Followers

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Salam korang~

 

Yuhuuu..hari ini hari terakhir di office sebelum mode beraya ON secara rasminya. Pagi tadi semasa bersahur mak mertua sudahpun mengeluarkan ayam untuk dilembutkan dan menggoreng kacang tanah untuk persediaan membuat kuah kacang. Tahun ini beraya di Selayang nampaknya. Akan mula balik kampung pada raya ke 2.

 

First time beraya dengan anak dan first time juga beraya di Selayang. Tahun lepas beraya di Puchong sebelum terus bertolak ke Kedah pada raya ke 2. Tahun ini hanya sempat singgah beraya di Puchong sekejap sahaja. Mungkin hujung minggu ke 2 raya baru boleh berlama-lama di Puchong. Itupun masa itu mode raya sudah semakin berkurangan. Masing-masingpun dah mula bekerja semula masa itu.

 

Mungkin ini akan jadi entry terakhir sebelum raya. Jadi, di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari jauh saya memohon kemaafaan andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, terlenting bicara lagi-lagi kepada returning visitors blog yang tak jemu-jemu mengikuti perkembangan blog ini yang dah tak berapa kembang. Entrypun boring sebab tak ada gambar kan. Huhu~

 

Oklah, itu sahaja buat masa ini. Bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics