Followers

Monday, November 5, 2012

Aksi Si Comel : Part 3

Salam korang..

Selamat pagi.
Suppose hari ini monday blues.
Kita tengoklah macam mana sekejap lagi.
Minum milo dulu untuk kumpul energy hari ini.


Hujung minggu macam biasa kalau tak keluar ke mana-mana maka resah gelisah si kecil di rumah. Walaupun pagi itu tak ke mana-mana sebab babah Emir pergi photoshoot sunrise di Putrajaya, tetapi petang itu tetap kena luangkan masa bawa Emir jalan-jalan. Dalam pukul 4 petang kamipun keluar ke Taman Layang-Layang. Harap-harap hujan tak turun walaupun masa itu langit sudahpun gelap.

Babah Emir malas nak cari parking dalam taman. Babah Emir parking di stesen minyak sahaja. Jadi, kami terpaksa naik jejantas menyeberang jalan untuk ke sana. Payung kecil dibawa in case kalau hujan turun. Seronok Emir dapat hirup udara segar. Cuaca pula redup. Langsung tak panas. Seperti saya katakan tadi, langit sudahpun gelap. Tak sampai 5 minit melepak, hujanpun turun. Terus kami guna payung dan berjalan laju-laju menuju ke tempat parking kereta. Emir dibalut supaya tak terkena tempias hujan. Kami basah tak apa asalkan si kecil ini tidak. hehe~


Lepas itu, babah Emir bawa jalan-jalan naik kereta pusing sampai Taman Tasik Perdana di KL. Memang round guna kereta sahaja sebab Emir tidur sepanjang jalan. Haih la si kecil. Orang nak bawa dia jalan-jalan, dia tidur pula. Ok, itu sahaja update sabtu. Ahad lagi penuh aktiviti. Siap singgah pantai main pasir lagi. Nantilah saya cerita. Ok bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics