Salam korang.
Alhamdulillah, hari ini dahpun 08hb October. Lagi 10 hari saya akan bernafas di PJ sebab selepas ini saya akan menukar haluan terus ke Rawang. Kalau balik kampung di Puchong baru lalu PJ ini. Takpun bila nak membeli barangan keperluan Emir di Babyland baru akan singgah di PJ. Saya akan merindui company tempat saya bekerja sekarang. 4 tahun saya diberi peluang untuk menabur bakti, menggali segala ilmu pengetahuan dan mengumpul pengalaman bersama rakan-rakan seperjuangan yang bersilih ganti sebenarnya sejak saya masuk hinggalah sekarang.
Dulu, masa saya masuk company ini, group kami masa itu terdiri daripada Noguchi sebagai GC, Hassrul sebagai GL, Shaiful dan Shahida sebagai CH (masa itu Shahidapun dah nak berhenti). Selain itu, ada Lily(pun nak berhenti), Jojo, Ita, Ros, Iffah dan Mazilah. Saya dan Mazilah menggantikan Lily dan Shahida. Seterusnya Amir, Awei dan Fiey pula masuk selepas saya. Selepas itu, Tini diserap masuk daripada MSupport ke group kami. Kemudian, menjelang April 2009, Tooling group berpindah department membawa bersama clerk, Najiha. Adibah sahaja yang masih lagi dalam group sehinggalah diapun berhenti untuk sambung degree tak lama selepas itu. Adibah clerk hanya dapat pengganti pada bulan 11, 2009. Kemudian, Tini pula berhenti kerja pada hujung tahun 2009. Kehilangan Tini telah diganti oleh Nina yang masuk pada bulan 3, 2010. Ros pun berhenti juga pada bulan 6, 2010 tapi tak sure pula ada ganti ke tidak time tu. Sebelum Fiey pula berhenti selepas itu. Lepas Fiey berhenti, tempat dia digantikan oleh Aina. Tak lama selepas itu Haryati clerk(berhenti bulan 7,2011), Nina(berhenti bulan 12,2011) dan Amir berhenti(bulan 1,2012). Clerk baru ditambah pada bulan 9,2011 sebab workload clerk makin banyak. Tapi tak lama lepas itu Norul clerk berhenti pula pada bulan 2,2012. Oh ya, tempat Nina dan Amir telahpun digantikan oleh Emerizer dan Birun pada awal tahun 2012. Tak lama selepas itu, Ita dan Iffah pula berhenti sebelum orang terakhir berhenti ialah saya sendiri. Kami bertiga akan diganti oleh 2 staff baru. Sekarang ini dalam proses mencari calon-calon. Kalau tak ada aral akan dapat jawapan sebelum saya officially berhenti minggu depan. Dalam masa 4 tahun ramai yang keluar masuk group kami. Tapi, orang-orang lama masih kekal di sana. Harap-harap mereka akan kekal di sana sampai beberapa tahun lagi. Senang nak tahu update group kan. Heh heh~
Oklah, nanti saya update lagi. Bai!
No comments:
Post a Comment