Followers

Thursday, November 4, 2010

Berita Gembira 1 : Cek Kedua Nuffnang dah mai!

Sebenarnya semalam masa di office ada 2 benda gembira berlaku dan saya memang tertunggu-tunggu la juga kan 2 benda ini. Satu yang saya nak reveal ialah pasal cek nuffnang yang saya cash out hujung bulan bulan Sept. Saya tekan butang cash out pada 27/Sep/2010. seorang blogger ada pesan kan supaya seelok-eloknya cash out masa hujung bulan sebab memang masa itulah baru nuffnang akan proses kita punya permohonan untuk cash out tu.

Seperti yang dijanjikan nuffnang untuk nuffnanger yang berstatus glitterati, 27/Oct/2010 cek sayapun siap. Memang cekaplah mereka ini kan sebab ngam-ngan 30 hari. Tapi dek kerana alamat yang saya gunakan ‘jauh’ maka semalam baru cek itu sampai ke tangan saya. Saya risau juga sebab ramai blogger yang dah claim dapat cek tapi saya punya tak kunjung datang. Manalah tahu kan posmen tercicir ke hape. Isk2!

Dulu saya ada cerita pasal saya cash out tapi saya macam blur kan jumlahnya. Asalnya memang tak mahu tunjuk tapi betul juga kata Ariff Shah kan. Kalau tak nak tunjuk tak payah upload langsung kan. hehe~ So, sebab saya nak upload juga so, saya reveal sahajalah jumpah yang tak seberapa ini. Kalau diikutkan separuh daripada jumlah itu dapat daripada duit intensif gatsby dan juga project alpha. Kalau tidak mungkin hanya seratus lebih sahaja kot.

DSCN7431 alamak, cek dah terlipat sikit tu.tak apa ke ye?

Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang menyumbang trafik kepada blog picisan saya ini. Jangan segan silu ye untuk mai sini lagi dan lagi dan lagi. Duit ini saya akan masukkan dalam tabung kahwin saya. Nak sediakan doorgift yang best-best lagi-lagi untuk korang blogger-blogger yang sudi mai masa majlis kawenku nanti. (lambat lagi tahun depan)

Lagi satu, dalam pada ku gembira ini ku masih lagi risau. Kaki mak ku makin membengkak. Bila pergi klinik, doktor cakap dah kena infection. Mak saya kena berpantang makan selama 3 hari sebelum pergi jumpa doktor itu semula. Kalau bengkak tak surut maka hospital lah jawabnya. 5 tahun lepas mak saya pernah kena operate disebabkan kencing manis. Isi daging di kaki kirinya dikorek dan mak saya memang sembuh selepas itu. Kali ini bengkak di kaki kanan pula. Saya harap adalah kesan positif dengan bekalan ubat yang doktor berikan itu. 3 hari mak ku terpaksa berpantang makan benda-benda manis.

p/s : berita gembira yang satu lagi itu saya cerita esok sahajalah ye. Hehe~ Yang ini memang tak sangka tapi memang berharaplah dapat. =)

19 comments:

velasrizal said...

wah sonoknye cek dh dpt.. byk lak tu..

Rumah Terbuka Deepavali 2010

Azlina said...

syoknya dpt duit...

Mashe said...

wua... jelos nya~

kak gojes said...

wah...okey la tu...bleh wat belanja jugak..

Anna Boleyn said...

wow bestnya! hmm~ cek hana tak dpt2 pon lg. cashout masa bln 9 hr tu. hukhuk. semoga mak cepat sembuh.. amin~ :)

hamzah ian said...

gua join nuff je projek alpha dah abis.. dem..

CIK TOM said...

wah bestnya..banyak tue...

rusz said...

owh..leh blanja kfc nih..haha

http://mummynajwa-rusz.blogspot.com

ISA said...

Salam Noor Afzan,

Lu kurang asam punya anak, lu dah tau mak lu ada kencing manis, yang lu pergi tapau Tepung Bungkus bagi mak lu makan buat apa...???

Tepung Bungkus tu dalam kategori makanan manis2 tau tak...???

Kan gua dah pesan dengan lu "Sometimes you must be cruel to be kind".... adussssss....

Lu tak sayang MAK lu ke...???

suffer8zine said...

vote2 :P

Terkini : Katak makan tikus

dayah said...

wah, tak penah2 klua nuffnang ada brapa sen jek. smg mak akak sihat slalu k

Unknown said...

tahniah2x.. jaga mak baik2 .. semoga beliau sihat selalu ..

Mrs Nurul said...

BESTT ;) NNATI AKU UPLAOD AKU PUNYE LAK HEHE AKU PON BARU DAPAT GAK...ANYWAY TUNJUK LA KAKI MAK..HARAP MAK CEPAT SEMBUH

Kancilbiru said...

wow....rejeki!

noorafzan.blogspot.com said...

rizal..
thanks bro.

lynn..
syok tapi kenasimpan dee..

siti mashitah saidin..
uu..

eryati..
haha..
belanja kawen sok.

hana..
yeke?
tak lama lagi sampai le tu.

syu..
thanks syu.
=)

hamzah..
tunggu lak tahun depan.
sure masyuk.

tomato..
thanks tomato..

rusz..
ahaha..
KFC tak sedap la.
McD lagi sodap.
hehe~

Isa..
saya akan ulas pasal komen bro di next entry.
=)

suffer8zine..
thanks bro.
vote!

dayah..
thanks sis.
skang ni mak kena kuarantin 3 hari.

lana..
thanks sis, lama tak singgah sini.

neon..
upload k.
neon punya mesti lagi banyak kan.

kancilbiru..
thanks sis.
wow, kancilbiru mai blog saya la.
terharu.

Dhea Ahmad said...

tahniah afzan atas payment terbaru and semoga mak afzan cepat sembuh ya

Iman said...

Syokkkknya dapat duit...huhuhu...nak gak....

dan semoga mak cepat sembuh....awak anak yang baik.....Tahniah...

noorafzan.blogspot.com said...

Nadia..
terima kasih.
=)

Iman..
takpe, nanti earning tu bertambah la ye.
mesti boleh punya!

Fnd Rocka said...

Cemana nak dpt 3000?

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics