Followers

Thursday, December 13, 2012

Journey to Osaka?

Salam korang..

Ok, ada berita yang tak berapa best untuk dikongsi di sini. Sob sob sob. Semalam macam biasa balik menjemput suami di office dia. Lepas itu, dia pula yang drive. Saya jadi co-driver sambil mengunyah kacang yang dibeli sepeket seringgit. Sedap pula rasanya. Mungkin sebab perut dah mula mengiau kelaparan. Tiba-tiba suami memecah kesunyian (kekusyukan saya memakan kacang) dengan berita bahawa dia akan ke Jepun ahad ini. Terkejut sangat bila mendengarnya. Terus tak lalu makan kacang. Bergenang dah air mata. Mungkin sebab terlalu terkejut.  Memang saya dah ready untuk lepaskan dia pergi ke Jepun tapi bukan ahad ini tapi 5hb Januari nanti.

Dia kata kena pergi 10 hari. Daripada 17hb ini sampai 27hb. Lepas itu dia masuk kerja 28hb sebelum diberi cuti seminggu sebelum terbang lagi ke sana untuk 4 bulan setengah pula. Yang buat jadi sebak itu bila fikirkan anak kami Emir. Kasihan dia membesar tanpa kasih seorang babah buat seketika. Harap-harap lepas ini tak ada lagilah business trip yang ambil masa lama. Kalau setakat seminggu dua tak ada masalah tapi kalau lebih sebulan memang sedihlah kan.

Kuatkan semangat. Allah SWT dah tentukan inilah jalan hidup kami sekeluarga. Dia cuma nak ambil buatr seketika apa yang dia pinjamkan supaya kita sentiasa bermuhasabah diri, melatih diri menjadi sabar serta tabah menghadapi ujian/dugaan. InsyaAllah, ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku dan apa yang direncanakan olehNya adalah yang terbaik buat kami. Esok malam akan balik ke Puchong sampai sabtu malam atau ahad pagi. Petang ahad itu dah kena hantar babah ke KL Sentral.

OKlah, itu sahaja nak kongsi buat masa ini. Doakan saya berjaya harungi dugaan ini dengan tabah. Bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics