Salam semua.
Ops, entry sebelum ini saya ingatkan entry terakhir untuk hari ini rupanya tidak sebab semasa on da way nak ke hospital dapat panggilan daripada ayah yang mak sudah boleh discharge tengahari. Kiranya kami datang untuk menjemput mak pulang. Alhamdulillah, mak pun dah terlalu bosan duduk di sana. Kami yang duduk melawat dia di sanapun rasa ke’bosan’an apatahlagi dia sendiri.
Sampai sahaja di wad, mak dah siap pakai tudung dan barang-barang semua sudah di packing. Hanya menunggu bill untuk dilangsaikan dan ubat yang perlu dibawa balik. Muka mak pun kemain lagi cerianya bila dapat balik. Segar sahaja nampaknya berbanding semalam. Bila saya tanyakan paras gula dalam darah mak rupanya pagi itu doktor check darah mak dah turun daripada 10.2 kepada 6.0. Patutlah doktor membenarkan mak untuk pulang.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan salam sayang kepada semua rakan-rakan blogger dan facebook yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan mak saya dan meniupkan semangat untuk kami sekeluarga menghadapi ujian Allah ini. Alhamdulillah, bilpun tidaklah sebanyak dulu sebab dulu mak saya kena tahan wad 8 hari (kali ini 4 hari sahaja).
Ops, entry sebelum ini saya ingatkan entry terakhir untuk hari ini rupanya tidak sebab semasa on da way nak ke hospital dapat panggilan daripada ayah yang mak sudah boleh discharge tengahari. Kiranya kami datang untuk menjemput mak pulang. Alhamdulillah, mak pun dah terlalu bosan duduk di sana. Kami yang duduk melawat dia di sanapun rasa ke’bosan’an apatahlagi dia sendiri.
Sampai sahaja di wad, mak dah siap pakai tudung dan barang-barang semua sudah di packing. Hanya menunggu bill untuk dilangsaikan dan ubat yang perlu dibawa balik. Muka mak pun kemain lagi cerianya bila dapat balik. Segar sahaja nampaknya berbanding semalam. Bila saya tanyakan paras gula dalam darah mak rupanya pagi itu doktor check darah mak dah turun daripada 10.2 kepada 6.0. Patutlah doktor membenarkan mak untuk pulang.
mak buyungpun nak ikut menjemput mak
Dalam pukul 12 macam itu saya ada temujanji dengan Kak Ina KL. Saya order choc chip cookies Kak Ina yang mabeles itu. Siapa tak rasa terliur bila semua orang lain review yang kukis Kak Ina KL sedap. hehe~ Nanti saya review pasal keenakan kukis beliau di next entry. Kebetulan masa Kak Ina sampai, mak belum keluar wad so saya ajak Kak Ina melawat dan berkenal-kenalan dengan mak. Wahh, tak sangka Kak Ina begitu sporting sampai sanggup ikut naik lif sampai tingkat 5 untuk berjumpa dengan mak saya. Terima kasih ye Kak Ina.saya bergambar dengan Kak Ina KL
mak bergambar dengan Kak Ina KL. Nampak kukis dalam beg kaler pink pepel tu.
Lepas dah settle bil, ambil ubat, dan berchit chat sebentar dengan Kak Ina, kami semua pun beredar daripada wad. Kami terus balik ke rumah dengan hati senang. Almaklumlah mak pun dah ada depan mata 24 jam lepas ini. Masa saya taip ini memang dah masuk Isyak sebab daripada lepas zohor tadi kami menerima kunjungan daripada sanak saudara yang tidak berkesempatan melawat mak di hospital. Gamat jugalah rumah tadi dengan anak-anak mereka yang masih kecil. Huru hara sekejap. Rumah saya ini sudah lama tak ada budak kecik. Adik saya paling kecil pun umurnya sudah 19 tahun. Bayangkanlah sudah berapa lama kan. Hujung tahun ini barulah meriah balik dengan cucu sulung mak ayah yang bakal lahir dalam pertengahan bulan December nanti kalau mengikut jangkaan doktor.Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan salam sayang kepada semua rakan-rakan blogger dan facebook yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan mak saya dan meniupkan semangat untuk kami sekeluarga menghadapi ujian Allah ini. Alhamdulillah, bilpun tidaklah sebanyak dulu sebab dulu mak saya kena tahan wad 8 hari (kali ini 4 hari sahaja).
7 comments:
alhamdulillah.. dah keluar hospital dah :D
WEH GEMBIRANYA MAK KO...SUKA AKU TGK :)
alhamdulillah... at least dah keluar hospital tak de la risau sangat kan. ceria je mak tu. hehe :) moga dia makin sihat la hendaknya. :)
Alhamdulillah... Dah try bawa mak ker Pusat Rawatan Qure4U di gombak? khas utk kencing manis, terutamanya bila dah start luka... sy bawa Arwah ayah disana...
Alhamdulillah..semoga terus sihat..:)
alhamdulliah..wah glamlah kejap muka akak ada kat sini. tq sudi beli yer
alhamdulillah... =)
Post a Comment