Followers

Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Saturday, May 22, 2010

Smart Tag from Qellissa~

Semalam time berbizian siapkan beberapa post untuk cover hari ni, saya check la shoutbox.
Ada dapat mesej from Qellissa yang saya telah di tag.
So, saya cubalah buat..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxg0k9FoWdqUe5Iwr2oT-XYcN3qH-kmPOnm1M-gyH9qF7Rz5EyMKDQEA3e4tuYSdOSR7j_M9nEVDBcx9KnFLgTxXugWjsU6No7Ru6wLwPIz6bZFiNz5H3C35l17LHI_b5MiU3_1BNpF5E/s1600/smart+tag.jpg
tak tahu motip..tapi macam kat tol sumway LDP je..

1.3 Names in your inbox cellphone

Nana - tanya plan turun Shah Alam (besties UTM yang keje kat Penang).
my F - beritahu pasal kos bayar tuk repair kete akibat accident kecil.
My sis- pasal bank in duit untuk beli ikan masin sarawak.

2. Your main ringtone

Bunkface -Situasi (sebab macam bingit je)

3. What U did at 12 last night?

layan blogging lagi..

4. Who was the last person U went out with? Where?

my F, Tadi pi Sentul Park


5. The color of T-shirt you're wearing now?

tak pakai tshirt tapi baju kelawar warna pink plus merah..
=)

6.The last thing you did?

solat sebelum blogging

7. 3 of your everyday favourite items?

buku novel

8. The color of your bedroom

pink (ehehe..cat masa my sis wedding..)

9. How much money in your wallet now?

rahsia..x byk sebab ujung bulan kan..

10. Your favourite song?

ntah...

11. What will you do next weekend?

kemas bilik macam biasa.

12. When was the last time U saw Ur Mum?

ada kat tepi ni tgh tunggu AF8 Final start..

13. Where is she now?

dah bagitau kat no. 12

14. When was the last time you talked to your parents?

baru je tadi..

15. Who is the last person that texted U?

Nana ( kan dah bagitahu tadi.)

16. Where did U have your dinner last night?

Roti telur sama teh tarik kaww..

17. The last suprise you got?

x de lagi..

18. Last thing U borrowed from your friends?

pinjam pe ek? pinjam idea ada la..ekeke~

19. Who is ur BF/GF or husband/wife?

BF = my F (ada laaa rahsia..haha~)

20. What do you feel now?

ada mood nak layan AF8 Final sat..tapi mmg tak layan sejak mula..final je semangat nak tgk..

21. Wanna share with who?

orang2 kat umah ngan geng2 blogger..jom tgk..haha~

22. Who knows ur secret?

certain my F, certain my family

23. They keep ur secret?

keep je..

24. Are you angry with someone?

ada gak la..peaple with no manners..lagi2 kt jalanraya..

25. What do you order at McD?

big mac set medium je..ahaha~

26. The last time you felt so sad?

tadi..ada sikit la. lebih kepada risau.

27. What is your wish for tomorrow?

better than today!

28. Who will U tag next?

Izzatul Iman

Puterisengal
ciklilyputih

p/s : nak layan AF8 dulu naaa...jommmm~

Friday, February 26, 2010

Best ke jadi Engineer ni?

kenapa typical engineer kena pakai topi keselamatan dan tengok plan? saya tak macam ni pun.
Picture credited to http://www.thecolor.com/

Salam semua..
Dulu masa kecil, saya punya cita2 nak jadi cikgu..
Sebab, saya nampak kerja yang ada hanya cikgu.
Maklumlah dunia hanay di sekolah..
haha~

Tapi, bila besar sikit dan dah masuk alam menengah saya mula tukar plan..
Jadi cikgu ni bukan tak best tapi macam tak kena dengan jiwa..cehh~
Tambah2 bila tengok susah payahnya cikgu2 nak handle student bermasalah..
Mulalah saya fikir nak jadi lain..
Mula nak jadi peguam..(sampai form 2)
Lepas itu tukar pula kepada ahli arkeologi sebab saya suka pula subject Geografi dan Sejarah..
Tapi, bila masuk form 4 saya ambil sains stream (except bio) + akaun..
Saya mulalah suka nak jadi accountant (konon2 la)

Tapi, dah takdir pula.
Saya apply matriks untuk course account tapi dapat Physic Science..
Serius, masa mula2 belajar Fizik dan Kimia secara extreme dulu saya amat2lah tak berminat..
Hasilnya first sem amat memalukan..
Room mates saya ada 3 orang..
Semua scorer..3.5 and above..
Saya? 3.12 (ok lah daripada below 3.00 kan)

Masuk sem 2 saya belajar terima hakikat.
Dan mula minat pada 2 subjek tersebut..
Memang berusaha keraslah masa itu..
Saya dah mula tercari-cari cita2 sebenar saya..
Saya cuma ada 2 choices of courses that suit me based on 1st sem result tu..
(berdasarkan kepada carta yang dikeluarkan universiti masa pameran U di matrik saya tu..)
First is Science (Kimia or Physic) or Engineering (Mechanical or Civil)..
Range for Electrical and Electronic kalau tak silap kena 3.30 and above..
So, masa isi UPU, saya apply course2 tersebutlah..
Berkat usaha keras, sem 2 saya dapat 4 flat (alhamdulillah..)
Masa tu matrik hanya 2 sem sahaja (tak macam sekarang..)

Saya dapat masuk UTM course Engineering (Mechanical)..
Starts from that, saya tahu sayaperlu jadi Engineer..
Ya, Engineer..
Dan after habis belajar, memang saya jadi engineer..
Tapi, best ke jadi engineer..?
Actually, Engineer ni memang kena kuat dari segi technical..
Tapi sebenarnya jadi engineer ni tak sehebat doktor, lawyer atau accountant lagi2 dari segi salary..(bagi sayalah..lain orang lain pandangan k..=))
Nama memang gempak...
Tapi tanpa engineer tak adalah kereta, mesin basuh, PC, TV dan lain2..
betul tak?

Dulupun masa kecil2 saya cukup teruja dengar orang yang kerja engineer..
Rasa sangat gempak sangat..
Sampai rasa macam tak confident pun untuk jadi engineer..
Sebab itu tak pernahpun terlintas di hati masa dulu2 nak letak cita2 jadi engineer..
Tapi at last jadi juga..=)

Wednesday, December 9, 2009

Yeay...Blook idaman dalam tangan~

Pagi Isnin yang indah..
Saya medapati atas meja office saya ada 1 parcel..
Kecil sahaja..
Seronok kemain sebab dah lama tak dapat parcel..

Buka sahaja parcel itu Blook Hapacrita berbungkus kemas dalam plastik..
Bagus2..kalau kena air selamatlah buku ini..

Balik sahaja terus baca..
tapi tak habis baca lagi..
Nak simpan sikit cerita untuk buat ubat kalau hati tiba2 terluka..
Terkecik hati..
Terbesar hati..
Kalau ada orang berduka lara atau bad mood akan saya suakan buku ni untuk buat dia ketawa terbahak-bahak..

Ini kali kedua saya beli blook hasil tangan kawan2 bloggers..
Niat di hati nak dapatkan barang yang 'rare' di pasaran..
Sudah tentu blook ini susah untuk dijumpai di kedai2 buku biasa kan..
Sebelum ni saya beli Blook Konotasi..
Sekarang nih saya beli pulak Blook Hapacrita..
Kesimpulannya memang pecah perut la baca..
Tersu terang blog Hapacrita ni memang best..
Entry nya best2 belaka..
Ayat2 yang selamba digunapakai..memang tangkap hatilah untuk terus mengikuti blog ni..

Monday, December 7, 2009

Survey tempat rekreasi..menarik ke?

Kali ni saya nak share pasal 'keindahan' dan 'keceriaan' tempat rekresasi yang jadi tempat kami berlibur di hujunbg minggu pagi2..
Janganlah kamu2 semua membayangkan tempatnya seperti di disneyland, taman tema genting highland, apatah lagi Sunway lagoon yang dah sah2 nak masukpun kena bayar..
Sepadanlah dengan entrance fee yang percuma..
Semua golongan darjat dan pangkat boleh masuk..
Beginilah kesannya..
Sampai saya tak tahu fungsi sebenar figure yang macam pentas ni..
Ni tempat berlatih menyanyi ker ye?

Ini pulak jongkang jongket yang pada mata kasarnya nampak elok lagi..
Ini sebenarnya buaian yang dah menjadi mangsa vandalisme..
Nampak tak kat mana tali buaian itu?
Mana tempat duduknya?
Semuanya dah tersangkut ke atas..
Dah berbelit dan di clamp antara 2 tali buaian..
Siapalah yang jahat sangat tak bagi budak2 main buaian ni kan.

Ni gambar bukti ketidak sungguhan 2 orang ni berjogging..
Ada ke berborak sambil berjalan lenggang kangkung..
Kuikui..

Ini lagi hebat?
Tak selesa berborak sambil berjalan, terus cari port duduk lepak..
Siap bawa pen dengan kertas macam buat meeting pulak dah..
Terus cancel jogging..
uwaaa~
Sudahnya saya jogging secara solo sahaja..

Thursday, December 3, 2009

Rindu nak jogging~

Badan rasa lemah sahaja bila tak melakukan aktiviti sihat di hujung minggu..
Last weekend punya cuti saya cumi berjalan-jalan masa hari Jumaat aka Hari Raya.
itupun pergi satu rumah sahaja. Kata raya kan..
Makan sup tulang lembu korban dan daging goreng yang best..
Daging dan tulang fresh dari ladang gitu~

Tapi, Sabtu dan Ahad hanya di rumah..
Tak adalah duduk lepak layan blog sahaja sebenarnya tapi lebih kepada mengemas rumah..
seperti yang di ceritakan dalam entry nih..

Maka last weekend tak berjogging..
Rindu la pulak..
Hari tu saya tak tunjukkan pun wajah ke 3 yang join kami berjogging..
Kalau tak ingat, entry tu ada kat sini..
Kali ni saya nak tepek la wajah2 kami selepas jogging.
Ada ke lepas penat membuang kalori, di sumbatnya dengan kalori yang lebih banyak..
Makan2 la kan..
Roti canai plus milo ais..
Tak ada harapan la nak kurus kalau gitu kan..
hoho~
Wajah2 lapar menunggu makanan sampai~
My sis sompat lagi posing sebelah kereta kesayangan..



Saya yang buat2 tak lapar padahal lapar tuh..
Inilah dia cik Wan..pemilik civic biru idaman kalbu..

My sis minta pinjam kereta masa berarak pengantin nanti.
Berangan betul nak jadi mem besar gamaknya..

Saya kahwin nanti nak berarak dengan apa yerk gamaknya?
Ada siapa2 nak offer Mercedes or BMW 5 Series?
Kalau tak ada Ferrari pun OK gak..
(Berangan sungguh la~)

Tuesday, December 1, 2009

Mari tidur banyak2 untuk panjang umur~

Ok, biarlah saya terus terang bahawasanya hobi saya ialah tidur tapi tidur di waktu malam sahaja..
Tidur siang tak bagus untuk saya..
Buat saya lagi letih. Adakah sama sahaja situasi ini untuk semua orang.?

Saya hari2 mesti tidur at least 7 jam..
7 jam itu masa hari bekerja sebab pagi2 kena bangun seawal Jam 6 pagi..
Kalau hari cuti saya bangun subuh Jam 6.40 pagi..
Kadang2 tu saya cuba dengan sekuat tenaga untuk tak tidur balik tapi kadang2 itulah tilam empuk dan bantal golek memanggil-manggil dan sudahnya 8.30-9.00 pagi baru betul2 segar...
Tapi cuti bukan selalu kan..
Ooo lupa..saya masuk tidur dalam jam 11.00 malam di hari kerja..
Kadang2 kul 10.00 dah mengantuk terus masuk tidur..
Kalau esoknya cuti, kadang2 jam 12.00 baru masuk tidur..
Layan internet punya pasal..
hehe~

Rupanya memang bagus tidur lebih 7 jam sehari..
Patutlah saya rasa sihat sejahtera sahaja.
hehe~
Sebabnya orang yang tidur kurang 5-6 jam sehari atau kurang berisiko untuk mati cepat..
Walaupun orang itu seorang yang aktif bersukan, itu tidak menjamin kesihatan dia lagi2 melibatkan jantung..



Mari2 baca email yang saya dapat from my besties,


What killed Ranjan Das and Lessons for Corporate India

A month ago, many of us heard about the sad demise of Ranjan Das from Bandra, Mumbai. Ranjan, just 42 years of age, was the CEO of SAP-Indian Subcontinent, the youngest CEO of an MNC in India. He was very active in sports, was a fitness freak and a marathon runner. It was common to see him run on Bandra's Carter Road. Just after Diwali, on 21st Oct, he returned home from his gym after a workout, collapsed with a massive heart attack and died. He is survived by his wife and two very young kids.

It was certainly a wake-up call for corporate India. However, it was even more disastrous for runners amongst us. Since Ranjan was an avid marathoner (in Feb 09, he ran Chennai Marathon at the same time some of us were running Pondicherry Marathon 180 km away), the question came as to why an exceptionally active, athletic person succumb to heart attack at 42 years of age.

Was it the stress?

A couple of you called me asking about the reasons. While Ranjan had mentioned that he faced a lot of stress, that is a common element in most of our lives. We used to think that by being fit, one can conquer the bad effects of stress . So I doubted if the cause was stress.

The Real Reason

However, everyone missed out a small line in the reports that Ranjan used to make do with 4-5 hours of sleep. This is an earlier interview of Ranjan on NDTV in the program 'Boss' Day Out': http://connect.in.com/ranjan-das/play-video-boss-day-out-ranjan-das-of-sap-india-229111-807ecfcf1ad966036c289b3ba6c376f2530d7484.html Here he himself admits that he would love to get more sleep (and that he was not proud of his ability to manage without sleep, contrary to what others extolled).

The Evidence

Last week, I was working with a well-known cardiologist on the subject of `Heart Disease caused by Lack of Sleep '. While I cannot share the video nor the slides because of confidentiality reasons, I have distilled the key points below in the hope it will save some of our lives.

Some Excerpts:

· Short sleep duration (<5> compared to those who slept longer than 6 hours per night. Paper published in 2009.

As you know, high BP kills.

· Young people (25-49 years of age) are twice as likely to get high BP if they sleep less. Paper published in 2006.

· Individuals who slept less than 5 hours a night had a 3-fold increased risk of heart attacks . Paper published in 1999.

· Complete and partial lack of sleep increased the blood concentrations of High sensitivity C-Reactive Protein (hs-cRP), the strongest predictor of heart attacks. Even after getting adequate sleep later, the levels stayed high!!

· Just one night of sleep loss increases very toxic substances in body such as Interleukin-6 (IL-6), Tumour Necrosis Factor-Alpha (TNF-alpha) and C-reactive protein (cRP). They increase risks of many medical conditions, including cancer, arthritis and heart disease . Paper published in 2004.

· Sleeping for <=5 hours per night leads to 39% increase in heart disease. Sleeping for <=6 hours per night leads to 18% increase in heart disease. Paper published in 2006. Ideal Sleep For lack of space, I cannot explain here the ideal sleep architecture. But in brief, sleep is composed of two stages: REM ( Rapid Eye Movement ) and non-REM. The former helps in mental consolidation while the latter helps in physical repair and rebuilding . During the night, you alternate between REM and non-REM stages 4-5 times.

The earlier part of sleep is mostly non-REM. During that period, your pituitary gland releases growth hormones that repair your body. The latter part of sleep is more and more REM type.

For you to be mentally alert during the day, the latter part of sleep is more important. No wonder when you wake up with an alarm clock after 5-6 hours of sleep , you are mentally irritable throughout the day ( lack of REM sleep ). And if you have slept for less than 5 hours , your body is in a complete physical mess ( lack of non-REM sleep), you are tired throughout the day, moving like a zombie and your immunity is way down (I've been there, done that L )

Finally, as long-distance runners, you need an hour of extra sleep to repair the running related damage.

If you want to know if you are getting adequate sleep , take Epworth Sleepiness Test below.

Interpretation :
Score of 0-9 is considered normal while 10 and above abnormal. Many a times, I have clocked 21 out the maximum possible 24, the only saving grace being the last situation, since I don't like to drive (maybe, I should ask my driver to answer that line J )

In conclusion:
Barring stress control, Ranjan Das did everything right: eating proper food, exercising (marathoning!), maintaining proper weight. But he missed getting proper and adequate sleep, minimum 7 hours. In my opinion, that killed him.

If you are not getting enough sleep (7 hours), you are playing with fire, even if you have low stress.
I always took pride in my ability to work 50 hours at a stretch whenever the situation warranted. But I was so spooked after seeing the scientific evidence last week that since Saturday night, I ensure I do not even set the alarm clock under 7 hours. Now, that is a nice excuse to get some more sleep. J

Unfortunately, Ranjan Das is not alone when it comes to missing sleep. Many of us are doing exactly the same, perhaps out of ignorance. Please forward this mail to as many of your colleagues as possible, especially those who might be short-changing their sleep.

If we can save even one young life because of this email, I would be the happiest person on earth.



Betapa scary nya bila seorang yang kuat bersukan boleh mati akibat sakit jantung.
Orang kata bersukan boleh meningkatkan tahap kesihatan tetapi semua itu akan sia-sia jika anda tak cukup tidur.

Di sini saya nak ajak semua tidur banyak2..
Tidur sepuas hati sebab fakta menunjukkan tidur banyak2 boleh memanjang umur kita..
(Kita hanya mampu berusaha, yang menentukan ajal maut tetap yang Maha Esa..)
Kalau orang kutuk kita kaki tidur bagi dorang baca fakta ni, mesti lepas ini dorangpun nak join da club..=)

Sunday, November 29, 2009

KeMas2 Time~

Di hari sabtu dan ahad selepas sambutan Adil Adha..
Kami mengemas secara besar-besaran bilik kami..
Katil Queen telahpun dikeluarkan..
Abang kami ambil..
Kotak2 buku lamapun dah dimasukkan ke stor..
Lepas ini process mengecat bilik dan mengeluarkan perabot2 lama yang lain..
Baju2 sayapun kena dialihkan sedikit demi sedikit ke blik adik yang bakal jadi bilik tumpangan saya..
Baru terasa banyaknya barang2 di bilik kami itu..
Maklumlah berkongsi 2 orang..
(padahal barang masuk je tak keluar2..in>>>out)

Anda suka mengemas tak?
Bagi suri rumah sepenuh masa, atau yang memang tak bekerja..
Jika tak suka hang out, mesti hobinya mengemas rumah kan..?
Tapi ada gak kan yang hobinya tengok TV..tidur..
Ada juga wanita berkerjaya hobi waktu lapang mengmas..
Tak boleh tengok barang senget sikit, mesti nak dibetulkannya..
Betul2 teliti kata orang..
Lain orang lain ragamnya kan..

Saya terus terang yang saya bukanlah minat mengemas..
Asalkan tak bersepah-sepah barang tu dah cukup...
Hobi saya of course melangut depan PC..
hehe~
Selain itu saya sibuk bekerja...(ceh,alasan..)
So, rumah saya takdelah sekemas mana tapi tak bersepahlah..
Lagipun tiada kanak2 bawah umur dalam rumah yang boleh menyumbang kepada ke'sepah'an rumah..
tak adalah bersepah macam kat bawah nih..
picture credit to : http://i.ehow.com/

Saya suka tengok bilik cantik macam nih..
credit to : http://www.designshoot.com/

cantik kan?

Monday, November 2, 2009

Sudoku games sedikit bosan..sudah tukar ka?

Yup, saya sudah tukar games..
Tidak lagi Sudoku..
Sudoku playstation yang saya biasa layan before tidur sudah mulai rosak..
Sudah tidak sensitif pada sentuhan skrin..
Hmm..
Onlinepun dah limited..ye,hanya untuk layan fb n blogging..

Jadi, saya telahpun membeli game baru..
actually pada suratkhabar selalu sahaja ada game nih..
lagi2 The Bintang dengan Metro..
Tapi, kali ini saya beli dalam bentuk mini pocket..
Kecil sahaja..

Tajuk permainan..

"SEARCH -a- WORD"

Cari perkataan2 yang dikehendaki dalam himpunan huruf yang ada dalam kotak2 empat segi bersaiz 15 huruf(panjang) darab 15 huruf(lebar)..
Nanti saya kongsikan bentuk Pocket Puzzle nih..
Saya boleh bermain di mana sahaja saya berada kecuali di dalam kegelapan sebab tiada bantuan cahaya disediakan..
Tak macam game PC or PSP or HP yang sudah pasti meriah dengan cahaya..
Game ini hanya dalam buku..
Di ulang.. buku..

Saya baru sahaja buat game muka surat pertama..
Cari nama presiden2 Amerika..
Ada 23 orang semuanya termasuklah OBAMA..
Belum selesai lagi..
Susah juga rupanya..
Marilah sama2 isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti ini..
K la..
Masa rehat dah nak habis..
see ya~

Friday, October 16, 2009

Update status, Cubaan tuk on Facebook SMS and mobile pulak..

Lately kerja kat office sangat la banyak..
Tadipun meeting straight sampai 3 macam..
Nak update itu ini lagi..
Almaklumla dah nak hujung tahun..

Walaubagaimanapun blog ini akan tetap di update seperti biasa..
err..seperti biasa ke ek?
tengok la macam mana..
At least one entry selang sehari..
At least ok..
kalau boleh nak update tiap2 hari..

Facebook sayapun tak la seaktif mana..
Tapi tiap2 hari saya 'cuba' allocate about an hour 'at least' for facebook..

Cubaan saya untk update status kat facebook via celcom SMS sebenarnya berjaya tapi susah nak sustain since handset yang digunakan berbateri 'kong'..
Maka setiap kali saya check je sikit mesti handset itu akan 'mati'..
Punca ia 'mati' sebab tak larat nak terima banyak2 mesej 'facebook status' kawan2..
Kalau nak aktif gak, kena tukar hset baru la gamaknya..

Saya teringin nak apply facebook mobile tapi nantilah kut..
Adabeberapa jenis2 hset je kan yang boleh ON facebook mobile nih?
ke saya silap info..?
alahai..malas pulak nak 'browse' internet cari info pasal ni..

Thursday, October 15, 2009

Cycling Fever~

Yerp..
Last saturday, me and BF cycling at Taman Pertanian Bukit Cerakah..
A promised in comment column to cik intan, I'm upload some pics of mine.
Thanks for BF for those owesome pics.

Lihatlah wajah2 kepenatan..
Pancit sebab dah lama tak bersukan..
Walau penat, tetap happy..

Ini bukti saya berbasikal..
tak tipu tau..
Masa ini memang dah tak larat.
Tu yang tak berdiri tuh..
sakit kaki mengayuh basikal..
Ni pic kat taman 4 musim..malangnya bukan musim luruh ataupun sejuk, tapi musim panas..
suke pic nih.
cam sama je bunga corak tudung dengan bunga yang hidup tuh..
Sebenarnya saya sedang berlari nak naik menara tinjau kat depan nun..
Kalau terlambat terpaksa berebut dengan rombongan pelajar sekolah yang ramai tak hingat~
Ok, last2..ni la BF saya..

x dapat cam kan..?
bagus2..
ahaks~

Pandai masak..?

Dulu syarat pompuan nak kahwin mesti pandai masak..
Kalau tak pandai masak, kira tak layak lagilah nak kahwin..
At least kenal la periuk belanga..sudip, senduk, kuali..
Tapi sekarang dah fleksibel..
(walaupun ada segilintir yang masih lagi ikut cara 'dulu' nih..

Bagi saya as pompuan bukan kena pandai masak sahaja..
Tapi RAJIN MEMASAK..
Ada effort untuk memasak tanpa jemu..
Sebab bila ada effort untuk mesak dan RAJIN, bila2 msapun ia akan tahu memasak..
Macam kawan saya kebanyakannya mula memasak secara serius selepas berkahwin.
Sebabnya semasa bujang, emak atau kakak2 mereka yang masak.
Mereka tak berpeluang langsung menunjukkan bakat memasak.
Bila sudah kahwin, barulah ada peluang mencuba.
Dan masa itulah mula rujuk buku2 msakan, internet..
Tak kurang juga yang menelefon mak mereka minta resipi..
ahaks~

Dan tak semestinya perempuan sahaja perlu tahu memasak..
Lelakipun sebenarnya tak boleh nak lepas tangan..
Ada masa2nya khdmat lelaki amat diperlukan untuk membantu isteri..
lagi2 di masa genting seperti isteri bersalin, sakit, atau isteri outstation..
Dan juga jika isteri juga berkerjaya..
Sang suami perlu juga bertolak ansur membantu isteri memasak.
Sekurang2nya tolong membersihkan periuk belanga, pinggan mangkuk selepas digunakan..
Boleh juga tolong potong-potong sayur atau sediakan bahan untuk memasak..
Paling2pun tolong 'kacau' kuah atau lauk yang sedang dimasak..
Selain dapat 'makan' dengan lebih 'cepat, ia juga dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri..
Kalau suami pandai memasak, taksalah untuk bergilir-gilir memasak.

Macam dirumah saya ini, ayah saya rajin tolong belikan bahan2 memasak..
Selain itu dia juga selalu tolong cuci pinggan mangkuk, kuali dan periuk..
Walaupun dia sibuk bekerja tetapi dia tetap luangkan masa untuk menolong di dapur.
Itu satu contoh yang baik.
Walaupun ayah saya tidak reti memasak tapi dia tetap cuba membantu.

Tapi, memang zaman sudah berubah..
Malah chef2 pun banyak lelaki daripada perempuan sekarang ni..
Perempuan ramai ditakdirkan memasak untuk family makan sahaja..
Lelaki pula ramai jadikan memasak as profesion..untuk cari rezeki..

p/s : saya menulis berdasarkan pengalaman kawan2 yang sudah berumah tangga. Saya belum ada lagi..tapi sebagai anak saya tetap luangkan masa memasak walaupun bukan hari2..

Monday, October 12, 2009

Komen pasal novel Ku Seru Kasihmu

Currently, dah habis baca novel terbaru Izzul Izzati..
Tajuknya 'Ku Seru Kasihmu'

Antara komen2 yang dapat saya bagi buat masa ni ialah..

1) Geram dengan watak utama Hakimi yang SELFISH amat dan suka menyusahkan orang lain. Juga pengecut dan tak bertanggungjawab. Kalaulah saya kenal orang semacam ini, rasa nak 'belasah' sahaja..

2) Geram juga dengan watak utama Afrina yang degil macam tak bertempat dan terlalu sangat mudah cair dengan Hakimi (Hakimi cinta pertama dia) dan terlalu menjaga hati orang lain (kawan2, family) tanpa menghiraukan diri sendiri yang merana, derita bertahun-tahun..Tapi kasihan itu tetap ada la..

3) Sangat admire dengan watak Zaidi yang sangat baik, dan sanggup menerima Afrina seadanya demi menyelamatkan daripada terus merana kerana Hakimi walaupun Afrina tidak cintakannya. Zaidi merupakan teman serumah hakimi.

4) Suka juga pada watak Emilia sahabat serumah Afrina yang amat memahami dan prihatin. Juga pandai menceriakan hati Afrina yang selalu lara.

5)Kasihan juga kepada Haliza (kekasih Hakimi) dan Azlan (kekasih Natasha) yang telah diperalatkan untuk kepentingan Hakimi dan Natasha. Hakimi dan Natasha bercinta secara senyap2 tanpa diketahui oleh kedua2 pasangan masing2 selama 5 tahun. Kantoi bila mereka nak kahwin. Tapi akhirnya Haliza dan Azlan pula bercinta dan terus berkahwin pula.

6) Geram juga dengan sikap ibu ayah Afrina yang selalu berprasangka tanpa memperdulikan perasaan si anak yang berserabut dengan masalah lain.

7) Endingnya memang menarik. Dan saya suka sebab konsep yang baik dibalas baik...dan yang buruk itu buruk padahnya dipraktikkan..


Semangat betul saya nak habiskan novel ini sampai sepanjang ahad saya tak mengadap internet langsung..
Saya dah jadi ulat novel..
Best cerita ini~
Apa boleh buat~

Saturday, October 10, 2009

Review novel terkini - Puisi untuk Nadina

Novel metropolitan katanya..
Bahruddin Bekri nama penulisnya..
Diterbit dan diedar oleh PTS..
Saya ambil masa lama untuk menghabiskan novel setebal 386 muka surat ini sebab kesibukan menguasai masa2 terluang saya..

Tiap2 pagi drive ke office seawal mungkin.
Lepas itu, lepak dalam kereta dulu layan novel selama lebih kurang 30 minit sebelum masuk office.
Begitulah hampir setiap hari hinggalah habis sudah satu novel tu..

Biarlah saya review sedikit pasal buku ini..
Secara keseluruhannya cerita menarik cuma ada plot2 yang longgar dan ada juga scene2 yang saya rasa tak ada kesinambungan.
kalau ada lagi menarik rasanya.


Kisah Borhan yang miskin..
Rajin serta bekerja keras demi keluarga tercinta..
Si ibu tua yang kerjanya menjahit..
Si adik Sofea yang masih belajar di sekolah menengah..
Si datuk yang menghidap strok..
Si abang seorang penagih dadah..

Mula bekerja sebagai pencabut bulu itik dan di sana dia kenal cinta pertama Emil, gadis cina penjual sayur.
Dia sering dibuli bossnya tapi dia sabar disebabkan senyuman Emil.
Sehinggalah satu hari Emil bagitahu dia akan berhenti kerja sebab nak sambung study di oversea.
Emil menghadiahkan jam tangan beserta 1 kertas bertulisan cina...
Emil kata 'bagi ini pada orang yang paling awak sayang'
Diapun terus berhenti kerja sebab tiada lagi makna baginya bekerja di situ tanpa Emil.

Takdir mempertemukan dia dengan Nadina..
Anak orang kaya Tan Sri yang masih belajar di U berhampiran.
Kawan baiknya Sehah sering menemani ke mana sahaja dia pergi.
Kedua-dua mereka sombong dan berlagak.
Mereka juga menjadi model sambilan di Wagiman Model Agency.

Borhan dan Nadina sering bercakaran dan tidak pernah berbaik..
Sehinggalah satu ketika semasa Borhan bekerja sebagai pelayan di kafe kolej (keje 1), dia diarahkan boss melayan Nadina sebagai first customer nya.
Nadina mengambil kesempatan untuk mengenakan Borhan dengan macam2 cara.
Tapi, kesabaran Borhan menghadapi itu semua dengan senyuman melunturkan segala rasa marah dan geramnya malah diganti pula dengan perasaan cinta.
Sejak itu, dia jadi macam panasaran..
Termenung dan selalu memikirkan perihal Borhan.
Selalu ke kafe untuk bertanya khabar Borhan..
Sehingga sahabat baiknya Sehah menjadi risau dan menyangkakan Borhan telah bomohkan Nadina.

Borhan dalam masa yang sama cuba untuk menafikan kewujudan Nadina dalam hatinya yang kian berputik..
Dengan membayangkan Sandra, perempuan cantik yang merupakan cinta keduanya selepas Emil.
Sandra merupakan kerani di syarikat tempat dia bekerja sebagai penghantar surat(keje 2)..

Hati Borhan kecewa pabila mengetahui Sandra bakal berkahwin dengan boss mereka sebagai isteri kedua.
Tapi, dalam masa yang sama dia menerima khabar pengubat duka daripada Sehah bahawa Nadina selalu ambil berat, bertanyakan dia dan termenung kerana dia..
terubat juga luka hatinya disebabkan Sandra walaupun Sehah sebenarnya berterus terang untuk memintanya supaya berhenti membomohkan Nadina..
(Perempuan modenpun still percayakan bomoh gitu..apakah?)

Nak pendekkan cerita akhirnya Nadina dan Borhan berjumpa..
Dan mereka sama2 berterus terang mengenai perasaan masing2 walaupun masing2 malu..
Tapi, Sehah tetap tidak berpuas hati lagi.

Nadina kasihankan Borhan yang makan tak menentu lalu berhajat untuk memasak buat kali pertama dalam hidupnya.
Dia mengajak Sehah menemaninya hantar makanan kepada Borhan.
Semasa on da way, dia mendapat panggilan telefon daripada agensi model.
Esoknya mereka berdua ada job.

Sesampainya dia di bengkel tempat Borhan kerja part time, dia terlihat Borhan berbual mesra dengan seorang perempuan cantik.
Nadina kecewa dan terus berpatah balik..
Dia ditenangkan Sehah.
Borhan berusaha untuk memujuk Nadina dengan pelbagai cara termasuk SMS, berpuisi di hadapan rumah Nadina tapi tidak berjaya.
Sebenarnya perempuan itu Sandra dan tujuannya menghantar kad jemputan untuk majlis tunangnya keesokan hari..

Apakah yang berlaku seterusnya?
Dapatkah Borhan memujuk Nadina kembali..?
Adakah betul Borhan hanya mempermainkan hati Nadina?
Kalau anda hendak tahu, pergilah dapatkan novel ini di kedai berhampiran..
Tak berani nak review lengkap takut melanggar hakcipta pulak kan..



Ada banyak scene yang di buat tapi tergantung..


1) Borhan adalah orang yang membantu Nadina memujuk lecturernya yang garang Puan Nahdatul untuk memberi peluang Nadina mengekalkan pointer 4.00..tapi sampai abes ceritapun Nadina tak tahu..

2) Watak Emil hilang begitu sahaja..

3) Abang Borhan ialah orang yang bertanggungjawab memecahkan kereta Nadina dan mencuri jamu kaki kuat (Nadina jadi model jamu tersebut) dan jamu itu telah menghilangkan ketagihan dadah yang dihadapi Abang Borhan tapi Nadina sampai ke sudah tak tahu menahu..

4) Ada lagi sebenarnya tapi x hingat laks~


Ada juga watak2 dan plot2 menarik bagi saya..



1) Watak komando Pengawal keselamatan, Iqwan Daniel yang dimalukan Borhan first time berjumpa di tandas pelajar akhirnya menjadi team untuk menyelesaikan masalah misteri ketukan pintu di rumah sandra, kecurian motosikal di kolej dan memerangkap lintah darat yang paling dikehendaki polis..

2) Watak Ramadhan yang merupakan kawan sekolah Borhan yang turut belajar di U sama dengan Sehah dan Nadina..(kecilnya dunia)

3) Watak Min, adik angkat Ramadhan yang terlalu taksub dengan rancangan Realiti TV hingga setiap kali je dia akan mencari kamera tersembunyi..dan tak habis2 menyatakan ' ini rancangan realiti TV kan?' sambil melilau mencari kamera..

4) Watak Jeruit anak Tumpang yang wujud sebagai penambah perisa cerita apabila watak2 utama bertanyakan sesuatu kepada sesiapa yang ditemui dengan permulaan ayat 'tumpang tanya,..'..Setiap kali juga, dia akan marah kerana seolah mempersendakan nama bapanya..tapi pelik jugalah sebab setiap kali mesti Jeruit sahaja..dia berada di mana2..

5) Watak 4 sahabat yang bekerja sebagai peniaga ikan di pasar yang sentiasa mengekori ke mana sahaja Borhan pergi dan setiap kali jumpa mereka akan mengalunkan puisi yang kena dengan situasi diiringi petikan gitar..

6) Min akhirnya bertemu jodoh dengan Jeruit Anak Tumpang..mereka mula bertemu secara tak sengaja dalam satu plot cerita di kafe kolej.

7) Borhan tidak mendapat pekerjaan sebagai pembantu kedai kasut hanya kerana dia gagal subjek math dan english..(apekah? nak jadi pembantu kedaipun kena pakai sijil SPM ke?)

8) ada lagi..tapi, nak tahu kenalah baca sendirikan..haha~



Sekarang saya sedang melayan novel Izzul Izzati yang baru..
Nanti saya review lepas habis baca yer..
see ya~

Wednesday, September 30, 2009

Ayamku masih hidup tau~

last few months, saya ada inform pasal anak angkat saya..
Si anak ayam yang cumel tuh..
Sudah besar dia sekarang..
Still hidup ye kawan2..
Tiap2 hari sebelum maghrib, die sudah bertenggek di atas kerusi tepi tingkap luar dapur.
Dia akan menghadapkan kepalanya ke dalam rumah kami..
Setiap kali itu jugalah saya akan pergi menjemputnya..
Mendukungnya dengan penuh kasih sayang..
Masukkan dalam sarang aka kotak air mineral beralaskan baju lama..
Selepas itu, kotak itu saya katup kemas..
Dia akan tidur dengan lena di situ sampailah masa sesorang membuka penutup kotak itu keesokan paginya.
Masa tu kalau sayalah seseorang itu, saya akan dukung die dan letakkan di atas tanah.
Dia akan lari mencari bapa angkatnya.
Dan seperti biasa menjelang maghrib dia akan kembali bertenggek di atas kerusi di tepi tingkap luar dapur saya menanti di dukung ke sarang.

p/s : harap2 ayam saya nih akan terus membesar dengan sihat dan kuat. Tanpa diganggu anasir2 luar..aammiiinnn~

Sunday, September 27, 2009

Fantasy Game..apekah?

Entah macam manalah saya boleh terjebak dengan games nih..
Atas ajakan kawan2 saya join la game nih..
Tapi saya memang betul2 baru nak bertatih..
So, dalam group kami tuh, saya la yang paling corot..
alahai~
X pe la..
saya memang kureng sket bab2 football nih..

Tapi best jugak sebab at least tak ada la jauh sangat ketinggalan.
Cuma beza beberapa point je..
Dah kata tujuannya nak meramaikan majlis..
err..memeriahkan aje..
Nak menang tu jauh sekali..

Kepada bloggers2 yang teringin nak cuba game nih..
Sile la ke address nih..
http://fantasy.stadiumastro.com/
Ada peluang tuk menang duit tau..
ahaks~

Kite cuma bertindak sebagai pengurus pasukan jer..
Choose pemain2 yang kita suka..
Game ni pun free je..
X yah kuar duit..
Cuma kena spend masa dan tenaga tuk perah otak pilih players je..

Good luck my fren~

Monday, August 24, 2009

Budak kecik gile mekap~

Alkisahnya masa majlis tunang kakak saya..
Adalah si comel yang kiut miut..
Kalau tak silap umur baru 5 tahun..
Duk menyendeng la kat bilik bakal tunang lepak..
Masa nih upacara merisik dan menunang dah settle..
Tinggal aktiviti makan2 je..

Saya lepak la join sekali..
Saya snap2 la gambar tunangan orang nih..
Yang ada kat bilik tu selain dia, kakak sedara dan si comel yang suke dipanggil kakak tuh..

Masa tu la die sibuk2 kat meja solek kami..
Capai eyeshadow, tepek2 kat mata..
Lepas itu ambil pulak pelentik bulu mata tu sambil tekap la kat area bulu mata tuh..
sambil mulutnya x berenti bercakap..

" pakai la ni macam ni.."

merujuk kepada gincu..Dijuihnya bibir sambil mengenakan gincu tersebut.
merujuk juga kepada eyeliner..memang terror adik nih touch up muka..

" pakai la kat sini"

merujuk kepada eyeshadow yang kakak saya beli dekat RM60 harganya..
yang jenis cream ada glitter2 gitu..

" guna la benda ni..tak sakit~"

merujuk kepada alat pelentik bulu mata tu..
padahal tak kenapun kat bulu mata die..
salah budget kedudukan mata dengan pelentik tersebut..
(kami bertiga gelak guling2 tgk gaya die yang asyik cakap 'tak sakit'... memang la tak sakit kalau tak kenapn kat mata tuh..)

Ada picta2 menarik masa si kakak nih tengah menggedik..
Haha..
Sile rujuk..
erm..masa nih ok lagik..

ok, nih die tunjukkan kat mana nak pakai eyeshadow..

Ni lak cari nak praktikkan..
tgk tu..kusyuk die ngadap cermin..

secara close up..

Budak2 zaman sekarang~
huhu..

Sunday, August 16, 2009

Dah kul 1.30 pagi nih..

Hmm..
Aduila..
Mataku dah berat nih..
katil dah memanggil-manggil tapi saya masih tak boleh nak tidur..

My sista masih belum pulang2 lagi..
Lambat betul la kan..
Sudah terlalu lewat rasanya nih..

Katanya kul 10 (x sure masa nih baru nak naik flight from Sarawak atau masa tu dah sampai KLIA..)
Masalahnya kenapa lama sangat..

Bila call tak jawab..
Bilamesej apetah lagi..
Adeh la..
Kite duk tunggu macam tunggu buah yang tak mau gugur..
macam tunggu kucing bertandukpun ada..
macam tunggu pisang berbuah 2 kali pun ada..

Sabar sahajalah mata dan hati..
mata sebab kena tahan daripada terlelap..
hati sebab kena tahan daripada rasa marah..
ahahahaha~

layan blogpun sudah..
jom layan facebook pulak..
add saya..

aliesyanor@yahoo.co.uk

till then..
dadadadada~
Nite all~

Monday, July 20, 2009

**Teka Teki**Pemenang**NurKasih**Cuti**DVD**

salam to all..
kelmarin saya ada buat satu teka teki dan 2 orang telahpun menjadi pemenang..
Saidah dan Faarihin..
Tepuk2..

Tahniah yer..
Tapi ujung bulan nih baru saya post hadiah..
itupun kalau anda berdua sudi tinggalkan alamat, no fon dan nama penuh anda kepada saya di email..
bejangutm@gmail.com
kalau tak de email tu saya anggap anda tak berminat yer~
(mode majuk datang pulak dah~)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk pengetahuan anda saya cuti hari nih..
Ya, company saya begitu baek hati memberi cuti di kala ujung bulan..
So, seperti yang saya bagitau, saya tak ke mana-mana hari ni sebab fulus sudah kering~

semalam saya agak busy sehingga tidak sempat untuk update blog..
Dalam masa busy2 tu pun saya sempat jugak la layan last friday episode for Nur Kasih..
Sedih la pulak kan bila Nur terpaksa menipu keluarga sampai dah nak gradpun~
So,tak dapat bayangkan la grad without family tercinta kan~
sedih wooo~

Lagi satu, abang ipar tu sekali lagi menaruh harapan laks kat Nur walaupun harapan tu dok samar2 sebab Nur tu pun ibarat digantung tak bertali oleh Adam (jahatnya Adam..)

Tak sabar la nak tgk sambungannya jumaat nih..
cepat-cepat la hari jumaat tiba.
hehe~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

semalam saya pekena nasi ayam penyet kat The Curve, Damansara.
BF ku yang demam teringin nak makan nasi ayam penyet.
Demampun maseh lalu makan tau..dasyat2..
hehe~
Lepas tu ingat nak ushar2 DVD..
Saya nak burn semua data dalam PC sebab nak full format PC tersebut memandang keadaannya yang tersangat la uzur.
Ni pun update blog guna laptop akak..
(die keje, so laptop nih saya punya la wat sementara nih..)
Tapi, kedai computer tutup pulak kat Cineleisure.
Terpaksa la balik jer..
Ingat nak cari area rumah saya tapi macam tak jumpa.
Haripun dah petang sangat lagipun..
Dah la die demam kan~
So, dia hantar la saya balik.
Tapi semangat nk DVD tuh tetap ada.
Dikacaunya kakak yang sedang dating ngan BF.
Dengan BF nyer sekali diajak ke Digital Mall Subang Jaya yang baru je opened.
Saya beli DVD yang 50 keping dapat dengan harga RM33.
ok la uth..
murah dan cantik..
kaler pink..
hehe~
entry kali nih tidak bergambar yer sebab gambar semuanya di PC saya.
(belum format lagi..japgi la mulakan operasi..)
Harap maklum..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics