Followers

Showing posts with label pet. Show all posts
Showing posts with label pet. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

Jalan-jalan weekend : Roselle dan Arnab masak rendang!

Dengan semangat wajanya saya gigih taip balik entry saya. huhu~

Hujung minggu sekarang ini memang full dengan aktivit-aktiviti. Minggu inipun sabtu dan ahad saya dah ada program. Kejap lagi dah nak pergi kenduri kawen kawan lama. Kawan semermainan saya masa kecil dahulu, Hafiz akan bersanding hari ini.

Dahulu saya, kakak saya, Hafiz dan adik Hafiz, Nor pernah jadi sangat kamceng. Hampir setiap hari kami berkomplot. Setakat panjat pokok gajus, menjadi petani berjaya dengan menanam kacang hijau untuk jadikan taugeh, dan juga main game tikam-tikam di kedai Cina Ah Long memang dah jadi 'makanan' kami. Kami cuma mula kurang contact bila masuk sekolah menengah. Buka tak contact langsung tapi jarang-jarang.

Semalam saya dengan tunang telah berkunjung ke Ladang Arnab sahabat dia. Ladang arnab ini hampir dengan Selayang (ke dalam kawasan Selayang ye?). Sebelum jumpa Ladang Arnab, akan jumpa kawasan rekreasi air terjun. Masa saya lalu situ semalam ramai jugalah pengunjung yang mandi manda di situ. Tak sangka pula di situ ada air terjun. hehe~

Apa yang ada di Ladang Arnab aka Rabbit Valley?

Bukan tak pernah bermain dengan arnab. Pernah sekali di Bukit Tinggi tapi arnab di sana tak jinak. Asal nak pegang sahaja dia lari. Arnab-arnab di Ladang Arnab di tempat kawan tunang ini khabarnya jinak. Itu yang rasa semangat nak pergi. Lagipun tempat ini dibuka untuk pengunjung pada hujung minggu sahaja. Hari weekdays pun boleh datang tapi dapat tengok sahajalah dalam sangkar. Selain daripada perkhidmatan bergurau senda dengan arnab, korang juga boleh mendapatkan bekalan daging arnab segar dari ladang. Kalau rasa macam malas nak masak-masak boleh juga mencuba Daging Arnab masak rendang. Tuan ladang dah siapkan dalam bentuk frozen jadi cuma perlu panaskan sahaja dan siap untuk di makan.

Mana pula datangnya roselle?

Kebetulan mak kepada pemilik ladang tiap-tiap hujung minggu datang support anak dia berbisnes. Sambil-sambil itu dia ada juga berkebun secara kecil-kecilan. Salah satu hasil yang menjadi ialah buah roselle. Alaa..yang orang buat air tu. Kalau nak beli yang dah siap memang mahal jadi makcik itu mengambil inisiatif untuk menanam sendiri. Kebetulan pula masa saya datang itu makcik itu tengah nak petik buah roselle itu. Memang lebat hasilnya. Jadi dia hulurkan kepadasaya sedikit. Katanya boleh lah buat air di rumah. Alhamdulillah rezeki jangan di tolak. Betul tak?

Segan juga sebab dia bagi free sahaja tapi lega bila makcik itu cakap;
"rezeki jangan kedekut-kedekut. Kita bagi orang, Allah SWT bagi kita lagi dan lagi. Bertambah-tambah rezeki." Baik betul hati makcik itu. Selain daripada itu dia siap bagi saya terung 2 biji dan peria katak 5-6 biji. Macam sebenior la pula.

p/s : Dah dekat maghrib baru saya balik. Sampai rumah hari sudah malam.
p/s/s : Lain kali saya kalau saya pergi saya akan snap gambar.

Saturday, July 31, 2010

Diko punya cerita pula~muka bengkak!

Last few weeks saya ada ceritakan penderitaan yang ditanggung si Diko tersayang.
Muka dia dibahagian pipi telah disengat serangga raja madu iaitu lebah.
Rumah saya memang ada sarang lebah.
Kadang-kadang sampai masanya lebah-lebah ini jadi macam ulat lampu yang akan menghurung lampu kalimantang yang terpasang di dapur.
Huhu..memang bahaya masa ini.
Silap-silap lebam-lebam satu badan kena sengatan berbisanya.

Dipendekkan cerita Diko turut menjadi mangsa.
Lihatlah betapa cute tembam pipi sebelah kanan dia dalam gambar bawah ini.
Mata dia jadi sepet sebelah gara-gara sengatan itu.

Kesian, sepet mata dia sebelah sebab bengkak dah pipi itu.
Pandangan dari sudut 45 darjah.
Nampak tak kembung pipi dia tu.
Sebelah sahaja begitu.

Kalau tak jelas juga, boleh telek gamabr bawah ini.
Sangat jelas kekembungan luar biasa pipi kanan beliau.
Tengah menahan sakit ini.

Memang muka dia bengkak selama beberapa hari.
Dia kadang-kadang cuba menggaru bahagian itu tapi macam tak puas.
Maklumlah, yang gatal itu bahagian dalam pipi.
Tak tercapai dek kukunya.

Alhamdulillah seminggu selepas itu, bengkak dia itu sembuh.
Dan sampai hari ini dia selamat daripada kena sengat.
Kucingpun pandai belajar dari kesilapan.
=)

Nasib baik antibodi badan Diko ini kuat.
Kalau tidak luka akan cepat merebak.
Maklumlah, kucing bukannya kuat macam manusia.
Boleh mati wooo~

Wednesday, July 28, 2010

Journey to Pantai Timur~ Pesta Haiwan pula

Mula-mula kami sampai ke kampung, kami disambut oleh anak-anak itik yang comel ini.
Masa ini mereka baru bangun tidur.
Mereka tidur berhimpit-himpit macam gini si tengah laman.

Pasangan ayam ni sempat lagi layan ala-ala hidustan di kereta kancil kakak sepupu.
Haha..
Comel sahaja tengok ayam betina ni bertenggek atas side mirror tu sambil mengusyar pakwenya si merah hitam.

Rumah kambing ini terletak di tanah bapa saudara saya.
Sebelah kiri tanah atuk manakala sebelah kanan pula tanah ayah.
Semua penuh dengan pokok-pokok buah selain sedikit pokok kelapa sawit.
Ni kambing-kambing baru nak keluar cari makan.

Ni pula nyet yang dibela jiran saya.
Dah besar dah.
Bagi sahaja apa sahaja jenis buah, semua ditelannya tanpa ragu.
Kadang-kadang atuk bagi dia buah durian yang dah buruk, dia sebat sahaja makan.
Suka kalau dapat tengok dia bukak kulit durian sendiri untuk dapatkan isinya.

Yang ini moment paling kasihan seekor lembu.
Asalnya saya nampak dia berkeliaran sekitar kawasan itu meragut rumput.
Dia merayau sampai ke pokok-pokok kepala sawit itu.

Tapi tak lama lepas itu dia tiba-tiba jadi macam statue di tiang elektrik yang senget tuh.
Berdiri memandang ke arah kami macam minta sesuatu.
Bila kami tengok dekat-dekat baru perasan yang tali penambat yang panjang tu dah terlilit pada tiang besi tu.
Mungkin dia dah tawaf tiang tu berkali-kali sampai tak perasaan dah terlilit habis.
Sudahnya duk tegak macam gitulah sampai tuan dia sampai.
lawak-lawak..

Spesies ini sahaja saya tak jumpa di kampung atuk.
Entah ke mana perginya semua spesies ini?

Tuesday, June 1, 2010

Diko punya cerita pula~

Kucingku sayang yang bernama Diko ni hari tu terkena sengat lebah.
Oh ya, lupa nak bagitahu ada lebah bersarang di atas siling rumah saya.
Ingatkan kami yang akan jadi mangsa pertama tapi rupanya Diko yang kena dulu.

Balik dari kerja minggu lepas,saya tengok pipi belah kanan dia dah membengkak.
Mata diapun sudah jadi sepet.
Nak sentuhpun dia tak bagi.
Saya ada snap rupa dia masa tu tapi gambar ada pada SD Card yang dipinjam member.

Kelmarin, bengkak tu pecah.
Layankan la gambar2 yang saya berjaya snap.
Ada kesan dot merah pada pipinya tu.
Ini saya cuba zoom sikit.
Besar jugalah lubang bila bengkak tu pecah.
Masa ni dia buat2 tidur.
Geram punya pasal saya kacau2 dia.
Terus dia bangun.
ekeke~
Sempat snap gambar dengan dia.
Ohhh..sangat suka gambar ni.
Mata dia sangat bulat.=)


Kesian juga pada dia sebab selalu sahaja cedera kena serang dengan kucing lain kat luar.
Kucing2 lain tu jealous sebab dia dapat tinggal di rumah kami yang best ni kot.
Atau mereka jealous dengan ke'comel'an dia.
haha~

Monday, May 24, 2010

Cuci mata tengok rakan2 Garfield!

Entah apa mimpi sorng kawan send gamabr2 kucing2 gemuk lagi sihat ni.
Memang comel lote rasa macam nak buat bantal peluk sahaja.
Saya tak nak rasa geram sorang2 jadi saya share kan dengan kawan2 supaya ramai lagi rasa geram kat kucing2 ni.

Ni kucing dah sama besar dengan baby ni.
haha~
Korang rasa kucing ni tengah berdiri ke duduk?
nampak cam kemetot je kaki dia kan.
Ni memang betul2 macam bantal peluk.
geram seyh..
Sodap je dia tidur atas lembek.
kroh kroh..
Bosar dan pastinya berat.
Lenguh nak dukung lama2 ni.
Haha..
kucing ni macam genster kampung pinang sebatang la..
Baik punya menyandar kat dinding tu.

Yang ni menggebu-gebu.
Sedap je landing atas rumput karpet.

Yang ini pula saiz pingggang dam melebihi tuan..
Kena diet ni.
Obes..obes..
inipun sama.
Weh..kiut..
kenaap kucing ku tak macam ni.
geramnyaa..
Rakan2 ada kucing besar gedang macam ni ke?
kalau ad mesti besh kan.
Tapi mesti kuat makan. Berhabislah duit untuk bagi makan kat kucing gemuk camni.

p/s: kucing saya jenis yang jaga badan. Makan sikit2 tapi banyak kali. Auu..

Saturday, March 6, 2010

Sangat rindukan si KAKA ni..hilang tak berganti..~

Dah terlalu banyak gambar2 dalam henset buruk saya nih tak pindah2..
Nak padam sayang sebab belum transfer ke PC..
Dulu transfer guna 'Gigi Biru' tapi since device hilang, dah tersangkut pula..

At last, di Sabah juga saya beli Card Reader yang boleh masuk slot M2..
Terbang jugalah duit merah sekeping walaupun hanya beli di pasar malam..
huhu~

Godek punya godek gambar-gambar itu, ada pula gambar si kecik yang dah menghilang ni..
Si Kaka kucing manja berbulu tebal saya ni hilang dikebas orang..
Mana tak kena kebas kalau suka sangat bermain di luar rumah..
haisshh..

Comel sahaja dia masuk dalam penutup kotak kasut tu..



Dia ni punya hobi mengurut badan orang..
saya ada simpan video dia mengurut dalam henset..
Kalau nak tengok saya boleh upload sini..
kalau nak tengok la..=)
Tapi, memang dia ni tinggal dalam lipatan sejarah kami sekeluarga sahajalah..
Serius saya nangis masa mula-mula dia hilang..
Saya berharap sangat esok paginya dia akan muncul depan pintu rumah..
tapi, sampai sekarangpun tak jadi kenyataan..
sob2..
tiba2 mode sedih pula..

Apa yang bestnya, Si KAKA ni lah antara kucing2 yang boleh di terima oleh Diko..
Kucing lain, Diko tak suka dan akan dibelasah sampai lari keluar..

p/s : masa mula2 ayah saya bawa dia balik rumah, dia menyorok sahaja bawah sofa tak keluar2 selama 2 hari..(kenangan sungguh..=))

p/s/s : nak update pasal SABAH tapi macam esok la yea..=) layan kucin saya ni dulu..

Sunday, February 14, 2010

Korang layan National Geographic tak?

picta ehsan google

National Geographic (NG) sekarang ini ditayangkan di TV1 setiap hari kul 7 malam..
Hampir setiap hari saya, ayah dan emak akan jadi penonton wajib..
Setiap kali nak dekat pukul 7, semua dah landing depan TV menanti kemunculan haiwan2 bergaduh, harimau makan rusa, dubuk ganduh dengan singa, singa laut mkan penguin, ikan jerung makan orang, dan lain2 lagi..
Mula2 tengok tak rasa apa2..
Lama2 rasa macam ketagih pula..

Dan ingatkan kami sekeluarga sahaja yang addicted..
Rupanya kawan office sayapun macam kami..
Kakak sayapun mengadu suaminyapun suka tengok rancangan tu.
Walaupun ada channel NG ni di astro, tapi kami jarang menonton di situ.
Tak tahu kenapa..
huhu~

Kamu2 di luar sana ada tak yang macam kami?
Addicted dengan NG di TV1 tu...
Kalau belum tengok atau baru tahu, silalah tunggu depan TV kul 7 malam..
Mesti kamu2 pun akan addicted macam kami...
wakaka~

Monday, February 8, 2010

Anak tucingku tidak bernama~

Last month, tucing yang kami namakan 'bini' telah melahirkan 3 ekor anak tucing yang comey2..
Kenapa nama dia 'bini' ?
Err..sebab dia kami anggapkan bini kepada kucing kesayangan kami Diko..
Diko memang sayang gila kat dia walaupun dia ni playgirl..
wakaka..dia banyak skandal tapi my Diko tak tahu..

Berbalik kepada anak tucing tu..
Mula2 memang la ada 3..
Lama2 tinggal dua..
Lepas itu sekarang hanya seekor sahaja yang survive..

Picta ni saya ambil masa semua kitten masih bernafas..
Yang kelabu tu mati..
Seekor lagi yang gagal dikesan dalam gambar mati 2 minggu lepas..

Tinggallah Si Hitam berbelang ni sampai sekarang..
Saya dah tak ambil lagi gambar dia..
Ni picta pertama dan terakhir yang saya ambil..
Aksi si Belang ni memang la comel..
Mula2 dia tidur..
Tiba2 dia tersedar..Maybe terdengar bunyi tapak kasut saya..=)
Si Belang ni dulu takut manusia..(masa gambar ni diambilpun dia still takut orang..)
Tapi, dia macam mamai..
Dan maybe dia tak perasan saya tengah duk usyar dia..
Last2 dia lentok semula dengan posisi comel mengadap kamera..
haha~
Saya gelarkan dia Si Belang..tapi sampai sekarang tak tahu lagi nak namakan dia apa..
Sekarang dia sangat gemuk dan cergas..
Dan sangat2 manja dengan orang..
Suka kami..=)

p/s: sila perhatikan dalam 4 picta ni Si Kelabu langsung tak ada perubahan..
sama sahaja posisi..nampak sangat tidur mati..haha~

Tuesday, December 15, 2009

Diko fight dengan kakak- Diko menang!

Semalam Diko buat pasal lagi..
Dulu dia ada 1 port tempat tidur..
Atas meja kayu jati..
Walau ke mana meja itu di pindah, meja itu juga lah yang di cari..
Kalau ada barang atas tu, dia akan mengiau-ngiau minta dialihkan..
Kalau tidak, dia akan tolak-tolak sampai semua barang jatuh ke bawah..

Seminggu lepas dia dah mula teruja dengan kerusi kecil warna merah yang dah
patah sikit bahagian tempat sandarnya..
Abang saya letak kat ruang tamu sebagai tempat tidur tuk Diko la..
Walaupun kecil, dia tetap nak juga tidur kat atas kerusi itu.
Kadang2 kepala dia terkulai ke bawah gara2 tak muat..
Dalam tidur tuh..
Confirm kalau dia sedar, sengal2 leher dia..

Semalam dia buat pasal pulak..
My sis letak satu meja kecil..
Macam meja belajar tapi kecil sahaja.
Tujuannya nak memudahkan tulis-tulis kad jemputan kahwin.
Mulanya tak ada masalah sehinggalah Diko mula memanjat meja itu.
Dia panjat dan terus melekat kat meja tu tak nak mengalah..
Tangan dia dah peluk hujung bucu meja.

Kakak saya tak puas hati..
Di tariknya dia turun bawah..
Dengan harapan Diko paham...
Tapi, tak lama lepas tu dia buat lagi..
Panjat dan bertahan kat atas meja tu..
Tangannya peluk lagi hujung bucu meja..
Kali ni lagi kuat..
Sekali lagi my sis angkat dia turun..

Dan perkara yang sama berulang sampai 3,4 kali..
Memang Diko tak nak mengalah langsung..

Sudahnya my sis angkat bendera putih.
" macam ni sambung esok sahajalah..Diko ni degil pulak"

" yeay, aku menang.."
Abang saya membuat gaya macam bagi pihak Diko pula..

Ni la aksi berani beliau masa kakak saya dah ngalah..

First picture nih dia dah tak peduli..kaki duk terjuntai lagi tuh..Nampak tak kaki depan die duk menahan melekat kat hujung meja..?

Ni masa' line' dah clear..

haruslah mandi2kan badan kan..lepas berhempas pulas berebut 'line'

Ni lagi melampau..terus tangkap lentok baik punya..=)



Sayapun terus pergi kat Diko.
Hajat nak kacau dia.
Tapi, saya kacau sikit sahaja dia dah marah..
Nak dicekaunya saya..
Sampai ke pagi gamaknya dia tidur kat situ..
alahai~
comel betul..

Tuesday, November 10, 2009

Diko kesayangan kami yang pelik~

Ehehe..
last sekali saya sentuh pasal Diko masa kami balik dari kampung raya puasa lalu..
Masa itu dia buat perangai la jugak..
Merajuk dan manja berlebihan..

Sekarang nih saya nak bongkar 1 lagi peel dia yang jarang kucing lain suka buat..
Jeng jeng jeng..
Orang kata gambar boleh menceritakan segalanya..
So, saya upload la sikit picta yang saya baru ambil 2,3 hari lalu..






Saya tak tahu siapakah yang mula2 mengajarnya untuk suka plastik bag..
tapi, setiap kali kami balik shopping barang dapur, dia akan jadi seperti tidak sabar menunggu..
menunggu plastik bag kosong sebelum masuk dengan sendirinya ke dalam plastik bag itu..
lepak2 dalam tu sambil membersihkan badan dia (jilat2 bulu badannya..)
lepas itu dia akan keluar sendiri..

Baru sahaja minggu lepas saya balik dengan seplastik buah rambutan..
Kami sekeluarga lepak2 makan depan tv..
Si Diko ni tak habis2 mengiau..
Ingatkan dia nak bergurau dengan buah2 rambutan..
Rupanya dia nak masuk dalam plastik rambutan..
alahai..
manja betulla dia nih..

Sunday, November 8, 2009

Shiro saya kena penjara!

Geram betul dengan makcik jiran sebelah rumah saya..
Selamba sahaja dia curi ayam saya dan claim dia punya...
Dah banyak kali sangat dia buat begitu..

Kebanyakan ayam2 kami jadi mangsa.
Sekarang nih..Shiro kesayangan saya pulak yang diambilnya.
Dia claim Shiro tu ayam dia sedangkan ayam dia yang 'macam shiro' tu kena baham dek musang..
ayam dia yang tak reti menyorok..
alahai..
Kasihan saya tengok Shiro dah tak bebas seperti dulu..
sila tengok picta2 nih..

dawai kaler ijau itu pagar rumah saya..
manakala dawai halus pulak pagar penjara shiro..



ni close up sikit..


Kami memang dari dulu malas nak bertekak dengan jiran pasal ayam..
Kami biarkan sahajalah..
Walaupun dah terang lagi bersuluh itu ayam kami..
Sekarang bapa ayam yang selalu dengan shiro tu tinggal seko2..tak ada geng..
tengok, cari makanpun sekor2.


hoho~

Ok, update terbaru pasal cik musang tuh..
seekor lagi ayam hampir menjadi mangsanya malam tadi..
buktinya bersepah-sepah bulu ayam bertabur di belakang rumah saya..
Saya tak pasti ayam mana satu tapi ayah cakap, ayam jantan..
bukti bulu ayam bertaburpun saya sertakan..
sila- sila lihat..




tapi ayah tak jumpa bangkaipun..
selalunya akan ada bangkai ditinggalkan musang..
mungkin ayam jantan itu berjaya melarikan diri..
cuma bulu2 je dapat dicarik musang..
kok gitu alhamdulillah~

Wednesday, October 28, 2009

Nak perangkap musang berjanggut..

Tadi balik2 je atas sink ada semangkuk hempedal mentah..
(belum goreng lagi la tuh..)
Terus sahaja dapat agak yang ayah nak pasang perangkap untuk tangkap si musang yang tak tentu lagi berjanggut ke tidak tu..
Tahu tak bahawa..

Hempedal ialah bahagian organ ayam yang paling disukai oleh musang..

Lepas itu, ayah terus memasukkan hempedal2 tersebut dalam perangkap dengan harapan yang menggunung tinggi..

Mana tak berharap..
Ayam2 kami banyak yang terkorban dek kerana kerakusan si musang itu..
Esok kalau dapat nak tengok la macam mana rupa bentuk musang itu secara 'real'..
Excited dah rasanya..
Kalau dapat tangkap, saya akan share picta haiwan itu dalam blog nih..
Dan dah tentu kami akan panggil perhilitan tuk uruskan dia yang tak diundang nih..

Lepas ini aman sikit kawasan rumah saya..
dan yang paling penting, barulah berkembang biak ayam2 saya..
ayam kampung sedap wooo~
free je..
tangkap, sembelih, bersihkan, goreng, makan..
sedap..lagi2 ayam kampung dara..
perrghhh~

Sunday, October 4, 2009

Diko ku kuat merajuk..

Kucing Diko ku ditinggal baru 4 hari jer..
(KES BALIK KAMPUNG BERAYA)
Tapi sudah pandai merajuk..
Pastu pulak jadi manja terlebih..

Hari pertama dia buat2 tak kenal kat semua orang..
Sombong gitu~
Esoknya, alahai manjanya..
Bile letak kat riba, terus lentok kat situ tak nak lari..
Selalunya kalau dah 2,3 minit diriba, dah geliat nak lari..
tapi , hari tu memang baikkk..

Selalunya sombong tapi hari tu..
alahai..mengiau-ngiau kat kita minta didokong..
persis anak kecil kan?

Sempat saya snap 2 picta dia..
Comel..wat muka lagik tuh..
mata bulat jer..manja gile~
sile2 la tengok..


Orang kata memang x elok amik gambar kucing, tapi tu la~
Dah lebih 9 thn pun usia dia..
Dia memang spesies kucing berbeza..unik..lain daripada yang lain..
saya penah citekan pasal die beratur nak masuk toilet~
tak hingat dah entry mana satu..
Ada lagi sikap pelik die yang saya x reveal lagik..
jeng jeng jeng..
tungguuu~

Thursday, October 1, 2009

Nak tengok tak anak ayam saya?

Anak ayam saya sudah besar.
Ini saya update picta terbaru beliau..
Oh ya, nama anak ayam saya ni SHIRO..
hehe~

Masa saya keluarkan kamera, dipatuknya kamera tu..
cet~

Inilah dia tempat dia tunggu saya menjelang maghrib..
tengah bertenggek atas kerusi tepi tingkap..


Inilah dia duk dendiam jer atas tapak tangan saya..


Dia menjeling kat kamera. Bersedia tuk patuk kalau didekat..


Sekarang anda dah tahu kenapa saya panggil dia SHIRO kan?
Sebab dia kaler PUTIH.
PUTIH = SHIRO in JAPANESE..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics