Followers

Wednesday, September 12, 2012

Raya Sakan

 

Salam korang..

Fuh, berhabuk blog ini hampir sebulan tak berupdate.  Raya hari itu bercuti sampai seminggu lebih. Memang beraya sakanlah. Raya pertama bermula di Selayang bersama keluarga mertua. Menjelang tengahari beraya pula di rumah Pak Teh, bapa saudara suami. Dalam pukul 5 petang baru bertolak ke Puchong untuk beraya bersama keluarga saya pula. Dalam pukul 10 malam kamipun bertolak pulang sebab keesokannya kami akan bertolak ke Temerloh pula untuk ikut rombongan meminang untuk anak Pak Teh yang bernama Amir. Yang menariknya, kami dijamu nasi berlaukkan ikan talapia goreng masak pedas dan juga Ikan Patin masak singgang. Pergh, ikan fresh dan rasanya maanisss sanggaat..

 

Balik itu, kami sempat singgah di Air Terjun Lentang. Yang enjoy mandi hanyalah si kecil Wildan, Awliya dan Chaca bersama bapa masing-masing. Ibu Wildan join sekali memeriahkan suasana. Babah Emir turut teruja untuk ajar Emir mandi tapi baru cecah kaki masuk air, Emir dah menjerit. Terpaksalah saya jaga Emir kat tepi manakala babah dia terus bermandi manda. Dekat maghrib baru kami bertolak pulang. Keesokannya pula kami pergi jamuan raya di rumah Abang Ajeem (abang saudara suami) pula. Rumah dia terletak di Rawang sahaja. Rabu kami hanya lepak di rumah. Mengemas bilik, mencuci pakaian sebab keesokannya kami akan memulakan perjalanan jauh lagi iaitu ke Kedah pula. Balik Kedah memang wajib setiap 2 tahun sekali. Beraya di rumah Tok Ana dan juga Pak Long Thia. Misi utama ialah untuk meraikan pernikahan dan kenduri kahwin sepupu suami, Cik Ros yang bernikah jumaat (keesokannya) dan kenduri pada hari sabtu. Jumaat selepas majlis nikah, kami sempat pergi ikut keluarga Pak Ngah mencari Laksa di Kuala Perlis. Malangnya, sebab kedai feveret tutup sampai 29hb. Masa kami pergi tu baru 24hb. Sepanjang perjalanan hujan sangat lebat. Akhirnya kami berhenti makan di satu kawasan R&R Kecil yang terletak berhampiran kedai feveret tu. Jumpapun secara tak sengaja sebab asalnya berhenti untuk ke toilet sahaja. Dapat jugalah pekena laksa walaupun di kedai lain.

 

Lepas itu, kami terus balik ke Alor Setar. Singgah pula di rumah Pak Long Thia. Lupa nak cakap, Pak Long Thia ini sebenarnya adik beradik tiri mak mertua sahaja. Jadi hubungan kekluarga amatlah rapat. Anak-anak Pak Long Thia pun selalu join kalau keluarga adik beradik mak mertua ada buat program. Hari terakhir, pagi-pagi lagi dah berkemas sebab mengikut rancangan, kami akan check out sebelum ke majlis kenduri kahwin Cik Ros. Selepas majlis, kami akan terus bertolak ke KL. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kami sempat singgah ke open house Kak Linda di Rawang kira-kira pukul 10 malam. Masih meriah lagi rumah Kak Linda masa tu. Kak Linda ini rakan seperjuangan suami di office. Bila perut kenyang, balik rumah terus masuk tidur. Hehe~

 

Keesokannya, kami memang lepak di rumah sahaja. Mengemas apa yang patut sebab keesokannya suami dah masuk kerja. Saya pula masuk kerja hari selasa sebab taska tutup hari Isnin. Yang bestnya, hari selasa, rabu dan khamis, taska buat jamuan raya. Setiap kali menjemput Emir, saya dapat mengisi perut sekali. Alhamdulillah, semoga murahlah rezeki pemilik taska itu. Dah la sebelum raya dia bagi kad raya, duit raya, bubur pulut hitam dan bubur asyura. Lepas raya, dia buat pula jamuan raya. =). Jumaat pula taska tutup sempena sambutan Hari Merdeka.  Oklah, setakat itu sahaja dulu update pasal raya. Lepas ini ada lagi cerita best nak kongsi. Tunggu next entry ok. Bai!

 

 

 

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics