Followers

Wednesday, December 5, 2012

Babah dah balik

Salam korang..

Nampaknya sekarang ni macam seminggu sekali sahaja dapat update blog kan. Haih, nak buat macam mana tuntutan kerja di office dan di rumah begitu banyak sampai lunch pun sambil buat kerja. Fuhh, dulu di company lama waktu rehat digunakan sepenuhnya untuk makan, lepak-lepak, berborak dan baca paper online. Sekarang? Ada juga tapi kadang-kadang je.

Oh ya. Khamis dan jumaat lepas saya terpaksa cuti sebab baby Emir terkena jangkitan mata. Terus pagi itu bawa ke klinik dan doktorpun bagi MC. Alhamdulillah sekarang dah sembuh. Lepas dapat cuti saya terus balik Puchong. Sebab di Selayang tak ada orang. Mak mertua pergi Dubai, adik beradik suami yang lain pun tak ada. 4 hari tinggal di Puchong. Sabtu suami balik daripada Jepun. Alhamdulillah dia tak perlu extend tapi dia kena pergi lagi ke Jepun dalam masa terdekat ini selama 4 bulan setengah pula. Duhh, lagi lama nampaknya. Emir dengan mamanya ini kena mentally prepared. huhu~

Sabtu malam itu, saya dan suami belanja satu keluarga makan Dominos dan KFC. Beli bungkus bawa balik sahaja sebab malam itu ada perlawanan bola Malaysia menentang Indonesia. Alhamdulillah, Malaysia menang!. Harimau Malaya. Go Go Go! Keesokannya (Ahad), family kecil saya dan juga family kecil kakak saya pergi Pasar Tani Stadium Shah Alam. Berhajat untuk membeli tudung saiz besar (labuh). Memang belanja besarlah untuk beli 3 helai tudung. Lepas shopping, pergi makan di Giant FoodCourt pula. Hot Plate dia memang marvelous. Makan sampai licin.

Selepas itu suami ajak pergi Pasaraya Hero untuk mencari bekalan pampers. Kakak saya cakap pampers di sana murah. Sekali memang betul-betul murah. Biasanya 80 keping RM34.90 tapi di sana 84 keping RM31.99. Terus kami grab sampai 6 bungkus. Selepas itu, kamipun balik rumah. Bersiap pula untuk pulang ke Selayang. Dalam pukul 3 lebih baru gerak. Destinasi pertama ialah Sungai Besi. Suami beli bateri kereta untuk kereta kelisa yang digunakan adik bongsunya (panggil Adik je). Lepas itu terus pergi hantar bateri tersebut kepada adik yang berada di UIA Gombak. Selepas itu, kami terus balik solat Asar. Lepas maghrib kami keluar pergi Babyland di PJ untuk membeli barangan kelengkapan Emir. Lepas itu kami pergi makan di Secret Recipe sebelum bertolak balik rumah.

Hero mama punyalah letih sampai menangis-nangis minta tidur. Sampai di rumah terus menyusukan dia sebelum dia terlena sampai pagi. Penat sangatlah tu ye sayang. Ok, tu sahaja kali ini. Bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics