Salam korang..
Hari ini dah 18hb Julai. Tidak lama lagi masuklah bulan Ramadhan. Sekarang ini sedang gigih mengumpul stok untuk digunakan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Harap-harap dapat cover sampai raya. Sesi memerah tetap perlu diteruskan sepanjang bulan puasa nanti dan harap-harap dapat mengumpul setiap hari sebanyak mungkin. Kalau bukan bulan puasa, stok memang ada yang lebih. Macam sekarang ini dalam peti sejuk ada stok untuk 3 hari extra. Emir Ikhwan minum agak banyak berbanding orang lain bila di taska. 20-21 auns diperlukan setiap hari sepanjang dia di taska. Saya secara kasarnya dapat mengumpul stok sebanyak 27-28 auns sehari. Jadi adalah dalam 7 auns extra yang terkumpul. Masalahnya, 3 minggu hari kerja sahaja masa yang ada untuk mengumpulnya. Kalau dikira-kira adalah dalam 15 hari. 15 x 7 = 105 auns. Kalau sehari 21 auns maka 105/21 = 5 hari. Dapat kumpul untuk seminggu di taska advance. Bila buat kira-kira macam ini baru nampak dengan jelas masa depan stok susu Emir.
Rasanya, cukup kot persediaan yang dilakukan. Berdoa dengan sesungguh hati supaya rezeki Emir dipermurahkan terutama di bulan mulia, Ramadhan. Tiba-tiba ter’rindu’ pula pada si kecil Emir. Si comel kesayangan mama tengah buat apa agaknya sekarang ini di taska? Semalam bertembung dengan Wawa dengan husband dia masa fetch Emir. Dapatlah jumpa dengan Yaya yang cute itu. Sekarang ini balik rumah terus simpan stok susu dalam peti ais mak mertua. Risau juga nanti lepas kakak ipar deliver mesti diapun akan mengumpul stok susu. Muat ke tidak peti mak mertuaku itu agaknya ye? Lauk paukpun dah bersusun dalam peti sejuk. Stok susu saya yang makin banyak inipun macam dah nak memenuhi ruang dalam peti. Rasa macam kena beli satu lagi peti sejuklah. Barulah cukup untuk simpan stok susu.
Beberapa hari lepas, sempat bertanyakan petua mengekalkan momentum pengeluaran susu sepanjang bulan Ramadhan. Doktor suggestkan minum banyak susu, makan banyak makanan berprotein seperti ayam, ikan. Karbohidrat digest cepat, so akan cepat lapar, minum cereal atau oat. Makan buah-buahan dan juga makanan berfiber tinggi. Air suampun kena minum banyak. Sepanjang malam, kena kerap makan sampailah habis waktu bersahur. Segala nasihat doktor akan cuba saya praktikkan. Ada lagi tak petua lain untuk menambahkan susu semasa berpuasa nanti? Sila share kan ok.
1 comment:
Assalamualaikum....
tapi ...nak makan sepanjang malam memang tak lalu la.....kenyang sangat nanti senak.....kalau mkn makanan ringan ....cam kentg goreng ke...burger ke..?
Post a Comment