Followers

Monday, August 13, 2012

Penghujung Ramadhan~

Salam korang..

 

Masuklah minggu terakhir ramadhan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita semua melipatgandakan ibadah dan merasai nikmat berpuasa di bulan mulia ini. Bazar ramadhanpun makin lama makin sepi sebab ramai peniaga dah tukar mode daripada kerja kepada enjoy raya. Secara peribadinya, tahun ini keinginan untuk beraya sakan itu sudah semakin kurang. Hanya excited untuk menyiapkan pakaian anak sahaja. Baru tahu macam mana perasaan seorang ibu dan ayah bila raya tiba. Keperluan anak-anak didahulukan daripada keperluan diri sendiri.

 

Tahun ini pagi raya berada di Selayang. Petang raya pula berada di Puchong. Malamnya pula berada di Selayang semula sebab keesokannya semua dah nak bertolak ke Kuantan untuk pergi majlis pertunangan sepupu suami, Amir. Tak tahulah macam mana plan selepas itu tapi yang pastinya hari raya yang ke 5 kena berada di Kedah pula untuk majlis akad nikah sepupu suami yang seorang lagi, Che Ros. Rasanya sampai hujung minggu kami di sana.

 

Tahun ini tahun pertama beraya bersama Emir Ikhwan dan tahun pertama juga raya ‘sakan’ sebab bercuti lama. Raya tahun ini saya bercuti sampai 11 hari bermula jumaat ini sampailah hari Isnin berikutnya. Hari selasa baru masuk kerja semula. Semalam tok ayah dan tok wan Emir belikan baju melayu warna pink. Katanya itulah size paling kecil tapi bila disarungkan ke badan Emir, mak aihh, gelebeh sana sini. Dah lah diorang beli warna pink. Jambu pula bila Emir pakai baju melayu warna pink tu. Rasanya bila dah setahun baru boleh pakai kot baju ni. Tunggu raya tahun depanlah nampaknya. =)

 

Buat kawan-kawan, selamat mencari lailatulqadar. Sempat lagi ini ada beberapa malam lagi sebelum Ramadhan pergi. Harap Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sudah-sudah. Raya jangan fikir dulu ok. Ok,bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics