Followers

Wednesday, November 7, 2012

Great Night- Jalan-jalan dengan Emir

Salam korang.
Fuh, semalam saya balik awal. Sampai di Perodua sebelum waktu dorang balik. Ingat nak pergi isi petrol on da way ke taska Emir tapi terlupa pula. Sampai ke taska ingat nak terus ambil dia tapi terpaksa tunggu sekejap sebab Emir membuang pula. Terpaksa tunggu tukar baju dan pampers dulu.

Planning nak pergi TESCO menghabiskan voucher yang suami dapat. So, lepas ambil Emir terus gerak ke TESCO Jalan Ipoh. Oh ya, lupa pula nak cerita. Before this, waktu service taska antara pukul 6.30 pagi sampai pukul 7.00 petang. Kalau lewat ambil, setiap sejam akan dikenakan RM5. Tapi semasa menunggu Emir sempat saya membaca notice untuk pengambilan 2013. Waktu service dah revise jadi awal. Paling lewat kena jemput 6.30 petang pula. So, lepas ini memang kena balik ON TIME la.Unless kalau bosses dah mentioned minta stay back lama sikit.

Berbalik kepada cerita pergi TESCO, Asalnya plan memang nak ke TESCO Jalan Ipoh sahaja. Dekat dengan rumah kan. Tapi apakan daya kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan Jalan Ipoh sesak pula. Both way pula tu. Terpaksalah suami naik Duke ke Jalan Duta dan dalam kepala memang nampak TESCO Damansara sahaja. So, kamipun heading to that point. Malang sekali lagi sebab bila kami lepas Tol Plus, jalan sesak semula. Maghrib di Petronas depan TESCO sambil mengisi petrol sekali. Nasib baik sempat sampai Petronas sebelum petrol habis. huhu~

Lepas itu, kamipun masuk TESCO. Shopping barang-barang keperluan dan juga baranga Emir termasuklah pampers. Biasanya kami gunakan Drypers. Tapi disebabkan stock Drypers habis, kamipun belilah PetPet. Nak cuba dahulu. Kalau ok boleh proceed kot. hehe.Sebelum balik isi perut dahulu di KFC. Elok lepas saya beli hidangan KFC dan pergi ke meja tempat suami dan Emir menanti, Emirpun terlentok tidur. Letih agaknya kan. Tadi masa dalam kereta bukan main aktif lagi dia. Balik rumah terus menyusu sebelum dia tidur lena.

Oklah, itu sahaja kot cerita semalam. Hari ini punya cerita baru nak bermula. Bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics