Followers

Thursday, December 1, 2011

2012 Planning?

Salam tahun Baru Islam (walaupun dah masuk hari ke 5 pun. Lewat sudah.)

Salam pagi bulan baru.

December mai dah!

 

Pada selasa lepas genaplah usia orang baru 16 minggu. Wohooo..rasa sekejap sahaja masa berlalu. Dan bila dia masuk 18 minggu nanti genaplah 6 bulan saya dan suami mendirikan masjid. Memang masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan dipelajari untuk memastikan masjid yang dibina ini utuh. Hanya kepadaNya dipanjatkan doa dan syukur atas segala nikmat yang kami perolehi selama ini.

 

Walaupun sudah lepas 1st trimester tetapi kadang-kadang symptom semasa 1st trimester itu tetap berlaku. Kadang-kadang makan tak berapa lalu, tekak loya, sakit kepala dan asyik nak pergi tandas buang air kecil. Bermula bulan ini, husband sudah planning supaya pergi check up di klinik swasta sahaja. Kos untuk ambil cuti ke klinik kerajaan (sebab ambil cuti tanpa gaji) lagi besar daripada kos untuk check up di klinik swasta. Jadi, lepas ini tak perlulah mengambil cuti untuk check up. Cuti yang ada nanti boleh digunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih penting.

 

Tahun 2012 akan jadi tahun mencabar buat saya dan suami kerana bermulalah tahun kami berkeluarga besar. Walaupun tambah seorang sahaja tetapi tetap terasa. Tahun depan juga mungkin akan jadi tahun kami bertukar kerjaya tetapi itu mungkin menjelang akhir tahun. Tapi ia bergantung juga kepada tahap ekonomi Negara yang mengikut jangkaan akan merudum. Jadi buat masa ini stay dulu di tempat kerja sekarang. Dan tahun depan juga, kami akan berpindah ke rumah baru merangkap rumah kami sendiri. Rumah mertua terlalu kecil untuk kami bila dah ada anak nanti. Ruang di bilik kamipun hampir penuh dengan barang-barang kami sahaja. Di mana nak diletakkan katil baby, barang-barang baby pula nanti?. Tak ada ruang kosong sudah.

 

Tapi, itu semua hanya perancangan. Kami akan berusaha ke arah itu tetapi apapun segalanya Allah yang tentukan. Setiap apa yang berlaku nanti kami anggap ialah yang terbaik untuk kami. Apa pula planning korang tahun 2012 nanti.

 

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics