Followers

Wednesday, September 26, 2012

22 hari

Salam semua..

Hanya tinggal 22 hari sahaja lagi saya di SATO. Kalau ikut hari bekerja pula hanya ada baki 17 hari sahaja lagi. Selepas itu, saya akan memulakan hidup yang  baru dan yang pasti lebih mencabar di tempat yang baru. Setiap hari tak putus-putus saya berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kerja di tempat baru nanti. Dugaan baru sudahpun saya rasai sekarang. Saya sepatutnya akan pulang berhari raya haji di kampung sebab kami akan buat aqiqah untuk anak kami, Emir Ikhwan. Kami tetap akan balik kampung tapi lambatlah berbanding orang lain. Malam raya baru bertolak kot.

 

Perkara ini belum saya panjangkan kepada suami. Termasuk tentang perancangan untuk berkumpul di Tol selepas UIA Gombak. Tunggu suami pulang daripada business trip di Jepun. Hari ini dia akan bertolak ke sana dan dijangka sampai ke KLIA pada lewat petang Sabtu. 3 malamlah saya dan Emir tidur tanpa babah nampaknya. Harap-harap Emir memahami dan tidak banyak ragam. Maklumlah, selama ini dia lebih rapat dengan babah dia berbanding saya. Babah terlalu memanjakan dia sangat. Kadang-kadang risau juga takut Emir jadi terlebih manja sampai besar nanti. Dalam pada itu, bersyukur sangat dapat suami yang penyayang macam itu. Mama Emir jadi lega sedikit dan boleh buat kerja rumah yang lain bila babah ada.

 

Ramai juga rakan di office bertanya bila akan berpindah rumah? Saya tiada jawapan yang pasti untuk soalan itu sebab kaalu diikutkan rumah sudahpun siap Cuma CF yang belum lepas sampai ke hari ini. Kunci memang tak dapat lagilah. Harap urusan kami untuk berpindah ke rumah baru dipermudahkan dan dipercepatkan oleh Yang Maha Esa. Buat masa ini bersabar sahajalah. Dalam masa yang sama prepare untuk masuk rumah baru lagi-lagi dari segi kewangan. Bila sudah dapat kunci rumah, installment dah start kena bayar. Heuheuheu. Ok bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics