke sini petang nanti. Nak lihat progress pengeluaran. Almaklumlah kilang. Kalau tak, mesti semua yang beragama islam (yang kampung jauh la) akan cuti hari ini. Saya sebab lepas raya nak cuti lama. Itupun ikut jadual cuti taska Emir. Apa nak buat depa nak raya sakana tahun ini. Itu yang cuti sampai seminggu setengah tu. Dan nasib baiklah baki cuti ada lagi ni ha. Hari tu dah banyak juga pakai cuti untuk pergi bercuti di Jepun. Lepas ini kena jimat-jimat cuti lah nampaknya. Sebab tahun ini punya quota tinggal 4 1/2 hari sahaja kot. Ada 4 bulan lagi nak cover ni. hu hu~

Kalau meeting hari ini habis lambat, maka terpaksalah ajak husband berbuka di luar ataupun beli kat bazar sahaja. Sebab meeting kejap lagi start pukul 3. Entah bila pula nak habis. Tapi, mesti hari ni dorang meeting macam express rakyat. Semuapun tak sabar nak balik beraya kot. Harap-harap begitulah.

Apapun, dengan berat hati saya terpaksa juga mengucapkan selamat tinggal Ramadhan. Semoga ketemu lagi dengan Ramadhan akan datang. Tahun ini still tak dapat nak khatamkan AlQuran dalam bulan Ramadhan, Setakat hari ni baru melepasi Juzuk 13. Menjadi ibu tak boleh dijadikan alasan untuk skip beribadah. Tetap cuba walaupun tak dapat nak achieve target. Kalau tahun-tahun sebelum ini lepas Ramadhan sahaja terus tak sambung apa yang dibaca, tapi tahun ini saya nak usaha untuk khatamkan juga walaupun dah melepasi Syawal, Zulkaedah mahupun Zulhijjah. Target nak khatamkan juga. Doakanlah ye. Ameen~

Dan juga, dengan rela hati ini saya menjemput Syawal untuk membawa pergi Ramadhan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin daripada Mama Emir sekeluarga.

Bai!

Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya

Salam korang..

Makin lama makin sunyi pula rasanya blog ini. Almaklumlah tuan blogpun menyepi sahaja. Dalam pada menyepi tu bila sampai masa rindu, jenguk juga blog serta meninggalkan jejak walaupun hanya satu perenggan. Diam tak diam, Ramadhan dah semakin berlalu. Hari ni dah 27 Ramadhan pun. Macam biasa lagu raya rasanya 24 jam berkumandang di radio. TV pun dah susun cantik rancangan yang akan keudara pada hari raya nanti. Tapi tahun ni feeling raya tu tak berapa nak ada lah. Tak tahulah kenapa. Rasa macam tak semeriah tahun sebelum ini.

Yang seronoknya tahun ini ialah sebab dapat beraya dengan anak yang dah pandai berjalan. Seronoknya dalam masa yang sama risau juga takut tak terkawal si kecil tu nanti bila beraya di rumah orang. Haih..Semalam pergi iftar di luarpun tak lama nak duduk dalam baby seat tu. Selepas 1/2 jam dah mula menjerit-jerit minta turun. Ye, baby baru dapat kaki macam ginilah. Nak berjalan sahaja. Ni belum berlari lagi. Kalau dah pandai berlari kuruslah mama dan babah nak kejar.

Raya tahun ini selain kami yang beli baju melayu untuk dia, Tok Wanpun ada juga hadiahkan. Baju Melayu warna krim. Macam baju nikah warnanya. Mama beli jubah sehelai. Babah kata dah ada baju sepasang. Dia tak ada pula sibuk nak membeli baju melayu.

Dikesempatan yang ada ini saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Kepada yang mengenali saya, silalah datang beraya di rumah. Ok bai!

Saturday, July 27, 2013

Solid Food Recipe for Baby : Sup Sayur Simple

Salam korang,

Alhamdulillah, hari ini dah masuk 18 Ramadhan. Setiap kali nak berbuka pelbagai juadah hidangan yang terhidang di meja tapi kebanyakannya tidak sesuai untuk dimakan oleh baby bawah 2 tahun. Seperti juga si Emir Ikhwan yang usianya akan menginjak ke 15 bulan masa raya nanti.

Kalau ada sup ayam atau kuah sayur bayam disediakan mak mertua (sebab saya bekerja maka setiap kali waktu berbuka saya hanya sempat buat air sahaja), maka itulah lauk berbuka untuk si kecil ini untuk dimakan bersama nasi. Baby sebesar Emir dah tak makan bubur atau nasi lenyek dah. Dia makan nasi macam yang kita orang dewasa makan.

Tapi kebetulan kelmarin mak mertua masak lauk yang tak bersesuaian untuk dia. Instead of soup, dia masak tomyam. Terlalu pedas rasanya. jadi, saya decide untuk buat sup sayur simple untuk dia makan waktu berbuka nanti.
Inilah resipinya.

Bahan2

  1. Ayam seketul
  2. Bawang putih seulas
  3. Bawah merah separuh biji
  4. Sedikit minyak
  5. Sedikit garam
  6. Brokoli - ikut suka
  7. Tomato kecil - dalam 5 biji
 Cara menyediakan.

  1. Tumis bawang putih dengan minyak sehingga naik bau.
  2. Masukkan pula bawang merah yang dihiris nipis sehingga lembut.
  3. Masukkan air dan biarkan sehingga air panas.
  4. Masukkan ayam ( potong kecil-kecil)
  5. Masak ayam sehingga mendidih.
  6. Masukkan sedikit garam secukup rasa ( jangan bubuh banyak. tak elok untuk kidney baby)
  7. Masukkan pula brokoli dan tomato dan biar sehingga sayur lembut.
  8. Siap.

Senang kan? Selamat mencuba.

Friday, July 26, 2013

Emir Demam.

Salam Ramadhan 17 korang..

Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru semalam kita mula berpuasa tup tup dah hampir masuk ke 10 hari terakhir. Amalampun tak berapa nak cukup lagi ni. Aim untuk khatam Al Quran dalam bulan Ramadhan ini macam tak kesampaian juga sebab hari ni pun baru nak masuk juzuk ke 5. Apa nak buat kita hanya merancang tapi still juga cuba marathon.

Emir Ikhwanpun dah semakin aktif dan bijak sekarang. Perkembangan fizikal dia amat memberansangkan. Dah pandai turun tangga dengan selamat sekarang ni. Tapi dia ni tak mahu / tak reti nak babai/ bersalam/ cium pipi mama dan babah dan buat tak tahu sahaja bila nama dia dipanggil. Adakah itu normal untuk baby berumur hampir 15 bulan?

Masih lagi ligat menghisap ibu jari kanan. Malah lately makin kerap pula.

Ahad lepas dia jatuh sakit. Pada mulanya pagi tu dia muntah sebaik sahaja menyusu. Sikit sahaja dia muntah. lepas itu saya cuba beri dia makan biskut/ roti/ cerelac tapi dia menolak. Lepas tu dia asyik merengek sahaja. Saya ingatkan sebab dia boring duduk di bilik. So, saya bawa dia turun tingkat bawah. Bagi dia main panjat-panjat tangga. Alhamdulillah nampak dia happy. Tapi tak lama lepas tu dia merengek lagi dan minta saya dukung. Sayapun dukung dia masuk dapur. Tengok tokma mengemas. Tup tup dia muntah lagi. Kali ini lebih banyak. Mulalah risau.

Sayapun pergi mandikan dia supaya dia lebih segar. Lepas mandi diapun tertidur. Bila dia bangun, saya terus bagi dia susu tapi selepas itu dia muntah balik. Alahai, kosnglah perut anak mama. Suhu badan dia mula meningkat. Terus saya berikan ubat demam dengan harapan kebah sikit. Lepas bagi ubat, dia tertidur sekali lagi sehinggalah babah pulang. Kami suspect perut dia masuk angin. Jadi kamipun cuba urut perut dia ikut cara yang tok nek ajar. Tapi tak berapa berkesan. Sebelum berbuka babah beri dia makan ubat demam sekali lagi. Malam tu dia makan tapi tak banyak. Alhamdulillah dia tak muntah kali ini. Tapi suhu badan dia still panas.

Esokkannya  saya nekad untuk ambil cuti dan bawa dia pergi klinik. Nak minta ubat demam ( stok dah nak habis) dan juga ubat untuk buang angin/tahan muntah. Alhamdulillah lepas bagi ubat tu Emir semakin pulih. Alhamdulillah malam tu dia lalu nak makan nasi.

Alhamdulillah.6
-

Tuesday, July 16, 2013

Diari Ramadhan Ibu Menyusu : Tips Banyakkan susu


Salam korang.

Buat-buat ibu menyusu di luar sana. Jangan mudah mengalah ok. Saya dah beberapa kali mengalami masalah susu drop sepanjang 14 bulan lebih menyusukan anak saya ini. Kena positif dan teruskan penyusuan dalam masa yang sama cari jalan macam mana nak atasi.

Sebab utama susu drop ialah negative mind set dan juga kurang minum air suam/masak. Sebab lain mungkin dari segi pemakanan kita sendiri. Buatlah kajian. Elakkan makanan yang menjadi punca susu drop serta banyakkan makan makanan yang menambah susu. Hanya kita sendiri yang tahu keperluan badan kita. Beribu tips boleh dicari secara online tetapi bukan semuanya sesuai untuk kita. Ada yang bila makan kurma sahaja, terus susunya jadi banyak tapi ada juga yang tidak jadi begitu. Tapi tak salah untuk mencuba apa yang di suggest kan. Bereksperimen.

Dulu pernah sekali susu saya drop sebab saya minum Jus Delima. Memang susu drop separuh. Pada mulanya saya tak perasan sehinggalah bila penghasilan susu semakin kurang walaupun saya dah set minda positif, dah minum air bergelen-gelen sampai badan saya jadi gemuk. Susu tetap banyak tu juga. Bila saya berhenti minum Jus Delima tu barulah penghasilan susu kembali normal. Itu cara saya bereksperimen.


Ok, itu sahaja tips saya. Bai! 

Monday, July 15, 2013

Diari Ramadhan Ibu Menyusu 1 : Supplement #

Salam korang..

Lately, saya selalu mengalami masalah keletihan. Tidur mesti nak banyak. Kalau tidur malam pukul 10 malam, bangun sahur pukul 5. Mesti nak tidur semula sebelum bangun semula untuk subuh dan bersiap ke tempat kerja pada pukul 6.30 pagi. Sangat tak bagus kan di bulan puasa yang mulia inipun masih tak dapat nak buangkan habit itu.

Lagi bertambah seronok tidur bila si kecilpun tak bangun awal. Selalunya bila dah siap sedia untuk keluar barulah dia bangun. Itupun jenuhlah dikejutkan. Pukul 7.15 selalunya dia bangun. Lepas siapkan dia, layan dia tengok Upin Ipin sekejap dalam pukul 7.30 baru keluar. Sampai taska dalam pukul 7.50 - 7.55 pagi bergantung kepada keadaan trafik/ traiffic light. Dan lepas itu terus pergi kerja dan Alhamdulillah tak pernah lewat dari pukul 8.30.

Kerja kadang-kadang tu tak berapa perah tenaga sangat tapi bila sampai masa kena pergi meeting, kena prepare itu ini dan kena communicate dengan orang di merata tempat memang perah tenaga sungguh. Di tambah pula dengan amanat sebagai ibu untuk fully breastfeed anak sampai usianya 2 tahun nanti (insyaAllah), sekurang-kurangnya 2 kali kena bakar kira-kira 500 kalori setiap kali sehari.

Dah amalkan supplement Shaklee seperti Vita lea, Ostematrix, ESP dan AlFalfa dan Performance Drink tapi biasanya di awal pagi tenaga ok. Bila menjelang tengahari, mata dah mula rasa nak kena gam dan rasa lemah satu badan. Dan bila beransur petang rasa itu makin hilang dan rasa bertenaga semula. Normal kot kitaran begitu di bulan puasa ini kan? Adakah korangpun alami perkara yang sama. Ada tips lain tak untuk buat badan sentiasa bertenaga sepanjang hari berpuasa?

Oh ya, pengambilan air sepanjang waktu berbuka sehingga waktu sahur memang dah cukup banyak.So, tak ada masalah dengan air kurang. Penghasilan susupun ok. Alhamdulillah lebih kurang sama macam sebelum berpuasa.

Friday, July 12, 2013

Baby Emir Ikhwan # Perangai 2

Salam korang.

Saja nak share gambar anak teruna tidur dalam car seat. Tak pernah - pernah dia tidur masa on the balik dari Taska ke rumah tapi hari ini dia boleh terlelap.

Dulu masa usia dia sampai 5 bulan ada jugalah dia tertidur. Tapi lama sudah.

Seperti biasa tetap ada 'bunyi' walaupun sedang tidur. Hehe.

Baby Emir Ikhwan # Perangai 1

Salam korang..

Lama tak update pasal anak terunaku yang dah pun masuk 14 bulan 1 ramadhan lepas.  Sekejap saja rasanya masa berlalu. Makin lama makin panjang akal dia.
Ni antara perangai-perangai dia yang buat kami sekeluarga ceria.

Sejak masuk 11 bulan, dia tak  mahu pakai kasut. Last2 masa masuk 13 bulan beli kasut yang ada bunyi bila pijak tu kat pasar malam. Barulah dia nak pakai. Heh heh.
Tak mahu pijak pantai masa first time pergi . Geli dengan pasir kot. Menangis meraung la mula2 letak atas pasir. Lwma2 baru dia suka bermain dengan pasir tu. Tapi bila masuk dlm air laut di pantai tu mulalah menangis. Sqmpai ke sudah tak berhenti menangis. Huhu.

Tidur mengeruh.

Tidur malam lama. Kalau lambat sikit tidur, esok paginya memang susah nak bangun. Kejut sekali dua tak jalan. Buka lampu bilik, pasang cerita upin ipin kuat2 pun tak jalan..

Gilakan upin ipin dan om nom nom
Gemar selongkar barang. Explore semua tempat. Tapi part2 upin ipin kena marah dengan kak ros n abg saleh dia menangis.

Gemar bermain di tangga. Sangat berhati.-hati bila turun tangga. Pandai betul dia.

Pandai tarik daun pintu ke dalam lagi2 bila tak rapat. Biasanya baby hanya reti tolak daun pintu je kan.

Suka sepit baju kat ampaian. Kalau ampaian rendah, dia akan cuba tarik sepit sampai tercabut. Lepastu dia telek.- telek, tahu- tahu bila tengok balik dah terbarai penyepit tu dikerjakannya.

Suka makan.  Langsung tak memilih makanan.  Part ni memang bersyukur sangat.

Suka bermain di balkoni belakang rumah. Sebab di situlah tempwt dia boleh bermain air dan bermain penyepit di ampaian.

Suka main air tapi .tak suka berendam dalam air. Ni pun perangai pelik dia yang tak boleh ubah sejak kecik.

Tidur atas comforter bukan dalam comforter dan tak suka selimut. Setiap kali bangun untuk menyusu mesti ditolaknya selimut ke tepi. Haih...

Suka benda bulat2 dan yang boleh pusing2 macam bola tayar stereng dll. Kalau bagi dia berjalan dekat dengan kereta, laju sahaja dia jalan nak pegang tayar dengan harapan dapatlah try pusing2kan tapi tak boleh. Dah la tayar tu kotor.

Ok. Setakat ini dulu updates saya. Ok bai.

Friday, June 21, 2013

Review - Satay Klasik

Salam korang.

 

Bulan ini sahaja sudah 2 kali kami sekeluarga pergi makan satay di Satay Klasik. Sedap sataynya. Satay daging lembut macam ayam tetapi harganya lebih murah berbanding satay ayam. First time pergi kami 3 beranak makan 20 cucuk satay ayam dan 20 cucuk satay daging. Second time kami kurangkan ayam (sebab mahal) dan lebihkan daging ( sebab murah dan sedap). 

 

Rupanya dah lama kedai ini bertapak di sini. Kami sahaja yang tak tahu padahal dekat sangat dengan tempat tinggal kami. Kalau nak tahu location boleh google je kot. Ramai sudah orang yang share testimoni makan satay kat sini. Jalan-Jalan Cari Makan pun pernah ambush kedai diorang. Pelik juga bila kami datang tak ramai sangat orang. Dan servis tip top. Sekejap sahaja tunggu hidanganpun tiba.

 

Kalau korang malas nak beratur panjang dan layan diri untuk makan satay, eloklah korang berkunjung ke Satay Klasik. Sedap pun sedap. Siap ada jual steambot juga you. Tapi satu je yang tak 

Next makanan nak cari - durian oh durian. hehe~

Tuesday, June 18, 2013

Updates : May

Salam korang.

Ok. I admit that my daily routine now doesn't allow me to become very full time blogger. No more daily entry or weekly entry. The worst case is only 1 entry for entire month. Pernah juga saya  hanya menulis di sini selepas 2 hingga 3 bulan menyepi. Kalau ikutkan hati memang hari - hari ada sahaja perkara yang mahu dikongsi tapi apakan daya tangan tak sampai untuk menaip entry. Di pejabat sibuk bekerja, di rumah pula sibuk pula dengan mengemas dan melayan si kecil dan si besar. hehe~

Eventhough my blog was rarely updated, I appreciate you as readers and my nuffnang earnings still increasing (very slowly..). Lebih 2 tahun dibiarkan tanpa cash out, sekarang dah boleh cash out balik.
Actually, there are a lot of things happened in my life and I want to share with you. Maybe I just jot down the points here first. If..Yes, if I have leisure time, I will elaborate it further.

1. 8 April sebaik sahaja kami balik daripada Kedah/Langkawi dan meyelesaikan urusan permohonan visa, kami terima satu surat. Ya, berita gembira setelah lebih setahun menanti. Rumah kami telahpun siap secara rasmi dan kami perlu ke pejabat PKNS untuk urusan mengambil kunci rumah. Alhamdulillah.

2. 12 April genaplah 28 tahun saya mengenal dunia. Alhamdulillah masih lagi mampun bernafas di bumi Allah ini.

3. 22 April hari tu genap 6 bulan saya meninggalkan SATO dan bekerja di company baru yang terletak di Rawang. Dah terima confirmation letter pun. Alhamdulillah.

4. 10 May2013 genaplah setahun usia anak bujangku, Emir Ikhwan. Dah banyak kali saya update cerita dia dalam blog ini.

5. 15 hingga 20 May 2013, kami sekeluarga plus mak mertuaku bercuti di Osaka, Jepun. Merasalah kami naik flight jauh-jauh dan mengenal negara orang. Terima kasih encik suami.

6. 25 - 26 May kami pergi ke Temerloh menjadi sebahagian daripada rombongan pengantin lelaki, Amir Adli ke rumah pengantin perempuan Susantiana. Alhamdulillah dengan 2 kali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Amir itu sepupu suami saya. =)

7. 1 Jun kami sekali lagi menyertai barisan rombongan lelaki untuk majlis di belah lelaki. Tapi kali ini dekatlah sikit. Di Sungai Besi sahaja.

8. 6 Jun 2013, saya ambil cuti untuk ber'dating' dengan suami. Kami tengok wayang cerita Furious 6 dan makan di Secret Recipe. Alhamdulillah. Ini macam sambutan in advance anniversary kami yang ke 2 pada 11 Jun nanti. Thanks encik suami. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan kita sekeluarga berkekalam sampai ke syurgaMu.

Ok, itu sahaja updates untuk kali ini. Saya cuba untuk transfer gambar daripada Note 2 ke laptop tapi tak boleh pula. Sabar sahajalah. Ok da. Bai!


Monday, June 10, 2013

Emir dah 13 bulan

Salam korang..

Dah lama blog ini terabai. Emir Ikhwanpun alhamdulillah dah melepasi 1 tahun. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dan juga nikmat kesihatan buat kami sekeluarga. Hari no genap usia Emir 13 bulan.

Perkembangan terkini beliau? Berjalan semakin laju. Panjat tanggapun dah laju. Makin bijak berfikir. Suka pada benda2 yang boleh berpusing seperti kipas dan roda. Pantang nampak 2 benda ini pasti dia nak. Eh tertinggal satu lagi benda yang boleh berpusing. Stereng kereta. So, ada tigalah.

Dia juga amat sensitif. Tak boleh tinggikan suara depan dia sebab confirm dia akan menangis. Suka sangat tengok cerita upin dan ipin. Cara dia tgk tu macam faham jalan cerita. Bila watak2 tu ketawa..diapun ketawa. Bila upin dan ipin kena marah dengan kak ros, dia yang menangis beriya iya padahal upin ipin tak menangispun. Alahai anakku.

Dah mula tak suka didukung bila di bawa berjalan. Sebab dia nak berjalan guna kaki sendiri. Masalahnya dia tak suka pakai kasut. Bila dipakaikan kasut, confirm dia menangis. Kaki macam kena gam kat lantai. Hahaha..

Alhamdulillah rezeki untuk bf Emir masih lagi ada. Saya berdoa agar rezeki ini terus diberikanNya sekurang-kurangnya sehingga dia berusia 2 tahun. Doakan ye kawan- kawan.

Ok. Tu sahaja updates kali ini. Bai.

Friday, May 3, 2013

Emir Ikhwan - 11 bulan

Salam korang..

Lama sudah blog ini ditinggalkan kosong tanpa update. Minggu depan genaplah setahun Emir melihat dunia. Masuk sahaja usia dia 11 bulan, dia sudah mula berjalan. Sekarang ini dah laju sikit. Walaupun tangannya masih lagi di angkat keatas untuk tujuan 'balancing'. Cukup comel keletahnya bila berjalan. Budak baru mendapat 'kaki'. Begitulah agaknya ye.

Tapi dalam rancak dia mengukur rumah, satu sahaja masalah yang timbul. Dia langsung tak mahu memakai kasut. Bila dipakaikan kasut, kaki dia tiba-tiba menjadi kejang. Lepas itu mulalah merengek minta dibukakan kasut itu. Kalau kita paksa dia jalan, terus dia meraung. Haduh anakku. Macam manalah mama nak bagi kamu berjalan-jalan di luar rumah kalau berkaki ayam. Pening memikirkan bagaimana nak buat dia suka pakai kasut. huhu. Nasib baik dia mahu pakai stokin. Sudahnya, keluar rumah pakai stokin sahajalah.

Perkembangan lainnya, Emir sudah pakai suap makanan sendiri (tapi yang kecil-kecil sahajalah seperti kismis dan juga biskut ikan). Perkembangan fizikal dia memang 'pesat' sampai cepat rasa mengah bila mengdukungnya. Giginya baru 5 batang. 3 atas, 2 bawah. 1 lagi gigi atas macam dah nampak di permukaan gusi. Mungkin masuk setahun nanti baru keluar kot. Dah pandai merajuk bila barang yang dipegangnya dirampas atau ditarik.  Dah pandai meminta barang yang kita pegang. Tapi bukan dengan cara bercakap atau bahasa isyarat ye. Caranya ialah dengan menghulur tangan terus ke barang itu. haha. Kena train lagi ni supaya pandai nak minta barang secara sopan.

Oklah, itu sahaja kot perkembangan si kecil ini buat masa ini. Nanti dah masuk setahun saya update lagi yea. Ok bai!

Thursday, March 7, 2013

Perkembangan Emir : 8 Bulan - 10 Bulan

Salam guys.
n

Lama sudah blog ini teraniaya. Bukan apa cuma terabai dek kerana tuannya yang super sibuk. Actually macam-macam benda nak update di sini lagi - lagi pasal anak kesayanganku Emir Ikhwan.
Alhamdulillah, kami berdua dapat menghadapi 2 bulan tanpa Babah Emir di sisi kerana berada jauh di perantauan. Hampir setiap malam kami akan berhubung menerusi skype video call ataupun paling kurangpun whatssapp.

Tinggal lagi sebulan kami perlu bersabar. Itupun kena bersabar lebih sebab baki sebulan ini mungkin suami akan jadi extra busy sampai tak sempat nak online malam-malam. So, mulai malam ini, kami akan lebih merindui babah Emir. InsyaAllah, 6/4 nanti babah Emir akan pulang. Tak sabarnya nak tunggu tarikh tersebut.

Ok, sekarang kita berbalik kepada cerita Emir. Yeah, 10hb ni genaplah umur Emir 10 bulan. Alhamdulillah, rezeki Emir untuk fully breastfeeding masih ada dan tak putus - putus saya berdoa agar rezeki ini akan terus berpanjangan sehingga usianya 2 tahun. Ayuh berusaha ibu - ibu menyusu sekalian. Jangan sesekali berputus asa selagi belum betul-betul berusaha.

Dan masuk usianya 8 bulan, gigi pertama dan keduanya tumbuh di bahagian bawah. Sekarang ini sudah nampak 2 gigi di bahagian atas (tapi belum menembusi gusi). Mungkin ia nak tunggu masuk 10 bulan baru nak pecah gusi kot. Then, sejak usia masuk 9 bulan dia sudah meniti dengan kemas sampaikan boleh meniti guna satu tangan sahaja. satu tangan lagi pegang barang. Semenjak 2 minggu lepas dia sudah boleh berdiri dan melangkah sedikit (dalam 2 - 3 langkah sebelum jatuh/ duduk). Merangkak memang dah semakin laju. Suka sangat nak memanja tangga dan meniti dinding.

Sejak seminggu ini, dia rajin tepuk tangan bila kami menyanyi lagi tepuk amai-amai. Selain itu dia suka genggam lepas genggam lepas bila kami menyanyi lagi cak cekuk udang gamit. Lagu itu lagu turun temurun daripada zaman Tok Nek lagi. Kami generasi yang mewarisi sahaja. Lepas ini tak mustahil Emir akan nyanyikan lagu yang sama untuk anak dan cucunya pula. Ngeh ngeh..

Satu lagi tabiat baru dia, dia suka sangat layan cerita Upin Ipin. Pantang dengar lagu terus dia duduk depan skrin monitor. Yang best nya tengah tidurpun boleh bangun sambil senyum bila dengar lagu Upin Ipin ni. So, pagi-pagi modal digunakan untuk kejut dia bangun ialah lagu Upin Ipin. Dalam kereta masa nak pergi kerja barulah baca/ nyanyi ayat-ayat suci Al Quran untuk dia on the hantar dan ambil dia dari taska.

Oklah, setakat ini dahulu update saya pasal si kecil. Lepas ini harap-harap ada masa nak update lagi. Ok bai!

Wednesday, February 13, 2013

Cuti panjang CNY 2013

Salam korang..

Apa khabar? Lama dah tak corat coret kat blog kesayangan ni. Cutii kali ini lama. Siap tambah cuti lagi. Balik kampung di terengganu. Tak sure lagi nak sambung sampai ahad ke tak  sebab kalau ikutkan jumaat ni last day boss kecik saya di office nun. Ingat nak jumpa juga last day kat sana tapi since mak mertuapun tak ada di rumah sampai ahad nanti, saya malas pula nak balik sana awal.

Duk di puchongpun seronok juga cuma rasanya Emir dah menjadi extra manja dengan mama dia ni. Tak tau la nanti hari isnin anta ke taska apa reaksi dia. Mak mertuapun tentu akan bawa balik tok nek duduk di rumah sebab mak mertua saya kan dah pencen. Bergilir gilir lah nampaknya dengan adik beradik dia yang lain menjaga tok nek sepanjang dia tinggal di kl.

Ok, tak lengkap entry ni tanpa picture si gebu mama seorang ni. Nah untuk tatapan rakan blogger.

Friday, February 1, 2013

Cuti panjang

Salam korang..

Bila last saya update blog yea? Last jumaat  rupanya. Hmm..kan bercuti panjang lepas itu sempena Thaipusam. Balik sahaja ke rumah, Tok Nek Emir pun sampai. Seronok melayan Tok Nek. Tok Nek dah uzur tapi sebab geram pada Emir punya pasal, dia nak dukung juga si kecil yang semangat tu.

Esokannya memang kami lepak di rumah sahaja. Petang tu juga Ayah Uda ( adik suami) nak balik kampus di Johor. Malam tu juga minta kebenaran mak untuk balik ke Puchong. Minggu ini nak balik ke Puchong juga sebab Mama Lang Emir nak belanja sempena dapat bonus. Meanwhile suami dia dapat promotion. Wahh, alhamdulillah murah rezeki deme kan. Eh, dah tercerita pula plan minggu ini. Ok back to the story, dapatlah permission daripada mak untuk balik ke Puchong. Awal pagi sesudah subuh, saya terus gerak sebab pagi itu pagi sambutan Thaipusam di Batu Caves. Kalau lambat sedikit akan sesak jalan. huhu.

Balik tu terus pergi jemput Mama Lang dan anak buah saya Aliya di rumah mereka sebelum drop Aliya di rumah mak saya dan kami pergi Pasar Shah Alam untuk shopping. Yeay!. Macam-macam saya beli. Baju, seluar dan tudung. Siap beli mainan untuk Emir. Ada satu booth tu jual mainan RM1 satu. Murah tu.

Habis shopping terus balik rumah sebab Emirpun dah tak larat menahan panas. Cuaca pula agak terik hari tu. Balik terus lepak-lepak sahaja di rumah sampai malam. Plan nak keluar tapi tak jadi sebab masing-masing kepenatan. Paling penat ialah anakku Emir. Kasihan dia.

Esokannya mak ajak pergi minum di ABC. Saya sempat shopping barang sikit di OTK. Berkenan dengan produk Susu Kambing Cuppocino. Terus grab satu pack. RM17 lebih 15 sachet. Siap ada percuma satu cawan yang comel. Ok lah. Dalam pukul 12 macam tu kamipun balik Selayang. Bai!


Friday, January 25, 2013

Update untuk hujung minggu

Salam korang..

Minggu ni sekejap sahaja rasanya. Tup2 hari ini sudahpun jumaat. Fuhh..macam-macam perkara yang berlaku sejak minggu lepas sampai tak terupdate blog ini. Super busy.

Last weekend spend semalam di puchong. Ahad tengahari baru balik Selayang. Seronoknya orang puchong melayan keletah si kecil ini. Sabtu pergi minum kat kedai. Malam lepak kedai mamak. Ingatnya weekend ni nak balik puchong lama sikit tapi kita hanya mampu merancang. Tok nek Emir akan berhujung minggu di Selayang.

Suami dah izinkan untuk balik satu malam. Mak mertuapun bagi greenlight. Maybe balik ke sana ahad kot. Planning dengan lambaian memang burn gitu je la. Sorry kawan2. Tak dapek nak menolong eh..huhu.

K itu je kali ini. Tepek sikit update si kecil ni. Dia dah pandai sebut mama..yeah!..

Saturday, January 19, 2013

Emir 8 bulan 9 hari..

Salam..

Entry sebelum ini entry peram. Minggu lepas punya cerita tapi sebab internet connection problem, maka hari baru publish semua.huhu. hari ni walaupun antibiotik masih terus diberi., emir dah makin sihat, ceria dan lasak. Alhamdulillah.

Kemain suka dia bermain hari ni. Japgi nak pergi jalan jalan pula. Ok bai..

Emir demam naik bulan?

Salam korang...

Sejak ahad lepas, anakku demam selsema. Pergi klinik doktor sahkan dia demam. Esokannya mama ambil cuti sebab takut emir tak sihat lagi. Bila si kecil ini demam.,manja dia lain macam sikit. Nak berkepit sahaja dengan mama dia ni sampai tak dan nak buat kerja lain.

Isnin tu rasa macam demam dah makin sembuh. Tapi menjelang malam, terlambat sedikit veri ubat terus panas satu badan. Tapi esokannya tetap menghantar ke taska. Bekalkan ubat supaya si kecil tak meragam di taska.

Malam lepas balik kerja tu keadaan dia tak beransur baik. Mulalah menyesal sebab tak ambil antibiotik. Esoknya memang seawal pagi dah meragam sampai tak dapat nak ke office. Terus inform boss tak dapat datang kerja. Pagi tu terus pergi klinik feveret kami di Taman Melati. Kali ni dapat antibiotik. Lega sebab doktor bagitau dia dah nak sembuh. Balik tu memang terus bagi antibiotik.

Hari ini hari sabtu dan2 still teruskan bagi antibiotik sebab kena habiskan satu botol tu. Haih,tiap kali nak bagi rasa kasihan pula. Menangis sebab tak mahu makan ubat tapi gaya macam kena dera. Huhu..

Orang kata demam sebab naik bulan. Kalo di kira hari ni genap umurnya 8 bulan 9 hari dah. Doakan anakku cepat sembuh yea. Bai..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics