Followers

Friday, November 16, 2012

Aksi Si Comel : Part 4 (Duduk di Child Seat)

Salam korang.
Lamanya tak update blog.
Too busy ok.

Mulai minggu ini lagilah busy sebab kena menjadi supermom.
Sebab suami saya aka babah Emir outstation ke Jepun sejak hari selasa sampai 1 Disember nanti.
Lama kan?

Setakat ini saya tak rasa kehilangan sangatpun sebab setiap malam kami akan berskype sekejap. Buat melepas rindu dia pada Emir. Walaupun selalunya Emir tak tengok sangat tapi sesekali bila babah dia agah-agah panggil nama dia, dia pandang skrin dan sengih-sengih. Kadang kala tangan memegang skrin komputer seperti nak menyentuh babah dia tapi tak tersentuh.

Semalam, Tok Ma, Ayah Uda dan Ochu dia bawak pergi jalan-jalan ke Kuantan. Hajat nak menziarahi sepupu suami yang baru sebulan lebih bersalin. Ini kali kedua saya dan Emir melawat Muhammad Faris. Sebelum ini kami pergi dengan babah. Masa Raya AidilAdha lepas. Kali ini pergi agak lama juga. Gerak daripada pukul 8 pagi, pukul 11 baru sampai Kuantan. Lepak di sana sampai pukul 4.30 petang. Bertolak balikpun lepas membeli ikan di Tanjung Api. Sampai di Temerloh masa maghrib.

Sempat berwhatsapp dengan suami. Tujuannya untuk beritahu tak dapat nak berskype sebab masih lagi di Temerloh. Biasanya pukul 8.00 malam dah berskype. Sudahnya suami suruh juga skype sebaik sahaja sampai di rumah nanti. Sementara tunggu sampai rumah, sempat saya send gambar improvement anak kesayangan kami. 

Taraaaa...~

Emir sudah pandai duduk dalam Child Seat lah. sebelum ini di rumah sepupu suami dia sudahpun berjaya duduk walaupun badan dia still tak boleh tegak (melipat ke depan) tapi boleh dikira berjayalah sebelum dia menangis (mungkin sebab lenguh kot?). Kali ini dia lepak lama dalam Child Seat di RNR Temerloh ini.
Siap gelak-gelak lagi tu. Sukanya anak Mama!

Semalam dia dah mula nak 'meniti'. Memanjat apa sahaja benda termasuklah badan mama dia ini. Lepas berwhatsapp dengan suami pujuk dia tidur tapi dia tak mahu. Mata masih segar dan masih lagi nak bermain. Akhirnya pukul 12 baru dia tidur. Mama diapun pengsan sama. ZzzzzZzzz..

Ok, itu sahaja update kali ini. Bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics