Salam korang..
Hari ini 10hb 12 maka genaplah usia hero mama, Emir Ikhwan yang ke 7 bulan. Cepatnya masa berlalu. Improvement? Sekarang dia dah boleh panjat dengan laju. Pegang barang dengan cukup kuat. Sudah pandai turunkan badan sendiri. Alhamdulillah cepat betul Emir belajar. Yang tak bestnya pipi dia nak rashes pulak. Maybe sebab lately dia kerap minum susu masa tidur sampai meleleh. Lepas itu terus sambung tidur. Kesian pula nak kacau dia yang sedang lena semata-mata untuk lap lelehan susu tu. Tapi bila dah jadi macam ni kena jugalah bersihkan pipi dia setiap kali menyusu. Tak comel lah~
Babah Emir dah bagi schedule ke Jepun. Bermula awal bulan Januari sampai hujung bulan 5 katanya. Lamanya. Emir dah lepas setahun baru babah pulang. Tiba-tiba rasa nak ambil cuti masa hujung bulan 5 itu. Nak terbang ke sana. Kalau Tokma nak turut serta lagi best sebab masa itu Tokma dahpun bersara. Nanti-nantilah pula buat planning. Sekarang ini gunakan masa yang ada bersama suami tersayang sebelum dia bertolak kurang sebulan dari sekarang.
Nak cerita pasal aktiviti weekend tapi nanti-nantilah yea. Busy menghimpit diri. Esok Selangor cuti. Yeay!
Selamat bercuti warga Selangor. Orang negeri lain, jangan jealous ok. Bai!

No comments:
Post a Comment