Followers

Wednesday, September 26, 2012

22 hari

Salam semua..

Hanya tinggal 22 hari sahaja lagi saya di SATO. Kalau ikut hari bekerja pula hanya ada baki 17 hari sahaja lagi. Selepas itu, saya akan memulakan hidup yang  baru dan yang pasti lebih mencabar di tempat yang baru. Setiap hari tak putus-putus saya berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kerja di tempat baru nanti. Dugaan baru sudahpun saya rasai sekarang. Saya sepatutnya akan pulang berhari raya haji di kampung sebab kami akan buat aqiqah untuk anak kami, Emir Ikhwan. Kami tetap akan balik kampung tapi lambatlah berbanding orang lain. Malam raya baru bertolak kot.

 

Perkara ini belum saya panjangkan kepada suami. Termasuk tentang perancangan untuk berkumpul di Tol selepas UIA Gombak. Tunggu suami pulang daripada business trip di Jepun. Hari ini dia akan bertolak ke sana dan dijangka sampai ke KLIA pada lewat petang Sabtu. 3 malamlah saya dan Emir tidur tanpa babah nampaknya. Harap-harap Emir memahami dan tidak banyak ragam. Maklumlah, selama ini dia lebih rapat dengan babah dia berbanding saya. Babah terlalu memanjakan dia sangat. Kadang-kadang risau juga takut Emir jadi terlebih manja sampai besar nanti. Dalam pada itu, bersyukur sangat dapat suami yang penyayang macam itu. Mama Emir jadi lega sedikit dan boleh buat kerja rumah yang lain bila babah ada.

 

Ramai juga rakan di office bertanya bila akan berpindah rumah? Saya tiada jawapan yang pasti untuk soalan itu sebab kaalu diikutkan rumah sudahpun siap Cuma CF yang belum lepas sampai ke hari ini. Kunci memang tak dapat lagilah. Harap urusan kami untuk berpindah ke rumah baru dipermudahkan dan dipercepatkan oleh Yang Maha Esa. Buat masa ini bersabar sahajalah. Dalam masa yang sama prepare untuk masuk rumah baru lagi-lagi dari segi kewangan. Bila sudah dapat kunci rumah, installment dah start kena bayar. Heuheuheu. Ok bai!

Tuesday, September 25, 2012

Alhamdulillah~

Salam korang..

 

Alhamdulillah atas rezeki Allah berikan kepada saya dan keluarga. Saya mula apply kerja sejak kembali bekerja selepas cuti bersalin melalui jobstreet. Sebabnya kalau ikutkan banyak tapi yang paling utama hanya satu iaitu bekerja di tempat yang lebih dekat dengan rumah baru kami di Antara Gapi.  Dan dalam masa yang sama dekat juga dengan rumah yang kami tinggal sekarang iaitu rumah mak mertua di Selayang. Lokasi pilihan tentulah di Rawang.

 

Saya apply kerja di Scomi sejak akhir bulan 7. Dan telah dipanggil untuk sesi interview pertama pada 07/Aug. Alhamdulillah, sesi interview saya dapat rasakan berjalan dengan cukup pancar dan pihak interviewer nampak berminat dengan saya. Tapi, mereka kata akan hubungi semula kalau saya shortlisted dalam masa 2 minggu. Mereka berpesan kalau nak tahu dengan lebih mudah, telefon sahaja. Dah melepasi 2 minggupun tak ada khabar berita. Hari-hari saya berdoa agar diberikan pekerjaan yang lebih baik dan lebih dekat dengan rumah baru kami. Dalam kepala memang dok fikirkan peluang di Scomi sahajalah kan. Tapi, harapan tinggal harapan sebab mereka langsung tak menghubungi saya. Sayapun bertindak nekad dengan menghubungi penemuduga saya itu. Rupanya Scomi belum shorlist kan lagi candidates untuk jawatan yang saya pohon itu. Maknanya ada harapan lagilah kan.

 

4/Sep petang boss saya tiba-tiba datang ke sebelah saya. Dia bertanya bila saya pergi interview? Rupanya dia mendapat panggilan daripada Scomi bertanyakan berkenaan saya. Saya memang meletakkan boss saya itu sebagai reference dalam resume. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga berita daripada Scomi walaupun bukan direct kepada saya. Keesokannya, saya dihubungi HR officer yang merupakan salah seorang penemuduga pada sesi pertama untuk hadir ke sesi interview yang kedua pula. Interview dirancang pada 10/Sep pukul 9 pagi. Pukul 7.40 saya gerak daripada rumah, pukul 8.20 saya sampai di depan Scomi. Adoilah, awal pula saya sampai kan. Waktu kerjapun tak masuk lagi. Saya tunggu sampai pukul 8.45 baru saya check in masuk kawasan company itu. Nampaknya tiada masalah parking di kawasan itu. Parking lot sangat banyak. Saya boleh parking di mana-mana lot. Tiada reserve parking. Kiranya siapa cepat dia dapatlah kata orang kan.

 

Sepatutnya interview pukul 9.00 pagi tapi disebabkan HR Officer yang menguruskan interview tiba-tiba cuti kecemasan, interview saya hanya bermula pukul 9.40 pagi tanpa kehadiran HR. Saya di interview oleh 2 orang bakal boss saya. Rasa seperti di’serang’ bertubi-tubi. Tiada proper introduction, merekapun langsung tak perkenalkan diri masing-masing sampai saya tak tahu yang mana satu HOD. Dan saya langsung tak berkesempatan untuk bertanya sebab tiada Q&A session di akhir sesi interview. Memang sempoi habislah sesi interview 2nd time ini. Alhamdulillah, macam positif sahaja sebab mereka kata akan recommend saya untuk position tersebut kepada HR. Tapi, segalanya bergantung kepada keputusan HR pula yang hanya akan diketahui paling awalpun esok. So, bersabarlah lagi ye.

 

Seterusnya, pada keesokan harinya saya dihubungi oleh HR Officer yang menguruskan sesi interview saya sebelum ini. Dia telahpun emailkan Offer Letter tetapi dia suruh saya jalani Medical Checkup dahulu sebelum tender current job. Dan dia cadangkan saya buat Checkup esok petang selepas kerja. Dia sertakan juga surat untuk buat Checkup. Keesokan petangnya sayapun pergi buat Checkup. Result akan diketahui pada 18/Sep. 18/Sep sayapun hubungi HR Officer itu semula. Dia kata akan call lepas dapat result Checkup. Akhirnya pada 19hb saya mendapat panggilan keramat yang akan mengubah kehidupan saya. Saya diterima bekerja di Scomi Rail Bhd secara rasmi dan pada hari yang sama juga saya tender surat resign di SATO. 

 

Akhirnya dapat juga saya kerja di tempat yang dekat dengan rumah di Antara Gapi dan juga dekat dengan rumah tempat kami tinggal sekarang. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur kepadaNya atas limpahan rahmat dan rezeki ini kepada kami sekeluarga terutamanya si kecil kami, Emir Ikhwan. Mama tahu ini rezeki kamu, Emir. Ok, itu sahaja saya mahu update. Bai!

Thursday, September 20, 2012

Contact Kak Suri : Pakej Mengurut selepas bersalin.

Salam korang!

 

Fuh, lately ramai benar yang bertanyakan Kak Suri punya contact. Kalau nak tahu Kak Suri adalah tukang urut yang mengurut saya selepas bersalin Emir Ikhwan tak lama dulu. Saya ada buat entry khas menceritakan ke’hebat’an Kak Suri mengurut. Tapi, itu memang review ikhlas daripada saya . Klik SINI untuk baca. Mungkin bagi saya dia ok tapi bagi korang tak kan. Kepuasan itu subjektif bagi setiap individu. Sebelum ini saya tak adalah terfikir untuk publishkan number contact dia di sini. Takut kalau ada orang yang buat prank call ataupun ada orang iklan macam-macam kat dia nanti. Tapi, bila fikir-fikir balik memang tak larat nak reply comment yang dihantar untuk dapatkan contact dia. Jadi, dengan ini sayapun bertukar fikiran untuk share contact number dia di sini atas niat untuk membatu rakan-rakan yang sedang mencari-cari tukang urut selepas bersalin dan juga secara tidak langsung mengiklankan bisnes Kak Suri di sini.

 

Sila salin number ini ok, 012-3449417. Kepada bakal ibu dan juga ibu-ibu berpantang, saya ucapkan selamat menjalani tempoh berpantang, selamat berurut dan selamat menjadi ibu. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog picisan saya ini. Ok bai!

Tuesday, September 18, 2012

Emir Ikhwan 4 bulan | Penghujung raya..

Salam korang.

 

Hari ini dah 18hb. Sekejap sahaja masa berlalu. Tak lama lagi 2012 akan meninggalkan kita dan masuklah tahun 2013 pula. Emir Ikhwanpun dah masuk 4 bulan 8 hari usianya. Sudah mula belajar meniarap. Dekat nursery rajin dia meniarap tapi di rumah kemain susah lagi nak tengok dia meniarap. Setiap kali nak meniarap, dia akan menjerit-jerit marah/menangis. Kemain payah lagi tengok dia nak berpusing. Dah la pandai menghisap ibu jari. Setiap kali dia rasa tak selesa/ nak menangis, dia akan pujuk diri sendiri dengan menghisap jari. Risau juga kalau-kalau menjadi habit yang tak boleh dihentikan sampai besar nanti. Tak hensem lah anak mama, kalau dah besarpun masih menghisap jari kan. Huhu~

 

Hujung minggu tak banyak aktivitipun. Sabtu pergi open house. Ada 3 open house. Pukul 1.30 kami ke rumah kawan suami, Adam Shafiq. Menu istimewa semestinya satay dan juga kuih semperit. Rumahnya di area Selayang juga. Lepas itu, terus gerak ke Sungai Besi iaitu rumah kawan sekerja saya, Zaidi dan Zaida. Menu istimewa blueberry cheese tart dan lasagna. Pergh, memang sodap.  Lokasi terakhir sepatutnya dia rumah rakan sekerja suami, Farah Anita. Di sana kami lepak sampai maghrib. Menu istimewa satay dan juga cream tart. Sempat singgah beraya di rumah ex-boss suami, Farid. Anak dia Ayish rajin melayan borak. Mula-mula dia nak bagi KitKat kat Emir tapi sebab Emir tak boleh makan coklat, dia offer coklat tu pada saya. Ayish sudah masuk 5 tahun. Sangat petah berbicara dan nampak smart. Seronok tengok dia.

 

Ahad pula kami pergi kenduri kahwin rakan sekolah suami di FRIM. Lepas itu sempat kami jalan-jalan di area Rawang. Lalu dekat rumah kami di Antara Gapi. Rumah dah siap tapi kunci belum dapat lagi. Haih, tak sabar rasanya nak berpindah ke rumah sendiri. Oklah,  itu sahaja update kali ini. Isnin tak ke mana-manapun. Hanya lepak di rumah sebab suami kena kerja. Huhu~

 

Friday, September 14, 2012

Anniversary 4 years | Jepun punya cerita

 

Salam korang..

 

Fuh, lately kehidupan di tempat kerja dan di rumah amatlah sibuk. Sampai blog dan facebook macam kena ‘tinggal’ sahaja. Tup tup hari ini hari jumaat sudah. Dan esok akan bermula cuti 3 hari saya (Saya je la cuti 3 hari. Suami cuti 2 hari sahaja). InsyaAllah ada cerita menarik yang akan kongsikan di sini minggu depan. Sekarang tak confirm lagi. Nanti bila dah sahih baru boleh beritahu. Semoga segalanya berjalan lancar. Heh~

 

Minggu ini rasa cemburu pada kawan-kawan dan suami yang akan merasa ke Jepun dalam masa terdekat ini. Kawan baik saya, Shira akan menyambung pengajiannya Tokyo Institute of Technology di jepun selama 3 tahun di Okayama. Officemate saya, Aina kata Universiti yang Shira pergi itu susah nak masuk. Kira memang tahap elit lah kan.  Dia akan terbang ke sana 2 minggu lagi. Manakala seorang lagi kawan kami, Farah akan ke Jepun untuk business trip company dia pada hujung bulan 12 nanti. Secara kebetulan dia juga akan berada di Okayama. So, dorang bolehlah berjumpa di Jepun. Lepas itu, suami saya pula beritahu akan ke Jepun selama beberapa hari untuk business trip company juga ke Jepun hujung bulan ini. 3 orang yang rapat dengan saya akan ke Jepun. Mana tak cemburu sebab saya tak ada peluang untuk pergi.

 

Esok, 15hb September genaplah 4 tahun saya berkhidmat di company sekarang ni. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Bermula daripada zero experiences, dan bujang trang tang tang masa itu. Sepanjang 4 tahun saya bertukar status daripada tunangan orang, isteri orang seterusnya ibu orang. Dalam masa 4 tahun saya bertukar daripada bujang kepada ibu. Terima kasih tak terhingga kepada company yang memberikan ruang dan peluang untuk saya menabur bakti, menambah rezeki. Bersyukur kepada Allah SWT atas rezeki yang tidak pernah putus selama ini.  Ada seorang lagi officemate yang meraikan anniversary ke 4 bersama saya iaitu Hana Fazreena. Kami punya banyak kenangan bersama semasa peringkat awal bekerja di company ini. Interview bersama, pergi kerja first day bersama, lewat datang kerja pada first day kerja bersama, probation extend sebulan bersama, confirm bersama. Lama-lama barulah tak bersama sebab kerja kami berbeza plus dia punya geng sebaya. Saya pula tak suka ber ‘geng’. Kawan sahaja dengan semua orang.

 

Oklah, itu sahajalah update minggu ini. Minggu depan kalau ada masa saya update lagi ok. Bai!

Wednesday, September 12, 2012

Raya Sakan

 

Salam korang..

Fuh, berhabuk blog ini hampir sebulan tak berupdate.  Raya hari itu bercuti sampai seminggu lebih. Memang beraya sakanlah. Raya pertama bermula di Selayang bersama keluarga mertua. Menjelang tengahari beraya pula di rumah Pak Teh, bapa saudara suami. Dalam pukul 5 petang baru bertolak ke Puchong untuk beraya bersama keluarga saya pula. Dalam pukul 10 malam kamipun bertolak pulang sebab keesokannya kami akan bertolak ke Temerloh pula untuk ikut rombongan meminang untuk anak Pak Teh yang bernama Amir. Yang menariknya, kami dijamu nasi berlaukkan ikan talapia goreng masak pedas dan juga Ikan Patin masak singgang. Pergh, ikan fresh dan rasanya maanisss sanggaat..

 

Balik itu, kami sempat singgah di Air Terjun Lentang. Yang enjoy mandi hanyalah si kecil Wildan, Awliya dan Chaca bersama bapa masing-masing. Ibu Wildan join sekali memeriahkan suasana. Babah Emir turut teruja untuk ajar Emir mandi tapi baru cecah kaki masuk air, Emir dah menjerit. Terpaksalah saya jaga Emir kat tepi manakala babah dia terus bermandi manda. Dekat maghrib baru kami bertolak pulang. Keesokannya pula kami pergi jamuan raya di rumah Abang Ajeem (abang saudara suami) pula. Rumah dia terletak di Rawang sahaja. Rabu kami hanya lepak di rumah. Mengemas bilik, mencuci pakaian sebab keesokannya kami akan memulakan perjalanan jauh lagi iaitu ke Kedah pula. Balik Kedah memang wajib setiap 2 tahun sekali. Beraya di rumah Tok Ana dan juga Pak Long Thia. Misi utama ialah untuk meraikan pernikahan dan kenduri kahwin sepupu suami, Cik Ros yang bernikah jumaat (keesokannya) dan kenduri pada hari sabtu. Jumaat selepas majlis nikah, kami sempat pergi ikut keluarga Pak Ngah mencari Laksa di Kuala Perlis. Malangnya, sebab kedai feveret tutup sampai 29hb. Masa kami pergi tu baru 24hb. Sepanjang perjalanan hujan sangat lebat. Akhirnya kami berhenti makan di satu kawasan R&R Kecil yang terletak berhampiran kedai feveret tu. Jumpapun secara tak sengaja sebab asalnya berhenti untuk ke toilet sahaja. Dapat jugalah pekena laksa walaupun di kedai lain.

 

Lepas itu, kami terus balik ke Alor Setar. Singgah pula di rumah Pak Long Thia. Lupa nak cakap, Pak Long Thia ini sebenarnya adik beradik tiri mak mertua sahaja. Jadi hubungan kekluarga amatlah rapat. Anak-anak Pak Long Thia pun selalu join kalau keluarga adik beradik mak mertua ada buat program. Hari terakhir, pagi-pagi lagi dah berkemas sebab mengikut rancangan, kami akan check out sebelum ke majlis kenduri kahwin Cik Ros. Selepas majlis, kami akan terus bertolak ke KL. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kami sempat singgah ke open house Kak Linda di Rawang kira-kira pukul 10 malam. Masih meriah lagi rumah Kak Linda masa tu. Kak Linda ini rakan seperjuangan suami di office. Bila perut kenyang, balik rumah terus masuk tidur. Hehe~

 

Keesokannya, kami memang lepak di rumah sahaja. Mengemas apa yang patut sebab keesokannya suami dah masuk kerja. Saya pula masuk kerja hari selasa sebab taska tutup hari Isnin. Yang bestnya, hari selasa, rabu dan khamis, taska buat jamuan raya. Setiap kali menjemput Emir, saya dapat mengisi perut sekali. Alhamdulillah, semoga murahlah rezeki pemilik taska itu. Dah la sebelum raya dia bagi kad raya, duit raya, bubur pulut hitam dan bubur asyura. Lepas raya, dia buat pula jamuan raya. =). Jumaat pula taska tutup sempena sambutan Hari Merdeka.  Oklah, setakat itu sahaja dulu update pasal raya. Lepas ini ada lagi cerita best nak kongsi. Tunggu next entry ok. Bai!

 

 

 

 

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics