Followers

Tuesday, November 16, 2010

Ribut di Baling : Bencana alam makin menjadi!

Tadi masa baca online paper ku tertarik dengan berita pasal kejadian ribut di Baling yang memusnahkan lebih 100 rumah. Lebih 100 rumah korang bayangkanlah berapa besar punya ribut. Baru beberapa minggu lepsas kita dikejutkan dengan banjir terburuk melanda Kelantan, Kedah dan Perlis. Kali ini ribut pula di Baling, Kedah.

Saya kongsikan sedikit keratan akhbar berita Harian Online 15/Oct/2010 (semalam) berkenaan ribut di Baling di sini;
ISHAK Ismail (kiri) melihat kereta miliknya yang dihempap bumbung bangsal selepas kejadian ribut di Kampung Sungai Tas Lanai, Baling, semalam. Gambar diseludup daripada utusan online.(14/Oct/2010)

BALING: Lebih 100 rumah di lima kampung di Mukim Kupang di sini musnah, termasuk mengalami kerosakan teruk pada bumbung selepas dilanda ribut dalam kejadian petang semalam.
Kampung terbabit ialah Masjid Kuala Kuang, Kampung Bukit, Padang Lengkuas, Kemangi dan Seniyek.
Mangsa, Nazihah Darus, 59, dari Kampung Masjid Kuala Kuang, berkata ketika kejadian dia sedang berehat bersama keluarga sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di dapur.

“Kami bergegas lari ke ruang tamu dan terkejut apabila melihat tiga pokok pinang dan dua pokok petai sebesar dua pemeluk menghempap rumah.
“Saya terus memeluk dua cucu kerana bimbang perkara buruk berlaku kepada kami anak beranak akibat angin terlalu kencang,” katanya. 
Nazihah berkata, angin puting beliung melanda kampung berkenaan selama kira-kira 20 minit dengan gumpalan awan hitam menyebabkan banyak pokok kayu yang tumbang menimpa rumah dan merintangi jalan.
 
Ingat tak kejadian ribut di Bazar Ramadhan pada bulan Ramadhan yang lalu. Berapa orang yang mati akibat ribut tersebut. Itu tak termasuk kejadian Tsunami yang lebih besar kesannya dan juga bencana alam yang lain. Bencana alam berlaku sebenarnya disebabkan manusia sendiri. Tangan-tangan manusia yang rakus memusnahkan alam semulajadi demi pembangunan. Bak kata orang bumi dah semakin tua dan sudah uzur untuk  melindungi kita dan mengelak daripada bencana alam lagi-lagi yang bila manusia sendiri yang menyumbang kepada ke’uzur’annya.

Bayangkanlah Kedah, Kelantan dan Perlis memang tiap-tiap hujung tahun akan banjir tapi tahun ini makin buruk. Ribut taufan jarang berlaku di Malaysia dan kalau adapun kecil sahaja tapi kalau dah melibatkan lebih 100 rumah tak kecil dah tu. Ribut besar tu. Makin hari umur kita makin pendek. So, sedarlah kita yang Akhirat dah semakin dekat dan itu pasti. Cuma kita tak tahu bila sahaja. Dah bersedia ke kita nak hadapinya? Soalan killer untuk diri sendiri juga tu? Muhasabah diri jom.

p/s: entry ini kutaip malam tadi tapi baru nak publish. Ada yang puasa hari ni? Selamat berpuasa ye. Dan Selamat Hari Raya Haji kepada anda semua esok! Ku yakin esok ramai yang sibuk beraya dan tak online kan?

4 comments:

MOFASAD said...

owhh

Unknown said...

bala dari allah .. kita yg masih belum sedar ..

noorafzan.blogspot.com said...

MOFASAD..
ohooo..
=)

Lana..
tu la.
=(

M[i]$Z[a]C[k] said...

saya org Baling pon xtau kejadian ney.. T_T

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics