Followers

Thursday, December 20, 2012

Minggu yang mencabar~

Salam korang.

Fuh, seminggu sudah blog ini tidak terusik. Kesibukan hal duniawi lain membuatkan masa begitu terbatas untuk menaip entry di blog kesayangan saya ini. Lagi pula kini suami tiada di sisi. Dia berada jauh nun di negara matahari terbit sana. Sedang bertungkus lumus bekerja untuk menyara kami sekeluarga dan dijangka akan pulang pada 28hb ini selama seminggu sebelum terbang lagi ke sana selama hampir 5 bulan pula.

Perkembangan Emir Ikhwan amat memberansangkan dari segi fizikal. Berat badan memang semakin bertambahlah. Lepas itu dia dah kuat berdiri ketika berpaut/memanjat. Dalam erti kata lainnya, dia memanjat dengan kemas. Tapi, ada beberapa perkara pula yang membimbangkan saya. Dia dah mula suka test suara dia. Menjerit apabila nakkan sesuatu. Menjerit bila apa yang dia nak buat tidak berjaya, Menjerit bila kita halang dia melakukan sesuatu perkara yang semestinya berbahaya. Dari segi kesihatan pula, sejak 3,4 hari lepas dia batuk-batuk. Sampai hari ni pun tak sembuh sepenuhnya tapi tak serius. Saya ada berikan dia ubat setiap hari. Risau kalau ia melarat pula kan. Lepas itu, macam nak kena demam pula sejak 2 hari lepas. Saya terus bagi ubat demam dan dalam masa yang sama breastfeeding (ubat paling mujarab). Alhamdulillah petang semalam demam dah kebah.

Sekarang ini hampir setiap hari saya balik lewat. Lepas maghrib baru sampai ke taska dan bawa si Emir balik rumah dalam waktu maghrib itu. Yang merisaukan saya 2,3 hari ini tidur dia seakan tak lena. Paling teruk malam tadi. Setiap sejam dia akan bangun menangis. Pujuk-pujuk tak jalan. Lastly, kena dukung baru dia senyap tapi sepanjang dia menangis mata dia tertutup. Macam mengigau. Risaunya saya. Kalau tiap-tiap malam macam ini bukan Emir sahaja yang susah. Mamapun lagi kena tempiasnya. Emir tidak cukup rehat di rumah tak apa sebab boleh sambung berehat di taska. Mama tak bolehlah nak berehat-rehat di tempat kerja kan. Lagi-lagi masa kerja tengah banyak ini. Hari-hari berdoa minta dipermudahkan segala urusan. Ameeen~

Oklah, itu sahaja nak update buat masa ini. Bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics