Followers

Wednesday, July 25, 2012

Anak Ramadhan~

Salam korang..

 

Hari ini masuk hari ke 5 kita menyambut Ramadhan. Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan bulan paling dinantikan seluruh umat Islam sedunia. Setakat 4 hari saya berjaya berpuasa walaupun agak keletihan menjelang petang. Almaklumlah ibu yang menyusu anak. Bila menyusu lepas sahur dan juga mengepam beberapa kali di office, tenaga yang digunakan cukup banyak. Saya sudah mula mengambil supplement keluaran Shaklee untuk maintain bertenaga dan dalam masa yang sama maintain penghasilan susu. Supaya bekalan untuk Emir di taska mencukupi.

 

Alhamdulillah juga sebab baby Emir sudah beransur sembuh daripada selsema dan batuk. Dia sudah semakin bijak. Suka bila diagah. Suka berborak dan juga suka bila di bawa berjalan dengan kereta. Semalam dia buat perangai yang agak pelik sikit. Bila kereta bergerak, dia ok tapi bila kereta berhenti di traffic light dia menangis sampailah kereta bergerak semula. Mula-mula mama ingatkan dia menangis sebab lapar. Rupanya husbandpun dah terkena juga dengan dia waktu pagi itu. Emir..Emir..

 

Oh ya, Emir dah dapat cousin baru. Nama dia Ayeesha Nawra. Kakak ipar baru sahaja bersalin masa 1st Ramadhan. Tahun ini dia tak dapatlah dia berpuasa sebulan. Fuh, jenuh juga nak menggantikan tu kan.  Anak dia kecil sahaja. Dengan berat 2.97kg, serta ketinggian 47cm. Jari tangan dan kaki diapun panjang-panjang. Kakak kata banyak ikut rupa ayah dia. Deliver hari Sabtu, hari Isnin baru boleh discharge daripada hospital disebabkan Ayeesha lambat buang air kecil. Alhamdulillah dah selamat berada di rumah dan bakal jadi geng Emir nanti. Tunggu bulan 10 pula, dua pupu Emir dan Ayeesha bakal lahir. Oklah, itu sahaja nak update kali ini.

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics