Followers

Showing posts with label malaysia boleh. Show all posts
Showing posts with label malaysia boleh. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Sajak tak berseni saya : terapi tekanan

Salam korang,

Entry sebelum ini saya ada cerita pasal sajak nukilan saya sendiri masa saya tak ketentuan akibat terlalu memikirkan pasal katering untuk majlis kenduri saya bulan 6 nanti.
Mmeang magic kot sebab selepas saya menulis sajak ini saya secara automatik menjadi sedikit tenang. Menulis ini kalau kena caranya umpama terapi. Yang bisa buat kita jadi tenang.
So, tak salahlah saya kata bahawa ada blogger yang menjadi blog tempat untuk melepaskan tekanan atau dalam erti kata lain tempat terapi minda.

Kalau korang sudi bacalah sajak saya yang langsung tak ada seni ini. Janganlah hentam saya sebab saya tak ambil kelas sastera masa sekolah dahulu. So, fail sikit kalau bab-bab seni menulis ini.

Tajuknya sayapun tak tahu nak letak apa. Sekadar luahan perasaan mungkin.
Tajuk emai saya begini;

Luahan : Manusia lemah mencari kekuatan!

Sejak pagi ini hatiku berdebar.
Fikiran entah ke mana melayang.
Perasaan?
Tak tahu dan tak reti untuk ditafsirkan.
Tapi, yang pasti makin lama makin berselirat.
Makin lama makin berat untuk otakku menggalas.

Kenapa baru sekarang?
Kenapa bukan bulan lepas?
Ataupun tahun lepas?

Menduga akal atau iman?
Atau keduanya sama melawan.
Yang pasti bukan masa yang lepas tetapi sekarang.
Jangan pakai istilah ‘kalau’ atau ‘kenapa sekarang'.

Pilih satu antara dua.
Mahu troubleshoot atau mahu troublemaking.
Troubleshoot?

Yeah pilihan bijak dan terus ke penyelesaian.
Tapi, masih adakah ‘cahaya’ untuk menyuluh jalan.
dan masihkah ada 'laluan' untuk menjejak.
Percayalah,'cahaya' atau 'laluan' bukan persoalan.
Ia sudah tidak penting.
Sebab cahaya dan laluan boleh dirintis sendiri.

Senyumlah.
Berlapang dada.
Sebab Allah itu ada dan pasti tunjuk jalan.
Dengan syarat usaha tanpa mengenal kalah.
=)

Luahanku,
noorafzan
PJ, 5.05pm

Oklah korang.
bai!

Friday, February 25, 2011

Apa yang bestnya Sony Ericsson W508?

Salam korang!

Honestly, saya dah tak berapa aktif berblogging macam dulu. So, maaf sekiranya kunjungan anda di sini tidak dibalas dengan cepat. Bila saya betul-betul free baru saya akan reply comment dan jalan-jalan ke blog anda. Tapi ada beberapa blog yang saya boleh access content nya thru henpon baru saya. Tapi bukan pages la cuma feed sahaja.

Lately saya memang agak tertarik dengan application yang boleh digunapakai menggunakan henpon untuk access internet dengan rate yang reasonable. RM18 for 100MB usage. Oklah tu sebab saya kadang-kadang tak sempat nak online. So, bila free time di tempat-tempat yang tak ada PC, saya still boleh baca berita online, on FB, check email dan juga layan online game tapi faham-fahamlah kalau dah screen handphone tu mestilah tak puas tapi at least dapat juga tahu perkembangan semasa walaupun takleh online guna PC.

Saya belum habis lagi explore application yang ada sepenuhnya tapi so far, saya dah boleh;

  1. baca paper online STAR, Berita Harian, Harian Metro.

  2. baca blog yang ada feed RSS. heh~

  3. online FB. Upload photo di FB guna account email.

  4. update blog blogspot guna account email.

  5. main game SUDOKU Online.

  6. baca email lah kan.


Rasanya ada banyak lagi benda lain kena explore ini. Untung juga dapat handphone W508 ini. Dahlah bentuk badannya slim mudah masuk kocek, cantik pula itu.

http://www.sonyericsson.com/cws/file/1.590980.1231154130!translation/image/W508_frontand..tic~white.png


Walaupun tak ada WIFI tapi itu bukan alasan untuk tidak dapat access internet. Tapi kalau WIFI lagi best kan sebab boleh acess for FREE di certain places.

p/s : tapi setakat ini tak dapat nak access blog ini guna henpon tu sebab blog ini tak ada feed RSS. Aleee..tak bestnya

Wednesday, December 29, 2010

Mampukah Malaysia menjadi Juara Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia!

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com

Malam ini akan jadi kemuncak Piala AFF Suzuki 2010 dan buat julung-julung kalinya sejak sekian lama Malaysia akan berentap untuk merebut kejuaraan. Walaupun dalam game final pertama ahad lepas Malaysia berjaya mendahului dengan 3-0.
Kalau Pasukan Malaysia bermain secemerlang ketika perlawanan di Bukit Jalil ahad lepas saya yakin Malaysia akan menang besar malam ini. Tapi itulah kita tak dapat nak menjangkakan apa yang akan berlaku pada malam ini. Banyak perkara yang bermain difikaranku pasal game malam ini. Suspen kan.

Kenapa ku cakap macam itu ye? 
Korang akan tahu kalau korang klik link di bawah  ini untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Filem KL Menjerit menjadi realiti : Program Ride it Right latih Mat Rempit jadi pelumba profesional

Korang,seperti yang saya dah maklumkan blog saya dah berpindah ke wordpress self hosted. So, jom baca update terkini di blog noorafzan.com


Tadi ku terdengar berita di radio pasal kempen 'Ride to Right... Don't Helter Skelter' yang dianjurkan oleh Royal Malaysia Police bersama dengan  UMW Pennzoil Distribution dan Eramaster Resources. Melalui kempen ini mat rempit- mat rempit akan dilatih menjadi pelumba profesional. Macam idea dalam filem KL Menjerit lakonan Rosyam Nor dengan Lisdawati sebagai watak utama pada tahun 2002 dahulu menjadi relaiti sahaja kan.

Klik link di bawah  ini ye untuk untuk baca dengan lebih lanjut ok!

Filem KL Menjerit menjadi realiti dengan Program Ride it Right!

Thursday, October 7, 2010

Domain FREE untuk dimenangi!

Wahhh!!! Dahlia dan iHosterz bergabung tenaga menyediakan Giveaway Special: Domain Percuma untuk blogger. Memang menarik! Semestinya saya turut serta, siapa takmau barang FREE beb!

Nama Domain pilihan saya ialah :noorafzan.com

Saya pilih noorafzan.com kerana ia adalah nama saya dan nama blogspot url saya

Dahlia dan iHosterz patut menaja domain tersebut untuk saya kerana

Saya pengunjung tegar Dahlia journal dan saya juga memang ada rancangan untuk memilik domain sendiri dalam masa terdekat ini. Jika ditakdirkan menang alhamdulillah tapi jika tak dapat saya akan gunakan khidmat iHosterz untuk buat domain ini.

Tuesday, August 3, 2010

Buah tampoi yang dicari-cari lebih sedap daripada dokong!

Pernah tak anda dengar berkenaan buah hutan yang sedap macam gambar dibawah ini.
Pernah tak anda tahu namanya.





Actually, sebelum ini sayapun tak tahu nama buah ini buah apa.
Tapi buah ini seakan-akan buah dokong cuma kulitnya lebih tebal dan keras.
Isinya bagi saya lebih sedap daripada dokong sebab dokong lebih kepada manis.
Manakala buah hutan ini lebih kepada masam manis.
Pergghh..tiba-tiba teringin (aiyark..dah macam orang mengidam pula)

Bila saya google nama buah hutan ini tampoi rupanya.
Dah sama pula namanya dengan nama wad sakit jiwa di Johor tu..
Buat saya rasa nak menyanyi lagu Romatika Di Tampoi nyanyian Salih Yaakob

"Taman Bahagia di Tampoi..
Membuat kita enjoy.."

Lihatlah isinya yang menggiurkan anak tekak ini.
Nasib baik belum ramadhan lagi.



Saya pernah makan masa kecil-kecil dahulu.
Tapi tahun lepas saya ada jumpa buah ini di jual di area Hulu Langat mengarah ke Sungai Congkak.
Banyak sangat gerai tepi jalan menjualnya dengan harga RM2 sekilo.
Masa itu saya ingat-ingat lupa sahaja akan keenakan buah ini.
Maka sayapun beli dalam 3 kg sahaja.

Bila bawa balik ke rumah, rupanya mak dan ayahpun suka buah ini.
Merekapun kata dah lama mencari buah ini tapi tak jumpa.
Kalau mereka tahu mesti mereka akan order berkilo-kilo banyaknya.

Wednesday, July 28, 2010

GEMS untuk fresh grad yang still jobless..

Sekarang ini bulan July dah nak berakhir.
Bulan Ogos semakin hampir.
Kira- kira 2 tahun lepas, pada tarikh hari ini saya masih jobless.
Saya masih lagi bertungkus lumus menghantar resume ke serata company sekitar KL-Selangor.
Pergi temuduga kerja.

Saya yakin ramai graduan U yang baru sahaja beberapa bulan meninggalkan alam belajar.
Ada yang dah mula bekerja dan ada juga yang berada dalam situasi sama dengan saya 2 tahun lepas.
Alhamdulillah, interview yang saya pergi pada 03/Aug/2008 memang berbaloi sebab saya diterima bekerja dan dikehendaki masuk kerja keesokannya.
Memang pelik sebab 1st interview dan 2nd interview dibuat berturut-turut pada hari yang sama pagi tu.
Petang itu, saya dihubungi menyatakan saya dah diterima bekerja dan diminta lapor diri terus keesokannya.
Perasaan bercampur baur antara gembira, teruja, cuak, risau.
Maklumlah langsung tiada pengalaman bekerja.
Saya bekerja di Shah Alam dan hanya kekal di situ sebulan lebih sehingga saya dapat better offer di tempat kerja saya sekarang di PJ.

Alhamdulillah, daripada beribu-ribu graduan pada masa itu, saya dapat juga kerja walaupun saya antara yang terlewat dapat kerja di antara rakan-rakan sekuliah dahulu.
Course kami yang grad memang alhamdulillah rezeki murah.

Tapi tak semuanya yang bernasib baik.
Ada juga yang masih jobless even dah lebih 6 bulan berusaha mencari kerja.
Ada juga dah bertahun-tahun grad tapi belum dapat kerja yang sesuai.

Tadi saya ada singgah blog kawan2.
Tertarik untuk baca entry sofia pasal satu program khas bernama GEMS
Sayapun try la google maklumat pasal program ini.

Rupanya program ini dilancarkan masa bulan Mac 2009 iaitu kira-kira 8 bulan selepas saya mula kerja dahulu dan rasanya batch yang grad June 2008 ( batch saya) ialah batch pertama program ini dahulu.
Ada seorang coursemate saya yang turut join program ini dulu selepas terlalu lama menjadi siswazah yang tak ada kerja.
Alhamdulillah, selepas join program ini, dia dah ada kerja yang sesuai.
Program itu boleh dikatakan berjaya membentuk siswazah bersedia untuk menghadapi dunia kerjaya.

So, sesiapa yang degree holder.
Pointer kena 2.5 and above.
Dan berumur tidak lebih 27 tahun.
Anda layak untuk memohon join program ini.

Jika diterima, hanya 2.5 bulan untuk program persediaan.
Elaun sebanyak RM 750 sebulan akan diberikan kepada graduan di samping tempat tinggal dan makan minum yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Selepas itu, 6 bulan lagi untuk menjalani praktikal di syarikat GLC terpilih dengan elaun bulanan RM1000.

Join program in better than nothing kan?
Selain dapat tambah ilmu, confident level dan skills, dapat juga elaun bulanan daripada duduk lepak sahaja di rumah kan?
Dan pastinya selepas habis program, peluang untuk mendapat kerja lebih cerah.
Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Wednesday, July 21, 2010

Tips untuk kurus cara sihat : Tingkatkan paras metabolisme!

"Kau tengok tu, kurus betul kan dia"

Member saya bersuara sambl menudingkan jari ke arah sesusuk tubuh kurus berhampiran kami.

"Oh dia tu. Dah ada anak tapi badan dia tak naik-naik. Malah makin kurus pula."

Saya pula bersuara.

"Metabolisme dia tu tinggi sebab itulah kurus. Ada member aku diapun maca tu juga. Setiap 3 jam dia akan rasa lapar dan setiap 3 jam jugalah dia akan cari makan tapi badan tetap keding."

Memberku mula explain pasal metabolisme yang membantu untuk kurus tanpa perlu mengawal makan. Macam menarik sahaja kan kalau kita makan dengan cara yang betul tanpa perlu nak berdiet semata-mata untuk kurus.

Selalu sahaja kita dengar sesetengah orang mengeluh berat sebab dia dah berusaha berdiet dan mengurangkan makan tetapi berat badan nak turun sekilo pun payah.
Adakah itu ada kaitan dengan paras metabolisme dalam badan?

Actually, apa itu metabolisme?
Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.
Bila metabolisme tinggi, maka proses menukar kalori daripada makanan kepada tenaga jadi lebih pantas dan banyak.Sebab itulah makan banyakpun akan still kurus.

Tapi adakah paras metabolisme ini dipengaruhi faktor genetik keturunan?
Ataupun semua orang boleh meningkatkannya asalkan ada kemahuan dan usaha.
Bila saya godek-godek google, ada rupanya car untuk tingkatkan paras metabolisme badan.
Macam mana ye?

Biasanya, secara semulajadi paras metabolisme seseorang akan menurun bila usia meningkat.
Sebab itulah ketika remaja, makan banyakpun still kurus sahaja badan lagi-lagi remaja lelaki.
Berita baiknya tidak kira berapa umur kita, beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kembali paras metabolisme, iaitu melalui:

1)Pastikan makan sikit tapi kerap! Kalori lebih 1000.
Pastikan kita consume sekurang-kurangnya 1000 kalori setiap hari.
Ingat apa itu metabolisme? Proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.
.Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.

2)Ambil sarapan!
Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan. Kenapa? Bila sarapan kita tidak membiarkan perut kosong terlalu lama yang mungkin akan meyebabkan kita rasa amat-amat lapar menjelang tengahari dan akan makan lebih waktu lunch tanpa sedar. Kan susah nak kawan berat badan.

3)Banyakkan pengambilan protein!
Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot. Sumber protein paling jelas ialah ikan.

4)Senaman secara konsisten!
Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Contohnya berjalan kaki selama 20 minit tanpa henti. Naik turun tanggapun baik juga.
Bila-bila masapun boleh. Tak perlu nak tunggu hujung minggu, pagi atau lewat petang.

jalan kaki sambil menyanyi pun gerek juga kan?
5)Minum banyak air masak!
Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

6)Tidur cukup!
Tidur secukupnya. Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman. Jangan tidur banyak sangat. Nanti jadi lemau.

Huh, sampai enam tips tapi tips yang last tu paling susah untuk saya lakukan.
Err..sebab saya ini hobi selain berblogging ialah tidur.
Sangat best rasanya dapat tidur lagi-lagi bila hujung minggu. =)
Ops, apapun yang penting kena ad semangat!


Sumber ilmu: wawa
Sumber gambar : pakcik google

Saturday, July 17, 2010

Flaming Steambot di Sunway terbaik!

Diam tak diam dah masuk bulan 7.
Bulan depan dah tak boleh nak mengada-ngada makan siang.
Kenalah banyakkan sabar serta tingkatkan amalan sebab dah masuk bulan Ramadhan.
So, group saya di office dah plan nak pergi makan-makan sebelum Ramadhan ini.
Sebenarnya sempena birthday member office.
Walaupun dah lepas sebab birthday dia awal bulan Julai.
Tapi dek kekangan masa terpaksa ditangguh sehinggalah semalam.
Inilah dia si birthday girl.
Ceria sahaja.
ngeh-ngeh...

Semalam pergi makan steambot buffet beramai-ramai di Sunway berhampiran Sunway Pyramid.
Buffet ni hanya 2 jam sahaja dan kami booking daripada pukul 6 sehinggan pukul 8.

Masa sampai di sana, memang agak payah untuk parking.
Lot parking yang kosongpun kena bayar RM5 per entry.
So, dinasihatkan kepada sesiapa yang nak merasa steambot ini kalau boleh ajak ramai-ramai dan seboleh-bolehnya berkongsi kereta supaya senang mahu parking dan juga jimat duit minyak dan parking.
=)

Kami sampai memang tepat-tepat pukul 6.
Masuk sahaja terus teruja sebab banyaknya makanan.
Pilihan fresh seafood untuk masak steambot banyak sangat.
Daripada pelbagai jenis ikan, sotong, udang, lala, kerang dan lain-lain.
Mula-mula ambil sepinggan macam di bawah ini.
Lepas itu tambah lagi sepingggan ini.
Siap ketam lagi.
Lepas itu tambah lagi sepinggan.

Ada 2 pilihan sup iaitu sup biasa dan tomyam.
Kami masukkan semua bahan-bahan tadi dalam periuk steam yang dah ready panas.

Saya memang prefer tomyam la kan.
Nyum-nyum..
Saya dah ready nak makan steambot.

Selain itu ada juga makanan lain seperti nasi goreng, bihun goreng, wantan goreng, kentang goreng dan macam-macam lagi makanan bergoreng yang saya tak kenal tapi bila rasa memang sedap.
Saya ambil ini.

Ini jiran saya punya pula.Dia malas makan nasi.
Ada juga pencuci mulut marshmallow + biskut dicicah dengan coklat cair.
Saya tak berapa minat pula nak jamah coklat dengan biskut malam tu.
Member saya sahaja beriya makan.

Aiskrim ada lebih daripada 10 jenis.
Saya ambil perisa coklat. Sedap sangat sebab siap ada choc chips sekali =)
Semuanya boleh dimakan tanpa had.
Larat dengan tak larat sahajalah.
Berbaloi-baloi dengan harga untuk sekepala RM21.90.

p/s : lepas ini Flaming Steambot ini akan dibuka di Setapak. So, orang KL bolehlah serbu bila ia sudah dibuka.

p/s : pembetulan nama kedai Flaming Steambot bukan Flamingo Steambot..thanks Encik Amin.

Sunday, June 27, 2010

Genre SERAM, Daripada Drama..Filem...terbaru Novel..

Tadi saya ada ke MPH OU untuk cari kalau-kalau bernasib baik dapat jumpa buku novel Lagenda Budak Setan (LBS).
Tapi hampeh sebab semua novel berkaitan dengan LBS zero stock..
Bukan itu sahaja, novel2 tulisan Ahadiat Akashah semuanya sama = zero stock kecuali ada satu novel yang tajuknya ada perkataan 'Klasik'
Tak ingat pula tajuknya. (Arrghhh..tolong maafkan kelupaan saya ini)

Disebabkan tak ada novel tu dan my F pula lesap entah ke mana, sayapun cari kalau-kalau ad buku yang compile cerpen di rak novel.
Tup2, jumpa satu rak yang bukunya semua berkulit hitam.
Bila saya close up rupanya itu deretan novel2 seram yang bukan karya Tamar Jalis tapi karya novelis lain.
Kalau Tamar Jalis ada 'lain' sikit garapannya.

Novel pertama yang saya belek sekali lalu ialah novel Cinta Gadis Pontianak..

Seram tak seramlah rupa kulit buku ini.
Sinopsis, harga dan details lain boleh check kat SINI

Lepas itu saya belek pula buku lain sampailah jumpa satu buku tu yang menghimpunkan kisah misteri/mistik.
Sayapun ambil buku tu dan baca.
Agak menarik juga.
Sebab ceritanya bukan seperti typical 'kisah mistik' tapi cerita yang unik dan ada yang tak pernah saya dengar sebelum ini.
Tapi minta maaf sekali lagi sebab saya lupa tajuk buku dan penulis buku.

Realitinya novel seram makin mendapat tempat di hati pembaca.
Kalau tak laku, mesti novel sebegini tak diterbitkan kan.
Selepas filem2 bergenre seram mendapat sambutan yang menggalakkan, drama2 bersiri dan telemovie seram makin banyak keluar di TV.
Dan sekarang ini pula, novel seram dah mula diterbitkan.
Hakikatnya, orang kita memang mudah tertarik dengan kisah2 sebegini walaupun dalam masa yang sama ada rasa takut.
Takut tapi mahu.. (replace malu dengan perkataan takut)

p/s : anda suka tak tengok cerita seram?

Saturday, May 22, 2010

Mode Novel : Diari Mat Despatch

saya cedok gambar ni dari blog http://lifestoryaku.blogspot.com/

Sekarang ni saya memang sedang menghayati novel yang baru sahaja saya beli Ahad lalu.
Novel ni agak pelik sebab ia bagaikan buku latihan atau buku laporan.
Mulanya saya hanya belek2 sahaja tapi bila tengok harganya cuma RM9.00 lebih, sayapun grab satu.

Novel berbentuk diari garapan Bahruddin Bekri ni hanya meliputi cerita dari hati selama sebulan di bulan January oleh seorang mat despatch yang berkelulusan ijazah tapi dek kerana kegawatan ekonomi terpaksa kerja jadi penghantar dokumen.
Ada beberapa orang dah review novel ni.
Oleh kerana saya agak malas untuk review novel ni dan sayapun baru habis baca sampai 6 January sahaja,
saya tinggalkan beberapa link kalau kawan2 nak tahu lebih lanjut pasal kisah novel ni.

  1. http://lifestoryaku.blogspot.com/2010/05/dairi-mat-despatch.html
  2. http://jamilahnorddin.blogspot.com/2010/03/resensi-buku-diari-mat-despatch.html
  3. http://melihatbuku.blogspot.com/2010/04/diari-mat-despatch.html

Dalam novel ni ada juga beberapa tips diberikan untuk menjadikan tulisan kita evergreen menurut empunya diari ni yang menulis diari menggunakan bahasa BMT (Bahasa Melayu Tinggi).
Apa itu BMT?
Eloklah dapatkan sahaja novel ni dan baca sendiri.
Lagipun harganya murah.

p/s : ada 2 novel yang saya baca separuh separuh ni. Malas la pula nak habiskan. huhu~

Tuesday, May 18, 2010

Cikgu..kenapa jadi cikgu ni bukan cita2 saya?


picture from google

Saya akui saya memang pernah bercita-cita untuk jadi cikgu masa zaman sekolah rendah dulu.
Pengaruh seorang cikgu amatlah kuat masa kita bersekolah rendah.
Nampak cikgu sahaja, terus rasa nak pergi salam, cium tangan dia.
Saya akui cikgu masa zaman asya sekolah rendah semuanya lembut, baik hati, dan sopan santun.
Ye la nak tackle kanak2 nakal dan sedikit liar di kelas hari2 bukan kerja yang mudah.
Mungkin pada mulanya mereka adalah rasa 'kejutan budaya'.
Tapi saya percaya pengalaman menjadikan mereka begitu mudah untuk tackle kami masa tu.
Budak2 nakal2 pun masih suci murni boleh dilentur lagi kan.

Bila menginjak ke alam remaja.
Masuk menengah rendah, saya mula rasakan betapa sukarnya tugas seorang guru.
Nakal student bukan macam masa sekolah rendah yang hnaya pandai berlari-lari kejar mengejar dalam kelas, bertengkar 'manja' dengan rakan sebaya atau mungkin terlalu petah bertanya itu dan ini pada cikgu2 mereka.
Nakal lain macam sikit.
Suka ponteng kelas, melawan cakap cikgu, tak concentrate dalam kelas, bergaduh samapi bertumbuk tendang bagai, merokok, vandalisme.
Rambut semua nak simpan panjang sampai kena tobek dengan cikgu disiplin (ni student lelaki).
baju pulak singkat, tudung singkat cukup2 untuk cecah bahu jepun ada dan kain pula nak seret2 ke lantai. (ni trend student zaman saya sekolah).
Masa zaman saya dulu memang sesekali kes2 begini saya lihat tapi ianya tak sedasyat zaman sekarang kot.
Saya tak tahu situasi sebenar tapi saya buat kesimpulan mengikut cerita kawan2 yang bergelar guru dan juga cerita di dada akhbar yang belum tentu kebenarannya.

Tugas cikgu memang amat berat.
Nak mengajar anak bangsa untuk jadi pandai.
Nak mengajar anak bangsa nilai2 murni untuk jadi 'orang' bila dewasa.
Nak mengajar anak bangsa untuk memakmurkan bumi Allah ini.
Saya tahu ia tugas berat yang belum tentu lagi dapat saya pikul atau tidak.

Sebab itu menjadi cikgu bukan cita2 saya.
Bukan sebab saya memperlekehkan tugas guru.
Bukan sebab saya tak suka cikgu.
Bukan...
Tapi kerana cikgu amanah paling berat dipikul sebagai manusia bagi saya.
Jika cikgu2 gagal, maka rosaklah bangsa,agama dan negara.

selamat hari guru buat semua guru seluruh dunia lagi2
  1. cikgu Sekolah Tadika Islam (1990-1991).
  2. cikgu Sekolah Ren. Agama Batu 13 (1992-1997)
  3. cikgu Sek. Keb Puchong Batu 14 (1992-1997)
  4. cikgu Sek. Men Keb. Puchong Bt 14 (1998-2001)
  5. cikgu Sek. Men Teknik Kuala Lumpur, Cheras aka TIKL (2001-2002)

Lecturerpun masuk under cikgu/guru gak kan?
selamat hari lecturer untuk mereka2 ni
  1. lecturer Kolej Matrikulasi Melaka (2003-2004)
  2. lecturer UTM Skudai (2004-2008)
p/s: Hari guru ni hanya di sambut di Malaysia sahaja kah pada 16May?

Sunday, May 16, 2010

bila prettyrain memandu -tagged

Saya dapat tag daripada kawan ex-schoolmate saya, Meza.
Senang sahaja beb.So, apa lagi terus jawab..

Soalan2 berbentuk begini.

1) Adakah anda ada lesen memandu?
- Ada-ada. tapi malulah masih P. Tahun depan baru competent.

2) Bilakah anda amik lesen memandu?
- Daripada 2008 membawa ke 2009 baru lepas. Lambat pick up pasal kete2 ni.

3) Brape lamakah pngalaman memandu anda?
- Setahun lebih baru. Masih tak terror.

4) Pengalaman pahit ketika memandu?
- Accident 2 kali tapi kete je yang sakit.Orangnya sakit juga.sakit hati.huhu~

5) Pengalaman manis?
- Ada. First time dapat lesen tu la pengalaman manis.

6) 3 tabiat ketika memandu.
- Saya suka nyanyi sama2 layan lagu dalam kereta bila sorang2.
- Tak suka bawa kereta slow2. Nak cepat sahaja lagi2 tang pergi kerja balik kerja. Tapi masih berhemah dan tak pernah lebih 110 km/j lagi.
- Suka membebel sorang2 bila ada pemandu lain buat hal kat jalan tu. Hon lupa nak tekan.

7) 3 pantang time memandu.
- tak ada lagi. tak de pantang larang setakat ni.

8) Last sekali, as usual..kena la bagi tag ni kat sapa2. So this tag goes to:
Sesiapa yang datang singgah blog dan baca tag ni hari ni 16/May/2010. Sila tinggalkan komen kat post entry ini kalau berminat. haha~

Fuhh, penat plak menjawab tag ni. Ada sapa-sapa nak belanja makan tak? Ngeee~

Susah ke nak dapat kerja lepas grad? part 1

Sekarang ni dah bulan 5..
2 tahun lepas, saya merupakan seorang graduan yang baru sahaja habis final semester di Universiti tempatan paling selatan dalam Malaysia, UTM.
Jujur saya katakan saya seorang yang kurang confident dan cepat gugup bila di interview.
Perasaan di interview tu sama macam perasaan bila 'kena bicara di mahkamah sebab melakukan jenayah'.
Dup dap dup dap menanti hukuman.
Lagi2 bila kena interview dalam BI. Alangkan BM pun boleh terabur bila kena present.
Seram sejuk..


Lebih kurang macam ni lah masa awal2 di interview. nervous!

Atas alasan itu, saya amatlah risau dan sasau.
Masa semester akhir itu ada juga beberapa interview yang saya pergi tapi semua tak lepas.
1st interview pun dah tak lepas, apatahlagi nak ke 2nd interview dan seterusnya dapat kerja.
Saya hanya membayangkan bahawa saya akan gagal untuk mendapat kerja bila dah grad nanti.
Mimpi ngeri bila kawan2 lain dah kerja, kita masih lagi mencari-cari.
Masih lagi sibuk menghantar CV dan check2 job vacancy.
Result saya baik dan senang untuk dapat peluang interview tapi nak lepas interview tu payah.

Lepas dah grad, saya mula berusaha untuk mantapkan skill untuk hadapi interview.
Saya beli buku berkaitan cara hadapi interview dan juga matapkan BI.
Saya join semua engine cari kerja seperti jobstreet, jobsDB, Allyhunt dan JenJobs.
Setiap sabtu saya akan beli The Star dan setiap har saya hantar resume melalui email.
Saya tunggu panggilan interview juga.



lebih kurang macam ni saya bila intervew lepas dah prepared

Saya memang ingat, first interview yang saya pergi di Puchong.
Memang tak jauh daripada rumah.
Saya di temuduga oleh boss bangsa cina.
Saya rasa confident untuk menjawab soalan2 dia tapi bila saya cakap gaji yang saya terima.
Dia macam nak argue.
Dah la dia kata kena OT without claim sampai malam2.
Tapi masa interview biasalah, mulut kena manis.
Segala-galanyapun boleh sahaja.
haha~

After a few days, boss cina tu call cakap, dia akan tawarkan kerja tapi gaji dia kecil.
RM1400 sahaja (gaji kakak saya yang diploma lagi banyak..)
Dah la kena kerja keras. Kena OT bagai.
Terus saya tolak secara baik.

Tak lama lepas itu sayapun dapat interivew di area Puchong juga.
Tapi interviewer dia memang suka 'hentam' orang.
Sebab saya fresh grad, dia tanya saya yakin ke boleh buat kerja?
Saya tentulah jawab saya akan belajar dan cuba dengan terbaik.
Biasanya itulah jawapan paling selamat untuk soklan seperti itu.
Reaksi dia sangatlah tak dijangka sebab dia cakap dia tak percaya pada fresh grad punya janji.
Lepas itu saya tak ingat apa ayat2 pedas dia tapi terus saya tawar hati untuk kerja di situ.
baru interview dah hentam orang.
Kalau dah kerja, saya tak dapat bayanglah.
Lagi satu, dah dia tak percayakan fresh grad, kenapa dia panggil saya interview?
hoho (emo tetiba)
Dan memang saya tak dapatpun kerja tu.

Interview ketiga ni menarik.
Kali ni saya pergi untuk isi jawatan procurement engineer.
Kerja ni kena travel dan saya masa tu tak ada lesen memandu.
Saya memang in progress untuk ambil lesen dan dah khabarkan pada interviewer tu.
Interviewer tu sangat baik dan saya tahu dia dah berminat nak hire saya sebab saya ada basic dalam procurement (berkaitan product materials) dan juga dalam masa yang sama ada basics technical drawings.
Dia siap bawa saya round kilang lagi untuk mengenal produk yang mereka keluarkan.

Seminggu lepas itu, dia call dan tanya progress lesen memandu saya.
Dia kata kalau saya dah lepas lesen, dia akan panggil saya for 2nd interview.
Lepas itu beberapa kali jugalah dia call sampailah sayapn rasa bersalah sangat sebab dia tunggu saya.
haha~
Last2 saya cakap tak payah tunggulah.
Saya susah sikit nak dapat lesen.
Tak cepat cekap bawa kereta.
Barulah dia dah tak call.
Sedih juga sebab saya minta RM2000 kat situ.
Dan tengok pada kilang tu ada chance tuk naik cepat sebab kilang tu kilang kecik.
HQ dia kat UK.
Dah tak ada rezeki kot nak kerja disitu.

Dah 3 interview pu ntak lepas2 lagi kerja.
Ada sahaja halangan.
huhu~
Macam mana saya boleh dapat kerja lepas itu.
Nanti saya cerita dalam next episode.
haha~

p/s : motif buat entry ni sebab sekarang ni musim orang grad dan mula cari kerja kan.

Sunday, April 18, 2010

Gatsby Deodorant Streets Fair - parking daa~

Sebaik sahaja dah redeem hadiah Gatsby guna point yang kami kumpul masa layan games itu, kamipun pergi solat zohor sat.

Kami parking kat aras 2, so, geraklah ke tempat parking sambil2 cari mesin autopay for parking.
Rupanya ada kat aras 1 atau 3 sahaja.
Jadi, kami gigih la naik tangga kan.
Sampai sahaja, my F masukkan tiket parking.
Tengok2 nah ambik ko.
RM10.00
Terkujat la juga kan.
Tapi memang kami sampai tadipun kul 9.30 camtu.
Keluar pula kul 2.30 dekat kul 3.00..
Lebih kurang 5 jam jugalah layan games.
haha~

Menggigil nak bayar, nasib baik barang yang kami dapat redeem tu boleh tahan harganya.
Berbaloi la dengan harga parking itu.

Lepas itu, kami pergi Pudu Plaza yang tak berapa jauh dari situ.
Nahh..parkingnya RM2 je per entry.
Memang jauh betul bezanya.
Nasiblah.

Tuesday, March 30, 2010

Perodua Nautica..

Bulan lepas saya, big bro ngan sis adalah borak2 pasal kereta..
Lepas itu my sis cerita pasal warna kereta dia yang dah diubah daripada asal..
Saya pernah cerita pasal ini dalam entry nih..

Sayapun cakaplah yang warna kereta dia tu sama dengan warna Perodua Nautica.
Tup2 abang dan kakak saya tu blur dan tak tahu langsung pasal kereta ini.

Memang Perodua Nuatica yang upgrade daripada Kembara ni kurang glamour kan berbanding produk keluaran Perodua yang lain..
Pelik juga..

Dulu hot sekejap masa ia baru2 keluar pasaran.
Mungkin sebab saiz dengan harga tak sepadan ditambah pula dengan prinsip ' kuat mentekedarah petrol' menyebabkan model ini tak glamour.

Tapi seminggu lepas saya ada jumpa model ni masa on da way balik kerja.
Sempat lagi snap gambor masa tengah berhenti kat traffic light..



Wujud lagi rupanya dia kan..=)

Thursday, March 18, 2010

AF8 best ke ek?

gambar ceduk from murai.com.my

Sekarang ni kecoh pasal AF8..
Dah 8 tahun rupanya usia AF..
Masih releven lagi kata mereka yang berkenaan..
Walaupun pada hakikatnya dah terlalu banyak realiti TV program yang kononnya memeriahkan dunia seni yang nak berkembangpun takat di takuk tu je..(dalam negara sahaja..)
Walau dah banyak artis2 dihasilkan daripada bermacam2 program realiti ini, berapa kerat sahaja yang kekal bertahan..
Dan berapa ramai sahaja yang dapat anugerah sampai di luar negara..
Macam Siti, Aizat, dan lain2 yang saya tak berapa ingat namanya..
Err..Mawi ada tak menang anugerah luar negara? Ingat2 lupa lak..

Kenapa ye?
Adakah mereka tak cukup talented..?
Tidakkah rasa macam pembaziran sahaja..
Produce banyak2 tapi sikit sahaja yang berjaya...
Mungkin sebab dunia artis dah terlalu padat dan terlalu ramai sampai terpaksa bersaing sesama sendiri..
Memang susahlah nak survive kan kecuali kalau pandai cari peluang..

Kepada sesiapa yang teringin nak jadi artis tu fikirkanlah risikonya..
Jadilah macam Lisa Surihani or beberapa artis lain yang ada back up ijazah masing2..
Kalau yang takat SPM pun boleh tapi kenalah ada pakej menarik dan bijak cari peluang sampai boleh berjaya..
Contoh terbaik ialah Siti Nurhaliza, Mawi dan Stacy (Stacy ni dah amik SPM ke belum ye..?)..

Ingin ditekankan bahawa ini hanyalah..
Sekadar pendapat peribadi saya sendiri pasal program realiti TV secara umumnya..
Anda ada pendapat lain nak di share..?
Silakan isi di pekan komen k..=)

p/s: gila tak ada idea sampai AF punya cite pun nak masuk blog..huhu~

Tuesday, March 16, 2010

Cuti-Cuti Malaysia : Sabah ba~ versi jalan2 pi Kundasang ba

Selepas pekena ikan bakar sampai seratus lebih, kami balik ke bilik kami semula..
Semangat masa tu nak tidur sahaja..
Penat dah rasa..
Kenyang pula tu..
Haruslah ubatnya tidur..

Esoknya, kami bersarapan..
Berkemas-kemas untuk check out daripada Hotel Winner.
Sementara tunggu abang kepada abang Ipar, Abang Usin dan isterinya sampai daripada Kota Marudu, saya bersama abang ipar dan kakak jalan2 sekitar KK..
Sempat snap2 picture di Jeti KK..
Berhampiran juga dengan Pasar Filipina..
Layankan gambar2 kami nih sat..


Teruja tengok ada DBKK. Boleh konfius dengan DBKL yang ada kat KL nun..
Aksi lompat2 memang tak sah kalau tak ada kan..kuikui~

Ni la view Bandar KK..Dalam Roundabout ada Ikan besor la pulak..

Pasangan pengantin yang belum lama nih haaa nak buat gaya ala2 TITANIC ..
Layankan sahajalah..
Rileks je dua2 pakai selipar jepun..ngan seluar track ala2 nak pi bersukan..




Lepas dah puas bergambar semua, kami balik semula ke hotel..
Check out dan terus gerak pergi Kundasang..
Kami ada lalu UMS tapi setakat lalu sahajalah..masuknya tidak..

Oh ya, nak pergi Kundasang ni kami bawak kakak ipar kepada abang ipar saya .
Senang2 saya namakan nama Kak J (lupa lak nama dia..)
Kak J ni memang berasal dari Kundasang.
Kami tinggal di chalet tapi diorang (suami isteri itu) pula tinggal di rumah keluarga Kak J.
Rentetan perjalanan kami ni hanya gambar bisa bercerita..

Ada bukti kami lalu UMS. Ambil gambar dari dalam kereta sahaja..
itupun sebab traffic light sedang merah..
Sempat juga snap Giant di Sabah..
Giant Sabah ni tak sebesar semenanjung.
macam pasaraya kecil..
Signboard menunjukkan lagi 57km untuk sampai ke Kundasang..
Di pertengahan jalan saya sempat snap picta pengangkutan awam yang terdapat di kawasan pendalaman Sabah.
Ni dari dekat sikit selepas di zoom..
Budak berbaju purple tu perasan pulak picta dia di snap mamarazi..
masuk blog pula tuh..
Famous sekejap..=)
Sampai di Kundasang, Kak J dab Abang Usin bawa kami ke Kinabalu Pine Resort..
Cantikkan?
Tapi, tak nampak muka adik saya sebab dah sama gelap dengan baju..
Suka sangat pakai baju hitam..
Inilah dia kereta open aircond yang telah banyak berjasa..
Dari kiri, may lil bro, ayah dan Nusin..
nak tahu tak sebenarnya disebalik awan2 putih itu adalah puncak gunung kinabalu..
petang2 memang susah nak nampak puncak sebab awan tebal..
The best time to capture puncak tu ialah di waktu pagi sesudah subuh..
Memang clear..=)


Bercerita pasal Gunung Kinabalu..
Saya akan tunjukkan apa yang kami nampak bila pagi menjelma di Kundasang..
Tapi sebelum tu, di episod seterusnya saya akan cerita pasal Kawasan Air Panas Poring yang terletak di Ranau.
Kami pergi petang hari yang sama kami check in chalet..
Kami tak jadi sewa chalet Kinabalu Pine Resort..
Nak tahu kami sewa di mana tunggu episod seterusnya..
(macamlah ada orang nak tunggu..perasan aje..kuikui~)

Thursday, February 25, 2010

Broga Hills. Sesuai tak untuk buat Pre Wedding photoshoot? Part 1

Salam..
Pembuka tirai untuk post saya kali ini...
Pernah pergi Broga Hills tak?
Located at Semenyih. tempat ini kurang popular kecuali untuk orang2 yang suka aktiviti lasak tapi baru nak berjinak2..(tak berapa extreme)

Kalau nak pergi daki gunung, better test dulu stamina di sini..
haha~
Walaupun hanya bukit tapi anda boleh tengok sendiri betapa tingginya ia..
see gamabr bawah ni..kami masih perlu mendaki walaupun dah halfway kami panjat..
Marvelous..
Walaupun tujuan sebenar tak tercapai dek kerana awal tebal di kala matahari melabuhkan tirainya ke barat..
Dapat ambil gambar sebelum sunset..
Masa sunset awan tebal lak..

Nak tunggu sunrise lama lagi..
Sudahnya kami turun lepas maghrib masuk..=)
Oh ya..Rombongan kami seramai 6 orang..
4 gadis2 dan 2 jejaka2..
haha~
Maaf seorang lagi jejaka sedang gigih mengambil gambar kami ini..=)


Photographer 3 orang..
Model bidan terjun termasuk saya 3 orang..
ekeke~

Sila lihat keterujaan saya menjadi model untuk trip kali ini..
wakaka~


Ini baru gambar dari BF saya punya camera.
Ni nak tunggu gambar from other 2 camera..
kalau cantik, saya share..
Kalau buruk, diam2 sudah..
hakhak~

Monday, February 15, 2010

Teh Tarik HomeMade..Nak try?

Semasa hujung minggu lepas mak saya minta saya beli susu dalam tin jenama Gold Coin..
Kami sebelum ni guna Susu Cap Teko (Teapot)..
Kami belilah suss yang untuk Teh Tarik dalam 3 tin..

Kemudian, petang ahad itu kakak sedara saya datang rumah..
Mak saya pula minta dia buatkan Teh Tarik...
Pergghhh...terrornya dia.
Lepas ini tak perlulah ke kedai mamak untuk pekena teh tarik..
Sebab, saya tengok senang sangatlah cara nak buat..

Esoknya,saya cuba buat..
Mak teringin nak minum teh tarik katanya.
Lusa dan tulatpun mak minta buat lagi..
Sampai terpaksa pakai susu cap Teko sebab susu jenama Gold Coin itu dah habis.

Jom tengok macam mana nak sediakan..
Mula2 masukkan air panas dengan teh serbuk (saya guna BOH je dalam 3 sudu besar) dalam kole dan panaskan lagi sampai menggelegak..

Tebuk susu satu tin...(ohooo..hanya Susu Cap Teko je ada..)


Masukkan susu secukup rasa dalam bancuhan teh yang menggelegak tadi tu..
Better masukkan gula sikit supaya dapat imbang ke'kaw'an teh dengan kadar kemanisan air..
Kalau letak susu banyak sangat tak kaw la pula kan..
Kacau sehingga sebati sebelum tapis masuk dalam bekas air yang lebih besar.

Proses penapisan berjalan..

Process ini boleh diulang dengan menambah air panas,susu dan gula sehingga mendapat rasa teh tarik yang manis tapi kaw..
Now, dah siap untuk diminum..

Ohoo..dah habispun.
Sedap sangat ke ni haa..?

Selamat mencuba..

p/s : sila abaikan objek2 lain yang wujud di sekitar mereka seperti botol sabun, remote tv, kunci kereta, pendrive, kotak tisu dsb..ia hanya hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan isi entry.ahaks~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics