Salam korang!
Fuh, dah lama tak update blog. Last sekali cerita saya berkenaan anak buah baru yang lahir pada 1 Ramadhan. Sekarang dah masuk 19 Ramadhanpun kan. Alhamdulillah setakat ini berjaya berpuasa penuh. Memang mencabar berpuasa sebagai seorang ibu yang menyusukan anak. Berat badanpun dah turun menghampiri berat asal saya sebelum mengandung dulu. Tinggal lagi 3 kg lagi lebihan yang perlu disingkirkan daripada badan. Harap-harap dapat mencapai target sebelum raya. Bayangkan berat badan saya naik sehingga 20 kg semasa mengandung. Maknanya dah menurun sebanyak 17 kg. Satu angka yang tak terjangkapun dalam masa 3 bulan.
Baju raya tahun ini sudahpun dibeli. Satu baju kurung untuk dipakai masa rasa pertama. Tudung mama sahaja belum ada lagi. Tahun ini warna tema kami sekeluarga ialah hijau pucuk pisang. Babah Emirpun sudahpun tempah baju melayu sepasang. Malam raya baru boleh siap katanya. Baju Emir pula yang susah nak jumpa. Baju melayu untuk baby memang susah nak dapat. Hanya boleh jumpa masa Baby Warehouse sales sahaja. Mungkin ada kot yang dijual secara online. Akhirnya, kami beli tshirt untuk Emir. Seluar kalau tak jumpa warna sedondon, kami bagi dia pakai seluar warna lain sahaja kot. Mama juga ada beli jubah yang boleh dipakai untuk menyusu secara online. Baru dapat tadi. Balik nanti nak cuba pakailah. Tak sabar pula rasanya.
Bercakap pasal puasa, perkara yang paling menarik mestilah pasal berbuka puasa dan melakukan solat tarawikh. Tapi, tahun ini mama Emir kena jaga Emir di rumah. So, tak dapatlah nak memeriahkan masjid macam tahun lepas dan terpaksalah mama Emir fokuskan pada aktiviti berbuka puasa kan. 1 Ramadhan berbuka di Hospital Selayang. 2 Ramadhan dan seterusnya sampai jumaat 7 Ramadhan berbuka di rumah mertua. Saya jarang dapat tolong di dapur sebab meguruskan Emir. Sampai di rumahpun pukul 6.15 petang. Lepas kemas barang Emir, rendam pakaian Emir yang digunakan di taska dan menyusukan dia baru ada peluang nak masuk dapur. Selalunya hanya sempat nak buat air dan hidangkan makanan sahaja. Nasib baik mak mertua memahami. Saya selalunya akan cuba ambil alih dapur lepas berbuka iaitu mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga yang ada.
Hujung minggu Ramadhan ke 8 dan 9, kami berpuasa dan berbuka di Puchong pula. Seterusnya sampai hari khamis Ramadhan ke 13, berbuka di Selayang rumah mak mertua. Cuma hari selasa ( 11 Ramadhan) kami berbuka di sebuah restoran makanan Spanish di Neo Damansara bernama La Gomera bersempena dengan hari terakhir rakan sekerja saya yang akan berpindah kerja di Pulau Pinang bersama suami. Jumaat (14 Ramadhan) pula saya ikut suami berbuka puasa bersama rakan-rakan sekolah rendahnya di Setiawangsa. Restoran ini menyediakan juadah Western. Ahad 16 Ramadhan pula saya ikut suami berbuka bersama rakan sekerjanya di Muhibbah Restaurant yang terletak di Sg. Penchala. Hujung minggu ini sekali lagi kami akan berpuasa dan berbuka di Puchong. Hujung minggu lagi satu dah nak raya. Cepat betul masa berlalu kan.
Oklah, itu sahaja kot cerita untuk kali ini. Bai!
No comments:
Post a Comment