Followers

Thursday, July 12, 2012

Jadual hidup Ibu baru yang berkerjaya~

Salam korang..

 

Fuhh…Tiup sedikit habuk yang ada di blog ini. Sekarang kembali bersiaran dari tempat kerja. Yeah, sudah 4 hari fasa bekerja sebagai seorang ibu bermula. Tidur memang confirm tak cukup sudah. Hidup pun dah terisi sepenuhnya dengna kehadiran si kecil Emir Ikhwan. Penuh terisi sebab memang sudah tak ada free time. Setiap masa mesti diisi dengan banyak kerja. Siap kena curi-curi masa lagi. Contohnya, bila mahu pergi toilet untuk mandi atau ambil wudhuk, sempat pergi curi-curi rendam kain baju Emir. Lepas mandi atau solat baru basuh dah jemur. Sambil menunggu air bilasan penuh dalam baldi rendaman kain baju Emir, saya sumbat kain baju kami suami isteri ke dalam washing machine pula. Masa itu amat berharga buat saya sekarang ini.

 

Lepas menyusukan Emir, kalau sempat pam atau perah susu yang berbaki untuk buat stok. Emir minum agak kuat sekarang. Sehari bekalan untuk ke taska kena ada 20 auns. Kalau tidak, tak cukuplah. Baru berusia 2 bulan. Belum lagi 3 bulan membawa ke 6 bulan. Orang kata masa inilah baby menyusu banyak sebab perut mereka hanya boleh terima susu sahaja. Dan masa ini baby belum aktif bermain lagi. Jadi berkemungkinan bekalan yang diperlukan akan semakin banyak seiring dengan peningkatan usianya.

 

Sekarang ini setiap hari saya cuba meningkatkan kuantiti susu yang di pam. Kalau Emir ada sebenarnya agak sukar untuk mengepam lagi-lagi kalau dia tidak tidur lepas menyusu. Kalau dia tidur, saya akan terus pam susu yang berbaki. Tapi selalunya tak dapat banyak sebab sekarang Emir kuat menyusu. Buat masa ini, untuk hari ini saya berjaya mengepam 21 auns. Petang nanti sebelum balik kerja akan cuba pam. Harap boleh dapat lagi 4-5 auns. Kalau dapat lebih lagi bagus.

 

Jadual harian saya bila sudah menjadi ibu berkerjaya semakin padat. Bermula pukul 5.40 saya sudah bangun mandi, solat, kemas katil, siapkan beg Emir, beg kerja dan beg mengepam saya sebelum menyusukan Emir. Kalau sempat lepas susukan Emir saya akan pam susu secara manual (pakai tangan sahaja). Lepas itu, dalm pukul 6.40 atau paling lewat 6.50 saya akan bertolak ke tempat kerja. Dalam pukul 7.20 ke 7.30 saya sampai office. Terus duduk depan PC. Masa inilah masa paling sesuai untuk surf internet. Check email sahajapun. Itupun kalau saya dah siap pam susu di rumah. Kalau tak sempat, sampai sahaja di office terus kena pam susu dahulu. Lepas itu akan terus pergi makan. Masuk working hours pukul 8.15pm. Sepanjang di office, saya akan cuba untuk mengepam sebanyak 4 kali. Harap-harap usaha ini akan dapat memperbanyakkan lagi penghasilan susu. Sekarang ini target nak kumpul sebanyak mungkin untuk bekalan bulan puasa. Kalau bulan-bulan lain, tidak begitu risau  sebab insyaAllah akan berjaya perah secukupnya setiap hari.

 

Lepas habis office hour akan terus pergi menjemput baby Emir di taska. Selalunya berjaya sampai ke rumah dalam pukul 6.40 atau 6.50 petang. Selalunya saya akan menyimpan stok susu, membasuh segala jenis peralatan yang digunakan untuk mengepam dan sterilize semuanya, merendam, membasuh pakaian Emir, setiap selang 2,3 hari akan settlekan mencuci pakaian kami suami isteri pula, seterusnya mandi, solat dan meyiapkan beg pakaian Emir dan mengumpul dan menyusun stok susu yang akan jadi bekalan Emir di taska keesokannya. Masa ini saya jarang mengepam sebab biasanya Emir menyusu sangat kerap. Setiap sejam. Bila dia sudah tidur nyenyak barulah boleh mengepam. Dia akan tidur nyenyak paling awal pukul 10 malam. Paling lambat 1.30 malam. Sebelum ini dia selalunya akan tidur nyenyak sampai 5 jam tanpa bangun tapi sejak akhir-akhir ini dia akan bangun setiap 2,3 jam sekali. Mungkin sebab dia sudah semakin membesar. Jadi, cepat betul rasa lapar walaupun sedang tidur.

 

Begitulah secara general jadual hidup saya selepas bergelar ibu berkerjaya. Baru 4 hari bekerja tapi rasa macam sudah lama pula. Oklah, rasanya entry saya ini sudah cukup panjang. Esok-esok saya update lagi. Kalau ada yang nak tahu pasal apa-apa sahaja berkaitan pengalaman menjadi ibu baru, bolehlah tinggalkan jejak di komen. InsyaAllah, saya akan cuba untuk buat entry untuk berkongsi pengalaman tersebut dengan anda semua. Ok bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics