Followers

Friday, November 12, 2010

Dugaan : Mak masuk hospital part 4

Salam petang korang..
Ok, sebetulnya saya memang update entry ini secara schedule post sebab masa ini saya sedang berada di Pusrawi menemani mak yang sedang ditahan di wad. Dalam entry yang lepas saya ada bagitahu yang saya akan tunjukkan keadaan kaki mak saya. Hari ini saya akan tunjuk secara jelas. Inilah dia keadaan kaki mak.

DSC01938 
Ada kesan kudis di atas tapak kaki. Maaflah gambar ini di ambil menggunakan kamera 2 MP sahaja.
 DSC01939 
Ini pula keadaannya bila di zoom secara dekat. Nampak macam tak teruk sangatkan tapi bagi seseorang yang perpenyakit kencing manis ianya dah cukup menyeksakan sebab ada kuman yang menyerang bukan sahaja di kaki tapi merebak ke seluruh badan. Mak saya selalu mengadu yang badan dia rasa sejuk padahal bila kami pegang badan dia panas. So, umpama demam menggigil.

Bila tanya pada nurse, nurse cakap ini kesan daripada virus/kuman yang sedang melawan dengan antibiotik yang doktor bagi. Bila tanya pada nurse lagi, ada tak cara nak atasi rasa sejuk dalam badan tu, dia cakap tak ada. Dan nurse cakap ia akan baik sendiri bila antibodi mak dah makin kuat.
Ni muka mak masa hari Rabu. Khamis tertinggal henpon di rumah. So, tak ada pic.

Buat pengetahuan kawan-kawan gambar ini saya snap hari Rabu. Semalam saya mendapat panggilan telefon ketika sedang bekerja bahawa kaki mak sedang dibedah. Huhu..terkejut bukan kepalang saya bila mendengar khabar itu. Terus minta daripada boss untuk pulang awal. Saya sampai di hospital kira-kira pukul 4.45petang. Itupun sebab terpaksa bertarung dengan kesesakan jalan raya di Jalan Tun Razak itu. Masuk sahaja wad tengok kaki mak sudahpun berbungkus. Hmm..tak tahulah macam mana doktor operate tapi saya bersyukur sebab kakinya tak dipotong.


Ramai orang tanya saya kenapa hantar ke Hospital Swasta. Almaklumlah kos rawatannya mahal.Kos rawatan tak menjadi penghalang. Aayh sanggup membuat potongan gaji bulanan semata-mata untuk mak. Dan kami sanggup berhabis untuk mak juga.
Ada 2 sebab kenapa kami hantar mak ke sana;
  1. Mak jenis yang tak suka masuk hospital. Kalau masuk hospital kerajaan lagilah dia tak suka sebab kemudahan dan layanan di sana tak sebaik di Hospital Swasta.
  2. Kaki mak dah bengkak sangat dan kami tahu kalau di hantar ke Hospital kerajaan solutionnya hanya satu iaitu 'kami tak ada pilihan selain daripada memotong kaki makcik'. Pergghh..seriau eden kalau dengar doktor sebut macam itu. Kalau Hospital Swasta akan ikhtiar cara lain dahulu sebelum memilih jalan akhir memotong kaki kan. hmmm..
Menurut pengalaman masuk hospital dahulu, biasanya lepas bedah mak akan di tahan di wad dalam 3,4 hari lagi. Mungkin Ahad atau Isnin ini mak sudah boleh discharge. Tapikan, hmm..nurse bagitahu yang darah tinggi mak meningkat. Masa mula mendaftar masuk cuma 144/80 tapi semalam 160/90..Paras gula dalam darah sahaja dah berkurang daripada 17.8 menjadi 11.6. So, tak dapat nak dijangka pula bila boleh balik. Harap-harap mak cepat recover dan cepat boleh blik rumah. Mak pun dah mula 'bising' nak balik.huhu~

15 comments:

kyle said...

moga mak cik noor afzan sihat cepat :)

Mrs Nurul said...

BERTABAHLAH...AKU HRP DOC KAT HOSP TU DPT CR IKHTIAR LAEN DGN CEPAT..KESIAN MAK KO DUK KAT HOSPITAL LELAME..HURM ;( SEDIH NYEE

Kancilbiru said...

takpa, operate kalau untuk kebaikkan..jgn putun sudah...huhuhu..moga mak afzan cepat sembuh ya...:)

amira faqihah said...

smoge mak akk cpt pulih :)

nurayunni said...

kirim salam dekt mak ye..harap2 mak makin sihat..amin..

abigemok said...

banyakkan sabar. moga mak cepat sembuh ye. jgn risau. everything will be fine :)

Unknown said...

semoga kesihatan mak afzan bertambah baik..
jgn putus asa dgn Allah

Zuwairi said...

saya doakan mak afzan cepat sembuh:)

Sumijelly said...

wah..sanggup sungguh si ayah memotong gaji demi si isteri.. mulia hati ayah awak..

semoga mak afzan cepat sembuh dan kembali sihat...

http://sumijelly.com

cikmin said...

alhamdulillah...suami peneman dan sanggup berkoraban ketika dalam senang dan susah...semoga semua ahli keluarga afzan tabah ye..

Jard The Great said...

org pesakit kencing manis biasanya tak jaga pemakanan. kalau lihat pada opis mate aku la.. ramai gak penghidap neh tp makan benda2 manis jugak. huhu. mase sakit baru tobat tak nak makan benda2 manis da.

noor afzan kena tegas dgn penghidap diabetis. jgn manjakan ye. moga mak kamu cpt sembuh.

Unknown said...

Pak cik anastasyea pun dah setahun kena potong kaki sbb penyakit kencing manis+jangkitan kuman. Kesian tengok =(. Harap2 mak afzan tak kena macam tu.

azzey said...

noor afzan : simpati dgn mak awak......mcm mana dia skrg?

noorafzan.blogspot.com said...

kyle..
thanks kyle.=)

neon..
tu la..
Alhamdulilah sebab tak kena potong kaki.
tapi tak tahu bape lama kena tahan wad lagi.
harap cepat le dapat kuar kan.

kancilbiru..
kak, betul tuh.
untuk kebaikan mak juga.
tq kak.

twinkle twinkle..
thanks =)


nurayunni..
baiklah nnti saya kirimkan.
aamin..

kyuubi..
hopefully.
terima kasih ubi..

Azmi..
InsyaAllah.
=)

Zue..
terima kasih zue..
=)

kak sumi..
tu la.
ayah sanggup wat apa sahaja tuk mak.
aminn..ya rabbal 'alamin..

cikmin..
InsyaAllah, kami akan terus tabah untuk beri semangat pada mak.

jard..
betul tu jard.
erm, dah bertegaspun dulu tapi lepas ini mmg kena kawal betul2 la.
thanks 4 ur advise ye.

anastasyea..
oo..ye ke?
lagi teruk tu. tu la harap2 mak tak seteruk tuh .

noorafzan.blogspot.com said...

Azzey, mak dah lepas kena bedah masih lemah.
tapi dah ok berbanding sebelum bedah.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics