Followers

Friday, April 30, 2010

Sarapan pagi di Pantai Cherating~

Lepas dah selamatkan makanan2 daripada terkaman pemangsa bernama monyet, kami berjalan kaki sahaja untuk bersarapan.
Ada gerai kecil jual nasi kerabu, nasi lemak dan kuih muih betul2 berhadapan dengan tempat saya snap picta nih.

Semua order teh tarik kecuali saya teh o panas.
My sis makan nasi lemak lauk ayam goreng.

Ayah dan mak makan nasi kerabu dengan teh tarik.
Sehati sejiwa betul mereka ni.

Saya?
Nasi kerabu dengan air teh o..
Yang tak ada dalam gambar ialah abang ipar dan adik Alif.
Abang kami pula tak join makan.
Kami bungkuskan nasi untuk dia.
Sempat pula tu mak saya bungkus teh tarik.
Mak saya ni memang suka teh tarik.

Saya memang cadangkan tempat ini kalau nak sarapan sebab di jamin sedap.
Gerai makcik ni memang penuh sentiasa.
Kalau nak makan roti canai kena jalan sikit ke belakang.
Ada satu kedai tepi surau yang ada buat roti canai.

Monyet dah curi makanan kami~

Malam pertama di Cherating tu, kami pergi makan di restoran yang memang jadi favourite kami.
Saya pula teringin nak makan Nasi Goreng Kerabu maka itulah yang saya order.
Sampai2 sahaja ia tak seindah nama.
Langsung tak boleh masuk tekak saya.
2,3 sudu sahaja saya berhenti makan.
Sedap lagi layan Gerak2 Khas di TV yang tengah dok ada depan mata.
Last2, orang lain tolong makan dan sayapun bungkus mee goreng basah.
Ok, yang ni memang superb sedap.
Lenkali memang tak nak order la nasi2 di area tu.
Order mee sahaja sebab gerenti sedap.

Balik sahaja hotel persinggahan kami, kami layan TV sebelum masuk tidur.
Kami memang letak makanan2 ringan seperti roti, biskut dan keropok2 di beranda.
Esoknya kami dikejutkan dengan kehadiran monyet.
Dah selamatpun roti coklat dikebas naik ke atas atap.
Lihat sahajalah aksi dia ni.

Apa yang di tenungkan roti itu agaknya kan.
Sempat lagi usyar kiri kanan.
Belakangpun dia usyar juga.
Takut2 ada geng nak rampas agaknya.
Tu usyar bawah pulak dah.
Haa..cepat habiskan roti tu.
Geng2 sudah mari..
haha~


Demikianlah kisah makanan kami dicuri monyet.
Lepas sahaja dia habis makan, semua makanan yang ada kat beranda tu kami bawa masuk dalam chalet.
Takut nanti semua licin di kebas mereka.
Ramai tu..
huhu~

Thursday, April 29, 2010

Mandi laut di Pantai Cherating time~

Kami hanya dapat sewa semalam sahaja di Bilik ni.
Yang saya tahu di sini mandi laut petang2 syok.
So, lewat petang yang indah dan redup2 kuku (menyalah gunakan perkataan suam2 kuku),
Kamipun planning untuk mandi laut.

Siap bawa pelampung seorang satu.
Malang sekali 2 orang masih tewas untuk bangun dari katil.
Jadi hanya kami berempat sahajalah yang turun.
Abang saya, saya, kakak dan suami dia.
Malangnya gambar sang suami kakak gagal dicapture.
(Dialah yang dok gigih snap gambar kami.kuikui~)

Jejaka berbaju biru dah ready dengan senjata berbahaya beliau pelampung tiub tayar lori itulah abang saya.

Kami berdua cuba untuk masuk ke lubang pelampung semasa gamabr di snap.
Pelampung kakak laagi besar la.
haha~

Inilah jalan yang memisahkan antara Chalet Riverside (yang mahal x hingat tu) dengan Chalet Duyong tempat kami menginap.
See, tak beza sangatpun.
Berkongsi pantai yang sama juga.

Bersemangat mandi laut.
Aksi2 kami di pantai tidak dirakamkan sebab tak ada photographer yang sudi ambil gambar kami.
Dah semuanya nak mandi laut, siapa pula nak pegang kamera kan.



Dah puas mandi manda kamipun balik chalet.
Malam dah nak pergi makan2 di luar.
yeay!

Networked Blogs . Followlah saya~

Saya rasa semua dah mula addicted untuk masukkan application yang link kan FB dengan blog.
Yang 'like' dan 'share on facebook' tu.
Macam ni

Blog2 otai dah ramai letak tapi saya sampai sekarang tak reti2 lagi.
Ada sesiapa boleh ajar in detail tak?
I mean dekat mana (specifically) nak letak code HTML tu.
Kalau rajin buat tutorial sekali.
Thanks in advanced.

Saya ada cuba sekali tapi result dia post langsung tak keluar.
Bahaya betullah.

Godek punya godek jumpa application Networked Blogs di FB juga yang juga berkait dengan blog.
Yang ini mudah sikit kerjanya.
Code pun paste je pada widget baru di sidebar.

Baru ada 4 followers sahaja.
Sesiapa yang ada account FB tu rajin2kanlah diri klik 'Follow this blog' kat bawah Networked Blogs yang berada di sidebar kiri anda tu.
Macam best je kan.

p/s : update terkini. Berjaya juga buat. nak cuba gak yea. Sila ke SINI, SINI ataupun SINI

Wednesday, April 28, 2010

Adik nak pi Kedah dah, dapat tawaran ke IKM~

Balik sahaja dari Projek Rahsia 4 Hari, sayapun selamatlah sampai di rumah.
Tengok2 ada surat daripada Pejabat MARA untuk adik bongsu saya.

Adik dah dapat tawaran sambung belajar ke IKM, Sik Kedah.
Gembira walaupun jauh nun di utara sana.
Dah tentu2 adik kena belajar hidup berdikari selama 2 tahun di sana setelah lebih 18 tahun duduk serba dengan family.
Walaupun gembira tetap ada rasa sedih sebab saya agak rapat jugalah dengan dia.
Dia adik yang baik sangat2 walaupun agak nakal.
Maklumlah budak2 kan.

Saya harap sangat adik saya akan belajar bersungguh-sungguh di sana.
Sudah tentu kami sekeluarga akan ke sana sekali sekala.
Lagipun anak bongsu kan manja.
Ayah dah berkira-kira nak pergi bercuti sekali di sana.
Oh ya, adik saya akan mendaftar diri pada 28 Jun nanti.
Tak lama dah tu.

Mode sedih lah pula.
Seorang demi seorang tinggalkan rumah.
Dulu kakak, sekarang adik pula.
Sob2..=(

Gambar kenangan bersama kakak dan adik di Kolam Air Panas Poring di Sabah.

Road Trip with My Broadband

Projek terbaru dah bermula.
Tajuk terbaru ni Road Trip with Broadband.
Maknanya kita masih boleh melayari internet walaupun sedang travel jauh-jauh.
Wow, sangat mengujakan.

Tapi boleh ke?
Ada ke yang boleh menawarkan khidmat begini canggih.
Ya, tak dinafikan emang ada beberapa syarikat komunikasi yang menawarkan broadband tapi seringkali kedengaran masalah berlaku menyebabkan pengguna kembali kepada non portable internet provider macam streamyx yang konsisten kelajuan internetnya.
Tapi kelemahannya tetap ada iaitu ia tak boleh di bawa ke mana2.
Hanya boleh berinternet di rumah.

Kalau ada road trip, memang selamat tinggal internet.
Oh sedihnya.
Tak dapat nak berblogging apatah lagi mengikuti perkembangan Project Alpha 2 yang sedang berlangsung meriah sekarang ini.

Dalam kekalutan ini,
saya jumpa juga broadband terbaik.
Tentulah W1GGY



Cuba tengok betapa cantik, tertarik, menariknya bentuk broadband device W1GGY.
Dengan saiznya yang comel serta ringan, maka tak mengganggu langsung ruang luggage bila ada trip.
Dalam baspun boleh melayari internet dengan mudah.
Cucuk sahaja device ni macam USB Pendrive, lepas itu dah boleh berblogging.
Nikmatnya hidup bila adanya W1GGY ni.
Anda juga patut dapatkannya juga.

Saya pernah mengadu pasal kelajuan internet di office yang macam siput sedut sampai nak komenpun kadang2 tak lepas.
Saya rasa saya perlu ada W1GGY ni.
Bila time rehat, boleh cucuk sahaja di PC dan terus sahaja berinternet dengan lebih mudah.
Lagipun pusat P1 W1max ni dekat sahaja dengan office saya.
Sudah tentu tak akan ada masalah kelajuan internet.

Seperti yang saya bagitahu, inilah kerja saya bila menghadap internet selain daripada berblogging.
Melayan video Project Alpha 2.
Jom layan sama-sama.

Episode 8



Episode 9



Episode 10




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Buat tutorial Blink2 kat tulisan~

Dari dulu saya teringin nak buat tulisan yang blink2 tapi selain daripada buat2 busy,
sebetulnya saya tak ada effort = malas (bahasa tak bestnya)

Tadi jalan2 kat blog kak ceera, tetibe je terpanggil nak godek2 tutorial list yang banyak kat sidebar dia tuh.
Nampak pula tutorial untuk buat blink2 ni.

So, sekarang ni nak mula ngetest di entry ni la.
Katanya sonang sangat.
Nak tahu pi check sendir kat SINI.

Saya dah berjaya buat.
Buktinya.

SAYA BERJAYA

Good luck!

Sewa kat Chalet Cherating semakin menjadi2 mahalnya~

Lepas kami terlepas simpang tu kami buat u -turn kat depan sikit.
Nasiblah ada tempat nak buat pusingan.
Pasangan konvoi kami dah standby kat tepi jalan lepas tol.
Kamipun geraklah.
Dorang boleh hidu pergerakan kitorang yang sibuk mengejar MAWI sebab masa kami pintas mereka tadipun, mereka nampak kereta MAW 1 depan nun.
kuikui~

Lepas dah gerak lama sikit, kami berhenti di Temerloh.
Mak kemain suka dengan nasi lemak dan kuih muih berupa kuih donut dan keria di deretan kedai yang paling hujung mengarah ke surau/tandas.
Sedap2 belaka siap bungkus lagi.

Lepas tu kami gerak tanpa henti ke Cherating.
Hajatnya nak sewa kat Riverside Chalet so, kamipun parking betul2 dihadapan reception counter.
Mulalah berbicara tentang cinta harga chalet2 di situ.
Terkejut bila di beritahu harga chalet untuk yang 2 katil double RM300.
Kalau 1 katil single + 1 katil double RM120.
Bayangkan, ia hanya chalet budget tapi harganya mengalahkan hotel.
Rasanya hotel 3 star 4 star pun tak mahal cenggitu.
Siap ada breakfast lagi dan room service tiptop.
Last2 kami lari ke sebelah, Duyung Beach Chalet je.
RM50 sahaja satu malam untuk 1 katil single +1 katil double.
Kami ambil 2 bilik baru RM100.
Tak adalah se tip top hotel ber bintang2
Saya nasihatkan anda kalau nak bermalam di sana survey2 lah dulu harga semua chalet.
Kalau dah harga sampai lebih RM200 tu tapi hanya budget chalet, baik tak payahlah.

For your information, tak ada beza langsung view antara 2 chalet ini malah kedua-duanya ada aircond tapi harganya humang aihh..
Beza memang berbeza..

p/s : saya pernah sewa kat bilik yang harga RM120 tu bulan 2 lepas. Memang kondisinya sama sahaja dengan bilik yang harga RM50 tu. Kelebihan bilik RM120 tu cuma tuala yang dibekalkan lebar sikit. Tapi selimut yang dibekalkan oleh bilik yang harga RM50 tu lagi selesa dan tebal.
Nahhh..tepuk dada tanya selera.
Dua2 pun berkongsi pantai yang sama sebab kedudukanpun sebelah menyebelah.

Tuesday, April 27, 2010

Pengumuman : Pemenang NoorAfzan Birthday Giveaway~

Assalam semua..
Seperti yang saya janjikan saya akan umumkan pemenang contest yang saya buat julung2 kalinya.
Saya gunakan random.org supaya ia adil dan saksama.

Lagi satu seperti yang saya bagitahu, saya hanya mampu nak bagi hadiah kepada 2 orang sahaja contestant.
Kalau lebih 100 orang join, memang saya berhajat nak tambah hadiah.
Tapi sebab tak sampai, maka saya tambah satu sahajalah.

Bukti2 cabutan telah di capture supaya semua rasa adil.
Saya tidak ada video cam canggih untuk merakam aktiviti cabutan.
minta maaf la banyak2..

Mula2 saya buka page random.org

Kendian, saya masukkan number min = 1 dan max = 59 (sebab ada 59 contestant)

Lepas tekan generate sekali, number ni keluar.
Number bertuah pertama ialah number 29.

Bila saya tekan generate kali kedua, number ini pula yang keluar.
Number bertuah ke 2 ialah 37.


Saya telah mencabut undi pada pukul 08.09 malam untuk pemenang pertama..
Yang akan dapat novel Jaja love Din..

dan 08.10 malam pula saya cabut lagi satu undi untuk pemenang kedua..
Yang akan dapat novel Jauh karya Aisya Sofea yang sulung..

Malangnya tak ada buktilah pula untuk menunjukkan masa2 tersebut.
hoho~

Bila saya check list contestant tu, barulah saya tahu pemenang2 nya ialah;

29) ayuselalu

37) ija fareeza

Tahniah kepada mereka berdua.
Seperti yang saya dah hebahkan dalam entry INI, Hadiah saya akan post seawal-awalnya 04/May/2010.
Kenapa lewat sangat? Minta maaf saya cuma akan betul2 free untuk ke pejabat pos pada hari tersebut sahaja.=)

Harap pemenang dapat menghantar details berupa nama penuh, alamat dan number phone sebelum 03/May/2010 9 malam untuk memudahkan urusan pengeposan hadiah..=)

Kepada yang tak menang, sekali lagi saya minta maaf. Harap2 anda teruskan sokongan anda kepada blog ini.(muka penuh mengharap.)
Kalau ada rezeki lebih (kot2 nuffnang nak bagi buffered earning banyak2 lepas ini), saya akan buat lagi contest dengan hadiah yang lebih menarik.
InsyaAllah =)

Kerana MAW 1..

Ok, biarlah saya cerita sikit demi sedikit projek rahsia yang bakal jadi tak rahsia dah ni.
Rentetan hari pertama projek tu saya ke pantai timur.
Seawal jam 6.50 pagi hari jumaat, kami dah gerak dari Puchong.
Konvoi 2 kereta ni.
Al maklumlah hari itu kerja bukan hari cuti.
Apa akan jadi kalau gerak lewat sikit sahaja dari itu.
Seronoklah berkampung di jalan raya bersama kereta2 lain yang tension nak pergi kerja.
huhu.

Masa hampir nak masuk simpang ke Karak, entah macam mana satu kereta besar masuk kat lorong kanan, betul2 di hadapan kami.
Tengok2 no plat dia MAW 1 = ni bukan no plat kereta MAWI ke?
tapi bila fikir2 balik tak mungkin Mawi ada kat dalam tu sebab menurut pemerhatian, hanya ada seorang sahaja dalam kereta aka driver.
Setahu kami, Mawi tak ada lesen memandu. (Tak tahu la kot sekarang dah ada)
Hipotesis awal tu buat kami rasa macam tak nak ambil peduli sangat la pasal kereta tu.

Tiba2 timbul idea untuk snap gambar kereta tu dengan no plat sekali.
Untung2 boleh buat bahan dalam blog.
kuikui~
Tengah setting baik punya untuk snap, tiba2 sebuah kembara pula masuk ke lorong kami tu betul2 di antara kereta kami dengan kereta MAW 1 tu .
Kecewa jugalah sebab dah la masuk lane kanan, lepas itu dia slow down pula sedangkan kereta MAW 1 tu dah jauh ke depan.
Bikin panas sahaja.
Dek kerana nak kejor kereta MAW 1, kami cucuk la Kembara tu.
Last2, dia mengalah ke tepi.
Sempatlah kami snap gambar kereta MAW 1.

Kerana nak kejar kereta MAW 1 tu kami tertinggal pasangan konvoi kami di belakang.
Dan paling tensionnya kami terlepas simpang masuk ke Karak.
Bengong pula rasa. Padahal bukan ada MAWI pun dalam tu.
(Walaupun tak bape minat Mawi sekarang tapi kalau ada chance nak juga la tengok secara life. haha~)
Paling hampeh antara yang terhampeh, gambar yang kami ambil tu blur. Tak nampak jelas pun nombor plat kereta tu.
'Buang karan je la' kata orang.

p/s : nak tahu juga siapa sebenarnya yang pakai no plat tu sekarang. kereta yang digunakan tu Honda Odyssey..betul ke Mawi punya ke?

Monday, April 26, 2010

mcm ne ek nak jadi follower?? tak tahu la.. leh add saye as your follower??

Aik? soklan mudah je ni.
Kalau pergi ke sesebuah blog tu try cari widget sidebar atas bawah header yang bebentuk begini.

kalau nak jadi follower blog itu, just klik kat button 'follow' atau 'ikut' atau apa sahaja tulisan yang tercatat kat situ.
lepas tu ikut je arahan pop up yang keluar.
Done.

Ask me anything

Projek rahsia 4 hari bukan 400 yea..~

Salam semua bloggers dan pengunjung yang sudi jengah blgo saya yang tak seberapa ni.
Saya minta maaf sebab saya sebenarnya ada projek besar selama 4 hari di tempat yang tiada langsung peluang untuk berinternet apatah lagi berblog.
Saya baru sahaja balik daripada perjalanan jauh yang panjang.
Saya sangat rindu pada semuanya.
ohhh..rindunya.
Ada ke yang rindu kat saya agaknya ye?

Ada banyak benda yang kena saya settlekan sebelum hujung minggu seterusnya tiba.
Antara list2 nya ialah;

  1. Pengumuman pemenang NoorAfzan Birthday Giveaway. Seperti yang saya inform dalam post yang NI, saya akan umumkan pemenang giveaway seawal2nya ESOK! Harap2 semua contestant banyak2 bersabar yea.
  2. Update cerita disebalik projek 4 hari tu. Tak adalah projek besar pun. Saja nak buat gempak. =)
  3. Nak jawab soalan formspring.me yang memerlukan sedikit masa. Sesiapa yang ada kemusykilan atau apa sahaja boleh tanya saya direct melalui formspring.me di kotak kosong bawah perkataan 'Ask me anything' di sidebar kanan blog ini.
  4. Nak siapkan award 600th followers untuk followers2 kesayangan hamba. Award ni boleh diambil oleh semua followers saya tak kiralah yang ke berapa sekalipun.
  5. Kalau follow semata-mata berkenan dengan award pun boleh (Macam cantik sangat awardnya.Perasan..)
  6. Ada lagi tapi saya lupa la. Nanti kalau teringat saya update.
Ok, berehat sebentar sambil mengemas apa yang patut.
Japgi saya sambung berblogging dan berblogwalking ke rumah kawan2..=)
Big thanks kepada kawan2 yang masih sudi terjah blog saya yang tak seberapa ni sepanjang ketiadaan saya 4 hari.

Sunday, April 25, 2010

NoorAfzan Birthday Giveaway

~~ini akan jadi sticky mode sehingga 25hb April 2010~~
~~Entry TERKINI SENSASI ADA DI BAWAH NI~~

Sempena Hari Lahir saya yang ke 25 pada 12hb April ini, saya ingin mengumumkan bahawa saya nak buat giveaway untuk bloggers.


Syarat2 nya amatlah mudah iaitu,
  1. Jadi followers blog Simple Me ini.
  2. Buat entry ringkas pasal giveaway ini dan masukkan juga banner contest dalam entry tersebut. Jangan lupa link back ke entry post ini yea.
  3. Lepas itu, sematkan banner tu di sidebar blog sepanjang giveaway ini berlangsung yang di link back ke post entry ni juga.
  4. Tinggalkan url entry post anda untuk giveaway ini di comment box entry ini juga ye supaya mudah saya pergi check.=)
Giveaway ni akan tamat pada 25hb April 2010 11.59 malam..
Pemilihan pula dibuat berdasarkan kepada random.org
Seorang sahaja pemenangnya yea..=)
Hadiahnya ialah Novel Jaja love Din. Saya ada buat review kat SINI

Kalau ada budget lebih InsyaAllah adalah pemenang ke 2 dan seterusnya.
haha~

Apa lagi di tunggu.
Cepat2 join k..=)

Update : senarai peserta saya dah list kan di sidebar kanan. Check ye kalau tertinggal bagitahu..=)

p/s :Ask me everything kat kotak formspring.me di sidebar yea..=)

nak habis 25hb..sempat lagi..cepat2 join my giveaway.

Salam to all..
Ok, sekarang ni dah kul 6 petang 25hb..
Lewat malam nanti akan tamatlah giveaway saya.
huhu..
sedih la pula.

Tapi sempat lagi nak join.
Ada kurang 6 jam lagi masa untuk join.
Kepada yang baru je jengah blog saya ni sila-silalah join.
Saya jemput dengan berbesar hati.

Terima kasih kepada yang dah join.
Saya sayang kamu..=)

Dah 600 followers.


ehsan google
Pejam celik pejam celik dah 600 followers.
Walaupun saya tahu lately yang ramai follow semata-mata untuk join contest tap isaya still hargai.
Saya terharu dengan tahap kesungguhan kawan2 followers untuk menang tapi malangnya hanya seorang, mungkin 2 orang atau paling 3 orang followers je yang akan dapat hadiah giveaway tu.
Saya tak mampu nak bagi semua orang seorang satu giveaway sebab sayapun tak sekaya blogger Redmummy yang boleh menjana pendapat sehingga RM10K sebulan mahupun KennySia yang cash out duit nuffang sampai beribu-ribu~.

So, saya berniat nak bagi award la.
tapi nak design cantik2 dulu.
(err..cantiklah sangat..)
So, nantikan kemunculan award saya kepada followers dalam masa terdekat ni.

Pepun, saya sayang kamu semua.
Jangan lari tahu!
haha~

Saya cari pengunjung ke 40000..

Kepada pengunjung ke 40000..
Print screen..
Lepas itu email kepada saya bejangutm@gmail.com

Ada hadiah misteri untuk anda.

tapi saya tak nak guna counter pink sidebar kanan ni.
saya nak guna counter kat bawah page ni.
perasan tak ada statcounter kat bahagia nbawah blog ni.
haaa..

Cepat2..
Jangan lupa tahu.

Saturday, April 24, 2010

Bismillah Enam dan khasiat mengamalkannya

Salam kawan2 semua.
Dulu saya selalu sahaja di ajar berkenaan Bismillah Enam tapi cepat sahaja terlupa.
Manusia ni memang cepat sahaja lupa lagi2 melibatkan perkara2 yang baik.
huhu~

So, selain daripada nak share dengan kawan2 berkenaan amalan Bismillah Enam dan juga fadhilatnya, saya juga nak mencatatkannya di blog ini supaya saya boleh rujuk selalu.



  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Dijauhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH

Adamaya tu macam ada kaitan dengan I'm not single je.

Akasia Adamayapng 455x162 Adamaya   Im Not Single

Dalam cerita Adamaya yang disiarkan petang2 dekat maghrib semasa hari bekerja ni watak utamanya ialah ADAM dan MAYA dan juga DANI.
Dari sini saya dok teringat dah cerita I'm Not Single.

Cuma dalam kedua-dua cerita, Lisa Surihani berlakon pegang watak Maya . Watak Adam dan Dani dalam filem I’m Not Single dipegang oleh Farid Kamil dan Awal Ashaari.
Manakala dalam Adamaya pula watak Adam dipegang Hussein Ruffedge manakala Dani dibawa oleh
Faizal Usop.

Macam kesinambungan pula cuma dalam I'm Not Single tu ada mention Dani kawen dengan watak yang dipegang Intan Ladyana.
Tak sure lak kalau2 watak tu dimatikan dalam cerita Adamaya (itupun kalau betullah ia kesinambungan I'm Not Single.

Memula memanglah tak tahu dan tak ambil peduli cerita ini.
Sebab selalu balik kerja sampai dah lewat.
Manalah sempat nak melayan cerita ni.
Tapi, lepas ini kena usyar2 TV3 Online la.
Err..ada tak cerita ni kat TV3 Online?
Harap2 adalah.
Dah terlepas banyak episod ni.


p/s : Lisa Surihani ni sentiasa sweet bagi saya. Tengah tunggu juga filem Lagenda Budak Setan. Macam best sahaja.=)

Friday, April 23, 2010

Cerita Benar - Azab Anak Derhaka hadapi ajal~

Pagi tadi saya dapat forwarded email yang sedikit panjang tapi amatlah bagus untuk dijadikan ikhtibar oleh kita semua.
Jangan sesekali menderhaka kepada ibu kita.
Bacalah yea =)

Sayapun tidak pasti kesahihahan cerita ini tapi seelok-eloknya kita mengambil ikhtibar dan sama2 saling memperingati antara satu sama lain.


Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas
di katil.

Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz,doktor pun tak tau." Sedang kami berbual,
tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan. "Emak ampunkan saya mak.> Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami.

Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? "Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri. "Kenapa ni?" tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal Ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal. "Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,"jawab salah seorang daripada mereka. Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik
empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan.

Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan
jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama
hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka dikampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat
berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,"jawab si ibu. "Ahhh, saya tak kira." "Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya. Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun.

Suatu hari, Jalal datang kerumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke
hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskankemarahan nya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.

Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit,meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih.
Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil.

Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat ber buat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya. "Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya saya bersalah." Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' Dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil.

Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. "Ustaz! cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya,saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah dipenghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna.
Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.

Tiba-tiba ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan
segala-galanya yang Ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian Dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap,merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.

Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan
keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupayauntuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup
mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan
jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah
negeri di pantai barat semenanjung.

Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara
serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami.

Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham
sementara saya pula memandu pulang ke rumah.

Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil. Dan ditambur ke atasnya.

Tiga Hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga
Allahyarham. "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz " "Apa masalahnya itu?" tanya saya. "Kubur adik saya berlubang ustaz." Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang TU disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka
mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan.

Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham. "Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang DOA itu sebanyak tujuh kali."Seperti yang saya nasihatkan, pada malam
berkenaan merekamengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya Aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa Hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa malapetaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman Dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. ....Amin.


p/s : tapi memang betulpun, kalau dah buat sesuatu tak dapat restu ibu bapa takkan puas hati. Ada sahaja masalah/ kekurangannya. Ibulah terutamanya =)

Pesanan dari Rider kepada Rider lainnya~

Salam pagi dari saya untuk anda.
Saya teringin sangat nak share email yang saya dapat daripada kawan.
Walaupun saya gelak sampai hampir berguling-guling menahan air mata akibat kelucuan sambil membayangkan apa sahaja yang diterangkan sebagai nasihat kepada penunggang motosikal lain khasnya di bandar2 besar.

Jom layan gelak sambil absorb sekali nasihat2 yang diselitkan dengan lawak ni.
Saya copy terus tanpa edit.
Maaf sebab tak dapat nyatakan pemilik sebenar atau dalam erti kata lain penunggang sebenar ini.
Nampak macam panjang tapi once dah baca anda akan ketagih nak habiskan.
Percayalah~



Salam Sumer

Aku seorang penunggang motor kapcai ditengah bandaraya
sejak berbelas tahun yang lalu

Hampir setiap hari aku menyaksikan kemalangan yang melibatkan motosikal, yang ngeri, separuh ngeri, agak ngeri dan kekadang tak menggerikan langsung.

Anda juga penunggang motor seperti saya?
meh kita berkongsi tips dan pesan memesan


"PESANAN UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL"

1. Jangan ber SMS semasa menunggang - membahayakan anda dan menyusahkan orang lain.

2. Jangan merokok semasa menunggang - habuk rokok ko pernah masuk mata aku, pedih woooo...

3. Jangan berteduh daripada hujan didalam terowong laluan sikal - selalu kacau aku nak konar baring

4. Jangan berhenti kencing ikut suka ati ko jer - peliharalah malu anda

5. Jika memboncengkan awek, jangan raba meraba atas motor - ni pesan khas utk geng yg selalu pakai jaket terbalik tu. jika awek anda duduk dibelakang, pastikan tangan beliau di parking dengan betul. Perbuatan anda ini boleh menyebabkan orang dibelakang tidak memotong dan seterusnya jadik jem giler..

6. Jika sedang memakai kain pelekat dan menunggang RXZ, pastikan kain tersebut telah ditindih secukupnya sebelum memulas minyak - pernah sekali tu sorang pakcik ni buat show, biru adik beliau nampaknya

7. Jika berhenti dibawah jambatan kerana hujan, tinggal motor anda di tepi jalan dan bawalah diri anda sahaja berteduh, jangan duduk atas motor. - bahaya woo, dah 2 orang kawan aku takdan raya kerana dirempuh kereta lain yang tak perasan

8. Jangan membuat wheeli semasa jalan jem - free jer kena sumpah

9. Jangan parking motor betul-betul kat depan pintu masuk masjid pada hari jumaat - pikirkan orang lain sama la wooiii... lepas sembahyang jumaat tu, berasak-asak orang nak keluar, apahal lak ko gi parking motor ko menghalang jalan. Nak kena toreh tayar ker?

10. Sentiasa bawak duit sekurang-kurangnya rm25, tarak kalu, tayar pancit kalu sendiri mahu ingat

11. Jika anda aweks, jangan la pakai seksi sangat semasa menunggang motosikal - kasihani mereka yang belum mampu tu.. aku pun kekadang tak sampai hati nak potong awek-awek seksi ni... biar la aku ikut jer kat belakang mereka

12. Jangan cilok sana, cilok sini - shukcaya marah krana menyusahkan orang bawak keta, aku tambah - sedar diri, awak tu motor, kena himpit karang, kalu keta, calar jer, kalu motor ...haaa boleh jadik arwah oooo...

13. Lalu dekat kawasan rumah orang malam2 jangan perah minyak korang macam orang lain pekak...ada yang kena baling ngan botol atau tong sampah..please take noted. aku tambah, jangan ingat ko jer gengster tau...

14. kalo bwk motor tu dan ada space kt tepi jln tu sila-silalah memandu di tepi tu yer. jgn nak bwk slow2 tgh2 lane. anda kecik je dimata pemandu kenderaan lain dari kete kancil smpi la ke lori treler 18 tayar. cakap nanti kene lenyek kang marah. dan berpada2 la bawak motor tu. Aku tambah - sayangilah motor anda kalau pun anda tak sayangkan diri anda.. kalu kebetulan aku lalu situ, sapa susah? aku gak susah nak kena tolong angkat..

15. jangan dok belah ekjos, asyik memekakkkkkkkkkkkkk jerlah , aku tambah - ko ingat best sangat bunyi ekjos ko yang memekak tu, kalu time sakit gigi, memang aku kasi lastik ko ??

16. Pastikan semua lampu depan dan belakang sumer nyaler - aku tambah - kita tak langgar orang, orang pulak langgar kita.. jadi pastikan kita sentiasa boleh dilihat..

17. Jgn la langgar lecak..nnti kena aku kt sebelah tgk bwk moto ni..busuk n kotor tau x... aku tambah - korang tak tahu berapa dalam lubang dalam lecak tu, jadik cubalah elakkan SELEPAS tengok kiri kanan dan belakang, bukan cilok terus masuk jer..

18. Jangan meludah semasa bawak motor terutama kalau dok mengunyah sirih. Aku penah kena..abis baju aku ngan motor aku . aku tambah - brengsek luu mamat..

19. Pakai jaket yang berwarna terang, jangan lupa kasi signal sebelum membelok atau berhenti, hormat-menghormati sesama pengguna jalanraya yang lain... aku tambah - kita semua bayar roadtax tauuuu....

20. Jangan mengasapkan ekzos, peliharalah alam sekitar, muka dan lubang hidung orang lain. aku tambah - ko nak banyak asap, gi la keja dengan jabatan kesihatan, hari-hari buleh buat fogging..

21. Sentiasa check spocket, rantai dan brek anda, pastikan tensi nye okey. - aku tambah, jangan sampai ko kena brek pakai kaki plak

22. Pakaila helmet yang berkualiti skt..jgnla pakai helmet cap ayam, aku tambah -jangan lupa ikat talinya. kita pakai helmet untuk keselamatan diri sendiri BUKANNYA sebab takut polis atau JPJ

23. Parking d tempat yg sepatutnye. Janganlah parking kat tempat keta pulak ye - aku tambah - sedor la diri ko tu yop..

24. kalo bw moto, esspecially berdua (sorg satu moto), jgn la dok bersembang tgh2 jln....kalo korg nk brborak, benti la kat kedai kopi...g borak2 sapai runtuh kedai kopi tu...da la block jln aku, pastu g bw moto bersaing...ape??ko ingt ko ade share ke wat jln tu...kang aku sodok dr blkg br taw (xpsl2 tuduh sodomi plak)...wakakaka

25. kepada penunggang2 motor (utk jarak jauh), pastikan korang bwk tiub spare, pump, spanar serta pembuka tayar utk mengelakkan anda ditemani mak lampir ketika tiub anda bocor diatas highway....

26. jangan bawak slow di line paling kanan sewaktu jammed sebab penunggang moto blkg nak potong susah.. Guna line kiri... Contoh di jalan kucing tiap2 pagi..

27. pastikan anda memasang disk brek dpn..kalo xde gi kedai motor suh dia pasang....kalo ko pakai brek drum tu, alamatnya sekilo baru la motor ko berhenti @ motor ko dihentikan oleh kenderaan lain ketika emergency break berlaku

28. Kalo nak nyelit antara kete masa tgh jem tu, bwk la slow2.... nt x psl2 jd cam aku langgar side mirror org smp terkulai - aku tambah - pastu pandai plak buat muka tak bersalah

29. jgn polish seat, nt brek tercampak kedepan..
pgg kuat2 kat handle tu..oki punyer.. - aku tambah - pastikan kedua-dua tangan berada di handle ketika membrek

30. kalau ade orang macam nak melintas, cepat2 slowkan motor, boleh jadi orang tu gila dan selamba melintas walau dah nampak kita laju.. - aku tambah - walapun dia tu guru silat yang ada ilmu kebal

31. lagi satu jangan suka tail-gating especially atas highway


32. jangan tekan "horn" betul2 sebelah orang, especially "horn" yg dah dimodified supaya jadi kuat. kalau terperanjat boleh jatuh tu, tak pun mati heart attack terus kalau ade sakit jantung. - aku tambah - nanti tak pepasal jer ko dituduh membunuh tanpa niat

33. kepada penunggang dan juga pembonceng tolonglah, tolong jgn berbual2 sesama sendiri semasa anda di jln raya..kalau penting sgt nak kena ckp gak ni, tlg berhenti kat tepi jalan...bila anda berbual sambil memandu fokus anda lari..jadi bl fokus anda dah lari anda xkan sedar anda dimana..huhu - aku tambah - penting sangat ke ko ni sampai ko kena berbual sambil naik motor.

34. kalo masa jalan jem tolong laa bawa motor di sebelah laluan kiri (untuk yg kurang konfiden) sebab anda akan menyebabkan motor2 lain jem sama kalo ikut lorong kanan - aku tambah - sedor lah diri kita weh

35. sentiasa pasang side mirror kiri dan kanan (supaya anda tak perlu menoleh ke belakang untuk menukar lorong dan juga untuk memastikan jarak motosikal anda selamat dr kenderaan laju di belakang -aku tambah - side mirror tu bukan untuk kegunaan bersikat rambut atau bergincu

36. belilah baju hujan..paling cikai pun givi punya....nt xde la korang dok bermesyuarat kat bwh jambatan time hujan....

p/s: jgn beli yg baju hujan kuning tu.....kang x psl2 ada org offer ko berlakon cite dark water 4.....


Take note k semua tu betul belaka.
Harus dijadikan teladan dan sempadan juga.

P/s : saya memang tak sempat nak long kan short form penulis asal. Kalau tak faham drop comment k.

Thursday, April 22, 2010

NoorAfzan Birthday Giveaway akan tamat 25hb ni.Sempat lagi kalau nak join.

Hari ni dah 22hb April.
Yang saya ingat hari ini birthday sahabat saya merangkap course mate masa di UTM dulu, Aizuddin Supee.
Sekali nama penuh dia saay ingat daa~
Actually dia dah jadi orang tetap di UTM nun.
Jadi tutor tapi kat fakulti lain.
Kalau tak silap dalam masa terdekat ini dia akan terbang ke UK untuk sambung master.
Seronoknya.
Tahniah bro sebab dah masuk group sukuan abad.

Esok saya dah mula cuti sampai Isnin.
Haaa..ada projek besar sebenarnya selama 4 hari tersebut.
Projek baeekk punye..=)
Tinggal kurang 3 hari lagi giveaway anjuran saya sebelum ditutup.
Saya ada cakap kalau penyertaan menggalakkan saya akan tambah hadiah.
tapi setakat ini baru 52 sahaja penyertaan.
(macam sikit sangat la pula.)
Hajat nak tambah hadiah tu kalau cecah 100 penyertaan.
So, apa lagi tunggu.
Cepatlah ajak kawan2 join yea giveaway ni.
meriahkan lagi sampai cukup 100 penyertaan.

Oh ya, pemenang hanya akan diumumkan seawal-awalnya 27/April.
Dan selewat-lewatnya 30/April.
Hadiah pula akan dihantar kepada pemenang melalui pos seawal-awalnya 04/May/2010.

Ingin diingatkan jika pemenang tak feedback selewat-lewatnya pada 03/May/2010 9 malam, cabutan lain akan dilakukan pula.

Good luck!
Terima kasih kepada 52 peserta yang gigih join giveaway sulung saya ini.=)

My Dream Destination

Minggu ini dapat lagi 1 tugasan baru.
Saya tak pasti dapat selesaikan dengan sempurna atau tidak.
huhu~
Tapi, saya tetap nak mencuba.

Tugasan kali ini tajuknya My Dream Destination dalam erti kata lainnya Destinasi Impian Saya.
Dunia ini bulat dan luas mata memandang.
Ada pelbagai destinasi menarik dan terbaik di serata dunia ciptaanNya ini.
Dan saya yakin setiap orang yang waras, merdeka dan berwawasan tinggi mesti punya impian untuk ke sesuatu tempat yang mereka sukai.
Sayapun ada juga.
Terbukti saya berwawasan tinggi.

Saya sebenarnya teringin nak ke Jepun.
Sebab bila tengok drama Jepun, saya akan jadi teruja melihat pelakon2 berbangsa jepun yang sangat2 hensem (lelaki ) dan comel (perempuan).
Contohnya macam ni.


Kalau saya ke sana bolehlah cuci mata bersih-bersih melihat keindahan wajah-wajah mereka secara real.
Walaupun saya bekerja di syarikat Jepun, wajah-wajah jepun yang saya lihat di sini tak mengujakan.
Tak cukup untuk cuci mata saya ni bersih-bersih.

Lagi satu saya admire dengan perkembangan teknologi mereka.
Setahu saya Balackberry dan I Phone uang sedang menjadi kegilaan di Malaysia di sana amatlah murah dan kurang 'market'.
Sebab mereka punya telefon yang lebih canggih daripada itu.
Contohnya macam ni.
Tepon guna untuk scan kat pintu masuk untuk guna LRT.
http://www.learningsolutionsmag.com/assets/images/learningsolutions/091106/091106des-fig1pg2.png
Blackberry ni umpama henpon saya sekarang Sony ErricsonW660i sahaja perbandingannya di sana.
Saya teringin nak merasai kejutan teknologi di sana.
Umpama 10 tahun ke depan perbezaannya.

Saya juga teruja sebab Jepun negara yang selamat.
Bayangkan jika anda tertinggal barang, orang Jepun tidak akan mengambilnya sebaliknya mereka akan serahkan kepada pengawal keselamatan di situ.
Tiada istilah pencuri picisan macam di Malaysia.
Kalau mereka buat jenayahpun, kelas atasan punya style.
Tak mainlah ragut-ragut ni.
So, memang kita akan rasa selamat selalu.
Beza tak beza dengan Malaysia.
(cerita ini saya dengar daripada seorang lecturer saya dulu tapi memang tak ingat siapa, di mana dan bila?)

Lagipun, Jepun punya tarikan yang besar.
Di sana ada Disneyland juga.
Pusat peranginan di sana juga sangat cantik dan menarik.
Lihat sahaja latar cerita drama Jepun yang sering ditayangkan di TV.
Indah2 belaka kan.

Saya nak pergi naik MAS sebab saya yakin MAS paling selesa bagi perjalanan jauh dan lama. Saya kan nak pergi Jepun nanti. =)



Pepun jom layan dulu video ProjectAlpha ni.









Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3
and supported by P1 and MAStraveller.com

Iklan2 kreatif di tempat yang luarbiasa~

Saya dapat forwarded email daripada kawan2 yang saya rasa nak share dengan kawan2 blogger.
Mungkin ada yang telah atau pernah dapat email sebegini.


First, iklan Mondo Pasta.
kreatif beb tali pengikat kapal tu didaptasi sebagai pasta.

Kemudian, ketaklurusan kabel elektrik di Bangkok ini diadaptasi sebagai rambut dengan meletakkan sikat disitu untuk membuktikan rejoice boleh meluruskannya..

Yang ni pun carer gak..=)

Asap yang keluar daripada penutup jalan di New York City tu digunapakai dengan tukar wajah penutup tu jadi rupa kopi panas dalam cawan.
Sedap la pulak bila tengok lama2.

Yang ni pun boleh tahan.
Habis kereta2 pun kena cat.
kuikui~

Iklan kereta mini cooper ni pula diletakan dekat
Switzerland train station.

Swimming Pool yang menarik.
haha~

Smart gila iklan kat vending machine dan ATM machine ni.
haha~

Ini lagi gempak.
Siap ada ilustrasi budak lemas dalam air.
hoh~

Pisau yang diletak dicelah lampu jalan memang nampak real
=)

Pemabuk memang layak parking kat sini je.


Layankan iklan2 ni.

haha~
Sumber gambar tak diketahui sebab dapat email yang diforward sahaja.

Kat google ada kot. =)


p/s : 2,3 hari ni memang kecoh pasal kembalinya Allahyarham Achik Spin ke rahmatullah~
Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.
Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya.

Wednesday, April 21, 2010

afzan, camne nak dptkan banner tu?

sonang ajo.
masuk formspring page macam biasa,

1)klik Settings,
2)cari tab widget sampai jumpa,
3)dah jumpa klik situ.
4)nampak html code di situ? cari sampai jumpa.
5)dah jumpa, copy n paste ke blog.
6)siap! leh senyum lebar =)

Ask me anything

Alhamdulliah..ada gak increment tahun ni~

Kebanyakan company2 dalam Malaysia ni , kalau bonus mesti dapat hujung2 tahun dan tengah2 tahun.
Kalau company tu pemiliknya cina maka bonus selalunya dapat masa masa nak raya CNY.
Lepas itu, increment selalunya bulan Dec atau January.
Betul tak?

Company saya company jepun.
Pasal bonus tu rasanya sama sahajalah dengan kebanyakan company buat.
Tapi increment dapat masa gaji bulan 4.
Memang tiap2 tahun macam gitu sejak dari dulu.

Dipendekkan cerita, report dari HQ menujukkan profit syarikat tahun lepas di bawah sifar.
Pendek kata rugi lah kan.
Tak tahulah betul ke tidak pemahaman saya.
Ataupun, mungkin profit tahun lepas -ve berbanding tahun sebelumnya.
Means tetap ada profit la.
Dalam kepala dah hapuskan siap2 harapan untuk dapat increment tahun ni.
Sedih memanglah sedih tapi kenalah teruskan hidup.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi boss bagitahu increment dah diluluskan HQ.
Sikit atau banyak sahajalah.
Saya menarik nafas lega.
Rezeki..
Rezeki..
Alhamdulillah~

Kena tunggu hujung bulan baru tahu.
Sabarlah hati.

p/s : sikitpun tak apa asalkan ada. Sebenarnya increment yang konsisten diberi company ni satu cara nak ikat pekerja supaya berkhidmat dengan lebih lama. Lagi2 company besar sebab nak naik pangkat susah. So, increment sahajalah harapan tuk buat pengalaman mereka di appreciate. =)

Layan ProjectAlpha session 2 pula~

Dulu masa session 1 saya memang tak layan la Project Alpha ni.
Buka saja2 tak layan tapi tak tahupun apekebendanya Project Alpha yang memang havoc masa tu.
Lagipun masa tu baru je berjinak-jinak merpati dengan nuffnang.
Tapi saya kenal la blogger2 yang featured for that project.
Memang mereka glamour sangat la sampai sekarang pun.
Mereka2 ini adalah

Huai Bin (www.sixthseal.com)
Nicole (nicolekiss.blogspot.com)
Audrey (www.fourfeetnine.com)
AbangNara (www.beautifulnara.com)
Budiey (www.budiey.com)
RedMummy (www.redmummy.com)
Kenny Sia (www.kennysia.com)

Siapa yang tak kenal at least satu daripada mereka angkat tangan.
Memang tipulah sebagai seorang blogger kalau tak kenal kan.
Ada yang siap masuk suratkhabar lagi.
Kenapa Hanis Zalikha tak de ek? Dia bukan glamour juga ke?
haha~

Second ProjectAlpha pun sudah bermula.
Hari ni dah masuk episode 3 pun daripda 49 episod.
Banyak kan.
Ada tengok tak?
Saya tengok je tapi tak dapat dengar.
Speaker PC rosak la pula. Nak kena pi beli ni.
huhu~

Bloggers yang terpilih untuk session 2 ni tetap 7 orang.
Mereka2 ialah;

KY (www.kyspeaks.com)
Azwan Ali (silaserazwanali.blogspot.com)
Niki (www.nikicheong.com/blog)
Ninie (www.ninieahmad.com)
Cheesie (www.cheeserland.com)
Shaolin Tiger (www.shaolintiger.com)
Joe Lee (www.klubbkidd.com)

Sebenarnya yang saya kenal di sini cuma Azwan Ali.
Sebab dia artis kan.
Takpe, lepas ni kena kenal semualah.
Mari layan2 ProjectAlpha di SINI
Follow ProjectAlpha fanpages di FB gak.
Klik sahaja banner kat sebelah kanan sidebar blog saya ni.

My Version of Grooming Tips

Kali ini nuffnang telah keluarkan topik terbaru yang agak hangat untuk minggu ini.
So, saya mencuba nasiblah sebab katanya hanya 50 entry pertama akan dipilih.
huhu.

My version of grooming tips dalam erti kata lainnya ialah tips untuk grooming versi peribadi saya.
Kalau nak diikutkan maksud grooming bagi saya ialah hias diri sendiri untuk jadi lebih menojol daripada biasa.
Grooming tips saya ialah kenali wajah anda dari segi bentuk muka, tekstur kulit, warna kulit dan jenis anggota yang ada di muka itu dan hias se 'natural' mungkin.
Contohnya mata, hidung, kening dan mulut.

Setiap orang mempunyai mata yang berbeza. Ada yang sepet dan ada juga yang bundar.
Mata yang sepet, boleh dibesarkan dengan mengenakan celak dan eyeliner yang tebal sedikit untuk menampakkan mata galak dan besar.
Mata yang bundar tak perlu nak bercelak dengan galak sebab mata yang besar akan jadi lebih besar (nampak scary la kan).

Setiap orang juga punya kening yang berbeza.
Ada yang punya kening tebal, sederhana dan ada juga yang nipis.
Jika tebal sangat boleh dibentuk menjadi nipis guna kesan eyebrow. Tak perlu nak potong sebenarnya.
Jika nipis, sangat boleh ditebalkan guna eyebrow juga.
Kena ikut kepakaran masing2 la.

Setiap orang juga punya hidung yang berbeza.
Hidung yang mancung tak perlukan sentuhan apa-apa untuk menampaknya cantik.
Tapi kalau tak cukup mancung, kenalah sapukan bedak yang gelap pada tulang hidung memanjang ke bawah untuk menampakkan kesan mancung.

Bibir pula semua orangpun tahu.
Selain daripada mengenakan gincu yang bersesuaian dengan keadaan dan warna kulit, bibir juga sangat sensitif dan mudah pecah-pecah jika kurang jagaan.
Pakailah lib balm selalu dan banyakkan minum air mineral atau air masak supaya bibir tak mudah kering.
Kadang kala, bila penjagaan bibir tu berkesan kita tak perlu nak pakai gincu pun untuk nampak cantik.

Lagi satu dan ini merupakan anggota paling besar di muka ialah kulit muka.
Kulit muka memang sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, maka banyaklah noda-noda terhasil seperti jerawat, jeragat dan sebagainya.
Cara paling berkesan ialah pastikan kulit muka bersih daripada mekap semasa nak tidur.
Sebab kulit kita perlu bernafas.
Kalau sepanjang masa termasuk waktu tidurpun pakai mekap matilah dia kan.
Tak dapat bernafas dengan teratur.
Dan tips lain banyakkan makan buah tomato, pisang, betik dan sayur-sayuran hijau.
Kajian menunjukkan sistem penghadaman dan perut yang terjaga juga boleh menyumbang kepada kesihatan kulit.

Project Alpha episod 1 dan 2 telah ke udara.
Episod pertama..

Episod kedua..

Episod 3..

http://projectalpha.com.my/download/week8a_img.jpg

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Gatsby Deodorant Streets Fair - Cash Incentive

Sebenarnya bagi sesetengah orang 50 inggit itu cukup bernilai.
Samalah macam saya ini.
Di kala memerlukan, 50 inggit tu nampak sangat bererti.
Apatahlagi diberi percuma sahaja oleh nuffnang.
Ok2, tak adalah percuma tanpa buat apa-apa.

Cara dapat 50 inggit ni ialah dengan join Gatsby Deodorant Streets Fair sabtu lepas.
Pastikan anda datang awal untuk sesi mendaftar.
Kalau lambat atau tak datang langsung, maka burn la duit tu.
Penat je bagi email confirmation nak join, tapi tak jadi lak yea.(err..penat ke?)
Tapi, kalau pergi lambatpun kalau kumpul2 point banyak2 boleh redeem barangan gatsby sehingga boleh mencecah ratusan ringgit.
Rajin atau tidak sahaja nak main semua games2 yang disediakan.

Games nya pun bukan susahpun.
Senang-senang sahaja nak dapat point.
Cuma kena beratur la sebab ramai.
Maklumlah 518 blogger berkumpul kat situ.

Alhamdulillah seperti yang mereka janjikan, akhirnya masuk juga 50 inggit tu dalam akaun saya lewat petang tadi.
Pepun, thanks nuffnang.
Dah dapat baju, barangan gatsby di tambah lagi dengan duit.
Sapa lagi yang sanggup nak bagi kalau bukan nuffnang.

Tak nak tunjuk lah bukti.
Sebab rasa2nya ramai yang dah update pasal ni.
Sama sahaja kot figure nya.
haha~

p/s : buat yang tak join tu mesti rasa rugi kan. Tak pe, next time mesti ada lagi event besar macam ni. =)

Tuesday, April 20, 2010

Bila dah tak ada kerja dalam toilet~

Hari-hari di office memang tak sah kalau tak ada email menarik masuk inbox email.
Tujuannya untuk release tension bekerja.
dan2 aje kan.

Tadipun dapat email dari rakan yang tajuknya 'bila tak ada kerja'
Sayapun terjahlah tengok.
Patutlah kena beratur panjang kadang2 tu bila pi toilet.
Rupanya ada makhluk2 kreatif yang suka wat kerja tisu toilet tu.
Layankan aje lah bukti2 ini sama2.







Apa pendapat anda?
memang tak ada kerja kan.
haihhh..

p/s : maaf gambar sebelum ini gagal diloading.
ntah tak tahu kenapa.
skang boleh dah kan?

Monday, April 19, 2010

Gatsby Deodorant Streets Fair - Games~

Terus terang memang banyak dan meriah game2 yang ada masa event ni.
Tapi, saya tak join semualah.
Satu, sebab masa saya beriaya nak main manusia punyalah berhimpit-himpit sampai nak jalan berlaga macam2 tempat.

Games yang saya main pada mulanya ialah Dam Manusia.
Itupun masa lepas sesi bergambar ramai2 waktu pagi lepas sesi registration tu.
Sebabnya game tu je yang kosong lagi masa tu.
Yang lain dah penuh dengan blogger2 merah.
Saya cilok jap gambar yang diambil dari blog aidi safuan.





kalau tengokkan kedudukan saya tu faham2 sendirilah saya dapat number berapa kan.
haha..
Memang takde luck sungguh~

Lepas itu saya paksa my F masuk game tukar tayar kereta tu.
Nasib baik dia dapat buka tayar tu dalam masa 30 seconds, dapat 2 points.
Lepas itu, kami sambung pula main game yang masukkan bola dalam coloured glass tu.
Hampeh je, ssuah nak masukkan bola tu sebab coloured glass sikit je.

Sambung pula dengan game sangkutkan tali (bola ragbi terikat di kedua-dua hujung tali) pada palang disediakan.
3rd and last try baru berjaya.
Nasib baiklah berjaya.
dapat 2 points + 2 points
Lepas itu main crazy can. caranya baling bola pada susunan can2 sampai semuanay jatuh.
dapat lagi 2 points + 2 points

Masa nak main game lagi tetiba kena panggil ke pentas utama untuk upacara perasmian.
Habis sahaja acara perasmian saya still macam tak berganjak sambil layan tengok aktiviti lawan2.
Semang cerita saya cilok lagi gamabr dari blog aidi safuan.
Lebih kurang macam ginilah game nya.



Sempat lagi bersembang dan bergamabr dengan bro Ah Fatt, Cik Comel dll.
Sembang2 pasal point yang dikumpul.
Rupanya point ini boleh di redeem after kul 1 ptg.
Cik Comel terus pass 2 points dia pada kami sebab dia kata dia dah cabut time tu.
haha~

Ah Fatt dan Cik Comel pula layan game lawan2 tu.
Dan yang lawaknya Cik Comel menang.
Dapat 6 points terus dia bagi kat kami juga.
haha~
Tak payah susah main dah dapat 8 points free.

Lepas tu saya laayn pula game baling2 gelang masukkan ke celah deodorant spray tu.
Yang inipun kalah.
2 kali cubapun tak berjaya.

Lepas itu cuba pula game masukkan bola golf dalam lubang guna kayu snuker.
Yang ini saya fail.
Gaya pegang kayu snuker tu pun dah nampak fail.
Bola ntah ke mana pergi.

Lepas itu saya cuba game parking car.
Senang je dapat 2 points.
my F pun dapat juga 2 points.

Cuba pula main game baling dart ke belon berkaler.
Tapi kena kat belon putih.
So, x de point le dapat.
rugi2.

Lepas itu dah malas nak main games.
Aik, asal macam kurang 6 points ye.?
Tak ingat la pula dari mana datangnya.
Mungkin Cik Comel bagi point lebih dari 8 ataupun my F ada kumpul extra point tanpa saya perasan.
Tapi memang cukup2 28 point sebab kami redeem satu barang 16 point dan satu barang lagi 12 point. Inilah dia barangannya ikut pilihan my F sendiri.
Abaikan no plat kereta di hadapan sebab tak ada kena mengena dengan cerita ini.

Saya bakal menjadi aunty kepada ramai baby sepanjang tahun ini.

Seriously semenjak umur menginjak ke sukuan abad nih, saya dikejutkan dengan begitu banyak kejutan yang maha dasyat..
Saya akan jadi aunty kepada bakal baby kawan2.
Meriah sekarang ini.

Dimulakan dengan khabar seorang geng course mate masa di UTM dulu Jetlin, yang akan due pada tengah bulan 11 ni.
Lepas itu pula officemate, Iffah pula, due die hujung bulan 11 ini.
Diikuti seorang lagi course mate (sama ngan Jetlin) yang merupakan besties saya masa tu Farah, minggu ni dah masuk 7 minggu.
Lepas itu seorang lagi Hernita aka Nita.. ( officemate juga) yang baru masuk 6 minggu.
Dan last sekali my sis sendiri,Aida..yang dah masuk 5 minggu. (due tengah bulan 12)

Sekarang baru deliver 8hb April lepas, anak officemates Bazilah with Anwar bernama Khaulah.
Ni lah muka cik Khaulah.



Yang sedang tunggu due,
bulan depan Amirul dan Badrul(officemates).
bulan 7, Wawa (officemate).
bulan 8 pula Firdaus dan Farizal (officemates)

Tahun ini memang tahun kelahiran baby2 untuk orang2 yang dekat dengan saya.
Tahniah kepada mereka.
Saya? Kahwinpun belum lagi.
So, takleh nak cakap apa la kan.
=)

p/s :Ask me everything kat kotak formspring.me di sidebar yea..=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics