Followers

Monday, July 16, 2012

Baby Emir Selsema~

Salam korang!

 

Hari ini ada masa sikit untuk menulis entry. Alkisahnya anak kesayangan saya Emir Ikhwan terkena selsema sejak jumaat malam. Suspek utama ialah rakan-rakan di taska. Kasihan pula tengok dia selama 2 hari cuti sabtu ahad tak selesa. Hari sabtu ok lagi. Siap boleh bawa dia jalan-jalan pusing dunia. Actually, sabtu itu kami keluar menyelesaikan beberapa urusan. Pertama sekali pergi Taska Kasih Fidza untuk bayar yuran termasuk registration fees. Amboi, dah hantar anak seminggu baru mahu bayar. Hehe~

 

Lepas itu, kami terus ke Klinik di Taman Melati untuk buat check up baby Emir 2 bulan. Sambil-sambil itu minta tolong doktor check kan sakit selsema yang dihidapinya itu. Alhamdulillah, selain selsema tiada apa-apa abnormality pada baby Emir. Doktor bagi ubat titis sahaja sebab katanya kalau baby dah lepas 6 bulan baru boleh diberi ubat. Lepas itu, kami pergi shopping barang Emir. Pampers dah habis, plastic tempat simpan susu perahpun dah habis. Selain itu ada beberapa lagi barang-barang lain yang nak tambah. Sempat juga beli 2 set baju dan seluar yang kain lubang-lubang. Baju macam ini sesuai untuk jadi bekalan ke taska supaya baby rasa selesa. Mulanya merancang untuk pergi melawat kawan yang baru lepas habis pantang. Nak tengok baby girl dia. Boleh buat kawan dengan Emir. Tapi puas saya call tak dijawab. Akhirnya balik kampung sahajalah di Puchong.

 

Sebelum itu, kami pergi makan KFC dulu. Dalam pukul 4 petang baru sampai ke rumah. Tok Wan dan Tok Ayah (mak ayah saya) terus serbu Emir. Mamalang (kakak saya) pun terus bangun tidur nak jumpa Emir. Rupanya Mamalang, Ayahlang ngan Aliya baru balik daripada shopping barang baby. Banyak baby warehouse sales rupanya hujung minggu itu. Kalau kami tahu, mesti kamipun join sekali. Mamalang ada bagi baby Emir hadiah set baju dengan seluar sepasang jenama Anakku. Harga sepasang hanya RM10. Oh, ruginya tak serbu. Baju lubang-lubang biasa yang beli di Babyland pun dah dekat RM12 sepasang.  

 

Lepas maghrib kami makan malam di Puchong sebelum bertolak pulang ke Selayang. Malam itulah baby Emir selsema teruk. Sampai kena tidur sekatil dengan mama babah. Itupun kena menyusu baring. Selalunya lepas menyusu baring dia akan terus terlelap secara mengiring. Kalau terlentang mesti dia cepat sedar dan akan merengek sebab tak selesa hidung. Kasihan anak mama. Malam itu dia tidur daripada pukul 11 malam sampai pukul 9 pagi tanpa bangun. Pukul 9 pagi itupun saya yang kejut untuk menyusu. Kalau tidak, mungkin lama lagi kot dia akan tidur.

 

Cerita hari sabtupun sudah penuh entry. Cerita Ahad saya sambung nantilah. Itupun kalau sempat. Oklah, bai!`

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics