Salam korang!
Hari ini lambatnya masa berlalu. Rasa mengantuk yang teramat sangat. Rasa nak tidur sahaja tapi tak boleh. Kena bekerja. Bukan tak ada kerja tapi kerja yang ada sekarang ini akan menambahkan lagi rasa kantuk. Itu yang rasa macam nak minum kopi tapi ada yang kata kopi akan mengurangkan penghasilan susu badan. Jadi, tahan sahajalah rasa mengantuk ini. Lain kali kena bawa coklatlah. Kalau rasa mengantuk makan coklat. Ok tak idea itu. Tapi, waktu kerja kalau nak makan kena pandai sembunyikan. Kalau tidak, kena sound dengan boss besar. Dia memang cukup pantang orang makan di waktu bekerja.
Rupanya hari ini baru selasa. Fuhh..lagi beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan tiba. Harap tahun ini mampu melipat gandakan ibadat. Rasanya tak dapat nak ikut suami ke masjid kot tahun ini sebab mesti menemani Emir Ikhwan di rumah. Kalau dua-dua pergi, siapa akan tengok-tengokkan Emir yang masih kecil itu. Tahun depan bolehlah bawa dia join sekali kot. Masa itu dia mungkin dah pandai berlari. Menjadi ibu bapa baru memang banyak cabarannya. Tapi, setiap cabaran itu ada kemanisannya. Baru selsema, kami dah tak keruan, apatah lagi jika dia demam kan.
Tahun ini akan cuba lagi mengkhatamkan Al-Quran. Setiap tahunpun niat ada, tapi selalu sahaja tak sempat. Hanya sampai separuh sahaja iaitu Surah Al-Kahfi. Berdoa agar kehidupan sebagai seorang ibu dan seorang isteri dipermudahkan. Berdoa agar rezeki susu badan saya untuk Emir Ikhwan mencukupi sepanjang bulan Ramadhan ini. Dan mendoakan dipermurahkan rezeki kami sekeluarga. Salam Ramadhan kepada rakan-rakan yang sudi memeriahkan blog picisan saya ini walaupun selepas sahaja berkahwin, saya sudah jarang berblog.
Ok, bai!
No comments:
Post a Comment