Followers

Sunday, May 16, 2021

4th Pregnancy experience

 Salam..

Honestly, 3rd and 4th pregnancy is by accident. Is not like we don't want to have another bundle of joys in our perfect life but its more to not yet ready to have them at that moment but Allah always have better plan for us so now we are proud parents of 4 kids. 

During the 1st and 2nd months of pregnancy, I am still shock and not able to move forward. Still in denial and worried. Felt not ready and pity to my 2nd child since she just about to celebrate her 1 year old birthday and she was the one notice it first after she rejected direct feeding at all before we noticed that I am conceived.  While for the 4th pregnancy, the biggest fear is to going for check up and deliver this baby during Covid 19 pandemic. The most scariest one is when you need to do SWAB test which is I already imagined  that hurt a lot. The gap with my 3rd kid is 5 years. 

During latest pregnancy, I am experienced morning sickness earlier starts from Week 5. And only last when approaching Week 16. The worst case I am not able to tolerate with my husband body's smell until 16 weeks as well even he just took shower. Lol! I cannot eat fish as well. Not able to smell if someone frying anything. I love fruits but  tried to avoid sweet drinks/food. Love coffee and fast foods ( of course after morning sickness gone). Everyday I will order food via Grab/Foodpanda. I love chocolate as well.

During this pregnancy, my HB was low. Starting from 9.7 --> 10.2 --> 10.1 -->10.3. Actually my HB always low during all 4 pregnancies. And its makes every check up session hard for me since I need to do blood test every 2 weeks to monitor my HB and additional 2 to send it to Hospital Selayang for Iron studies. They thought I had Telesemia or Anemia but there is no issue when the result came out. My HB also not dangerously low so they just asked me to keep the HB above 10. 

I am also worried when doing check up during fasting months due to the tendency to have glucose in urine or in blood. They will forced to take another MGTT test to make sure that I am free from Diabetes or not. Luckily baby decided to see the real world earlier so I don't need to repeat that test. However, I am only need to replace to fasting for 16 days after this. Pray for me guys!



Friday, May 14, 2021

Pantang Hari ke 18 - Diaper brand mana terbaik untuk NewBorn?

 Salam..

Hari ni Hari Raya ke 2/ 2 Syawal.  Meriah lagi FB dan Istagram dengan post raya di rumah masing-masing ataupun di taman. Alhamdulillah sudah 18 hari Adam lahir ke dunia. Sihat sejahtera dan mula kurang tidur. Sepanjang 14 hari terawal masa jaundice masih tinggi, asyik tidur 24 jam. Tapi sekarang ni sebab kerap sedu maka dia kerap juga berjaga walaupun sekejap sementara nak hilangkan sedu.  Kalau sedu lama sangat, susukan sahaja dia mesti hilang terus sedu tu. Pampers pun kerap kena tukar kalau tak nak kebocoran. 

Kami banyak dapat sample diaper/pampers pelbagai jenama iaitu Drypers Touch, Drypers ,Merries, AppleCrumby dan Huggies. Diaper/pampers terbaik untuk Newborn ialah Huggies sebab memang tak bocor. Sebab Adam ni suka tidur mengiring jadi mudah bocor di bahagian tepi pinggang bila dia kencing. Tapi dengan Huggies memang tak bocor.  

Disebabkan diaper Drypers masih banyak lagi maka kenalah habiskan dulu. Lepas ni memang akan beli Huggies la sementara Adam nak membesar. Kalau Adam dah boleh berjalan nanti, kita tukar Tesco Love macam abang Umar/ kakak Aina dulu. 

Akhir kata...



Thursday, May 13, 2021

Selamatkanlah Palestin!

 Salam..

Hari ni dah Syawal tapi tak berapa seronok sebab saudara muslim kita di Gaza sedang dilanda musibah kerana serangan Y@hud1 Isr@eL Zi0ni5!

Ya Allah..

Kumohon kepadaMu agar dikurniakan kemenangan besar buat Palestin. Kami tak mampu untuk berada secara fizikal di sana untuk sama-sama mempertahankan Al Aqsa. Tapi hanya doa menjadi senjata dan tanda sokongan kami dari jauh.

Kami berterima kasih kepada warga Palestin yang teguh mempertahnkan Al Aqsa daripada diceroboh Y@hud1 Isr@eL Zi0ni5. Warga Palestin berlumba-lumba untuk Syahid. 

Tahun ni rakyat Malaysia begitu bersemangat troll page Isreel Defernse Forces (IDF). Gelihati baca komen-komen orang kita dalam setiap posting dalam IDF tu. "Mak Kau Hijau", "Cincau", mengutuk dalam dialek negeri ( kelate, ganu, nogori etc) dan juga yang paling epik rakyat Malaysia berjaya hack account IDF. Kantoi sebab komen terakhir " Jangan tinggal dakuu.. dalam posting IDF. Ini juga salah satu cara untuk kita melawan/membantah/mengutuk perbuatan mereka. Salah satu jihad Bawang Rangers Malaysia.  

Tabik!

Takbir!

AllahuAkhbar!




Wednesday, May 12, 2021

Bermula Regim berpantang guna Set Berpantang NR (Nona Roguy)

 Salam..

Hari ni hari ke 16 berpantang. Bermakna hari ke 16 tak dapat berpuasa di bulan Ramadhan dan perlu diganti. Fuhhh..banyaknya. Esok insyaAllah dah masuk Syawal. Tahun ni raya dalam PKP 3.0. Tahun lepas beraya dalam PKP 1.0.

Bila dikira-kira, ada lagi 28 hari tak termasuk hari ni untuk habis pantang 44 hari. Maknanya hanya boleh betul-betul beraya sakan pada 29 Syawal. Masa Umar dulu memang tak dapat langsung beraya sebab habis pantang bila masuk pertengahan Zulkaedah. Tapi masa tu takde PKP. Bila raya tu meriah dah ramai yang datang beraya sambil tengok baby. Kali ni semua orang tak boleh kunjung-mengunjung langsung. 

Since baby Adam baru clear dari jaundice pada hari ke 14 pantang, semalam baru mula makan pil Phytonatal NR. Hari ni pula baru mula bertangas basah, guna krim barut NR sebelum pakai bengkung dan juga membersihkan bahagian bawah menggunakan  Uncang Cuci Herbanika NR. Hari ni juga baru mula minum Air Akar Herbanika. Orang kata kalau amalkan set berpantang NR ni boleh cepat kurus. 

Pagi tadi check berat dah jadi 65.8 kg. Yeah, slow-slow turun. Nak guna set NR ni sampai habis sebab tak nak membazir dan juga sebab semangat untuk cepat kurus semula. Haha.

Doakan saya. Amin-amin. 

Akhir kata, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin daripada kami sekeluarga.

Moga raya tahun ini lebih bermakna buat kita semua. 


Monday, May 10, 2021

Selamat Hari Lahir ke 9 anakku Emir Ikhwan

 Hari ni 10 May 2021 genap 9 tahun sudah usia anak sulung kami Emir Ikhwan.

Ingat nak buat small celebration lepas berbuka puasa tapi Emir kurang sihat pula. 2 kali muntah-muntah dan lepas maghrib dah tidur. 


Kek besar dah beli dan tak masuk peti ais lagi tu. Cair pula nanti tu. Emir jarang sakit apatahlagi demam. Tapi muntah-muntah tu kerap juga sejak PKP ni. Tak pasti sebabnya. 


Harap dia cepat pulih lepas bangun dari quick nap so boleh celebrate malam ni.


Selamat Hari Lahir buat anak mama yang special ni.

Moga Emir sentiasa dilindungi Allah SWT dan berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.

Mama sayang Emir walaupun Emir jarang bercakap. Emir punya vocab banyak bila nak makan sahaja. 

2017 - 2021

 Assalamualaikum..

Blog ini kali terakhir dikemaskini pada tahun 2017. Sekarang ini sudahpun masuk Bulan Mei 2021.

Macam-macam yang terjadi sejak 2017 sehingga 2021.

2017 - Anak ke 3 berusia 1 tahun. Abang sulung 5 tahun dan kakak ( yang nombor 2) berusia 3 tahun. Masa tu memang tekad untuk berhenti setakat 3 anak sahaja. Gunakan perancang keluarga jenis IUD yang dipasang di Klinik Kesihatan kerajaan dengan bayaran RM1 sahaja. Masa tu dok fikir mudah bila pasang IUD. Tak perlu risau sebab IUD tahan 3 tahun. Tapi sebenarnya renyah juga bila pasang IUD ni sebab setiap  bulan kena pergi Klinik Kesihatan untuk check kedudukan IUD tu. Tau la klinik kerajaan macam mana ramai. Kena minta cuti at least setengah hari sebab kena beratur panjang. Lepas tu kena seluk pula tu. 

Lepas tu kesan sampingan yang lain ialah bila period jadi lama. Kalau sebelum pasang IUD tu period kita 7 hari, lepas pasan IUD period jadi berbelas hari dan banyak pula tu. Period cycle stabil. Memang setiap bulan datang tapi lama. Yang tak seronoknya bila Ramadhan la. Tak cukup masa nak beribadah lebih dan lepas tu pula kena ganti puasa lebih lama. Dan yang paling tak best, selepas pakai 2 tahun, tali kat bawah tu tiba-tiba tak dapat dikesan. Bila pergi check up rupanya IUD tu dah tercabut sendiri.  Adoilah. Tak selamat ni. Jadi pakai IUD 2 tahun sahaja lepas tu plan sendiri je la. Bila IUD dah buka masa 2019, period jadi pendek je. 5-6 hari sahaja. Seronok sebab boleh cover ganti puasa sekalikan dengan puasa sunat 6 Syawal. 

2018 - 

Anak masih lagi 3 dan hanya yang sulung je dah sekolah tadika di Permata Kurnia sepenuh masa. Maknanya daripada pukul 8.30 sehingga 4 petang setiap hari. Nasib baik dapat pelepasan company tempat kerja untuk datang kerja awal 7.30pagi dan balik pukul 3.30petang tiap-tiap hari untuk jemput anak di Permata Kurnia. Alhamdulillah survived untuk ikut jadual pergi balik kerja sepanjang 2018. 

2019 -

Anak masih lagi 3 dan masa ni memang IUD dah takde. Jadi memang rancang sendiri je la. Alhamdulillah tahun ni rezeki murah sebab dapat naik gaji 2 kali. 1st sebab ada pelarasan gred gaji. 2nd sebab ada pelarasan gaji ikut market trend. Dan yang paling seronok tahun ni dapat pergi menunaikan umrah dengan ayah pada bulan November. Suami dah pergi umrah pada bulan Ramadhan 2018. Jadi kali ni dia hantar saya dan ayah untuk pergi buat umrah pula. Anak sulung masih di Permata Kurnia dan dan pandai membaca. Anak ke 2 dah masih tadika 5 tahun. Walaupun dia banyak nangis sebab takut nak pergi sekolah tapi Alhamdulillah survive juga.

2020 -

Tahun 2020, anak sulung dah masuk Darjah 1 di PPKI dan anak ke dua pula tadika 6 tahun. Dunia dikejutkan dengan Pandemic Covid 19 yang bermula di China dan seterusnya merebak ke seluruh dunia. Walau bagaimanapun kami sekeluarga dan mak mertua sempat ke Krabi paa bulan 2 selepas suami balik dari Jepun pada awal bulan yang sama. Sebulan selepas itu iaitu pada 18 Mac 2020 total lock down dilaksanakan di Malaysia. Company tempat saya kerja sudahpun mengarahkan kami semua bekerja dari rumah pada 13 Mac 2020 (mula-mula untuk test/drill je) bermula16 Mac 2020. Jadi memang kami dah mula work from home sebelum kerajaan Malaysia mengumumkan total lock down. 

Alhamdulillah bekerja dari rumah lebih effective dan flexible dan juga lebih jimat. Cuma yang mencabarnya ialah masa ni anak sulung dah darjah 1 manakala anak nombor 2 sekolah tadika 6 tahun. Kena luangkan masa untuk ajar anak siapkan kerja sekolah sebab hari-hari akan ada sesi PDPR. Adalah sekolah dibuka sekejap menjelang hujung tahun sebelum ditutup semula sebab kes meningkat dan kerajaan Malaysia umumkan MCO 2.0. 

Bila masuk bulan September baru perasan period tak datang. Rupanya mengandung buat kali yang ke 4. Mulanya terkejut juga. Tak sangka mengandung lagi sebab still lagi merancang sendiri. Lama-lama terima kenyataan dan bersyukur atas rezeki Illahi. Alhamdulillah, sepanjang mengandung sampai hujung tahun semua selamat. Cuma mabuk teruk juga, tak boleh bau badan suami etc. Lama juga sampai 5 bulan. Masa tu berat pun tak naik banyak. Mula buka buku pink di Klinik Kesihatan Kerajaan pada bulan 12. 

2021 -

Tahun yang lebih mencabar sebab ketiga-tiga anak dah bersekolah. Anak sulung Darjah 2 PPKI, anak ke 2 Darjah 1 dan anak ke 3 dah masuk tadika 5 tahun dan anak ke 4 pula dalam pembikinan. Mengurus anak-anak sekolah dalam masa yang sama mengandung cukup menduga keimanan. Masa ni masih ada sisa-sisa mabuk lagi dan anak yang ke 3 tu banyak pula akalnya sampai mama dan babahnya pening kepala. 

Bila dah tak mabuk, makanpun sedap sahaja. Tak perasan berat naik banyak. Berat naik 3.5 kilo dalam masa 3 minggu masa check up bulan 1. Terus jaga makan lepas tu sebab bila berat naik banyak, doktor akan suruh buat check Blood pressure selang sehari selama 2 minggu lepas tu pastikan berat tak naik banyak juga lepas 2 minggu tu. Kalau tak, memang kena check gula dalam darah pula takut ada GDM ( Diabetes during Pregnancy). Alhamdulillah bacaan Blood pressure cantik je dan beratpun tak naik langsung dalam masa 2 minggu tu. Sebab masa tu la tiba-tiba je kena demam yang sampai menggigil tu. Kena UTI ( Kencing Kotor) rupanya. 

Oh..lupa nak inform HB sayapun low juga. Bacaan 10. X je sepanjang mengandung. Masa check up 37 minggu di Klinik Kesihatan ( baru masuk bulan puasa), tiba-tiba ada gula dalam Urine dan bila buat check darah pagi tu bacaan 7.2. ( kira tinggi la bagi doktor sebab sahur 5.30 pagi, dan test tu dibuat pukul 8.43pagi.) Deliver baby Apr 27 2021. Doktor suruh buat MGTT di hospital tempat nak bersalin nanti sebab minggu ke 38 saya ada check up di sana iaitu di Hospital Pakar Al-iSLAM, Kg. Baru. 

Bila saya pergi hospital pada miggu ke 38 (27 Apr), doktor nak check dulu bukaan jalan dan scan keadaan baby dalam perut. Bila dia scan, dia cakap air ketuban dah berkurang dari 14 ke 10, uri dah nampak putih-putih iaitu dah matang katanya dan bila dia check bukaan dah 3cm dan dia cakap tak perlu buat MGTT sebab dah nak bersalinpun. Tapi masa tu saya tak rasa contraction kuat lagi. Jadi lepas jumpa doktor tu saya minta nak balik dulu. Tapi masa tunggu giliran untuk bayar di kaunter, tiba-tiba rasa macam ada contraction yang kuat setiap 2 minit dan konsisten. Saya minta suami yang masa tu tungu dalam kereta untuk masuk ke lobi dan saya minta staff di kaunter bayaran untuk berjumpa semula dengan doktor. 

Diapun terus call doktor. Doktor cadangkan untuk terus masuk wad sebab contraction dah ada dan bukaan pun dah 3cm. Saya dan suamipun bersetuju. Masa tu pukul 10 dah rasanya. Sakit memang makin kerap dan kuat dah masa tu. Tapi, kena settlekan dulu registration sebab masuk guna insuran company kan. Dan lepas tu kena SWAB COVID 19 test juga. Inilah pertama kali dan harapnya kali terakhir kena SWAB sebab sakit juga rupanya. Suami pun kena SWAB juga sebab dia nak teman saya di dewan bersalin Nasib baik hospital ni benarkan suami menemani isteri semasa bersalin. 

Cuma wad tak dapat Wad Single sebab dah penuh. Saya duduk Wad 4 Bedded tapi rasa macam single juga sebab ada partition kain tuk setiap katil. Cuma bilik air dia satu je la kena share dan ruangnya agak sempit. Saya dapat masuk wad dalam pukul 11.30 pagi macam tu. Lunch disediakan tapi masa tu memang tak lalu nak makan sebab contraction kuat dan kerap. Makan jugalah sikit sebab nak guna tenaga masa bersalin nanti. Saya juga sempat solat jamak zohor-asar. Dalam pukul 2.15petang saya ditolak ke Wad Bersalin. Nurse check bukaan masa tu dah 4cm dan pecahkan air ketuban juga. Tak lama lepas tu suami pun dapat masuk. Tak lama lepas tu doktor check bukaan dah 8cm. Lepas tu doktor arahkan mengiring ke kiri dan beritahu dia bila rasa nak terberak. Tak lama lepas tu memang rasa nak terberak. Terus saya inform doktor. Lepas tu doktor arahkan teruskan je berak. Sayapun lepaskan je la. Lepas tu saya diarahkan terlentang semula dan kaki saya disangkut pada kayu penahan di kiri dan kanan katil. Dan doktorpun mengarahkan saya meneran. Alhamdulillah 3 kali teran, baby pun selamat dilahirkan pada pukul 3.13pm dan yang seronoknya tak perlu jahitan.  Baby boy berat 3.15kg. 

Saya kemudiannya dibiarkan berehat sebentar di Wad Bersalin, diberi minum air coklat panas dan roti jem strawberi untuk menggantikan tenaga yang hilang semasa proses bersalin. Suami saya balik rumah selepas itu sebab bilik single memang tak ada dan kemudian saya ditolak ke Wad 4 Bedded yang sama. Alhamdulillah keesokannya selepas pemeriksaan ke atas saya dan baby dan semuanya ok saya dibenarkan discharged pada pukul 9.30 pagi. Tapi doktor nasihatkan saya balik lepas lunch jadi saya ikutkan sahajalah. Suami datang jemput saya dengan menunggu di lobi. Alhamdulillah lega sebab dah selamat bersalin baby tanpa perlu buat MGTT. 

Dalam perjalanan pulang, singgah di Klinik Kesihatan Kerajaan untuk melaporkan kelahiran. Keesokannya (29 Apr), nurse datang rumah dan baby disahkan terkena jaundice. Terus diarahkan untuk check darah di klinik/hospital swasta sebab klinik kerajaan dah tutup. Kamipun ambil keputusan untuk pergi ke Hospital Pakar Al-iSLAM, Kg. Baru. Bacaan hari tu 131. Lepas tu keesokannya (30 Apr) kami ke Klinik Kesihtan Kerajaan untuk check darah lagi. Kali ni naik jadi 153. Keesokannya (1 May/Sabtu) saya sekali lagi ke Hospital Pakar Al-iSLAM, Kg. Baru dan bacaan sama 153. Hari Isnin ( 3 May), kami ke Klinik Kesihtan Kerajaan untuk check darah lagi. Kali ni naik jadi 157. Seterusnya pada Hari Rabu (5 May), ke klinik yang sama dan bacaan turun sikit menjadi 150 dan 143 pada hari Jumaat (7 May). Dan pada usia baby ke 14 hari iaitu pada hari ini 10 May bacaan turun mendadak kepada 64. Alhamdulillah dah boleh raya sebab menurut doktor, baby dikira bebas jaundice bila bacaan di bawah 85. Berkat minum susu badan kerap dan sayapun menjaga makan sepanjang tempoh 14 hari ini, berjaya juga turunkan bacaan dalam masa yang singkat. Alhamdulillah lepas ni ada check up 20 hari dan 1 bulan pula sepanjang tempoh berpantang. Penat juga berulang-alik ke hospital walaupun berat tak turun banyak pun.

Last timbang sebelum bersalin 75.5kg

Last timbang lepas bersalin 14 hari 66.5kg

Target (berat sebelum mengandung ke 4) 60kg

Harap dapat capailah sebelum habis pantang 44 hari. 30 day to go girl!



Monday, December 18, 2017

After A While..

Assaalam..

Berhabuk berkarat dah blog saya ni tak ter update. Mengejar dunia dan akhirat sampai terabai blog ini. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini. Terlalu banyak suka dan duka berlaku sepanjang tahun 2017 yang dah nak sampai penghujungnya.

Kerjaya..
Alhamdulillah masih bekerja di tempat yang sama. Tapi tahun ni boss kesayangan pergi meninggalkan kami demi minat mendalam dalam YOGA. Sekarang dia jadi YOGA INSTRUCTOR. Sekali-sekala dia datang office bila kami panggil untuk jadi Yoga Instructor kami. Gaji naik bulan 12 ni. Walaupun tak banyak tapi bersyukur. Jawatan masih sama. Berharap agar ada peluang untuk naik gred tahun 2018 nanti.

Emir..
Alhamdulillah dah banyak sangat improvement sejak bertukar sekolah INSANI sejak bulan 2 2016 dulu dan seterusnya dapat masuk ke Permata Kurnia pada bulan 7 2016. Tahun depan 2018 dia akan berhenti sekolah di INSANI kerana dapat tawaran prasekolah di Permata Kurnia. Dan hari ini hari bersejarah buat kami kerana Emir ada trial di Taska Sri Al Insan ( taska biasa). Kami perlu menghantar Emir di sini selama 2 minggu sahaja sebelum buka sekolah January nanti. Harap-harap tiada masalah yang ditimbulkan Emir di sana. Aaamin.

Tokma..
Tahun lepas tahun sedih sikit buat Tokma kerana tokma disahkan menghidap Kanser Payudara tahap 2 hampir masuk ke tahap 3. Bulan 11 Tokma menjalani surgery untuk buang sel kanser. Kimoterapi hanya bermula pada bulan January iaitu seminggu selepas tokma balik dari menjalani ibadah umrah dengan Uda dan Adik.

Adik Alif..
Alhamdulillah Adik Alif kahwin juga pada bulan March 2017. Bini dia bunting pelamin dah selamat melahirkan baby boy pada 15 December ( jumaat lepas). Bertambah ummat Nabi Muhammad SAW.

Mak..
Tanggal 5hb 5 2017, mak pergi meninggalkan kami menghadap sang pencipta pada jumaat malam. Tiada seorangpun dari kami disisinya ketika itu kerana masa tu waktu melawat di hospital telahpun tamat. Mak dibedah pada hari kenduri kahwin rakan sekerja, Mira. pada pertengahan bulan April 2017. Mak hanya boleh mendengar dan mengangguk selepas pembedahan. Selepas sehari pembedahan mak dapat pindah wad tetapi entah macam mana berlaku pendarahan yang cukup banyak  sehingga mak hilang nadi salama lebih 30 saat. Mak dipindahkan semula di wad kecemasan. Mak dikhuatiri koma dan tidak sedar apa yang berlaku disekeliling. Mak bertahan lebih kurang 2 minggu sebelum pergi menghadap Illahi.

Adik Ipar..
Adik bertunang pada bulan July 2017 dan mengikut perancangan bakal bernikah pada cuti sekolah bulan 3 2018 di Kelantan.
Uda pula baru sahaja bertunang pada awal bulan Dec 2017 dan mengikut perancangan bakal bernikah di Sri Iskandar pada bulan 8 2018.

Oklah..setakat ni dahlu cerita saya. Ini lebih kepada flashback dan juga diari supaya tak luput di ingatan.

Sampai berjumpa lagi di lain masa.
Assalamualaikum wbt.

Thursday, September 8, 2016

Promo Sept 2016 Shaklee untuk ESP dan Vita-C Plus

Salam korang..

Alhamdulillah hari ini masih berpeluang menghirup udara di dunia.
Hari ni juga usia Umar dah 2 bulan 4 hari. Cepat betul masa berlalu, Kurang 3 minggu cuti mama berbaki. Lepas ini dah kena tinggal Umar Uwais di taska bersama kakak Aina. Kakak Aina dah mula dihantar sejak 1st September lagi. Kira yuran sebulan terus. Umar duduk dulu dengan mama sampailah hari 1st mama kerja nanti.

Semalam cuba berikan Umar minum susu dalam botol tapi dia reject pula. Alahai tak macam kakak dan abang dulu yang mudah sahaja diajar berbotol. Risau pula rasa. Kena pulun ajar jugalah paling-paling seminggu sebelum mula kerja. Kalau tidak memang kes naya. Salah mama juga sebab stop bagi dia susu dalam botol. Sepatutnya bila dah mulakan kena teruskan setiap hari. Rasanya ajar dia minum dalam botol 2 kali 2 minggu yang lepas. Lepas itu terus leka dengan duniawi. Haha..

Oh ya.. bulan ni Shaklee ada promosi Buy 6 Free 1 untuk 2 produk iaitu ESP dan Vita C Plus.
Kalau Beli 2 botol ada diskaun 5%. Apa lagi, order sekarang sementara murah ini. Dua-dua kalau kita combine guna memang akan dapat kulit yang cantik dan dalam masa yang sama boleh kurus sebab ESP ni memberi kesan mengenyangkan. So, bila minum ESP ni tak adalah rasa lapar memanjang selain protein ini bagus untuk kesihatan rambut dan kulit kan.

Meh saya share sedikit kebaikan ESP ini.

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP ni fungsi dia sebagai sumber protein yang lengkap dang 9 acid amino (yang badan kita perlu tapi tak boleh menghasilkan secara sendiri). Protein non GMO ini membantu pembentukan sel dan badan kit memang amat memerlukan protein yang cukup untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti. Dengan mengamalkan ESP ini, kita dapat tampung kekurangan sumber protein dalam diet harian kita. Takkan nak ambil daging, ikan dan ayam terlalu banyak hari-hari. Boleh gemuk dan mudah terdedah kepada penyakit lain pula nanti. 

ESP Shaklee
ESP Shaklee
Ni rupa bentuk 1 canister ESP. Sebotol boleh tahan selama 1-2 bulan. Sehari amalkan 2 -3 sudu besar. Jangan lebih daripada 3 sudu ye. Bonus lain yang anda akan dapat dengan pengamalan ESP yang konsisten ialah,

- Parut di badan makin pudar/hilang
- Melicinkan kulit/ jadi gebus.
- Memberikan rasa kenyang yang lama (tak rasa lapar between meal time)

Lain-lain artikel pasal ESP boleh klik SINI

Vita C Plus Shaklee

Vita-C Plus Shaklee
Vita C Plus Shaklee
Vita C
Vita C ini menggalakkan pembentukan kolagen dalam tubuh badan kita. Bila kolagen terbentuk maka kulit akan menjadi lebih tegang disebabkan kolagen memegang antara sel-sel kulit supaya tak terputus. Sebab rasa kulit tegang dan anjal. Orang yang ada alahan kulit atau kulit sensitif memang elok sangat makan  Vita C ini juga. Selain itu ia juga dapat menyekat pembentukan pigmentasi di kulit. 


Lain-lain artikel pasal Vita C boleh klik SINI


Saturday, September 3, 2016

Ibu beranak 3..

Assalam semua..

Alhamdulillah hari ni dah 62 hari usia Umar. Lebih kurang 3 minggu sahaja lagi cuti mama. Kakak Aina dah mula di hantar ke taska sejak 2 hari lepas iaitu pada 1st sept. Seingat saya setahun lepaspun Aina mula masuk taska baru pada 1st sept sebab taska lama terpaksa ditutup atas arahan JKM. Hari yang sama merupakan 1st day mama berkerja di company baru. Maknanya dah setahun mama kerja di tempat baru. Alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya.

Setiap kali tukar company sahaja mesti ada baby baru. Dulu di Saxx daripada bujang sampai berkahwin dan dikurniakan Emir. Usia Emir 5 bulan saya dapat kerja di Scxxx pula. Di situ mengandungkan dan melahirkan Aina pula. Bila Aina hampir setahun, dapat kerja pula di Scxxxxxxxxxx. Tak lama lepas tu iaitu dekat hujung tahun disahkan mengandung lagi. Dan belum cukup setahun dah melahirkan Umar. Alhamdulillah dapat guna segala benefit yang company berikan khas untuk maternity dan delivery. Lahirlah anak terakhir ni (insyaAllah..belum mahu tambah lagi setakat ni) di hospital Al Islam di KL. IC dia sahaja IC KL. Abang Emir dan kakak Aina lahir di Hospital Selayang. Jadi IC Selangor lah.

Kalau perasan semua nama company tempat saya pernah bekerja semua bermula dengan S. Kebetulan sungguh. Haha.. Kalau ikutkan seronok kerja tempat sekarang ni sebab sangat bersesuaian dengan status ibu anak 3. Waktu kerja flexible sangat tapi kena pastikan cukup 8 jam sehari atau 40 jam seminggu. Pandai2 lah fikir macam mana nak bagi cukup. Kalau datang awal, boleh balik awal. Kalau terlambat alamatnya kena balik lambatlah. Sebab itu kena pastikan hantar cepat sebab saya ni kena keluar office paling lewatpun 5.15 petang. Kalau tidak akan terlewat ambil anak di taska. Nasib baik taska baru ni OT tak semahal taska lama. Kalau ambil lambat 1/2jam kena bayar RM2.50 seorang. Kalau taska lama kena bayar RM 8 tak kiralah walau lewat hanya seminit dua. Kiranya fix amount kalau ambil anak lewat. Dia kira bayar RM 8 walaupun lewat antara seminit sehingga pukul 8 malam. Alhamdulillah sebab dipermudahkan urusan dan moga terus dipermudah bila anak dah 3 ni. Huhu..

Tuesday, August 16, 2016

Habis pantang dah..

Alhamdulillah.. hari ni hari ke 44. Jadi, esok kiranya dah habis pantang. Dari segi makan memang jaga betul sampai hari ke 42. Semalam dah start makan pedas dan kacang almond. Tapi makan sikit sahajalah. Sikit pun pedas yang amat sebab dah lama tak makan pedas. Yang lain-lain tu akan mula makan balik sikit-sikit. Tak bolehlah nak melantak sebab nanti badan terkejut. Lagi satu nak kena jaga makan juga supaya tak ada kesan sampingan pada si kecil Umar. Sebab niat di hati nak menyusu sampai usia dia 2 tahun.

Oleh kerana dah 2 kali mengandung secara accident maka kali ni saya decide nak pakai perancang keluarga. Nak cuba pasang alat dalam rahim di klinik kesihatan masa check up 2 bulan. Nanti saya cerita dan review pasal ni. Hajat di hati nak mula pump dan kumpul stok. Tapi setakat hari ni hanya dapat pam sekali sehari sahaja. Itupun tak berapa success sebab tertekan. Kakak Aina belum masuk taska lagi. Nampaknya bulan 9 baru boleh mula kumpul stok. Umar dah diajar minum guna botol 2 kali. Nampak macam dia boleh terima dan tak keliru puting. Harap-harap dia terus begitu. Harap juga susu badan meningkat bila dah mula pam dan dapat kumpul stok sebanyak mungkin sebelum mula bekerja semula minggu terakhir bulan 9.

Awal bulan 9 nanti baru mula hantar Aina di tempat baru. Harap semuanya ok dan Aina tak buat perangai pelik-pelik di taska baru. Sebenarnya cuma risaukan tabiat dia yang suka hisap jari sampai naik berhingus. Dia jenis yang suka main air liur sampai sapu ke seluruh muka. Memang comot sepanjang masa. Dah jenuh nasihat tapi budak baru nak masuk 2 tahun. Manalah dia faham lagi. Tapi dia pandai tunjuk sayang pada adik. Alhamdulillah syukur bab tu. Sebab abang Emir sampai sekarang tak reti nak tunjuk sayang  kepada adik-adiknya. Puas dah minta dia usap kepala adik, cium pipi adik tapi dia tak nak buat. Paling baikpun dia datang tengoj adik di baby cot bila adik menangis.

Hujung minggu ni mak mertua nak balik kampung di kedah. Rasa macam nak balik puchong sahaja sebab kat umah tak ada orang lain. Ada adik-adik ipar sahajalah. Apa-apapun kena bincang dengan suami dululah. Huhu..ok lah tu sahaja nak update kali ni. Oh ya..bulan ni Ostematrix ada promosi. Apa lagi moh le order.


Saya ada update pasal Ostematrix dalam blog Shaklee saya. Jengok-jengoklah kalau nak tahu khasiatnya ye di http://supplement4urhealth.blogspot.my/ 

Ok bai..

Sunday, July 24, 2016

Saya Pengedar Shaklee Bandar Utama

Assalamualaikum wbt.

Saya Noor Afzan dan saya sini bekerja sepenuh masa di sebuah MNC di bangunan sebelah One Utama Shopping Centre dan dalam masa yang sama ialah pengedar Shaklee yang sah. Kalua kawan-kawan nak beli produk Shaklee, bolehlah contact saya. Untuk area Bandar Utama dan Selayang saya ada buat khidmat Cash on Delivery tau.

Marilah contact/sms'whatsapp saya bila-bila masa di number 012-372-8374.
Atau boleh ke blog saya untuk perkongsian produk shaklee dan info terkini produk atau promosi di http://supplement4urhealth.blogspot.my/

Saturday, July 23, 2016

Berpantang Hari ke 20

Salam korang..

Hari ni dah  20 hari berpantang. Hari ni kena jaga semua anak-anak sebab suami ada conference lepas tu malam pula dia nak bawa rakan-rakan dari Sabah beraya di rumah rakan agen dan boss2 di sini. Memang tiap-tiap tahunpun begitu. Lepas husband keluar pagi tadi terus anak-anak tak tidur dah.
Aina lepas habis susu sebotol maka menangis lah dia. Merengek sahaja. Bila abang dia buka pintu bilik dia tak mahu ikut malah terus merengek. Saya tak sabar terus heret dia keluar juga. Tak ada cara lain dah sebab mengganggu baby yang tengah tidur. Bila duduk di luar bilik ok sahaja dia main. Pantang nampak mama dia terus jadi manja terlebih. Huhu..sabar sahajalah.

Pagi tu lepas sarapan mandikan baby umar terus. Lepas tu hajat nak mandi tapi tertangguh sebab air panas tak ada baru nak dijerang. Maka mandikan anak- anak dulu. Lepas tu baru mandikan diri sendiri. Lepas tu menyusukan baby umar. Dia muntah balik susu tu. Maybe sebab kahak banyak. Geram juga dalam hati bila tengok kain balut dah kotor kena muntah. Dah la sekarang ni musim hujan kain balut dia dan napkin banyak yang belum kering dan belum basuh. Huhu..
Tapi nak buat macam mana. Terjumpa baby vicks dalam almari dapur mungkin ammar punya dulu. Saya pakaikan pada Umar. Harap lepas ni legalah dia.

Pukul 12 mulalah memasak lauk pantang untuk makan tengahari. Masak ikan tenggiri stok terakhir. Memang tak banyak beli sebab mahal. Selalu telan lauk ikan selar atau selar kuning sahaja. Lepas tu sayur pula hari-hari sawi. Tak sabar nak habiskan pantang. Lagi 24 hari tuuu... Lepas makan tenghari tu memang tak ada aktivitipun tapi umar macam tak selesa lagi. Dah lah abang dia asyik nak buka peti ais sahaja. Takut pula effect pada susu perahan yang tak berapa nak banyak tu. Rasanya berpantang kali ini paling mencabar untuk buat stok. Tapi nak tak nak kena buat juga dan kena start train Umar minum susu dalam botol. Semoga dipermudahkan urusan kali ini. Aaminn..

Wednesday, July 20, 2016

Mati itu pasti

Assalamualaikum..

Hari ni aku dikejutkan dengan berita pemergian sahabat yang ku kenal semasa matrik dulu. Aku namakan dia F. Ok masa kat matrik dulu aku sahaja yang kenal dia sebab masa tu dia couple dengan classmate aku yang aku namakan M dan salah seorang classmate lelakipun aku namakan sebagai R minat gila kat awek dia ni walaupun dah tahu yang minah ni dah ada boyfriend. Memang kecoh dulu pasal drama diorang ni. At last, R ni mengalah juga sebab minah ni memang setia dan sampai habis matrikpun dorang still couple.

Tapi dah memang tertulis yang dorang ni takde jodoh, maka dorang ni berpisah jua semasa zaman U. Masing-masing membawa haluan sendiri. Sepanjang di matrik tu aku memang tak pernahpun bertegur sapa dengan F ni. Tapi dia pernah contact aku masa zaman U dulu. Contactpun melalui telefon sahaja. Dia ada beberapa kali call tapi akupun tak ingat sangat isi perbualan kami dulu. Hadoi..dah berkarat otak ni. Dipendekkan cerita, masa dah habis belajar U, alumni batch aku masa sekolah teknik ada buat program ke Pulau Kapas. Ini lebih kepada reunion lah. Masa ni aku satu bilik dengan rakan seMPP dulu, aku namakan sebagai S. Kami jadi rapat lepas program tu.
Satu hari si S ni contact aku. Dia tiba-tiba bertanyakan pasal si F. Out of no where dia macam nak korek pasal peribadi si F. Si F ni rupanya dok mengorat si S ni. Tapi si S ni nak pastikan yang dia berkawan dengan orang yang baik. Jadi, akupun memang kipas baik punya pasal F ni. Ok sebenarnya memang dia baikpun. Dan baru aku ingat yang dulu dia call aku sebab dia kecewa berpisah dengan M. Aku tak sure macam mana dia dapat number aku tapi dia cakap dia tahu aku kawan M.  Aku cuma dapat calm kan dia je la masa tu sebab akupun dah ada boyfriend. Hehe. 

Berbalik kepada cerita pasal S tadi, lepas tu tup-tup dorang memang bercouple dan seterusnya menjadi suami isteri. Mereka siap dikurniakan anak lagi. Tapi baru-baru ini semasa hari raya yang ke berapa ntah dorang accident tapi si F ni lah yang cedera parah. Wife dah anak dia tak cedera. Berita accident tu siap masuk akhbar lagi. Masa tu aku dah tak sedap hati dah. Si S ni pula memang langsung tak online di facebook sejak accident tu. Aku memang tak ada number phone dia dah sebab handphone asyik rosak sahaja dan nombor diapun hilang. Semalam aku nampak status kawan dia di facebook dengan gambar si F di hospital. Nampak agak kritikal dan dia tak sedar. Tak sure koma atau memang belum sedar. Tahu-tahu hari ini si S up status yang mengejutkan. Innaalillaahiwainnaalillaahirojiun sabahat. Husband and wife dua-dua aku kenal walaupun di tempat dan zaman berbeza. Aku tahu kau baik dan kau dah buat yang terbaik dalam hidup kau. Semoga roh mu dicucuri rahmat dan kau ditempatkan bersama-sama orang yany beriman. InsyaAllah ameenn..

Al-Fatihah..

Tuesday, July 19, 2016

Berpantang Hari ke 17

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni masuk 17 hari usia si kecil Umar Uwais. Nama Umar ni dah 2 kali ditukar sebelum rasmi di dalam sijil kelahiran sebagai Umar Uwais pada hari kelahirannya yang ke 8. Itulah akibatnya bila anak lahir sebelum cuti panjang. Alkisahnya Umar ni dilahirkan hari Isnin petang. Hari selasa petang baru dapat keluar hospital. Hari Rabu dan Khamis dah raya. Lepas itu kerajaan pula bagi cuti peristiwa pada hari jumaat. Sudahnya segala urusan pendaftaran dan melapor diri di klinik kesihatan hanya dapat dilakukan pada hari Isnin berikutnya. Pergghhh..lama sungguhlah kan.
Urusan mengurut untuk mamanyapun hanya bermula pada hari ke 10. Buat 3 hari sahaja. Budget bulan ni lari sikit sebab raya kan. Adalah berbelanja sikit untuk raya walaupun last minutes tak dapat nak berayapun. Mama ada beli bahan untuk buat kuih raya, membeli carseat baru untuk aina dan membeli baju raya aina sepasang. Mama juga ada membeli barang-barang keperluan untuk breastfeeding nanti. Ostematrik shaklee, set berpantang dan barang basah untuk lauk pantangpun beli lepas dah bersalin. Rasa macam tak ready langsung kali ini walaupun kalau diikutkan memang patut dah ready semua tu. Huhu. Nasib baiklah husband kerja sendiri sekarang. Kalau tak susah juga dia nak curi masa membeli set berpantang dan ke shaklee branch.
Tapi memang rasa tak best berpantang kali ni. Sebab rasa dah tak macam princess. Semua benda kena buat sendiri walaupun tengah berpantang dan walaupun berpantang di kampung. Cuma meriah sikit la lagi-lagi bila hujung minggu dan ada orang yang boleh layan Aina berkawan iaitu kakak Aliya. Kakak Aliya ke sekolah tadika sampai pukul 11 pagi sahaja. Lepas tu dia dah boleh geng dengan Aina di rumah. Kalau di rumah sendiri mahu berkepit sahaja dengan mamanya sepanjang masa. Walaupun adik sudah lahir, perangai manja dia tetap sama. Yang tu lemah sikit mamanya nak layan lagi-lagi semasa pantang. Masa Kak Suri mengurut, dia kata peranakan lari sikit kedudukan.Mungkin berpunca daripada mendukung Aina masa awal berpantang. Tak adalah dukung lamapun. Sekadar angkat untuk naikkan dia ke bilik sahaja. Ada step pula antara bilik dengan ruang tamu. Sekarang Aina dah pandai naik dan turun sendiri. So, dah tak perlu angkat dia dah. Memang lepas mengurut terus jaga betul-betul supaya peranakan tak lari.
Hari-hari pakai bengkung sebab tak sabar nak kurus semula. Wakaka..tak tahulah boleh kurus ke tak kali ni. Harap-harap dapatlah kurus semula. Cuma masalah sekarang ni jadual pam ke laut. Sehari dapat marmet sekali je petang. Sehari dapat 3 oz je. Kena minta suami bawa pemanas susu dan juga sabun untuk basuh botol. Kalau tidak susah juga nak train baby minum botol. Stok setakat ni pun baru ada dalam 15 oz untuk 5 kali minum sahaja. Syukur. Lepas ni kena fikir cara nak kumpul stok. Bila nak pam susu. At least kena pam 2 kali sehari. Kena fikir lagi satu masa yang konsisten untuk pam setiap hari Mungkin waktu pagi. Masalahnya, sekarang ni tidur lambat saja sebab Aina tak nak tidur. Sudahnya pukul 10 pagi baru keluar bilik.
Apapun doakan saya berjaya breastfeeding anak sampai 2 tahun. Berjaya ajar baby minum susu ebm dalam botol dan berjaya untuk kurus semula. Yeay!
Ok tu sahaja kali ni. Bai..

Sunday, July 10, 2016

Hari-hari terakhir sebelum bersalin

Assalamualaikum..

Ini nak cerita sikit pasal hari-hari terakhir sebelum bersalin. Sepanjang minggu sebelum bersalin itu memang rasa confident sungguh yang saya ini akan bersalin lambat. Paling awalpun mungkin sehari dua selepas raya. Jadi memang confident pergi kerja sampai ke hari jumaat. Memang plan nak mula bercuti pada minggu raya. Maknanya dah merancang untuk MC pada hari Isnin dan Selalu sebelum raya ( Rabukan dah Syawal 1). Lepas itu kalau tak bersalin lagi, jumaat nak apply annual leave. 

Kalau ikutkan mula-mula memang nak sangat bersalin sebelum raya iaitu dalam bulan Ramadhan bulan mulia. Tapi bila dah dekat-dekat raya tu rasa macam kalau boleh nak bersalin lepas raya. Bolehlah nak merasa makanan raya dulu sebelum bersalin kan. Tapi Allah tahu apa yang terbaik maka disegerakan urusan bersalin di hujung Ramadhan. Tak perlu nak apply MC atau annual leave. Hari Isnin terus mula cuti bersalin. Kalau ikutkan saya akan masuk kerja semula hujung bulan 9 nanti. Tapi tengoklah macam mana kan. Alang-alang biarlah masuk kerja awal bulan. So, freshly start new quarter or quarter terakhir 2016. 

So, ada rasa sedih sikitlah sebab tak dapat nak merasa biskut-biskut raya yang sedap,ketupat rendang, tak dapat nak beraya ke rumah orang. Hari rayapun dok pakai kain batik. Nasib baik awal-awal raya ini tak ramai saudara mara yang datang. Tahun ini ramai yang balik Kelantan sebab ada kenduri kahwin sepupu saya. Kalau tak, hari raya pertama memang tak sah kalau tak penuh rumah kami dengan saudara-mara. Kamipun dah lama tak buat open house sejak mak dah tak berapa sihat ini. Nanti kalau ada kenduripun mungkin kenduri sambut menantu adik bongsu saya tahun depan. 

Tapi seronok dalam sedih sebab tahun ni beraya berlima. Kalau ikutkan memang cukuplah setakat ini sahaja. Rasa tak berapa sanggup nak lalui proses mengandung lagi. Memang mengandung kali ini cubaannya cukup besar. Dengan melayan kerenah hero heroin sedia ada, melayan morning sickness yang agak teruk sampai kandungan masuk 5 bulan. Dan juga kandungan yang membesar bagai juara lepas fasa 6 bulan pertama. Perut rasa macam besar sangat. Nak berjalanpun rasa dah tak larat.  Tak larat tu tak apa lagi tapi bila berjalan lebih sikit mulalah rasa perut cramp. Haaa.itu yang tak sanggup nak lalui semula kalau mengandung lagi. Tapi kalau Allah nak bagi rezeki lagi memang tak menolak dan redha sahaja.

Masa kandungan masuk ke 8 bulan, duduk lama-lamapun tak boleh sebab bila nak bangun itu susah sangat. Rasa sakit punggung dan peha macam tergeliat. Memang langsung tak boleh nak cergas. Bila dah duduk atas katil memang susah nak bangun. Kena berpaut di mana-mana baru boleh bangun. Bila ingat balik memang rasa macam kuatnya saya melaluinya. Lagi satu sejak mengandung memang anak saya yang kedua, Aina meragam. Setiap kali saya ada mesti nak berdukung sahaja sepanjang masa. Sampai hari-hari terakhir sebelum bersalin tu pun Aina nak berdukung. Cuma hari terakhir memang tak dapatlah nak melayan sebab sibuk melayan contraction. Huhu..

Oh ya lupa nak cerita. Hari terakhir bekerja ( jumaat tu) officemate buat suprise pula. Dorang panggil masuk meeting padahal meeting itu nak meraikan saya yang bakal bercuti bersalin. Dapatlah bunga segar, belon berhelium dan juga voucher ONECARD. Tak sangka ada juga sambutan walaupun masa tu bulan puasa. Kalau bukan bulan puasa mesti ada jamuan sekali. Tapi apa nak buatkan. Hehe..



Oklah. Itu sahaja cerita kali ini. Bai..

Saturday, July 9, 2016

Baby Ramadhan =)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni 09-Jul-2016 genaplah usia si kecil anak bongsu (insyaAllah buat masa ini) 6 hari.. Pheww..baru 6 hari..Berkat doa semua orang gamaknya maka dia nak keluar melihat dunia sebelum Syawal menjelma. Tepat 3.49 pm , 29 Ramadhan maka lahirlah Umar ke dunia di Hospital Pakar Al Islam Kg. Baru. Kelahiran ke tiga baru diberi rezeki untuk melahirkan anak di hospital ini. Dulu masa anak pertama ada juga survey hospital ini tapi masa tu kewangan tak mengizinkan. Company tempat semua bekerja dahulupun hanya cover maksimum RM1500. 

29 Ramadhan..

11 Pagi..
Rasa macam perut sakit setiap 20 minit sekali. Masa itu tak menghiraukan sangat sebab ingat 'false alarm' sahaja. Tapi lama-lama sakit perut semakin kerap pula iaitu selang 15 minit.. Mula melipat kain yang dalam bakul. Menjemur pakaian yang baru dibasuh, membasuh botol susu anak-anak walaupun kena membasuh sambil duduk di kerusi di tepi sinki sebab tak mampu nak tahan sakit sambil berdiri. 

2.00 Petang..
Solat zohor walaupun sakit datang setiap 5 minit dah masa ini. Kejutkan suami ajak pergi hospital.
Kami sampai di hospital dalam pukul 2.50 Petang. Alhamdulillah jalan tak sesak sebab orang dah mula balik kampung untuk beraya sejak sabtu hujung minggu hari tu. 

3.00 Petang..
Di tolak ke tempat pemeriksaan guna kerusi roda. Setelah diperiksa bukaan dah 6 cm. Maka saya diminta menukar baju hospital dan diberikan ubat bontot untuk clearkan najis. Kemudian, saya sekali lagi naik kerusi roda dan ditolak ke labor room. Labor roomnya kecil sahaja tapi lengkap. Sekali lagi bukaan diperiksa dan bukaan dah 8 cm. Doktor pakar dipanggil. Saya diminta mengiring sebelum air ketuban dipecahkan doktor pakar. Lepas itu bukaan diperiksa semula. Dah full. Suamipun dipanggil. Suami duduk di bahagian kepala saya sahaja. Saya diminta baring terlentang dan posisi sedia untuk melahirkan. Ada tempat sangkut kaki dan juga tali untuk saya tarik semasa meneran. 

3.49 Petang..
Canggih dan memang berguna sungguh alat ini sebab Alhamdulillah dengan sekali teran keluar kepala baby diikuti anggota badan yang lain dalam satu contraction period (3 kali teranlah). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Doktor kemudian mengeluarkan uri dan mengeluarkan lebihan darah beku dalam rahim sebelum menjahit. Doktor cakap sedikit sahaja koyak tapi dia jahit kemas. Saya dibius sebelum proses menjahit. Jadi saya rasa jahitan itu walaupun tak sakit. 

5.30 Petang..
Saya diberi minum petang di labor room. Lama juga kena duduk di labor room sebelum dipindahkan ke wad 4 katil pada pukul 6 petang macam tu. Alhamdulillah dapat juga menyusu baby pertama kali selepas hampir 9 bulan Aina menolak menyusu badan. 

Alhamdulillah selepas maghrib, saya dapat pindah ke wad kelas 1. Wad serorang. Kalau ikutkan tak best pun sebab husband tak tidur sekali. Dia singgah sekejap tengah malam sebelum pulang ke rumah mengurus anak-anak yang lain pada pukul 3 pagi. 

Esokannyapun pukul 12 baru dia datang membawa anak ke 2 kami Aina. Masa itu doktor dah sahkan boleh discharge cuma tengah menunggu pengesahan AIA sahaja. Dalam pukul 3 petang macam tu kamipun selamat discharge dan terus pulang ke Puchong sebab saya akan berpantang di Puchong. Maka bermulalah episod berpantang macam sendiri sebab serba-serbi kena buat sendiri kecuali bab menjemur kain di luar. Sesekali adik beradik mak dan ayah membantu menjaga Umar. Tapi bab menguruskan Umar, membasuh baju, memandikan Umar, memasak makanan pantang semua saya buat sendiri. 

Yang tak seronoknya bila melahirkan anak masa dekat-dekat raya ini ialah klinik kesihatan tutup lama. Jadi tak dapat nak melaporkan kelahiran. Nurse pun tak adalah datang melawat. Pendaftaranpun belum boleh dibuat. Dan mengurutpun hari ke 9 nanti. Huhu..

Ok lah. Itu sahaja buat masa ini. Babai..

Thursday, June 30, 2016

Kung Fu Panda punya Angkara

Salam..

Semalam anak bujang saya buat perangai pelik. Pintu bilik kami tu ada letak macam system yang bila kita buka pintu dia akan tutup sendiri. Anak saya ini dia sendal badan dia di puntu suapay pintu tu tak tertutup. Masa itu dah lepas waktu berbuka dan suami saya pasang cerita Kung Fu Panda dalam bilik.  Saya pada mulanya cakap baik-baik pada dia minta dia tutup pintu. Sama ada dia duduk di luar bilik ataupun masuk terus dalam bilik tetapi dia tak mahu. Dia tetap nak duduk di tengah-tengah pintu yang terbuka tu. Saya geramlah sebab saya dah pasang aircond. Macam membazir pula bila pintu terbuka kan. Jadi saya marah dia. Tarik masuk bilik dan tutup pintu. Sendal dengan tangan saya tapi dia meraung-raung minta keluar bilik. Bila saya keluarkan dia dan tutup pintupun dia menangis minta nak masuk bilik. Pening melayan dia sayapun biarkan sahaja perbuatan dia dan off kan aircond.

Entah macam mana dalam pukul 9 macam tu cerita Kung Fu Panda tu pun habis. Elok pula dia masuk bilik terus baring atas katil. Kasihan anakku. Rupanya dia tak suka cerita Kung Fu Panda. Sebab itu tak mahu duduk dalam bilik. Lepas itu memang dia terus terlelap sampai pagi. Maafkan mama sayang. Mama tak cukup memahami anak mama lagi. Tak pasal-pasal dia sedih dan kecil hati dengan mama. Bilalah nak bercakap dengan mama sayang? Kalau pandai bercakap kan senang nak bagitahu apa yang awak nak. Ini mama dan babah kena berteka-teki sahaja sebab awak tak nak cakap.

Ok lah, itu sahaja update kali ini. Jumpa lagi.

Wednesday, June 29, 2016

Cuti Bersalin | Sesi Bergambar Raya di Taska

Assalamualaikumwarahmatullah..

Pejam celik pejam celik tinggal 2 hari je baki hari kerja sebelum saya nak mula cuti bersalin. Kalau ikutkan plan asal, hari sabtu ni ada check up di hospital tempat bakal bersalin. Jadi nak minta pendapat doktor kalau boleh dapat MC selama yang mungkin sebab dah tak berapa larat pergi kerja. So, lepas itu barulah boleh apply maternity leave.

Tak pasti macam mana nak apply cuti nanti sebab dulu masa mengandung anak kedua, company ada bagi laptop kerja yang boleh bawa balik. Memang masa cuti berpantang tu saya bawa ikut sekali. So, bolehlah nak apply cuti dari rumah sahaja. Kerja sekarang ni memang 100% buat di pejabat dan memang dibekalkan desktop sahaja. Jadi, tak boleh nak ad hoc cuti kan. Kena merancang cuti bersalin tu cuma tak pasti boleh atau tidak kalau cuti itu apply kemudian. Maknanya apply lepas dah masuk kerja semula. haha..Boleh ke begitu? Dah lah cuti 12 minggu. Alhamdulillah syukur sebab di sini dapat cuti bersalin lebih sikit. Kalau di company lama dapat ngam-ngam 60 hari sahaja.

Sebenarnya buat blog post ni sebab rasa mengantuk yang amat sangat di tempat kerja. Maklumlah bulan puasa kan. Selalunya kalau bukan bulan puasa memang pagi-pagi dah sediakan kopi O panas secawan untuk lawan rasa mengantuk. Bila berpuasa ini memang tak dapat guna cara biasa. Itulah puncanya terhasil blog ini. Tempat meluah rasa dan menghilangkan rasa mengantuk.

 Hari ini macam biasa suami tolong menghantar anak ke taska. Hari ini juga merupakan sesi bergambar sempena Hari Raya di taska anak kedua saya. Jadi pagi-pagi lagi dah bersiap cantik-cantik dan wangi-wangi. Pakai baju kurung beli petang semalam di AEON. Kalau ada gambar dikongsi di Facebook Page taska tu bolehlah saya abadikan di sini buat kenang-kenangan di hari muka.

Oklah. Mata dah segar sikit boleh sambung buat kerja. Kita jumpa lagi di lain masa.
Bai..

Tuesday, June 28, 2016

Tertinggal botol susu pula

Assalamualaikum..

Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum masuk minggu Raya. Biasanya suami kena masuk office awal pagi untuk sesi bertemu boss dan reporting setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat tetapi menjadi amalan setiap tahun mereka tak perlu masuk office bermula 10 hari terakhir Ramadhan sehingga Raya. Maka minggu ini saya tak perlu menghantar anak ke taska. Sepanjang minggu ini suamilah yang akan hantar anak ke taska. Tapi, tugas menyiapkan beg anak-anak tetap saya sempurnakan.

Tapi entah macam mana hari ini saya terlupa langsung nak masukkan botol susu anak kedua saya dalam begnya. Mungkin disebab botol tersebut tidak berada di bilik semasa saya menyiapkan beg. Botol tu ada dalam sterilizer lagi iaitu di dapur. Entah macam mana boleh terlupa bawa naik ke bilik selepas sahur. Sedang sibuk kerja di office tiba-tiba mendapat panggilan daripada suami. Memang dia agak marah pada saya sebab diapun macam nak cepat sahaja pagi ini tapi dek kerana botol susu tertinggal, dia terpaksa ambil masa untuk patah balik ke rumah dan menghantar botol susu ke taska.

Apa lagi yang mampu kukatakan selain permohonan maaf. Harap marahnya hanya sekejap dan dia sudi memaafkan isterinya yang tiba-tiba jadi pelupa hari ni.

Esok pula ada sesi bergambar raya untuk anak gadisku ini di taska. Maka kejap lagi terpaksalah curi-curi masa ke Aeon untuk cari baju kurung. Huhu..

Ok lah.. tu sahaja update seorang isteri agen takaful buat hari ini.
Jumpa lagi di lain masa.

Thursday, October 15, 2015

Aktiviti Awal Muharram

Salam korang..

Semalam cuti Awal Muharram. Selamat Tahun Baru Maal Hijrah buat semua umat Islam sedunia. Apa azam tahun baru ni? Nak tingkatkan lagi amal jariah, nak didik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah supaya mereka boleh terus bekalkan kita dengan pahala walaupun semasa kita dah tiada di dunia.

Anak pertama, Emir tengah melasak sekarang ini. Semalam dia main bedak talkum. Main sahaja tak apa lagi ni siap jilat masuk mulut. Lepas tu siap menyepahkan box berisi baju sebab nak mencari kalau-kalau ada lagi bekas bedak dalam tu. Dia ingat mama ni sorokkan bedak dalam box tu. Habis satu bilik baju bertimbun-timbun. Macam tengah mengemas untuk pindah rumah gayanya. Ni mama jugalah nak kena kemas. Mamapun babab dia. Menangis juga tapi mama jugalah tukang pujuk dan tidurkan dia.

Asalnya dia dan adik Aina tidur. Dua-dua terlelap petang tu. Mamapun apa lagi terus turun dapur masak memasak. Lagi sikit nak habis, Aina pula menangis. Mamapun naik bilik bawa dia ke dapur. Tapi mama letak dia dalam kerusi baby. Mengamuk juga mulanya tapi mama buat tak tahu sahajalah. Mama sambung buat kerja dapur sampai habis. Lepas tu dia senyap. Lepas dah habis urusan di dapur, terus ajak dia naik bilik. Bagi dia layan nursery ryme dalam youtube. Tapi dia memang tak bagi mama tinggalkan dia. Mama kena teman dia tengok youtube tu. Ermm..sudahnya mama duduk dalam bilik sambil lipat baju yang si abang Emir sepahkan tadi.

Dah maghrib baru babah balik. Dan selesai juga mengemas bilik. Lega rasa di hati walaupun tak banyakpun kerja boleh dibuat tapi at least makan malam dan siap. Kain baju dah basuh dan lipat. Adalah sikit lagi kain baju yang sedang di ampaian dan belum dibasuh. Hujung Minggu ni nak balik kampung lagi.

Oklah..itu sahaja update kali ni. Bai..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics