Followers

Wednesday, March 31, 2010

Hadiah Misteri From Cikmin tersayang..=)

Saya pernah umumkan kebertuahan saya mendapatkan number 55555 (jackpot Cikmin)
dalam ENTRY NI..
Rasa bertuah sangat dan saya tertunggu-tunggu juga hadiah apa sebab masa itu Cikmin masih berada di kampung halaman bercuti..
Maklumlah masa tu cuti sekolah seminggu.

Minggu lepas Cikmin dah revealkan hadiah tu..
Dengan bangganya saya nak share la kan ape hadiahnya...
Cuba tengok gambor2 di bawah ni..



Ada nampak something tak?
Kalau tak nampak tu cubalah tengok balik cerita Nujum Pak Belalang..
Haaa..~
takut tak..?
Ni percubaan pertama. Jadi, memang amat2lah tak lawa.

Yup, Cikmin bagi hadiah misteri..berupa watermark@cop jempol versi hitam/putih.
Lepas ni setiap gambar dalam entry saya mesti pasang watermark ini..
Saya amat teruja sebab sebelum ni gambar2 saya semua takde copyrighted.
So, mungkin lepas ini saya akan melancarkan serangan ke atas picta2 lama tuk letak cop SIRIM nih..
haha~

Dalam email, Cikmin sertakan tutorial cara memasang watermark di link ini http://kasehabadi.blogspot.com/2010/01/tutorial-meletakkan-watermark-dgn.html
.Terima kasih ye sebab memang saya zero knowledge pasal watermark nih..=)

Lagi satu pesanan penting daripada Cikmin, kata designer watermark ni,saya punya ada copyright..tahun depan kalau nak tukar tahun kena habaq mai kat dia la di sini



Apapun, terima kasih Cikmin.
Sweet sangat hadiah ni..=)

Ole-ole dari Jakarta Oleh Yuka-Luv

31STICKY POST UNTIL 31ST MARCH 2010
JOM JOIN CONTEST NI SAMA K..
pastikan referral = afzan
Untuk tahu latest update, sila scroll ke bawah ni ok.

Tadi masa jalan2 di blog cikmin, saya teruja tengok dia join satu contest..
Sayapun teruja jugalah nak join sama kan..
Mari kita terjah tengok..

Sempena program jalan-jalan cari makan yuka ke Jakarta/Bandung pada 12-16 Mac 2010 ini, yuka berhasrat untuk membeli cenderamata untuk diberikan kepada pengunjung blog yuka-luv ...namun demikian tak dapat la yuka nak bagi kepada semua....( biasalakan masalah bajet pastu masalah nak bawak banyak2)..untuk berlaku adil...pemberian akan dibuat melalui cabutan bertuah...
Hadiah untuk pemenang cabutan bertuah ini tak dapat la nak ditunjuk buat masa ini...(sebab baru nak pi cari kat Jakarta/Bandung nanti )

Sebanyak 3 hadiah akan disediakan untuk pemenang dan 1 hadiah untuk referer tertinggi..

Sangat mudah untuk menyertai cabutan bertuah ini...tiada slogan diperlukan...bukti pembelian juga tidak diperlukan...( macam cabutan di supermarket daa...)

Untuk melayakkan nama anda dimasukkan dalam senarai cabutan bertuah, anda hanya perlu buat perkara-perkara berikut:

  1. Buat 1 entry mengenai cabutan bertuah ini dengan menggunakan tajuk Ole-ole dari Jakarta oleh Yuka-Luv. Entry itu mesti dibuat sticky mode sehingga tarikh tutup peraduan ini.--> SUDAH SELESAI
  2. Sila maklumkan entry yang telah siap dibuat kepada yuka dengan meninggalkan link anda diruangan komen di entry ini...--> SILA PERIKSA KOTAK KOMEN
  3. Sila nyatakan referer anda bagi cabutan bertuah ini.-->CIKMIN
  4. Tarikh tutup Cabutan bertuah ini ialah pada 31hb Mac 2010 pukul 11.59pm-->SEMPAT
  5. Cabutan akan dibuat secara telus dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.-->ALHAMDULILLAH
  6. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia ( bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara pun boleh menyertai cabutan bertuah ini...tetapi hadiah akan diposkan kepada waris2 atau kawan anda di Malaysia )--> SAYA LAYAK..

Senangkan nak menang hadiah...jadi apa tunggu lagi...
Memang senang.
Jom kita memeriahkan contest nih k..

Firefox kena blocked pulak dah~

pic ehsan google

Sebelum ini nak nak update entry and upload picta kat office, tak ada hal..
Memang la masa break server agak perlahan sebab ramai tengah online masa tu.
tapi itu semua tak menjejaskan acara blogwalking saya.

Tapi, pagi Isnin minggu ni seperti biasa saya bersemangat masuk office seawal 7.00 pagi..
On PC, sementara tunggu ready pergi buat kopi putih panas secawan.
Bila dah ready segala, try la klik kat Firefox macam selalu2 tapi kali ini tak seperti biasa.
Keluar pop up yang bagitahu application tu dah kena block.

Bila dah tak boleh buka Firefox, saya try buka Internet Explorer (IE).
Memanglah boleh buka tapi azabnya hanya saya sahaja yang tahu.
Lembab macam siput khinzir..grrr~
Nak buka blog sendiripun kena tunggu loading seminit..
FB pula boleh view je.Nak komen, shout, tekan 'like' pun tak lepas2..
Kalau silap tekan, tiba2 tab ter open dengan banyaknya non stop (secara auto)..
Virus dah menyerang weyh.
Terpaksa saya OFF kan PC tu sebab kalau saya clearkan guna Task Manager pun, dia akan muncul balik..
Suka2 dia je buka window IE, lepas itu buka tab banyak2 dan seterusnya hang..

Mulai minggu ni semangat nak blogwalking apatah lagi berfacebooking di office dah tak ada..
zero ok..
Huhu..saya cubalah blogwalking dengan ceria2 kalau server OK..
Kalau nampak saya tinggal jejak kat blog2 kawan tu maknanya mood server dan juga mood saya OK.

p/s : saya blogwalking bukannya time office hour..tapi time break je..n awal pagi before office hour. hoho~

Tuesday, March 30, 2010

Yeay..cek nuffnang on the way~

Alhamdulillah..
Saya cash out nuffnang 14hb Feb lepas.
Hari ni baru dapat email yang cheque saya on the way..
Ini buktinya.


Yippie2..
Terima kasih nuffnang.

Perodua Nautica..

Bulan lepas saya, big bro ngan sis adalah borak2 pasal kereta..
Lepas itu my sis cerita pasal warna kereta dia yang dah diubah daripada asal..
Saya pernah cerita pasal ini dalam entry nih..

Sayapun cakaplah yang warna kereta dia tu sama dengan warna Perodua Nautica.
Tup2 abang dan kakak saya tu blur dan tak tahu langsung pasal kereta ini.

Memang Perodua Nuatica yang upgrade daripada Kembara ni kurang glamour kan berbanding produk keluaran Perodua yang lain..
Pelik juga..

Dulu hot sekejap masa ia baru2 keluar pasaran.
Mungkin sebab saiz dengan harga tak sepadan ditambah pula dengan prinsip ' kuat mentekedarah petrol' menyebabkan model ini tak glamour.

Tapi seminggu lepas saya ada jumpa model ni masa on da way balik kerja.
Sempat lagi snap gambor masa tengah berhenti kat traffic light..



Wujud lagi rupanya dia kan..=)

Monday, March 29, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!


Saya nak jadi Bintang TV Project Alpha!
Ini bukan bintang sebarang bintang ya kawan2.
Ini bintang di kalangan blogger tu. Bila lagi nak popular kalau bukan sekarang.
Lagipun, nak jadi Bintang TV Project Alpha ni bukannya susahpun syarat-syaratnya.
Senang sahaja.
Kita semua layak untuk menjadi bintang.

Sekarang ni team Project Alpha sedang mencari 3 guest blogger ataupun dipanggil blogger jemputan yang akan bersama-sama dengan 7 top blogger dalam Project Alpha Season 3 nanti.
Peluang keemasan ni rugi kalau dilepaskan.

Macam mana nak join?
Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mempersembahkan satu video pendek ( paling lama 60 saat sahaja) sekreatif yang mungkin dengan berusaha membuktikan kenapa kita WAJIB untuk terpilih dalam Project Alpha.
WAJIB ok. Bukan setakat layak sahaja sebab semua orang yang hantar video akan layak terpilih.

Untuk hantar penyertaan kita, silalah ikut langkah-langkah mudah seperti di bawah ini;

Langkah 1: Join ruumz atau login to your account kalau dah join.

Langkah 2: Join the Project Alpha ruumz group! (You're looking at it!)
*The option to join is located on the top left hand side of your screen. Nampak tak ada ikon2 comel kat sebelah kanan atas screen masa buka page projectalpha.ruumz.com/groups

Langkah 3: Upload your video yang dah dibuat sekreatif yang mungkin tu dalam "Audition" Album

Langkah 4: Masukkan title berserta short description berkenaan audition kita tu.
* Tip: You can also tag yourself to your video so that it will appear on your ruumz profile page

Langkah 5: Bagi mencerahkan peluang terpilih, dapatkan seberapa ramai kawan2 dan ahli keluarga untuk "Like" video kita tu.

Rujuklah terma dan syarat di sini T&C here untuk lebih jelas.

Dengan hanya membuat 5 langkah di atas, kita dah layak dan berpeluang cerah untuk muncul antara Top 3 winners yang akan jadi Blogger Jemputan dalam Project Alpha pada sesi yang akan datang.

Selain dari itu, kita akan bawa pulang ;

1st Prize-
3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

Saya nak join tapi kamera saya tak ada kamera canggih apatahlagi telefon bimbit berkamera video seperti Blackberry dan yang seangkatan dengannya.
Kalaulah saya ada kamera canggih manggih sudah tentu saya berdesup sahaja join Audition ni.
Kalau ada video editor lagi bagus.
Boleh edit buang yang cacat cela. Tinggalkan yang sempurna sahaja untuk di tonton.
60 saat tu terlalu sekejap sebenarnya tahu.
Kena buat betul2 supaya video kita terpilih..

Bak kata Amy Search dalam iklan Celcom, berbaloi-baloi.
Sebab dengan hanya melakukan task2 yang mudah, kita berpeluang untuk menang besar selain daripada jadi blogger glamour dalam sekelip mata.
Takkan tak mahu kan?

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at http://projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Jemputan Majlis Kahwin ada 2 beb next weekend..pening!

Salam alls..
Sekarang ni majlis kahwin dah tak ikut musim..
Sepanjang tahun asal hujung minggu sahaja mesti ada Majlis kahwin ni.
Next weekend ni saya dapat 2 jemputan kahwin daripada 2 tempat yang berbeza..
Sorang jauh ke selatan..
Sorang lagi jauh ke utara..

Yang di Selatan tu kawan saya masa belajar dulu.
Kami kenal tanpa sebabpun.
Nak kata belajar satu kelas, tak pernah.
Nak kata satu course pun bukan.
Cuma satu fakulti sahaja.
Cuma sekali sekala je saling pinjam meminjam buku sebab kadang2 ada subjek tu dia dah belajar, saya belum.
So, pinjam je notes kat dia.
Begitu juga sebaliknya.
Kawan gitu2 je la yea sebab dia ni pun lelaki.
Saya jarang kawan dengan lelaki tanpa sebab.
Kawan lelaki saya time belajar dulu cuma coursemate dan juga rakan kelab..
Ini kad jemputan dari dia..

To Jali,
Tahniah aku ucapkan.
Terima kasih sudi juga jemput aku walaupun dah lama tak roger2 ngan ko.
Semoga masjid yang kau bina dengan Suzana akan kekal abadi..=)
Jadi lecturer yang the best gak k..

majlis dia ni di Batu Pahat.
InsyaAllah saya akan pergi kalau tiada aral melintang.

Yang di utara pula ialah rakan officemate.
Ni majlis belah lelaki, belah perempuan saya dah pergi hujung bulan 1 dulu.
Majlis yang di buat di Kuantan tu.
Kalau ingat2 lupa bolehlah klik SINI, SINI dan SINI...
Kedua-dua pengantin lelaki perempuan ni officemate saya.
Mereka berdua ni juga satu U dengan saya UTM.
Si lelaki ni pula satu fakulti dengan saya dulu.

Amir dengan Iffah,
Tahniah sekali lagi.
Kali kamu bukan lagi berdua tapi bertiga.
Tahniah bergandalah dari aku di sini..=)

Majlis mereka yang dibuat di Penang ini saya tak dapek nak pergi sebab saya dah pilih nak pergi majlis Jaly.
Nanti kalau berpeluang akan saya share di blog ini k..

Saya sempat snap 2 kad je..
Kad yang purple tu majlis dia 17hb April which is clash dengan Gatsby Street Fair.
Ohh..maafkan aku yea Al Fala..tak dapat nak pergi majlis kau.

Hard to choose k..huhu..

How to train your DRAGON 3D..Memang gempak!

Semalam saya dengan BFF saya, Shira pi tengok wayang sebagai salah satu aktiviti dating kami selain daripada window shopping..
Seriously, kam itak tahu nak tengok cerita apa sebab memang tak ada cerita yang gempak2 di war war kan ada untuk hari itu punya tayangan.
Jadi, kami cuma pergi kat GSC tu n the n baru start2 pilih2 cerita pe.
Yang ada Alice in the Wonderland..memang laku tiket dia sampai kan malam je ada kekosongan masa kami beli tiket tuh..
Kami pi beli tiket tu kul 12.30 tgh hari tau.
Tapi, banayk khabar angin yang kata cerita ni boring.
So, kami memang takkan pilih la kan yang itu.

Tengok ada poster movie DRAGON 3D kat bahagian belakang kaunter tiket tu.Cerita tu nampak macam meyakinkan saja.
So, decide nak pi beli tiket.
Tengok2 kat screen list2 movie yang akan tayang har ini tak ada pulak DRAGON 3D..
Saya pula memang tak tahu papepun.
tak check kat website langsung sebelum pergi dating nih.
Ingatkan DRAGON 3D tu tak tayang lagi.
Mungkin next week gamaknya.
Sebab kt poster tu tak ada pula tulis tarikh release~
Muka dah kecewa.

Tiba2 saya tergerak nak tengok balik poster DRAGON 3D tu.
Baru perasan yang tajuk movie tu panjang lagi.
"How to train your DRAGON 3D".
Bila check balik kat screen tu ada rupanya.
Haiya.bikin suspen.bikin confuse sahaja tahu poster tu.

tengok, kalau kamu jadi saya, sure nampak tajuk dia DRAGON 3D je kan?

Kami gigih juga nak tengok walaupun tiket mahal (16 hinggit sorang tu) dan dapat seat yang kat row kedua dari depan.
Mahu pening kepala eden nanti.
Dah la kena pakai spek, pastu dekat benar dengan screen.
Sabar ajelah..=)

Tapi, harga tiket yang mahal.
dan tempat duduk yang tak bape selesa tu dibayar beb.
Berbaloi-baloi sebab cerita dia superb best.
Rugi tak pi tengok.

Nak tahu kenapa?
Pi la tengok sendiri.
Akan dapat jawapannya.=)
hehe~

Sunday, March 28, 2010

Terlayan lagu ni bikin saya nangis2..=(

Daripada melayan lagu Jay Jay di Konsert Jom Heboh kat TV..
Saya rasa tak puas, nak layan lagi lagu itu.
So, terus klik youtube cari lagu2 dia.

Lepas tu pula, dekat list itu ada satu lagu nyanyian Jay Jay dengan Mirwana.
Lagu yang saya sangat suka dengar satu masa dulu.
Setiap kali saya hayati lagu ini memang saya akan nangis2..
lagu ni sangat touching sebab macam kena kat diri sendiri..

Tadi saya terklik kat officialvideo lagu Aku Tanpa CintaMu tu..
Entah macam mana boleh menangis sampai teresak-esak la pula..
Haiihhh..

Saya tak peduli..
Saya nak kamu2 pun nangis macam saya.



k, saya nak pi lap2 air mata nih kejap..
Layan lagu nih sama2 saya k..
sob2..

Tag! You're it!

Saya telah di tag oleh Ryehanna yang cantik jelita ini.
Bakal berkahwin bulan 6 nih..
=)

Tag ini ada 10 soalan yang kena dijawab. Malu sebenarnya sebab ada part2 pasal pasangan padahal belum kahwin lagi..*blushing*

Pepun, I'll try my best to answer it all..=)

1. Siapakah diri anda di rumah?

Satu2 nya anak perempuan yang tinggal di rumah. The other 2 sisters dah move out. Sorang duk ngan makcik manakala seorang lag idah kahwin duk dengan suami dia la kan.
Terus terang saya ini family oriented. So, papehalpun saya akan utamakan family.
Lagi2 kalau hari bekerja. Masa tu kfamily memang terhad. So, lepas kerja berdesup balik rumah kecuali kalau ada hal2 related dengan office (OT tuk jamuan2 anjuran office la..kalau OT tuk kerja tak mungkin la..)
Kecuali juga kalau my F tiba2 ajak jumpa lepas kerja.Ini berlaku bila weekend masing 2 busy dengan life masing2..

2. Siapakah diri anda disamping rakan?

Entah.
Asalkan tak dibenci dah cukup bagi saya.
Mereka lebih tahu siapa saya..=)
Saya rasa saya dah melakukan yang terbaik dan yang termampu.

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

5 sahaja ke? Tak cukup nih..

  1. Sambung master...teringin beb..=)
  2. Pergi bawa mak ayah buat haji ataupun umrah..
  3. Pergi bercuti ke luar negara..
  4. Yang ni takkan tercapai kut. jalan nak pergi kerja dan balik kerja tak sesak. smooth je..=)
  5. Dapat mengawal emosi yang cepat angin dan cepat ter emo..(ni pun susah payah juge..)

4. Siapakah nama pasangan anda?

Oleh kerana dah merancang nak kahwin tahun depan.
Biarlah saya reveal di sini.
Kat FB dah ada. Nama dia Fawzan.
Nak tahu nama je kan..? hehe =)

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

  1. Dia pandai pujuk saya. Yang sedihnya saya yang tak pandai pujuk dia. grrr~
  2. Dia ni anak yang sangat bertanggungjawab maklumlah anak lelaki sulung. Sangat menghormati orang tua.
  3. Dia penyabar tapi sangat telus dan jujur. Apa salah saya buat dia tegur direct tapi dengan ayat yang sehabis lembut.(coz saya ni cepat emo bila orang tegur..haiihhh~)
  4. Dia tinggi (saya suka pasangan saya tinggi) dan bagi saya muka dia sedap mata memandang =)
  5. Dia suka kucing macam saya..=)
6. Bila tarikh anda couple?

Seriously baru sahaja masuk tahun ke 5..
22hb Mar lepas..=)

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Kami pernah clash selama 6 bulan masa tahun ke 2 ikatan terjalin..=)

8. Lagu tema cinta anda?

errr.. masa mula2 dulu dia ada bagi hadiah CD berlatar lagu Kau Ilhamku nyanyian ManBai.

9. Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Arrrr...errmmm...
seriously saya suka dia yang dulu, sekarang dan selepas ini dan tak mengharapkan apapun perubahan. he is just perfect.
sebenarnya saya sendiri yang perlukan perubahan..=)

10. Tag 10 rakan ada yang lain

  1. AngahFarah
  2. Shafaza Zara
  3. Jard
  4. Fid
  5. Suaidah
  6. Aida Effarina
  7. Cikmin
  8. Kakngah
  9. RedBloodSnow (Zie)
  10. Neon
Saya main letak sahaja nama yang teringat..
Sapa yangterkena tuh dengan rela hati silalah menjawab ye.
Kalau takde pasangan tu letaklah rakan sebilik ke, rakan sekelas ke, rakan chat ke, rakan facebook ke..
asalkan ada la pasangan..
ekeke~

Makan2 di Armada pula..=)

Selasa lepas, group saya di office telah buat Welcome Party untuk mengalu-alukan kehadiran 2 lagi watak baru dalam cerita keluarga kami..=)

Watak pertama tu kawan saya juga, Nina yang menggantikan sahabat kami Tini yang berhenti sebab nak mengejar segulung master pulak..
Watak kedua pula watak tambahan untuk memantapkan lagi cerita kami. Nama Haryati.

Kali ini party dibuat di Hotel Armada..
Lepas office hour, kami semua terus gerak ke hotel.
Saya dan Nina tumpang kereta boss kami Saiful untuk mengurangkan kos parking kereta.
Kena bayar RM5 untuk 2 jam setengah..(perghh..)

Jamuan dimulakan dalam Jam 6.00 selepas semua geng2 group sampai.
Ucapan aluan daripada big boss diikuti ucapan daripada watak2 baru dalam group kami..
Lepas tu, acara makan2 yang dinantikanpun bermula.
Zupp..pasala makan2 laju sahaja kan..
Makan selagi boleh.
Alhamdulillah..

Seronok betul sebab saya dah lama tak makan di hotel.
Dalam pukul 8 cam tu majlispun bersurai..
Kami sempat bergambar beramai-ramai sebelum balik.

Terima kasih kepada boss2 kerana keluarkan belanja yang agak besar juga untuk jamuan ini.
Makan kat hotel bukannya murah..

Gambar mana?
Haha..sorry ada 2 je kat saya..
ada lagi kat FB tapi malas la pulak nak pi download.
maklumlah gambar dari kamera member..
Gambar yang saya ambil hanyalah sijil kebersihan tahap A yang hotel ni dapat..

Dan apa lagi tayanglah makanan yang saya santap..
Saja tunjuk sikit sahaja..
Padahal dua tiga kali jugalah bangun pergi ambil makanan lagi selepas habis makan yang ini..=)

Serius sedap dan berbaloi-baloi dengan harganya..
Makanpun macam tempat itu kami yang punya.
Tak ramai orang ok..=)
kongker la kan..

Saturday, March 27, 2010

Kalau salah cakap, diorang tulis~

Korang pernah tak tersilap cakap atau tersasul perkataan masa bersembang dengan kawan2.
Kat office saya sekarang ni pun ada buat satu fail untuk tulis kalau2 ada sesiapa yang tersilap cakap.
Dulu dah buat tapi stop sebab clerk yang bertanggungjawab untuk update fail tu dah berhenti.
Sekarang ni kami dah dapat clerk baru.
Tu yang fail tu ON semula.
Bukan setakat tersilap cakap, kalau tersilap taip email pun kena.

Tadi jalan2 blogwalking di blog Ynaa..
Dia ada post pasal satu group dalam facebook.
Nama group ni Persatuan Salah Cakap.
Jomlah jengah situ kalau nak bergelak ketawa kan.
Sayapun terus joinlah group tu.

Kat dalam itu ada satu shout yang bagi tahu berkenaan blog berfungsi untuk update cerita orang yang salah cakap.
Ni ha link nya KALAU SILAP CAKAP, KAMI TULIS.
Kalau nak sambung gelak boleh terjah link itu pula..
Blog ni pun saya dah follow..

Jom gelak2..k
Experience salah cakap ada.
Baru beberapa hari lepas member saya silap cakap.

Ayat salah : "Dia tu memanglah banyak pregnant, sebab dia MC..."
Ayat betul : "Dia tu memanglah banyak MC, sebab dia kan pregnant.."

Nama suspek, saksi dan lokasi dirahsiakan..=)
Yang suspek tu bukan saya k..

lagi satu baru je berlaku tadi..

" jang, mak nak tengok channel BHO"
"BHO?"
"Eh, HBO..Nak tengok cerita perang2.."

K lah..
Layankan sahajalah

Award Istimewa daripada Coretan Perantau London

Semalam dapat mesej kat shoutbox tu daripada Perantau London..
Katanya ada award spesel dia create untuk saya..
Dengan bangganya sayapun pergilah ambil.
Hehe..
Dia kata tak cantik tapi bagi saya unik beb..
Thanks ye Long Haffiz sudi bagi award ni pada saya..



Akan saya sematkan di sidebar blog ni bersama award2 lain..
Dulu byk dapat tapi masuk kat slide show di bawah nun..
Tapi skang nak pi letak kat sidebar la..
Pindahkan..

Last time dapat poskad, kali ni dapat award pula.
Memang appreciate sangat2 pemberian ini..

Andapun pengikut setia blog beliau ke?
Pi la check mana tahu nama anda turut tersenarai..
Klik gamabr award tu yea tuk ke sana..

Friday, March 26, 2010

Mana nak cari minyak ini yea..?

Beberapa hari lepas, ayah saya ada guna minyak gosok ini.
Ayah saya memang dah lama beli minyak gosok ini sampaikan lupa kat mana dia beli.
Lagipun jarang guna so lambatlah habisnya...
Ayah saya sekarang rajin berkebun..
So, minyak ni diguna untuk urut badan dia hilangkan lenguh2..

Tup2, kucing kesayangan kami dah langgar masa penutup masih terbuka.
Apa lagi tumpahlah isinya sampai dah tinggal sikit sahaja ..
Alkisahnya, Kenalah dapatkan yang baru kan..

Idea mak saya datang tuk snap2 je picta botol tu guna kamera henset saya yang cikai ni..
Supaya senang nak rujuk kalau nak beli kat kedai..
Geliga gak mak saya kan..
Hasilnya..
Aduh..blurr gilos..
nampak ke tulisan2 tuh..?
Nampak tak isi dalam botol tu dah hampir habis.

tak apalah janji ada nampak rupa bentuknya kan..
Mulai esok kena buat misi mencari minyak ni kat kedai2..
Kalau ada rezeki jumpalah..=)

Poskad Dari London sudah diterima~

Awal bulan ni saya ada join satu contest anjuran Long Haffiz aka Perantau London
Kalau ingat2 lupa atau first time singgah blog saya boleh rujuk SINI
Dan menurut kepada beliau dalam entry ini, semua contestant akan dapat hadiah poskad dari beliau..
Yaahooo~Pagi tadi saya dikejutkan dengan sekeping poskad dari London..
First time ni dapat poskad..
Dah la dapat dari jauh nun..merentasi banyak benua ni..
bangga2..
taraaa...

Ni rupa kadnya..ada beberapa gambar tempat menarik di London dalam poskad ni..
ngee~

Inilah content nya..
cantik juga tulisan Long nih..
jelas dan kemas..=)
Korang nampak tak?

p/s : nampak tak alamat tu..tak lama lagi besday saya. So, kalau nak kirim2 adiah besday pakai la alamat tu ye..(dengan muka penuh cahaya harapan..padahal takde sape nak bagi adiah..ahaha~)

Thursday, March 25, 2010

GengBlogger ada masalah rupanya~

Dah 2 hari nak masuk GB tak lepas..
Bila klik je kuar benda alah seperti di bawah ini.



Lepas itu ada juga geng2 blogger yang jumpa hantu yang minta ID dan password kuar kat blog2 member yang pasang banner GB..
haiihh..

Sedihlah pula sebab GB tu antara sumber penambah trafik blog saya yang tak seberapa nih..
Harap2 lepas ni GB akan back to normal..
GB yang dirindui..=)


p/s :dapat award beautiful blogger lagi from CikPuanEzah..Nanti saya wat ye kak..=)

Kalaulah saya yang dapat berjumpa Kekasih Allah itu..

Saya ada terima satu email yang sangat menyentuh hati daripada seorang sahabat..
Sangat terharu sehingga hampir menangis di office..
Nasib baik berjaya mengawal perasaan.

Cerita ini dah lama sebab ada stated tahun 2006..
Dan pernah hangat di forward email berkenaan kisah ini tak lama dulu menurut pengirim email ini tapi saya memang tak pernah dapat forwarded email begini.

Biarlah saya kongsikan di sini artikel yang saya terima tanpa edit.


Ibnu Ismail Sumber FB: http://www.facebook.com/note.php?note_id=399620411135&id=1635417504&ref=nf

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di
sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri
Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin
kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w.
Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Apapun tafsirannya berkenaan artikel ini, bagi saya ia amat menarik dan dalam masa yang sama mengingatkan kita kepada Kekasih Allah SWT, Rasulullah SAW..
Ia mengingatkan kepada kita betapa kerdilnya kita di bumi Allah ini.
Betapa besarnya zat Allah.
Dan betapa cintaNya Rasulullah SAW kepada umatnya sedangkan kenyataannya kita tak mampu untuk mencintai Rasulullah sehebat cintanya beliau kepada kita.

Dalam keadaan dunia sekarang ini.
Nauzubillah..
Susah nak cakap.
Ada mata tengoklah..
Ada telinga dengarlah..
Ada lidah ucapkanlah..
Ada akal fikirkanlah..
Terlalu banyak kekeliruan yang buat mata, telinga, lidah dan akalpun tak dapat berfungsi dengan sempurna..
Betapa hebatnya cabaran kita untuk mempertahankan kesucian Islam.

p/s: Jom Hebohpun dah tembus kat Kelantan..hmm..apa kata anda? (x de kena mengena ngan entry pula)

Wednesday, March 24, 2010

Majlis Pertunangan FARHANA & FEROZAM

Sabtu lepas saya memang pergi banyak tempat..
Selain daripada tengok Belon Panas, ada lagi aktiviti lain yang masuk dalam diari 20/Mar/2010 saya..
Saya ke majlis tunang sahabat satu sekolah sejak sekolah rendah dulu..
Namanya Farhana dengan kawan sekolah kami juga Ferozam..
Mereka ni sangatlah sweet together..
Mukapun dah dekat2 sama..
I like..=)

Tema pertunangan dorang ialah silver..
Pelamin, mekap dan baju memang ditempah khas from Zaifie Zainal..
Yang turut bertanggungjawab sebagai wedding designer untuk kakak saya hujung tahun lepas.
Menang cantik dan superb..
Kawan saya tu sudah transform jadi cantikkk sangat..=)

pepun, jom layan gambar yang saya put randomly..
tak ikut flow..


Ni lah kawan saya farhana aka Fana..
Daripada imej ganas terus transform jadi ayu beb..=)
Inilah hantaran yang ada..Meriah 11 balas 9 tuh..
Uniknya dorang jadikan kasut sport sebagai hantaran..
Atas kek tu ada nama samaran mereka berdua..
So sweet kan..
Masa ni sesi perbincangan dah nak dimulakan..
Uncle berbaju melayu hijau lembut tu wakil perempuan..
manakala yang disebelahnya yang berbaju merah tu pula wakil pihak lelaki, Zam..
Dua tu golongan Datuk2 yea..
Yang berbaju melayu warna coklat itulah bapa Fana, En. Wahab..
Kami berlima ni rakan sesekolah masa di SMKP Batu 14 Puchong.
Most of them last jumpa masa form 4..
Contact thru FB je..
Baru sekarang bertemu kembali..
Dari kiri Che Nurul, Linie, Nani, saya dan Sara..

Nah, baru ada gambar mereka berdua..Ni lah pelaminnya..cantik kan?
Congrats both of u..=)
Sayapun melaram sekejap di pelamin itu.
Nasib baik ada peluang nak bergambar dengan Fana berdua..
Dia ni popular ok..
Ramai sangat yang datang masa majlis ini..
Inipun sebahagian lagi kawan2 sekolah..
Dari kiri Ain, Hawa, Nani, Lieza dan saya..


Saya cuma berada di majlis sehingga betul2 masa sesi discussion dansarung cincin selesai disebabkan ada jemputan lain pula.
Pukul 4 macam tu kot kami beransur.
Sempat saya ambil 2 keping kecil kek coklat untuk dijamah masa dalam perjalanan.
Jauh jugalah nak sampai ke destinasi seterusnya sebab dari Puchong ke Kg. melayu Subang kan..

p/s : tak sempat nak reveal hadiah misteri cikmin bagi kepada saya..
Nanti saya buat entry khas ya Cikmin..=)

Majlis Perkahwinan Huda ex-schoolmate~

Kalau tak silap, bulan lapan tahun lepas saya ada tulis entry pasal majlis pertunangan sahabat sekolah saya ni..
Majlis tunang dia memang meriah sangat..
Pakaian tunang diapun meriah macam nak kawen..
ekeke~
Boleh godek kat SINI kalau nak tengok kemeriahan majlis tunang dia
Saya tepek satu gambar masa tunang dia dulu sebab gambar dia kahwin belum ada..

tema time tunang purple..

2 minggu lepas hari Isnin saya dapat mesej darinya menjemput secara tak formal ke majlis perkahwinan dia yang bakal berlangsung 14/Mar/2010..(minggu lepas)
Saya jawab ringkas sahaja "InsyaAllah, kalau takde urusan akan sampai ke majlis"

2 hari selepas itu saya panggilan darinya di waktu malam.
Dia nak hantarkan kad jemputan dan saya mencadangkan dia menghantarnya esok sebab dah lewat malam untuk dia menghantarnya masa itu juga.

Esoknya, dapat panggilan di waktu tengahari.
Dia sudah sampai depan rumah saya untuk menghantar kad jemputan.
Sedangkan saya masih di office.
Saya cuma cadangkan dia selitkan kad itu di bawah pintu rumah.
Alhamdulillah balik sahaja dari kerja,saya nampak kad tu dah selamat atas meja.

Hari yang dinantikan tiba.
Alhamdulillah berjaya juga saya menjejak kaki buat kali ke berapa ke rumahnya..
Memang keadaan dalam rumah dah berubah.
Mungkin family dia dah renovate rumah sampai ruang tamu jadi besar sampai ke dapur.
Dulu ruang antara dapur dan ruang tamu dipidahkan dinding dan hanya dihubungkan dengan satu pintu..
Sekarang nampak lebih luas.

Malangnya sampai sekarang gambar yang ada gagal di upload sebab saya guna hset kakak yang canggih itu untuk ambil gambar.
tak sempat lagi nak masukkan ke PC..
Tema dia oren putih.
Cantik juga..

Bunga pahar yang diletakkan di sisi kiri dan kanan pelamin bukan dihiasi sebiji telur setiap satu seperti yang biasa kita lihat di majlis2 kahwin.
Tapi lebih mewah sebab dihiasi sebiji coklat Ferrero Rocher..
Pergghhh..maalangnya saya tak sempat nak dapat sebab balik sebelum majlis bersanding..
Kalau saya join tepung tawar mesti dapat punya..
cisss~

Saya memang berjaya sampai ke majlis dia tapi tak lama..
Tak sampai sejampun saya di majlis Huda..

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Huda yang secara rasmi dah bertukar status daripada Cik Huda kepada Puan Huda..
Tahniah, awak memang namapak sangat cantik pada hari tu.

p/s : Nanti dah ada gambar saya update k..=)
p/s/s : tengah tunggu gambar tengok hot balloon dan majlis tunang sahabat yang lain..

Tuesday, March 23, 2010

Wow..dapat Beautiful Blogger Award..updated!

Award ni saya tengok ada kat beberapa
Tapi dapat tengok je la sebab tak ada nama sayapun yang di tagged.
Alhamdulillah..
Akhirnya pemilik blog cute aidaeffa meninggalkan jejak di shoutmix saya menyatakan saya dapat award..
Selain itu ada lagi seorang blogger yang bagi award yang sama dengan bilangan blogger yangperlu di tag 15..iaitu daripada Kinsyakrn
Oleh kerana award sama jadi saya gabungkan dalam entry ni shaja ye kak..
yeay..
Inilah dia awardnya..



Thank dan link the person that gave you the award..

Terima kasih kepada cik Aidaeffa pemilik blog Butterfly! fly.. fly..(^_^)
Walaupun blog dia baru berusia 2 bulan lebih tapi dah punya followers yang ramai..
salute to u dik..(saya nak sampai 10o ambil masa 3-4 bulan..)
thanks again and again for giving this cute award..

Terima kasih juga kepada Kinsyakrn pemilik blog A Time to Remember.
Saya memang amat tertarik dengan artikel2 yang ada dalam blog dia ni.
Banyak yang boleh dijadikan panduan hidup..
thanks ye awak..=)

Pass this award onto 5 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.

kebanyakan blogger adore dah dapat bagi award ni pada yang saya agak2 belum
  1. intan nurulfateha (si comel yang romantik dan manja..)
  2. Zira the red (saya suka beli tudung dia..)
  3. Cikmin (blogger yang amatlah rajin buat contest dan murah rezekinya..)
  4. Seri Bahasa (blogger glamour yang saya adore la juga.. PR4 tuh...)
  5. Aidy Shahiezad (pengkomen tegar blog saya..)

State 7 things about yourself.
  1. saya seorang yang komited
  2. saya seorang yang banyak cakap
  3. saya seorang yang suka berblogging
  4. saya seorang yang sensitif tapi buat muka cool
  5. saya seorang yang agak keras kepala
  6. saya seorang yang rajin ikut mood
  7. saya seorang kaki tidur
K, sudah siap tugasannya..
Sudi-sudilah ambil ya pada yang berkenaan..=)

p/s : post ini saya revise sebab ada seorang lagi blogger yang menyampaikan award ini kepada saya. Terima kasih daun keladi k..=)

23 yg terpilih..

Saya telah di tag lagi dan ia datang daripada AishaHumairah pula..
So, marilah kita terjah apa dia tag ini..

Peraturannya:
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag!!
*cets!!dh ciap2 bg warning lg..

23 rand0m things, facts, habits, or g0als ab0ut mE..

1. sudah hampir 2 tahun grad daripada UTM..

2. sudah bekerja hampir setahun tujuh bulan bergelar pekerja..

3. suka baca novel. sekarang gigih nak habiskan novel Twilight..

4. suka datang opis awal pagi sebab tak suka jem..balik seawal mungkin walaupun jem kuredah jua..

5.suka berblogging..

6.suka masuk contest walaupun jarang menang..

7. kadang2 bila bosan layan juga kalau kena tag macam ni

8. satu fakta menarik. Hobiku tidur..

9. family oriented. So, agak jarang bersosial walaupun jenis banyak cakap.

10. target nak sambung master by project tapi tak tahu bila..=)

11. sudahpun memiliki secara sewa beli kereta myvi kaler oren ( makan tahun nak habiskan bayar..)

12. merancang untuk kahwin thaun depan..wink2..=)

13. suka layan kopi putih semasa bekerja di office.

14. berangan untuk berjalan-jalan mengenal dunia Allah yang indah ini.

15. berhajat nak menunaikan haji dan mengumpul duit untuk hantar mak dan ayah bersama.

16. saya suka blaus yang labuh.

17. suka beli tudung secara online.

18. anak jati Selangor walaupun mak ayah orang Kelantan..

19. Mempunyai seekor kucing yang comel lagi macho bernama DIKO.

20. Layan cerita lawak2 lagi2 kalau ada Zizan, Johan, Sepah dan lain2.. penawar duka..

21. suka buat dan makan sandwich sardin..sedap wooo..

22. Anak ke 4 daripada 6 beradik
...
23. berharap dapat menjadi hambaNya yang solehah dan diredhaiNya selalu. Bertuah kerana dikelilingi sahabat2 yang baik dan mengajak kepada kebaikan..=)

Alhamdulillah, selesai..=)

5 mereka yg tercal0n..

- AngahFarah
- Farsha Farhana
- kinsyakrn
- alizan75
- Nur Su'aidah

Yeay..I'm selected to Gatsby Deodorant Street Fair!


Alhamdulillah, tadi baru check email..
Akhirnya saya terpilih juga untuk join event nih..
Yay..yay..
Siapa2 yang dapat juga invitation email ni?
Lets have fun together k..=)

Sorry yea..
Kocik pulak gambar tu.
kalau nak tengok jelas kena klik la kat gambar itu..=)

Tu je nak share..
excited la pulak..

Monday, March 22, 2010

Love World Love Sloggi

Love World maknanya ialah menyayangi dan mencintai bumi..
Saya yakin semua orang akan mengaku sayangkan bumi..
Siapa tak sayang sila berambus ke planet lain. Ada banyak lagi planet yang single and available untuk dihuni.

Sayapun sayangkan bumi. Bumi ini indah. Bumi ini unik sebab bumilah satu-satunya planet yang ada hidupan. Planet yang lain hanya tanah (err..yakin ke ada tanah di sana..) gersang.
Tiada air, oksigen, pokok-pokok, haiwan pelbagai jenis, manusia pelbagai jenispun ada.
Tidakkah itu cukup untuk buat saya cintakan bumi.
Saya cintakan segala yang semulajadi di bumi ini termasuk pokok-pokok, haiwan-haiwan, serangga-serangga, bukit bukau, gunung ganang, air terjun, sungai, laut dan banyak lagi yang tidak tercemar dan terkorban demi mengejar kemodenan.
Tapi, sayang sahaja tak cukup kerana apa yang penting ialah berjuang untuk apa yang kita cintakan supaya ia tidak sia-sia.

Jadi, apakah yang perlu saya lakukan sebagai salah satu bukti cinta saya kepada bumi?
Senang sahaja caranya dan bukan saya sahaja yang mampu melakukannya.
Anda semua juga mampu untuk menjadi pencinta bumi yang tegar.
Satu ayat sahaja sudah cukup untuk membuktikannya iaitu 'Love World Love Sloggi'.

Bagaimana ia dapat membantu?
Sloggi telahpun dengan bangganya memperkenalkan rangkaian pakaian dalaman keluaran mereka yang eco-friendly di mana setiap produk dihasilkan daripada bahan kitar semula.

sloggi

Dengan mencintai Sloggi dan menyokong mereka dengan cara menggunakan produk Sloggi sebagai ganti kepada jenama lain yang tidak eco-friendly itu, kita telah berjaya membuktikan cinta kita kepada bumi.

Jadi, marilah kita sama-sama berusaha menyelamatkan alam semulajadi yang indah daripada musnah dan hanya menjadi sejarah.

No Sweat

No sweat tu maksudnya "Tiada peluh"
Siapa yang suka peluh kan..?
Peluh yang merembes bagus bila sedang bersukan untuk mengeluarkan toksin2 dari dalam badan dan akan membuatkan kita sihat dan cergas.
Lagi banyak ia merembes keluar, lagi sihatlah kita.
Tapi, kali berpeluh setiap masa tanpa dapat dikawal memang merimaskan..
Bukan sahaja anda rasa sendiri yang rasa rimas tapi orang lain juga lagi-lagi kalau bahagian tuttttt yang selalu dikepit itu yang berpeluh..
Silap haribulan ada kawan yang pengsan beb.
Semua takut-takut untuk mendekati kita.
Bukan takut apa..tapi cuma tak tahan dengan kesan bau yang dihasilkan daripada peluh tersebut.

Kalau wangi macam bau minyak wangi bolehlah diterima akal. Eh, ada ke bau peluh yang wangi?
Sila buktikan kepada saya kalau ada.
Tiada okay. Memang tiada fakta yang mengesahkan peluh itu wangi. Kalau ada itu adalah auta.
Lagi-lagi jika peluh itu hasil daripada manusia.

Bila insiden sebegitu berlaku dalam hidup kita sehari-hari , mestilah kita akan mula rasa malu untuk bergaul bebas.
silap-silap boleh hilang keyakinan diri juga disebabkan ini.
Nak duduk depan kipas atau di dalam bilik berhawa dingin sahaja sebab takut dengan peluh.
Rasa macam nak duduk kat negara sejukpun ada.
Biar tak keluar peluh langsung.

Daripada hilang kawan dan hilang keyakinan diri, baik kita katakan tidak pada peluh.
Bagaimana nak mengelakkan perpeluhan yang tak terkawal itu..?
Caranya mudah sahaja.
Gunakanlah ini..
Adidas Fresh Action 3..



Selepas itu depakanlah tangan bila berjalan dan dengan penuh rasa yakin berkata " bye bye peluh, I dah wangi sekarang" dengan senyuman yang paling manis.
Pasti keyakinan anda akan naik 200% dengan jayanya dan anda bukan sahaja tak hilang kawan malah jangan buat-buat terkejut pula bila ramai gadis/jejaka tiba-tiba meminati anda.
Kuikui~


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Jom follow ini juga..

Hot Balloon Event at Putrajaya~siri 2

Semalam, lepas dah selesai solat maghrib, kami keluar daripada parking masjid..
Takut2 pintu masjid tu tutup lepas Isyak nanti..
Masjid sekarangkan ada masa buka dan tutup..
Tak macam dulu..

Masjid tu dekat dengan tempat event Hot Balloon tu..
So, keluar masjid, terus cari parking tepi2 jalan yang kosong.
Lepas itu kami jalan kaki sahaja ke tempat event tu..

Snap2 gambar hot balloon yang meriah tu.
Lepas itu ada pula fireworks.
Meriah jugalah.
Habis sahaja acara2 tu kamipun gerak balik..
Apa yang saya nak komen, memang meriahlah event tu dengan photographer2..
Siap ada lepak di padang tu macam gaya berkelah (dengan tikar, makanan bagai..)
Sangatlah excited masing nak tengok belon panas tu.
Kalau dapat tengok belon panas terbang di udara lagi best tapi malam tadi tak ada la pula.
hoho~

Tunggu gambar dari my F ni..
Nak upload di sini..
Sharing is caring la katakan..
Update : adalah dia sharing satu gambar belon panas kat facebook..
ni lah dia bukti saya ada di sana..

Betul ke Yanie Mentor dah meninggal?

Tadi blogwalking saya terkejut tengok entry nih..
yanie-mentor-meninggal-dunia

Seriously terkejut..
tak ada angin tak ada ribut..
Tiba2 sahaja kan..

Ada tak sumber2 sahih yang mengesahkan khabar ini sebab menurut artikel ni sumber from forum..(tak official and mungkin cuma khabar semata..)

Kepada sesiapa yang tak berapa ingat siapa dia ni..
Yanie ni peserta mentor yang pertama or ke dua (lupa la..)
Dan merupakan anak didik Ning Baizura.
Pernah berkolaborasi bersama Ning dan Nikki dengan lagu hit 'Drama'..
Ermm..kalau tengok kat entry atas tu ada gambar dia.

Kalau khabar ini adalah benar, saya ingin mengucapkan takziah kepada Allahyarham Yanie sekeluarga..
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..=)

Sunday, March 21, 2010

Hot Balloon Event at Putrajaya~siri 1

Tahun ni tahun kedua event ni dianjurkan di Putrajaya..
Tahun lepas, memang saya tak join sebab tak berkesempatan..
Tahun ini dengan tak plan tak apa tup2 dah sampai di Putrajaya lepas Asar semalam..
Hajat nak parking dekat2 tertumpul sebab jalan sesak yang teramat.
Dengan banyak kereta berderet parking tepi2 jalan sejauh berkilometer dari tempat event, bayangkanlah betapa meriahnya Putrajaya petang tu..
Sedikit sebanyak semangat tu agak luntur jugalah.
Takkan nak parking jauh2 lepas itu menapak pula ke tempat event.
Last2 kami pergi tepi tasik mengadap ke tempat event.
Adalah nampak dari jauh beberapa belon panas ready nak berlepas
(tapi tak berlepas la..sebab dah kena ikat tali..)

Menjelang maghrib, gerak pergi Masjid Besi..
Ni first time pergi masjid ini. Tengok dari luar memang gah la kan..
Masuk2 sahaja, punyalah ramai umat Islam yang berpusu-pusu untuk ambil wudhuk.
Memang terkejut jugalah..
Sebesar-besar tempat wudhuk yang ada tu kena beraturuntuk ambil whuduk..

Lepas dah berwhuduk, tibalah masa untuk pergi ke dewan solat..
Kali ni terkejut lagi..
Memang tempat solat perempuan tu open..
Memang ada dipisahkan kawasan tuk lelaki( bahagian depan) dan perempuan(bahagian belakang)..
Tapi, kat belakang tu, tetap ada sang lelaki yang lepak2 sekeluarga secara berkelompok sana sini. Mungkin nak tunggu ahli keluarga yang lain selesai solat.
Tapi, memang nampak agak kucar kacir la bila kat depan ada lelaki..
Kat belakangpun ada lelaki kan..
haaaihh..

Apa lagi, tak lamalah saya di situ..
Langsung tak sempat nak menikmati keindahan masjid.
Nasib baik saya bawa kain solat sendiri.
Kalau tidak jenuh jugalah nak tunggu orang lain habis solat.
Too crowded ok..=)

Alamak, cerita pasal Masjid pun dah panjang..
kita sambung dalam siri ke 2 pula la ye..
Lagipun gambar tak ada lagi..
Tunggu my F la upload or share kat mana2..

7 perkara yang kita tak patut cakap depan Boss!

Sekarang ni saya gemar godek2 berita di yahoo..
Macam menarik sahaja kan..

So, here I want to share info with you all especially if you all not a boss..
And of course got a boss at your workplace..

Ada 7 perkara yang kita tak patut cakap depan boss..
Haaa..kalau cakap juga memang berbahaya la kan..sebab boss mempunyai pandangan yang berbeza daripada kita as kuli. Sesetengah ayat yang kita rasa 'biasa je' tapi bagi boss lain..
Haa..jangan sampai boss kita pikir kita ni tak mampu nak handle job dengan baik dan anggap kita tak berminat dengan kerja kita..

So, saya nak list kan 7 perkara tu secara ringkas sahaja.

1) "That's not my job."

Kebanyakan boss menganggap kerja kita ialah merangkumi apa yang dia arahkan..So, thick twice k before cakap..

2)"It's not my problem."

Ok ni pun sama..Bila kita cakap macam ni seperti kita tak ambil peduli pasal problem yang berlaku dan seolah2 kita tak sayangkan company tuh..(itu pandangan seorang boss k..)

3)"It's not my fault."

Kat tempat kerja memang selalu je berlaku macam ni..Semua saling salah menyalah antara satu sama lain bila berlaku problem. Sepatutnya cari je cari nak solve problem tu together..bukannya bergaduh cakap ni bukan salah kita..past is past rite..yang penting future..

4)"I can only do one thing at a time."

Biasanya boss prefer staff yang ada multitasking skills. Boleh buat bermacam kerja dalam satu2 masa. Kalau anda complain kepada boss yang anda tak mampu nak handle lebih dari satu kerja di satu2 masa maka anda dalam bahaya!

5)"I am way overqualified for this job."

Berlagak tak bertempat. Merasa diri terlalu bagus untuk buat kerja yang boss bagi padahal staff yang sama level dengan anda tak pernah complain pasal kerja tersebut. Bukan sahaja boss tak suka, staff2 lain pun meluat..

6)"This job is easy! Anyone could do it!"

Yang inipun sama..berlagak juga. Bila dapat kerja, bagi tahu boss kerja tu senang sangat atau dalam erti kata lain macam buat kerja bodoh..Kalau dapat kerja yang kamu rasa macam kerja bodoh, kamu buat sahajalah tanpa banyak soal. Bersyukur sahajalah dengan mengharapkan lain kali dapat kerja yang lebih mencabar.

7)"It can't be done."

Lagi satu kalau boss tanya something yang anda tak ingat, lupa, taktahu atau minta kamu lakukan kerja yang sukar atau mustahil untuk diselesaikan..
jangan cakap " saya tak tahu/ ia mustahil untuk dilakukan" tapi cakap " nanti saya check/nanti saya cuba cari penyelesaiannya"
(itu experience saya sendiri la kan.. sebab boss memang paling2 benci kalau pekerja simply jawab tak tahu/kerja ni mustahil untuk dilakukan sedangkan dia patut ada effort untuk cari atau check apa yang boss mahukan dan cuba cari penyelesaian)

Kalau nak godek dengan lebih lanjut sila ke sini :

7 Things Never to Say to Your Boss

hehe..

Friday, March 19, 2010

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"

Owh..saya amat teruja apabila membuka inbox email hari ini..
Ada jemputan istimewa untuk ke Gatsby Deodorant Street Fair.

Saya suka..
Sangat suka..
Jujur saya katakan dulu saya punya masalah bau badan.
Masa umur saya mula menginjak remaja masalah bau badan memang merimaskan saya.
Saya menjadi pemalu dan kurang aktif bersosial ketika itu disebabkan masalah tersebut.
Pelbagai petua nenek moyang zaman berzaman yang saya cuba amalkan termasuklah menggunakan belakang tapak tangan dan kepala lutut untuk disapukan dibahagian yang bermasalah tersebut..
Belum lagi petua menggunakan limau nipis/kasturi..
Pendek kata pantang jumpalah apa sahaja petua, saya akan cuba.
Tapi, memang takberkesan.
Saya mula menyalahkan hormon saya yang tak stabil.
Kecewa usah cakaplah..
Memang masa itu nak mengoratpun malu..(eh, sampai sekarangpun saya tak mengorat orang, orang yang mengorat saya..kuikui~)

Sehingga akhirnya saya bertemu dengan Gatsby Deodorant..
Wow, pertama kali saya menggunakannya, dari jauh lagi kawan dah melaung..
"wanginya kau, apa yang kau pakai ni sampai 200 meter pun boleh bau?"
Dasyat tak dasyat penangan Gatsby Deodorant ini kepada saya.

Saya terus membelinya lagi dan lagi.
Sehingga sekarang saya masih menggunakannya.
Saya dah jadi seorang yang fun, out going dan happy go lucky sekarang.
Tidak seperti dulu.

Dan sekarang ini saya mendapat khabar Gatsby Deodorant ada menganjurkan event besar-besaran..
Bila itu agaknya ye?
Tanpa membuang masa, bacalah maklumat ini;

Tarikh : 17/April/2010 (tandakan di dairi anda okey)
Masa : 10 pagi sehingga 5 petang (lama tu..)
Venue : Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Anda HARUS lapangkan masa untuk event ni sebab RUGI kalau tak pergi..
Mana tak ruginya sebab masa itu akan ada banyak cabutan bertuah dan anda berpeluang untuk menang bermacam jenis gadget menarik yang bernilai sehingga RM15,000.
Wow, berbaloi-baloi bak kataAmy Search dalam iklan Celcom tu.

Selain itu, ada bermacam-macam fun-fair games yang bakal mengujakan anda pada hari itu. paling menarik ada Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles dan bermacam-macam lagi permainan yang menghiburkan serta mengasyikkan seperti yang anda expect di fun-fair.

Teruja nak tahu lebih lanjut berkenaan event ini. Silalah ke link ini.

www.gatsby.com.my/streetfair

Anda pasti takkan meyesal.

Saya pasti akan pergi. Jumpa di sana okay!

Hujung minggu yang selalu dinantikan~

Hari2 sekarang ini sangatlah penat kerja..
Sebab bulan ni dah hujung financial year..
Semua nak cepat..
Semua kerja2 nak kena selesaikan sebelum hujung bulan..
Masa2 ni lah ramai yang jadi stress..
Masa inilah semua boss nak peringat itu ini pada staf2 bawahan..
Masa inilah nak mengingatkan pentingnya kualiti masa..
Masa inilah nak mengingatkan sejarah2 kejayaan lampau dan compare dengan sekarang..
Masa inilah semua staf mula jaga kedatangan..
Saya rasa setiap companypun menjelang hujung tahun macam ginilah gaya..

Sebab itulah hujung minggu memang dinantikan..
Tak payah tunggu hari minggu, hari kerjapun sama..
Tak sabar nak tunggu waktu balik kerja..

Saya hanya tunggu dengan sabar..
Tak lama dah nak habis bulan ni..
Bulan depan buka buku baru..
Harapan baru..
Moto baru..
Visi baru..
Misi tak mustahilpun ada nih..
Harap2 dapat dicapailah untuk financial year depan...

Hujung minggu ni apa planning kamu2 ye?
share mariii....

Thursday, March 18, 2010

AF8 best ke ek?

gambar ceduk from murai.com.my

Sekarang ni kecoh pasal AF8..
Dah 8 tahun rupanya usia AF..
Masih releven lagi kata mereka yang berkenaan..
Walaupun pada hakikatnya dah terlalu banyak realiti TV program yang kononnya memeriahkan dunia seni yang nak berkembangpun takat di takuk tu je..(dalam negara sahaja..)
Walau dah banyak artis2 dihasilkan daripada bermacam2 program realiti ini, berapa kerat sahaja yang kekal bertahan..
Dan berapa ramai sahaja yang dapat anugerah sampai di luar negara..
Macam Siti, Aizat, dan lain2 yang saya tak berapa ingat namanya..
Err..Mawi ada tak menang anugerah luar negara? Ingat2 lupa lak..

Kenapa ye?
Adakah mereka tak cukup talented..?
Tidakkah rasa macam pembaziran sahaja..
Produce banyak2 tapi sikit sahaja yang berjaya...
Mungkin sebab dunia artis dah terlalu padat dan terlalu ramai sampai terpaksa bersaing sesama sendiri..
Memang susahlah nak survive kan kecuali kalau pandai cari peluang..

Kepada sesiapa yang teringin nak jadi artis tu fikirkanlah risikonya..
Jadilah macam Lisa Surihani or beberapa artis lain yang ada back up ijazah masing2..
Kalau yang takat SPM pun boleh tapi kenalah ada pakej menarik dan bijak cari peluang sampai boleh berjaya..
Contoh terbaik ialah Siti Nurhaliza, Mawi dan Stacy (Stacy ni dah amik SPM ke belum ye..?)..

Ingin ditekankan bahawa ini hanyalah..
Sekadar pendapat peribadi saya sendiri pasal program realiti TV secara umumnya..
Anda ada pendapat lain nak di share..?
Silakan isi di pekan komen k..=)

p/s: gila tak ada idea sampai AF punya cite pun nak masuk blog..huhu~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics